Monday, December 26, 2005

Interview, ketaq lutut.....

Hari Khamis ni aku ada interview, tak mo citer banyak...doakan aku berjaya.

Adik aku dah bebas last week...Ujian air kencing tu negative.. Dia kata (mak aku la cerita) polis paksa suh dia mengaku sblm amik test tu..kalau mengaku dibebaskan... Tapi dia tak ngaku jugak. Agaknya kalau dia tak ngaku, then result dia positive lagi teruk kena kot....

Hari Sabtu ari tu aku kena p ofis, ada vendor mai buat replicate database, so aku kena tgu la. Dia sampai pun dlm pukul3.30pm. So angkut dengan Amir ngan Aisha sekali p ofis. Siap bawak blanket. Since aku tak buat keja, cuma tgk ja vendor tu buat, so boleh la aku layan Amir ngan Aisha. Depa dua tu mmg suka sungguh kalau aku bawak mai ofis. Main la apa yg boleh main...Si Amir amik ribbon printing yg panjang yg tak pakai dah buat pedang power rangers. Then aku lukis kat mspaint power rangers 5 ekor. Tak pa lah dok ngadap PC. Baru nak belajar guna paint. Aisha pulak main sorang2. Pukul 5.30 dia dah ngantuk. Aku buat susu dan hampar blanket, tido la dia kat tepi dinding.. Lama jugak..Pukul 8.30 baru bangun. Aku balik lam pukul 9 malam. Abah diorang dtg amik..Baru lepas hujan...

Petang ni ada meeting dgn bos. Pukul 5 start meeting sbb bos baru sampai dr KL. Jadual nya pukul 5 la tapi tak tau pukul brp dia akan sampai. Habis pulak pukul 8 malam. Again, dlm jadual ja la. Yg betulnya tak tahu sampai kul brp....

Ok ..tu ja.. chow...

Tuesday, December 20, 2005

Go Aisha Go...Yea...

Hi Banyak sungguh benda nak update. Lagi pun lama dah tak update. Ni la bahana penyakit Cik Las yg selalu bertandang ni…Nak mula dr mana ye?..

Ha pasal anak daraku yg sorang tu.. dah start menunjukkan tanda2 nak off diaper. Masa amir dulu start tepat 2 tahun. Aisha sekarang setahun 8. Kira awal byk dr abg dia. Agak nya asyik tgk abg dia ‘bolen’ je kot dia pun tak mo pakai diapers. Aisha tak pandai beritahu lagi.. tp dia paham.. so tugas aku la kena dok tanya sentiasa … alamat kalau tak banjir la rumah aku.. Dah la musim hujan ni.. Nak ‘uh uh’ pun dah kat toilet sekarang ni.. Cuma waktu nak tido atau kalau aku sibuk aja aku pakaikan dia diapers. ‘Aisha nak cin(kencing la tu)’? Kalau nak dia angguk jalau tak dia jwb ‘ma’(means tak mau).Go aisha….yea….

Pasal interview. Ari tu ada dr Intel call aku tanya berminat tak kerja di Intel tapi bahagian Planning bukan IT. Sbb member aku yg sama2 keja kat sini dulu dah masuk intel so dia submitkan resume aku kat intel. Dia pun bahagian Planning jugak. Kalau aku amik Planning that means tak delah IT lagi…Bak kata member aku tu rindu nak buat IT. Semalam Intel call lagi…Katanya nnt dia nak set interview date.. Doakanla aku dapat..Walaupun sayang nak tinggalkan IT sbb aku suka programming aka godek inside the system, tapi since aku kat sini dah tepu dan perkembangan kat co ni tak memberansangkan I think it worth for me to move my career in a new direction… Ha tu jawapan interview tu kalau dia tanya kenapa nak tukar from IT to other position.. hehehe…

Adik aku yg no 3 kena tangkap dek polis..Ha .. ni berita yg tak best di dengar dan buat aku susah ati…Tu la lepak lagi memalam…La ni mak aku kata ada kat lokap alor setar. Tunggu keputusan air kencing dr hospital dulu baru tahu ada dadah ke idak.. Baru malam tu mak aku cakap tak payah keluar la..malam2 ni nnt polis tangkap..Ha kan dah kena..Mulut mak ni masin kan… Tunggu la at least remand dlm 7 hari..

Abg pulak nak p kursus payung terjun kat kem sungai udang, melaka next year dr 19/1 sampai 1/3. Uwaaa aku kena tinggal sorang2…Ni kali kedua dia p. Masa yg first ari tu amir baru brp bulan aku tak ingat tapi sekerat jalan je sbb amir sakit la..masalah office la..

Next week bos KL nak turun sini.. Ada meeting. The following day pulak aku kena p Sg Wangi, Setiawan. Site visit + req.study kat sana.

Last week banjir kat umah mak mertua d Perlis. Kata mak air naik <> sekaki tinggi. Buku2 abg dlm almari kat bwh habis kena air. Hari kedua pun tak surut habis lagi. Nasib baik aku tak balik kg . Kalau tak stranded tak boleh p ke mana. Rumah adik aku kat Kangar pun air masuk. Habis katil kayu dia kembang. Semalam tepon tak p keja lagi. Perlis declare darurat. Ofis semua cuti…

Tuesday, December 06, 2005

Org yg accident tu meninggal

Innalillahiwainnailaihirajiun... Itu lah yg sempat aku ucapkan bila dapat tahu yg orang accident semalam meninggal kat hospital. Berita dia ada dlm berita harian semalam. Nama dia fitri. Baru balik dr kerja. Masa dalam ambulan tu tak mati lagi. Sampai hospital br dia meninggal. Yalah biar la dia meninggal dr menanggung kesakitan, perut terburai tu....

Monday, December 05, 2005

Accident ngeri depan ofis

Semalam aku balik lambat sikit. Ada accident betul2 depan kilang aku. Nampak clear dr atas office ni. Abg pun stranded dlm jam nak mai amik aku. Kata staff yg office dia kat bwh, kira selari la dgn tpt kejadian, dengar letupan kuat. Accident antara lori trailer yg bwk pipe concrete tu dgn motor. Dr atas aku nampak kaki org kat bawah tayar depan lori. Dia pakai seluar jeans biru. Ingat kan dah mati tp ambulan mai mesti la tak mati lagi. Ambulan amik 2 lane jalan, so keta yg lain mmg tak boleh bergerak. Menurut cerita org yg nampak, org yg bawah lori tu nak mengelak satu motor ni, then kena sapu la dgn lori trailer. Org yg nak dielak tu pun jatuh gak tapi tak kena langgar lori. Org nya ada terbaring kat tepi corridor jalan. Dok pegang kepala sambil baring.

