Ada 2 makna ttg tajuk di atas. Pertama nya rehat yg panjang dr update blog ni.. Dah setahun aku tak update . Dalam tempoh tu ber macam perkara berlaku. Keduanya aku yg berehat panjang dari kerja. Yup, aku MC selama 2 minggu selepas operation.....Sekarang ni pun masih terasa sakit lagi tapi alhamdulillah beransur pulih....Cerita nya gini...Hari Isnin , 17 Mar tu aku g ofis mcm biasa.. Bos n senior aku cuti.. So aku kena chaired meeting dgn vendor pasal a project yg aku handle ni. Tgh dok bg sedikit sebanyak requirement n background project aku rasa tersangat la sakitnya dalam perut ni... Tapi aku still maintain lagi...Dah habih meeting still sakit sampai ke peha. Sakit nya mcm contraction... tapi aku tak pregnant pun..Actually aku dah rasa sakit ala nak period ni dah 3 mgu. Aku ingat mmg nak dtg period. Office aku ni kat Subang Jaya, Rumah aku pulak kat Ulu Kelang . 1 jam perjalanan. So aku cakap dekat member office nak g clinic dekat2 Subang Jaya jugak la... So aku drive la sonsorang cari clinic tu dlm sakit2. Aku nak cari clinic yg boleh buat scan tapi doktor tak ada ari tu. Last2 masuk la clinic biasa. Aku cuma nak dapatkan MC dan balik , pegi Ampang Puteri. Mcm yg aku jangka, nothing much yg doktor tu boleh buat excecpt bagi pain killer dan MC. Dia jugak buat pregnancy test tapi negative.
So aku pun balik KL. Called abang, pickup dia kat KLCC, aku ikut NPE, masuk Bangsar, lalu Jalan Parlimen then Jalan Sultan Ismail. Jammed la pulak time lunch gini. Then terus ke Ampang Puteri jumpa doktor Ariza. Hopefully dia ada sbb aku tak buat any appointment pun. Walk in cam tu je.. Kat depan pintu bilik tu tertulis Closed. Tapi aku tolak juga.. Aku tanya assistant kat situ pukul berapa clinic buka. Dia kata pukul 3. So aku kata kalau nak buat appoinment sekarang boleh ke? Dia kata okay. Lepas isi borang, ada sorang lagi patient tgh tgu. Nasib baik asistant tu baik hati, aku boleh jumpa doktor waktu tu, tak payah tgu pukul 3. Turn aku, doktor Ariza scan perut. Dalam rahim clear tak nampak apa2. So dia scan melalui 'bawah'. Katanya ada mcm liquid tak pasti air atau darah kat situ. dan aku jugak nampak ada benda bulat yg agak besar jugak....Dia nak buat pregnancy test, aku cakap baru je buat, tapi negative. Aku tanya ada cyst ke? Dia cakap tak nampak mcm cyst. Then dia suh aku buat blood test. Katanya blood test ni lebih power dr urine test nak mementukan pregnant ke tidak. Kalau sah aku pregnant, kemungkinan pregnant luar rahim. Lepas buat blood test aku balik rumah berehat. Besok baru amik result.
Petang tu tgh aku goreng cekodok dan masak utk abg, doktor tu called kata result aku positive, makna nya aku kena admitted dan operate malamtu jugak. Dia suh aku jgn makan apa2 pun.. Aku call abg tanya dia kat mana? Dia cakap on d way nak balik. Aku tak bg tahu dia apa yg doktor cakap. Balik tu bagi dia makan dulu, mandi, 'shave', baru bg tau dia. Dia agak terkejut. Aku packed baju, amir tanya ma nak ke mana? Aku jawab ma kena g hospital, aku cerita yg doktor nak operate sbb ada baby tapi baby tak duduk dalam tempat dia-rahim (which later dia cerita kat Cikgu dia sebiji apa yg aku terang kan tu - ayat dia kandungan luar rahim...Cikgu dia bgtau aku.....). Register dlam pukul 8.30pm. Lepas solat isya' nurse soh tukar baju. Masa aku ditolak masuk kebilik bedah, aisha dah nangis, nak p mama..... Abg bawak budak2 tu balik. ......
sambung nnt.. aku lapar ni.....