Hari ni menurut cerita kawan yg p tengok kat tmpt kejadian, perut dengan private part dia terkoyak, so ada keluar isi sikit. Wallahualam. Ngeri betul aku dengar. Nasib baik aku tak nampak adegan yg mengerikan. Kata abg masa lalu tepi lori tu dia nampak darah. Aku tak nampak sbb aku tgk dr opposite tpt abg lalu, kira sebelah sana trailer...

Sunday, December 04, 2005

Workshop Irfan Khairi

With K.Zai, Shazrina(wife Irfan), Irfah Khairi, Aku

Selesema aku hari ni start yesterday. Dr last week lg aku dok sakit tekak. Akhirnya semalam turun gak ujan hidung aku ni. Last Friday, aku ada meeting kat KL, meeting plus jamuan hari raya. K.Zai dan Balkis pun dijemput sama. Diorang p ngan flight mlm khamis tu. Aku pulak bertolak dgn kereta mlm tu jugak. Abg drive, bwk anak2 dan mak mertua dan dik na sekali. Sampai Kelang, rumah dik mi (adik ipar) pukul 2 pagi. Tido kejap. Bangun sebelum subuh, mandi2..Punya la sejuk, ujan pulak tu…eee bestnya kalau leh samb tido. Sampai ofis pukul 8 pagi. K.Zai dan Balkis belum sampai lg. Makan start pukul 10 lebih. Org semua dah lapo. Menu : Nas impit dan kuah lodeh, bihun goreng, cheese cake, coklat dan mcm2 kuih raya lagi. Tghari tu kami bertiga dan faradilah p ampang park..sj jenjalan..Singgah kat First Lady.. ada sales. Belek punya belek berkenan la baju kurung beads kat tingkat atas first lady. Beli jugak tudung kat mak mertua, dik na dengan bini dik mi (ina). Balik tu lepas jumpa bos, kami blah pukul 4.30 pm. Org tak ramai lg. Abg ckp diorang nak ke KLIA hantar Cik Ya (adik mak dr Johor) nak balik kg di Sabah. Tak pelah aku boleh p KLIA. Lagi pun kak Zai pun nak p KLIA jugak sbb rumah husband dia kat Sepang. Sampai di sana Abg semua dah tunggu kat tpt arrival ERL. Dr situ kami bertolak ke Cheras, rumah mak cik. Dah lama tak p umah dia..Anak2 dia pun dok tanya2 ..tak sampai lagi ka…Cadang nak ajak depa p makan satey kajang. Sampai kat sana makcik dah masak.PUlak tu badan letih…So tak jadi la…

Esok kami keluar pukul 8.30 am. Abg hantar aku ke JW Marriots. Aku ada workshop irfan khairi. Abg p rumah dik mi. K.Zai pun ikut p workshop tu. Aku tak pandai nak bercerita ttg isi kandungan workshop tu.. Tapi ianya mmg menarik.. Irfan nampak la yg dia ni bercakap tru experience sbb dia tak la sehebat trainer yg selalu bagi training tu.. Tapi yg penting ilmu dia. Dan cara dia macammana dia buat sampai boleh jadi millionaires. Wife dah anak2 dia pun ada disitu… Just imagine umo 25 tahun dah bergelar millionaires dan Malay pulak tu. Rasa nya first jutawan internet melayu.

Balik pukul 8pm lepas sembahyang. Naik monorel then Komuter ke Port Kelang. Komuter pulak delay. Lama la jugak. Bila sampai berebut2 org naik. Aku tak dpt naik. Next komuter <> 15 min lepas tu. Berebut jugak tp dptla naik. Sampai Port Kelang pukul10 lebih. Amir dah berleter ..”awat mummy lambat. Amir tunggu lama..” Tak abih2 dok berleter yg tu la…

Esok , pepagi lagi dah bertolak balik dalam pukul 9. Ada kenduri kawan UUM kat selama perak. Kira konvoi dgn member2 lain. Ramai la jugak yg p tu…Sampai Penang pukul 5 petang.. Aduh .. letih betul.. Abg terus p Pikom PC Fair dekat PISA. Aku malas nak ikut. Malam tido awal.

Hari ni hantar mak mertua balik Perlis. Dia nak balik dgn bas. Dah rindu kat kambing2 dia kot.. Amir dok asyik Tanya kambing dia ada tanduk dak. Nak balik tgk jugak sama ada kambing tu ada tanduk dak….Ishh Amir2 tak larat nak layan karenah dia sorang…

Sunday, November 27, 2005

'Open House'..Penat Gila...


Last Sunday, aku buat makan2 sikit. Ni la first time selama aku kawen aku buat makan2 aka open house. Open house tu besar sgt, so aku refer la as makan2 sbb panggil tak ramai, kengkawan aku 2-3 org ja. Selama ni yg dok buat tu bukak posa. Tu pun aku masak nasi ja, Lauk semua nya beli. Semalam menu nya Mee Jawa, Kek Coklat, Kek Carrot dan kekacang. Ada la tart nenas balance raya ari tu. Air pula, oren sunquick dan air saja-saja..(hehe tu tuan punya air tu yg bg nama). Air campuran air lycee, susu cair,susu pekat, air crème soda dan sumi jelly, lepas tu boh ais. Ramai org kata sedap. Thanks RN.Dan semua tu aku buat sengsorang, tak dak pembantu pun. Buat dgn Amir ngan Aisha… Jenuh terjerit2 aku..jangan kacau, lg depa kacau.

Hari Sabtu tu, aku hantar depa p nursery. Aku ngan abg p shopping kat Carrefour. Pukul 12 balik, kemas dapur, start kukus kek coklat. Then prepare ingredient utk Mee Jawa. Malam aku buat kan topping kek coklat. Ni la topping kek yg aku buat menjadi dan sedap. Lepas ni boleh buat topping utk donat pulak. Then buat kek carrot kukus. Masa tu dah pukul 12.30 malam. Kukus aku tu kecik, so kena la tuang air every setengah jam. Tup2 pukul 1 pagi gas dah abih. Tak dak backup pulak tu.. Pikir punya pikir, aku dpt idea-masak dalam rice cooker. Aku tuang air dlm rice cooker tu then masukkan mangkuk corning ware yg berisi kek carot td. Tangkai mangkuk tu elok je tersangkut kat mulut periuk tu, kira mangkuk tu tergantung la. Aku cover mangkuk dengan aluminium foil. Then kukus. Boleh la jugak rasanya kek tu..Aku buat frosting then tabur coklat rice. Frosting dia pun sedap, guna crème cheese, yogurt, castor sugar dan shortening. Dlm resepi masuk fresh crème tapi tak dak kat carrefour so aku boh shortening je la. Nasib baik turn out okay, Sedap. Itu komen dr org yg makan. Kek coklat pun aku suka yg ni. Dah banyak jenis kek coklat aku buat tapi yg ni yg paling sedap.

Mee Jawa tu aku start masak pukul 10. Sekejap je sbb bhn semua dah prepare. Periuk tak cukup besar, so lepas masukkan semua bahan, aku ambil satu lagi periuk, masukkan 3-4 senduk ‘pes’ mee jawa tu then tambah air, garam dan gula. Siap. Celur taugeh dan mee. Potong daun sup dan bawang cili, telur ..dah ready.

First guest sampai, office mate dan kawan2 dia (4 org), aku tak mandi lagi…Salin baju ja. Dah hidang mee, jiran aku satu family pulak mai…Mangkuk mee ada lapan ja. Kena la rotate. Tu la panggil sikit je tu. Kak Mira, jiran aku tu kena la tunggu turn dia pulak... Budak2 sibuk main mainan Amir, sampai tak mo makan. Lepas kak mira balik, Sue dengan Fizi sekeluarga sampai. Mai sekali. Tak mandi jugak aku. Anak2 Fizi punya la ralit main motor Amir. Anak Sue, Syazwina dok tengok ja. Dia sorang pompuan, tak masuk geng la… Amir tak kisah pulak depa dok main mainan dia.

Aisha dari first guest tido sampai last guest nak balik baru dia jaga. Tido depan TV. Org dok bising2 pun dia tak jaga. Faiz, anak Kak Mira, muda 3 bulan dr aisha dok kacau pun dia tak jaga jugak..Penat la tu…Emi tak dpt mai sbb anak dia mengamok nak tido. Kak Zai pun tak mai , demam. Lepas tetamu balik baru aku mandi. Rehat sat. Pukul 6.30 terlelap atas sofa. Abah depa dah hanyut depan TV. Aku tersedar bila aisha tumpahkan bawang goreng dlm balang atas kaki aku. Penat betul..Macam mana rasanya kalau betul2 open house ye…mesti lagi penat…Kalau la ada maid…. Malam sibuk kerja mencuci pinggan. Mee yg lebih aku buat mee goreng. Tinggal periuk belanga ja belum cuci..Tak larat dah rasanya macam nak patah pinggang…’Pes’ mee jawa tu ada lagi…hari ni boleh beli mee, bagi jiran sebelah kanan pulak, semalam depa tak dak , balik kampung….Ngantuk betul ni…Pg tadi rasa cam tak mo g keja sj. Tapi gagah kan jugak la bangun, sidai baju, iron baju. Lepas sidai baju hujan turun, lebat la jugak…….

Monday, November 21, 2005

Petua dan Nostalgia

Semalam aku p umah Mud (x-uum dan x-schoolmate aku). Mud sekarang ni ada kat Austria, kursus dgn company baru. Dia dah p sana start bulan 8 ari tu sampai la bulan 2 ni. On 26 hb ni Ana, wife dia nak p sana dgn anak2 sekali. P bercuti… Seronok nya Ana, yelah peluang yg jarang2 sekali boleh dpt. Then bulan 2 ni ana balik dgn Mud. Kira Ana dpt cuti tanpa gaji la…

Hujan dr last week. Aisha sekarang dah batuk2..BalikA ni nak rebus air akar bayam berduri dgn gula batu bg dia minum. Sejak aku dpt petua ni dah tak payah p amik ubat kat klinik. Dah 3 kali musim batuk, bila minum air ni alhamdulillah batuk aisha hilang..So sekarang ni aku tanam bayam berduri tu kat belakang rumah…Pokok ni tumbuh meliar aja. Senang idup. Ari tu aku cuba rebus bunga belimbing dengan gula batu bg aisha minum. Malam tu dia muntah2. Batuk aja terus muntah. Agak nya gatal kerongkong. Sehari lepas tu batuk terus hilang. Tapi kesian tgk dia muntah. Sepanjang malam tu tak boleh tido. So sekarang dah dpt cara baru yg berkesan, tulah air akar bayam berduri…Petua ni aku dpt dr pakcik urut kaki hari tu. Aunty N yg bagi contact no pakcik ni. Ayu n Ina mesti kenal Aunty N kan. Hop ke blog Aunty N ni dr blog ayu la….

Hari ni mood blues sikit. Tetiba teringat waktu nak bersalinkan Aisha. Entah kenapa tah teringat kisah tu. Aku patut rakam pakai videocam…Aisha ni dr dlm perut lg lasak. Semalam Tanya abg sapa yg kuat nendang aisha ke amir. Abg kata aisha la, letak je telinga atau tangan kat perut mesti kuat dia tendang. Bukan mummy sj yg sakit. Babah ngan abg Amir pun terasa gak…Seminggu sebelum bersalinkan dia, aku ada contraction. Real punya, ingat kan dah nak bersalin dah. Kejap kuat, kejap slow. Mlm tu jugak p klinik 24 hrs. Tapi doctor tu kata dia tak ada alat nak check…Dia advice kalau sakit jugak p hospital terus. Tgh malam okay pulak. Tak sakit pun. Seminggu lepas tu sakit yg sama aku rasa. Esok abg ada meeting kat KL. Masa nak bersalin kat Amir pun abg ada meeting jugak. Tp sbb anak sulung, abg tgu jugak aku sampai bersalin. Masa aisha, aku tak pasti sakit ni nak bersalin atau false contraction. Pukul 4 tu abg Tanya, cammana nak g hospital ke? Aku ckp bole tahan lg. Tak pa lah abg p la meeting..Cewah confident je aku jwb. Nasib baik mak mertua aku ada kat rumah. Sejak perut 7 bulan, aku tak berani tinggal berdua ngan Amir. Kalau abg outstation mesti mak atau mak mertua temankan. Aku tak risau pasal diri aku tapi aku risau pasal Amir, Kalau jd apa2 kat aku sapa yg nak tengok2kan Amir. Pukul 7 pagi, aku ckp ngan mak mertua aku, yg aku dah tak tahan dah. Nak kena p hospital jugak waktu tu. Aku tepon abg. Dia baru sampai Bukit Beruntung. Aku suh abg contact taxi yg dia selalu ambil nak ke airport Penang. Pukul 8 taxi tu sampai. Mak mertua aku Tanya dia nak temankan ke? Aku ckp tak payah la, aku boleh p sendiri.. sbb kesian kat Amir, dia masih tido lagi..Semalam pun dia tak leh tido sbb cirit birit. Punggung dia melecet… So mak mertua tolong bawakkan beg baju baby dan aku ke taxi. Aku mmg nak jalan pun tak larat dah. Aku ckp ngan driver taxi tu suh cepat sikit. Kalau tak aku bersalin dlm taxi….Masa atas bridge tu tak jam.. Taxi pulak sesat.. tak tau jalan ke hospital tu..Aku cuma tau dr Gurney Plaza sj. So aku suh driver taxi tu p Gurney Plaza. Dr situ aku bg direction ke GMC. Sampai hospital pukul 9 lebih. Driver taxi tu bawakkan beg sampai bilik doctor. Doktor aku nama dia dr Gan. Chinese. female. Aku naik wheel chair. Mmg tak larat dah nak jalan. Masa atas wheel chair tu pun muka berkerut dah..Dr tak ada kat bilik dia, so nurse sorong masuk bilik bersalin. Dia check dilation. Dah 4 cm. Masa tu pukul 10.30 pagi. Dia suruh tukar baju hospital. Tepon abg , dia tgh meeting. Ckp kat dia yg aku dah ada dlm bilik besalin. Dia terkejut. Then dia call balik kata pukul 12 nnt dia bertolak balik. Masa Amir dulu aku sakit lama dekat satu hari gak. Abg ingat utk aisha ni sama mcm amir gak…Boring yg amat asyik terbaring sorang2 dlm bilik tu. Dah la tek de org nak beri peransang..Sedih betul. Kalau ada abg boleh gak pegang tgn waktu contraction kuat. Ni kena la pegang besi katil.. Nasib baik tak tercabut besi tu, kalau tak jd cam Pinky.. Kalau aku tak silap dengar la….Aku tepon mak mertua dan mak bg tau dlm bilik bersalin dah.. Kat luar aku dengar org mengerang, akit nak bersalin. Aku pun jd takut. Kuat betul dia mengerang, aku rasa bukan mengerang lg dah tahap menjerit tu. Nurse tu ckp “u diam je tarak bunyi suara. Org tu banyak bising. Kita pun tak paham apa dia mau…” Lepas tu baru aku paham..org yg menjerit tu India muslim. Dia jerit dlm bahasa tamil. Nurse pulak Cina…Setengah jam lepas tu aku dengar bunyi baby menangis, lepas tu tak de dengar dah bunyi jeritan dah. Lega dan boring. Lega sbb aku pun dah tak kecut perut. Boring sbb tak ada hiburan lagi… Bila contraction makin kuat aku tekan loceng. Masa tu dah tahan dah. Sebelum ni boleh tahan lagi. Ke kiri ke kana aku pusing. Nak cari port yg ‘sedap’. Nurse masuk. Dia check dilation. Ayo baby mau keluar dah..You tahan sat… Ada ka ..dia suh aku tahan..Masa tu la kelam kabut nak panggil doctor, nak prepare alat nak bersalin.Aku dah memang tak leh tahan lagi. Asyik nak meneran sj. Sebenarnya kepala baby tu yg tekan bukan aku. Bila doctor sampai, 2 kali push terus baby keluar. Masa tu pukul 12 tghari. Aku dengar aisha nangis..Masa amir dulu aku lalok sikit sbb kena gas oksigen. Tapi aisha ni aku 100% sedar. Nurse letak aisha atas dada aku. Ada lender lagi kat badan dia. Nurser lap atas dada aku. Kaler dia purple. Masa dia bukak mulut aku tgk gusi dia tajam...Rasa ajaib je sbb baru kejap td dia dlm perut aku..La ni dah ada kat luar…Bila habis doctor ‘proses’ aku, start la aku call abg bg tau aisha dah kuar. Apalagi terkejut badak abg. Kejap nya..kata abg. Aku ckp ngan dia tak yah rush la everything dah selamat semua…Start sms kengkawan bgtau berita gembira tu. Hari tu aje abis RM20 utk sms sj. Aku boring, tak tau apa nak buat. Nak tido, mata takleh pejam. Nak tgk anak, dia ana kat nursery. Nak sembang tak ada orng. Familiy aku pukul 6 petang baru sampai…Tgu abg sampai dr KL br depa mai sekali. Aku siap bwk camera. Suh nurse tu amik gambar aku ngan aisha. Nurse tu ckp dia tak boleh ambil gambar, tgn shaking. Dia panggil amah mop lantai tu amikkan. Amah pun amah la…

Petang tu family aku sampai. Amir nampak aku terus dia panggil ..Memi…memi..Dia tak pandai sebut mummy lagi.. Aku peluk dia, cium dia sambil air mata aku jatuh.. Rindu sgt kat dia. Itu lah perasaan aku bila dpt baby kedua. Rasa cam sedih bila kasih sayang nak dibahagi 2. Tapi perasaan tu tak lama. Masa kat hospital tu jugak aku dah boleh adjust dengan kehadiran aisha…Aku rasa camtu mungkin sbb Amir kecik lg kot br 1 thn 8 bulan. Tak reti apa lagi…Tak peduli pun kat baby baru. 4 hari dok hospital ..Punyala boring..Aisha kuning tu yg lama sikit tu.. Masa balik dr hospital abg kena p kursus kat KL. Aku kena stay kat rumah 2 hari then pegi hospital balik check kuning aisha. Bila semua okay baru aku balik rumah mak kat Jitra. Nasib baik mak mertua dan bapak mertua ada. Boleh tolong temankan dan hantar ke hospital.

Aku kena write somewhere pasal aisha ni. Nnt besar2 boleh dia baca…

Sunday, November 13, 2005

Concert Barney di KLCC


Pagi2 ni rasa nak nak update blog aje…Hah citer pasal hari Sabtu ari tu. Very adventurous. Seperti dlm blog yg lepas aku jadi turun KL..dgn flight pulak tu dan anak2 aku..Cam tak caya aja boleh bawak depa tanpa abahnya…Malam sebelum berangkat (Jumaat) dah sibuk packing barang. Ada 2 beg aku bwk, Satu beg beroda Akademi Fantasia dan satu lagi knapsack body gloves. Bawak baju budak2 tu, pampers aisha, telekung, baju aku, sweeter, stoking, susu (tu kalau lupa naya…). Abg dah call cab suh mai amik pukul 6.30pg sbb flight aku dgn Air Asia pukul 8. Abg akan tunggu kat KL Sentral sbb dia duk kat Hilton. So pepagi aku bagun pukul 5. Siap2, jerang air utk bebudak tu mandi. Lepas tu kejut kan Amir..Mula tu liat nak bangun tapi bila sebut nak naik kapal terbang je cecepat celik biji mata. Lepas siap kan amir, mandikan aisha pulak. Dah settle semua abg tepon Tanya cab dah sampai ke belum. Masa tu dah 6.45 tapi cab belum sampai lg. Cab sampai dekat pukul 7.

Sampai kat AirPort Penang, abg call suh p counter MAS. Mulanya nak naik Air Asia tah cemana tukar naik MAS. Lepas bg code kat counter ticket tu, terus checkin. Flight pukul 7.50. Dpt seat tepi tingkap..Mmg mintak tepi tingkap pun. Ni first time Amir ngan Aisha naik flight. Punyala seronok Amir. Mulut pot pet pot pet Tanya itu ini. Aisha cam biasa, diam je . Masa nak take off tu Amir relax je, mummy yg rasa bedebar…All n all okay la..Cuma Aisha je, nak buat cam naik keta, nak jln sana sini. Stewardess bg gula2, okayla..

Sampai kat KLIA, turun kat plat form yg ujung sekali…Aisha tolak troli sampai ke tpt last troli boleh masuk…Jauh tu..Amir pulak dok atas troli…Kami amik ERL p KL Sentral….Dlm train masing2 ngantuk.. Mula la buat perangai.. Susu Aisha dah habis, mengamok la dia… Sampai kat KL Sentral abah diaorg dah tgu. Lepas beli nasi, p hotel Hilton, abg checkout pukul 12. Sempat lg nak mandi2 ka, nak salin2 baju… Masuk je bilik, amik nampak bath tub.. Dan2 nak mandi.. Anak2 aku ni pantang jumpa air…

Pukul 12.30, check out. Abg simpan beg kat KL Sentral. Kami naik LRT ke Ampang Park. Cdg nak g umah Eton Candra. Dia buat open house kat Bukit Antarabangsa. Amik cab ke sana. Rasanya kami la first guest. Amir ngan Aisha tido dlm cab. Masa sampai, Amir jaga, tu yg moody tu, tido tak cukup. P umah eton pun asyik nak buat perangai. Aisha pulak tido tak jaga2, nak balik pun tak jaga lagi….Eton masak bihun sup..Kami mkn sikit ja sbb dah kenyang makan nasik kat hotel . Tepon Chombie…dia nak mai lepas Zohor..Nampak nya cam tak dpt la nak jumpa x-UUM yg lain sbb kami kena berangkat dr umah Eton pukul 2. Mula nak amik cab, tp Eton kata susah nak dpt cab, so hubby dia hantar ke KLCC. Terima kasih la, sbb susah2 hantar sampai KLCC. Masa keluar dr keta Eton Aisha baru jaga.. Lama juga dia tido…

Kami jalan kaki ke Convention Center. Jauh juga, rupa2 nya ada short cut. Masa nak balik baru tahu. Sampai2 tu, kami duk seat depan sekali. Barney punya concert dah start. Amir, nampak2 Barney t uterus nak naik atas pentas.. Abah dia ckp nnt la, bila habis nnt boleh jumpa Barney..Mata dia dah kuyu.. ngantuk..Tp Barney punya pasal, jegil jugak biji mata tu…concert tu <> 1 jam setengah. Best..bukan anak2 sj yg suka ..parents pun enjoy…tapi yg ralatnya tu. Dah habih consert, tak dak sesi nak bergambar ngan Barney.. Kesian Amir..punya la n p pegang Barney tu… Kami beli baju Barney kat Amir ngan Aisha.. Malas nak beli patung Barney… Balik tu singgah KLCC.. apa lagi..Mandi la..acara wajib kalau lalu kat situ.. Aisha.. aku lupa bawak baju salin.. Amir naib baik terlekat juga…Dah sudah mandi, salin baju, masing2 nak pakai baju Barney. Aisha pakai baju ngan pampers saja..Nasib baik baju labuh…

Abg ada janji ngan En Majman, developer yg aku beli rumah tu..So kami jumpa dia kat masjid KLCC, sign buku check. Urusan kami dah selesai. So tgh pk nak balik hari tu jugak ke atau hari ahad..Since masing2 dah letih, kami cdg nak balik ari tu jugak.. Sbb kalau nak p ziarah pun keta tak ada…Kami amik keputusan naik flight balik Penang. Masing2 keletihan..Seat belakang sekali dekat toilet. Masa kat aiport Penang, nak amik luggage terjumpa sorang budak pompuan baya Amir pakai baju Barney.. Mak dia tegur .. “Pegi konsert Barney jugak….” Cam gaya Datin2 je mak nya…J… Sampai rumah semua nya cari katil nak landing..Aduh letih nya…

Hari Ahad.. ada kenduri rumah Pak Din (x-uum) kat Simpang Ampat, Juru. Janji dgn member2 lain nak p sama…Janji ngan Pacai n Blue tgu dekat tol Juru. Yg lain2 (Shark n Zali, Mario n family, Nisam, Rosli Musa ) mai rumah aku…Kami p sekali rumah Pak Din. Lepas bergambar dgn pengantin, masing 2 balik.Comel wife pakdin..Mcm familiar ja rupa dia. Kami p umah Kumdam (x-uum gak) kat Kulim. Dia buat open house. Mcm semalam kami ni first guest. K. Erma buat Mee Kari.. Pukul 4.30 bertolak balik. Sempat lagi p open house neighbor umah ujung. Umah corner lot. Dah org jemput kami p la..Dia buat catering. So kami mkn buah je .. Dah kenyang.. Amir asik dok tepi kolam ikan depa. Selalu dok lalu tepi ja. Kali ni dpt masuk, seronok la dia… Lepas jumpa tuan rumah, kami balik..Depa ni business man…Kayo .. kalau tak tak kan boleh runtuh balik rumah tu, buat lain…..

Tuesday, November 08, 2005

Raya Sakan...


Dah 3 hari aku masuk kerja..First day, aku sorang ja kat department ni..Settle kan monthly report. Raya yang lepas ni sungguh puas dan penat. Aku balik kg hari Ahad 30/10. Lepas settle kan kerja2 rumah – basuh baju , pinggan mangkuk. Aku balik bertiga ngan Amir dan Aisha. Abg kerja esok nya tu..So dia hantar kami ke stesen bas kat jeti (panggilan utk stesen bas/keretapi/ferry butterworth). Kami naik bas Konsortium. Amir punya la syok dpt naik bas.. Aisha cam biasa asyik berkepit dgn aku. Dia kalau tpt tak biasa cuak sikit. Tak mcm Amir…Tpt duduk pulak yg depan sekali. Yg lain semua dah penuh..Risau jugak tapi tawakkal saja. Bas bertolak pukul 5.30 petang. Aku tak puasa jd tak la risau pasal berbuka. Dalam bas aisha tido.. Punyala susah nak tido, mcm kucing nak beranak…Pusing sana tak kena , pusing sini salah. Last2 tido jugak dia.. Amir ralit dgn pemandangan kat luar. Dia ngantuk tu , tapi sejuk tak boleh tido. Kesian dia , aku terlupa pasal baju sejuk dia… Maklumlah..jaaarang sekali naik bas ni.. Nasib baik perjalanan Cuma 1 ½ jam saja. Tiba di Alor Setar, ayah dah tunggu, tp tak jumpa dia pun.. Lama jugak la aku merayau cari ayah.. Sebelah dukung aisha, sebelah heret amir. Beg aku tinggalkan kat tpt duduk stesen bas tu. Tawakkal ja..Org ramai..student nak balik raya..Student uum. Dekat setengah jam baru nampak kelibat dia.. Salah info. Dia ingat aku naik bas apa tah… Susah jugak nak control bebudak 2 orng tu kalau kita sorang. Terjerit 2 aku kat situ, Sorang p sini, sorang lari ke sana. Aku pulak tgh call mak, nak Tanya pasal ayah.. Last2 semua dah selamat..Aku balik Jitra sampai sehari sebelum raya.

Balik kg, kerja aku buat kek. 4 jenis kek semua. Oven mak yg butterfly tu. Aku tak pandai guna..Sudah nya kek aku tak naik..keras je..Kalau panas2 sedap la makan. Aku buat kek African marble,kek coklat kukus, kek coklat kentang dan kek carrot. Baju raya aisha dah siap..Baju kurung dengan seluar warna purple.

Petang sebelum raya tu kami balik Perlis. Wah seronok budak berdua tu sebab ramai sedara yg melayan.. Petang tu Amir ikut Wan jaga kambing. Kelakar jugak tgk dia dgn kayu di tangan hambat kambing..”Kambinggg!!!! Balik..!!!” Sambil dok pukul punggung kambing tu..

Malam seperti biasa..acara main bunga api…Seronok la sbb this year boleh pegang bunga api sendiri. Aisha pulak takut nak pegang dan dia kalau pegang, nak pegang tpt yg berapi tu…

Hari raya mak mertua buat nasi ayam..Itu menu wajib setiap hari raya kalau tak balik Johor. Kami pegi bergambar kat studio di Kangar.. Ramai orng kat kedai gambar tu..Baju pulak sedondon ja.. Masa tu aisha tgh tido..Cam na aku nak kejut kat aisha ni.. Masa nak amik gambar tu dia jaga..Okay la tu…Ni la first time aku amik gambar studio masa hari raya…

Kami beraya di Perlis, rumah sedara sebelah abg. Petang tu tepon mak Tanya dia ada kat mana sbb kami nak balik Jitra pulak. Mak ada kat rumah mak long kat Sang Lang. So kami p beraya di sana. Malam tu tido di Jitra. Nasib baik rumah mak dgn mak mertua tak jauh. Boleh ulang alik. Raya kedua, p rumah Pak Lang di Bukit Tangga, dan rumah sedara sebelah aku…Sakan jugak la beraya sbb bnyk rumah yg kami p, bnyk la berziarah. Lagi pun time2 gini la nak jumpa adik beradik pun..

Raya ketiga, balik Perlis, ada kenduri kawin rumah tok sedara abg. Lepas kenduri p ziarah rumah Pak ngah, Wa, dan lain2 lagi..Malam tido Perlis…Esoknya pagi2 bersiap2 nak balik Jitra. Nak singgah kejap ja kat Jitra sbb lepas tu nak balik Penang pulak ptg tu jugak. Singgah rumah Pinie..Sembang2 sat, tah camna abg ajak p umah Blue (kawan UUM) kat Taman Tengku Sarina , Bandar Darul aman – tak jauh dr rumah mak aku. So kami pi la sana. Dengan Pinie/Pian dan hand bags sekali…

Cantik rumah Blue, bukan sj interior, tapi finishing rumah tu mmg cantik. Kiranya developer design mmg cun.. Pintu dia kat tepi. Kata blue rumah tu mmg dah di letak cornice siap2, Masuk je nampak ruang tamu, then naik 1 anak tangga sebelah kiri jumpa ruang makan, lepas tu dapur yg luas itu, sampai keujung/jalan. Tapi yg syok nya sebelah kiri dan kanan dapur ada pintu keluar. Sebelah kiri pintu ke laundry, sebelah kanan ada tanah sikit, nak sidai baju ka..Harga rumah tu 138k.Dia habis lam 20k nak decorate – pasang floor board dan lain.2.. Hish compare ngan rumah aku 175k tp kosong…Hmm syok kalau dpt balik dok sana..kan.. Tapia pa kan daya..kerja kat sini…

Petang tu jugak balik Penang..Esok nya kena kerja…Ha..minggu depan nak p KL pulak..nak tengok Barney kat KLCC. Tu kena tunggu plan dr abg dulu…Ni semua utk amir ngan aisha ni…
Opss lupa lak..amir ngan aisha pun sakan kutip duit raya...RM100 lebih gak sorang

Friday, October 28, 2005

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Semalam ada jamuan bukak puasa kat rumah..Yg hadir kawan2 palapes abang..Abg suh masak nasik ayam..(nasik saja). Sebab mlm sebelumnya aku buat nasik ayam..Sedap katanya..Tu yg dia suh masak tu.. Aku tak kisah sgt sbb simple ja..Dan sempat sbb tak payah buat ayam- beli sj. Nasi turn out keras sikit maklumlah selalu 3 pot sj, semalam 7 pot..masuk air terkurang la tu. Masa masak nasi..Tapi lepas adjust sikit okay la…Abg beli sup daging dengan ayam percik…Mario sampai…Hujan, basah baju dia.. Kemudian Kundam ngan wife dia , k.Erma dan anak2 dia sampai…Kata abg Blue nak mai jugak tp masa buka puasa dia tak habis meeting lg. Sudah nya tak mai pun..Dah lewat kot.. Kuih bnyak jugak sampai balance dia aku bwk p ofis… Anak kundam 2 org , girls. Elisya (4 thn) Dayana (1thn8 bulan). Badan, bersemangat. Ingat kan si Elisya tu dah 7 tahun, rupanya baru 4 tahun. Kata K.erma masa 2 thn berat dia 20kg. Amir. Yg adik pulak besar dr Amir… Longgok main kat depan, ha main la depa , tak gaduh pulak. Amir ngan aisha kan kedekut sikit brg mainan…Aisha tak bagi anak patung ‘Alia’ dia bila Dayana pegang…Lepas minum the depa balik Kulim..Hujan pun dah berenti. Mario balik awal lg..Maklumlah nak balik Kamunting. Perak..Jauh gak dlm 1 jam lebih perjalanan…Lagi pun dia naik moto. Begitu lah Mario hari2 berulang ke tpt keja. Dia satu ofis ngan aku…

Tghhari tadi pegi window shopping. Saja ikut member tgk2 baju kat Bandar Sunway. Betul2 dibawah ofis abg. Aku penah masuk kedai tu dulu. Tak beli apa pun. Emi amik baju kurung. 2 helai = 60 ringgit. Singgah anakku, beli seluar amir ngan baju aisha. Offer 70%. Beli KFC. Ada 3 org tak puasa..Suruh Cheah p beli..Time2 gini dia la yg jd mangsa…

Today last kerja b4 raya. Selamat Hari Raya Semua..Maaf Zahir Batin.. Yg nak mulakan perjalanan ke kg tu , berhati2 semasa memandu….

Wednesday, October 26, 2005

Anak-anak pengubat hati....

Dalam hidup aku sekarang ni tiada apa yg lebih membahagiakan selain keluarga aku. Bila anak2 ceria automatic aku yg tgh berserabut dgn kerja ni bila balik rumah sj happy. Tapi bila dtg keja rasa mcm nak tempuh sesuatu yg mendukakan…Hai.. tanda apakah itu? Dah jd untakah aku?...Still teringat masa mula2 kerja aku ada dpt email pasal transformasi org bekerja esp line IT…Tahun pertama fresh bersemangt..Next year.. Masih okay, Third year dah menurun-Muka pun dah berubah sikit..Masuk tahun kelima ke atau kesepuluh, (tak ingat la) Transform terus jd unta…Need to do something to motivate myself. Bercuti?..Been thinking of that but cuaca tak mengizinkan buat masa ni…Semalam start tak puasa.. At last…after delay nearly 1 month. Dah suspense dah..Bukan tak nak tp tunggu aisha 2 tahun ke atas… Biar cerdik sikit. Dr pengalaman dulu, Amir br 1 thn 8 bulan masa aku bersalin kan Aisha, masih nak bermanja dgn aku lagi.. Bila dia tak dpt perhatian dr aku mula la nak buat perangai…Aku pulak bila buat perangai mula nak marah2. Lepas tu menyesal lepas marah.. Sian Amir..Nak pulak masa tu aku kat KL sengsorang ngan anak2. Abg kat Penang..Tension sokmo…Apa pun aku mmg kesian kan Amir…Bila ingatkan kesusahan masa duk KL dulu rasa nak nangis pun ada sbb Amir…

Sekarang ni bila anak2 dah besar , senang sikit aku…senang banyak sebenarnya.. Tu yg badan tak mo turun tu.. Malam aisha kengkadang je jaga nak susu..Kadang tu abg yg bangun buat susu…Amir, pukul 6 pagi baru minum susu. Mana mummy tak gumuk…
Semalam seperti malam2 sebelumnya aku cepat letih..Agaknya sbb penat puasa dan tension kerja kot.. Abg pun sama…Dia lg la ngelat..masuk tido awal.. tinggalkan anak2 ngan aku..Mulanya nak ajak diorg tido tapi bila tgk diorg nak main lg aku laying jugak la..sbb fakir seharian di sekolah mesti balik rumah nak main ngan mummy…Mcm 2 main..nenek2 sibongkok 3 la..si aisha suka melompat…semalam diorang tolong lap kipas, bread machine, berebut2 nak tolong lap…Ha time rajin tu tak yah suruh….Siap Tanya lagi nak lap apa pulak….Amir melaram baju raya..Siap ngan sampin pak su dia bagi lagi…Amir tu nak tunggu Puteri..sitcom kat TV3 tu. Minat sungguh dia ngan cerita Puteri tu..Sebelum tu tgk Senario..Sambil dok tgk tu Amit main lego buat pedang..Mummy ajar gaya thunder cat(kartun feveret zaman mummy dulu). Aisha pulak main buai2 dengan kain batik yg mummy pakai. Aku dok atas bangku kecik, so dia masuk la atas kain batik yg aku pakai tu, then aku ayun la ngan kaki ke kiri ke kanan..Bukan main suka lagi…Siap nak baring dalam tu.. Mana muat..setiap kali nak baring kepala dia jatuh kat lantai..lepas tu masuk balik. Bila abang dia nak join ditariknya rambut abg sampai nangis kawan tu.. Aisha ni mmg garang…Masa tgk Puteri tu aisha dah tido.. Lepas tu aku sambung Inspiron..Lepas tu pulak Amir suh bukak CD Power Rangers. Aku terlelap atas sofa. Sedar2 Amir dah tido, TV yg tgk dia… Pukul 1 baru aku angkat Amir naik atas…

Hari ni dtg kerja dgn semangat baru… Nak senyum selalu..Selama ni aku bukan la org yg pemurah ngan sunyuman.. Sedekah yg paling senang di buat ialah senyum..Free2 dpt pahala.. kalau ikhlas dr hati… Ni salah satu usaha aku nak memotivasikan diri nak kerja…Pg ni sampai ofis aku rasa ceria sikit dr selalu….

Petang nnt ada gathering bukak puasa kat rumah aku..Tak confirm lagi jadi ke tak.. Kawan2 Palapes UUM abg kat Penang ni…Dapur aku selerak..Balik ni kena kemas cecepat..

Sunday, October 16, 2005

Sehari di KL - (Gathering geng UUM)

Penat betul semalam balik dr KL. Bertolak dr Klang pukul 11.30. Singgah d IKEA jamu mata…Ambil katelog baru..Tak beli apa pun, tak masuk tgk pun IKEA tu. Satgi masuk tertawan pulak nak membeli. Tak plan malas nak beli. P Ikano , The curve..Jalan-jalan jamu mata…Balik sampai Penang pukul 5 petang. Semua nya terlelap kecuali abg..dah dia yg bawak keta…

Aku p KL ada kerja sikit. Kami bertolak hari sabtu lepas Subuh, sampai sana dlm pukul 10.30 pagi. Lepas settle urusan dgn lawyer, jalan kaki p KLCC. Kali ni berjalan syok gak sbb budak2 tak buat perangai. Boleh jalan sendiri. P kinokuniya, as usual kalau p sana mesati sambar anjung seri, tempur dan prajurit. Tu wajib. Then Amir pilih buku dia.. Dok tgh pilih2 tu nampak buku Power Rangers..Hmm pujuk dicita ulam mendatang la.. Terus capaki buku tu dan satu lagi buku Incredible. Hard cover dlm RM40 ++ satu. Aisha pulak beli buku baby animal kat dia… Bukannya nak tgk sangat buku tu. Dok syok tgk buku Power Rangers abg dia….

Lepas tu mandi-manda kat KLCC tulah.. Aisha tido masa kami sampai kat tpt mandi tu. Tido atas bahu abg. Penat kot, bangun pukul 6.30pagi..Pukul 1 br tido. Amir tak sabar2 terjun dgn baju yg dia pakai tu. Baju mandi dlm keta. Park dekat masjid. Sementara tunggu abg p amik tu dia, terjun dulu. Pesan dekat amir, jgn mandi jauh sgt mummy tak boleh nak tgk, adik tido.. Tak sampai 15 min aisha jaga.. Apa lagi.. tgk ayaq melambai2 kat dia…Dah la batuk dan selsema.. Mummy buang pampers tinggal seluar ja.. Tu pu dia nak londeh seluar..Mummy ckp tak boleh, malu..Mula tu dok tepi2 ja, sentuh ayaq. Dah lama sikit tu abg tarik tangan ajak mandi.. Apa lagi tak ingat dunia dah.. Abg sampai amir salin la baju mandi dia..Tak lama lepas tu ajak depa naik.. Mula tu tak mau, lepas pujuk2 okay la..

Tepon Pinie, tapi tak ada org angkat. Tepon Chombie, Dia kata sat g nak p umah Ina, nak masak. Tak palah. Tepon Pian kata nak p umah dia…Then p la Bukit Mahkota…Pinie tak sampai balik lagi…Dok sembang2 sementara tunggu asar. Lepas mandi, bertolak kerumah Zira. Singgah kat Bandar Baru Bangi, beli makanan – murtabak dan sate…
Susah jugak jalan ke rumah Zira. Kalau p malam takut…sunyi jln nak p umah dia…
Sampai tu ingat kan anak2 dara tu dah sampai.. belum lagi rupanya..sesat kot.. Hmm depa naik Aveo Chombie..

Lepas tolong Zira siapkan hidangan, anak dara (read: Ina, Chombie, Norma, Ayu (ni bukan anak dara dah ni) and aja sepupu ayu) pun sampai. Riuh rumah Zira..maklumlah lama tak jumpa… Macam2 makanan ada.. Lepas buka…dok sembang2.. Budak2 tu naik atas…Entah buat apa la kat atas tu. Amir bg tau ada helicopter kat atas…Seronok betul budak2 tu main.. Zira siap bawak keluar mainan pelampung lagi. Tah berapa piji pelampung dan bola ada.. Yg best nya ikan paus besar. Berebut2 semua nak naik.. Aisha teringin sebenarnya, tp dia takut.. Takat kuih ekor ikan tu berani la…Amir mcm tak ingat dunia dah punya seronok. Nasib baik umah aunty Zira, Kalau umah org lain, mesti dah marah tuan rumah..(marah lam hati la kot)…. Ada sesi main mercun dan bunga api. Yg mainnya mak budak.. Anak2 semua tengok aja..sbb takut tak pandai handle bunga api besi …Oh ya.. gambar2 buka posa umah Zira dah update dlm fotopages…

Wednesday, October 12, 2005

Running Nose...Aduh !!!!...Saleha


Hari ini selsema, rasa sungguh tidak selesa. Pg tadi bersahur dgn mee kuah yg neighbor bg semalam. Since sorang sahaja malas nak masak nasi. Abg p KL meeting sejak semalam. Hari ni baru balik. Semalam pun tak masak banyak, Cuma buat ayam masak kicap, kasi lebih kuah. Selera tak brp elok since selsema ni. Amir ngan Aisha pun makan nasi, mummy suap. Kalau makan sendiri, yg jatuh nya lg bnyk dr yg masuk mulut.. Aisha la tu, Amir dah pandai suap sendiri…Diorg pun dah kurang batuk2. Semalam jugak teringin nak makan banana bread. So ada sikit banana, mash then masukkan dlm bread machine. Buat ½ adunan sj sbb banana pun sikit, campur dgn walnut dan dates..hmm yum..yum.. sedap masa panas2…

Hari ni pulak tak tau lah nak masak apa.. Abg suka kalau aku masak dr beli siap. Aku pun suka kalau masak sendiri. Sekali sekala beli boleh la…W/pun tak pandai la sgt masak tp boleh la takat family kami mkn…Satu lg family kami tak makan pedas. So sambal2 tak ada dlm menu. Hari tu buat sambal belacan.. hehe failed.. Entah rasa cemana tah ..tak sedap langsung…

Amir semalam sibuk nak keluar rumah..nak tgk anak jiran main mercun.. Aku biarkan sj dia keluar lepas kunci pagar…Pesan suh duduk jauh2 sikit…Aisha pun sibuk nak kuar. Aku lepas dia kuar, tp masuk balik ajak aku kuar tgk mercun, dia takut tgk sorng2 . Nak dukung la tu…Aku malas nak keluar..Mengamok2 jugak ajak keluar. Suh abg panggil adik pun tak mau , nak dgn mummy jugak… Hish CA..CA.. sorang ni…Geram mummy..
Nasib baik amir tak perap mummy suh beli mercun..Dia takut gak dgr bunyi mercun, siap pekum telinga padahal bukan nya kuat sgt bunyi nya..Mercun yg kaler kali tu….

Pg tadi pegi nusery Amir bawak CD incredible,spiderman dgn brother bear. Balik nnt nak kena check tgk dia bwk balik tak cd tu.. Amir ni selalu lupa…nak bawak balik…

Monday, October 10, 2005

Baju Raya…

Last Saturday, aku ajak abg ke Pasific Prai, p beli baju raya…J Konsep tahun ni purple.. Abg kata selama ni tak pernah berkonsep-konsep pun, tahun ni pulak ada konsep.. Hehehe Saja la tgk orng buat konsep colour ni teringin nak buat pulak.. Susah jugak nak cari colour purple ni ya.. bukan apa warna feveret ramai org. Saiz2 aku ni dah habis, yg ada saiz XL, besar la pulak. Aku pilih ready made je sbb nak upah pun org mesti dah tak nak. Pilih punya pilih, last2 dpt la jubah pendek dengan selur colour purple.. Aisha dgn amir pulak aku beli kain, nak suruh mak jahit baju kurung. Dekat aisha nak buat baju ala kebaya tapi pakai dengan seluar…Sesuai ke? Semalam kain yg aku beli nak buat baju diorang tu Amir amik buat superman… Aduh.. dah la lantai besepah dgn nasi tumpah..nasib baik colour gelap… Dah tak sabar nak pakai baju raya la tu…

Then petang Sabtu bawak aisha pegi kelinik. Dah dua minggu batuk teruk esp. malam. Doktor kata bronchitis. Aisha kena ‘sedut’ dgn nebulizer. Punyalah menangis. Doktor tu bekalkan ubat utk Amir sekali. Utk aisha pulak dia bekalkan ‘chamber’ dgn ubat sedut yg macam org kena athma tu.(Aku tak ingat dipanggil apa).. Sedut gas tu 4 kali sehari. Semua sekali RM218.00. Mak ai mahal nya.. Mesti chamber tu yg mahal…

Friday, October 07, 2005

Sibuk Gila....

Semalam masa suap anak2 makan tiba2 Amir beritahu. Mummy, ainon-mata, uzunun-telinga, amfun-hidung, raksun-rambut. Mula aku blur, lepas tu baru perasan dia belajar bahasa arab. Then aku sambung lisanun-lidah, cepat2 dia cakap, tu cikgu tak ajar lagi. Then dia bilang wahidun, ithnani. Takat tu ja…Wah anak mummy dah pandai bahasa arab ye.. Ish ni mummy kena refresh bahasa arab mummy yg dah berkarat tu la nampaknya..

Been very busy this few weeks. Tak sempat nak UB. Banyak benda yg nak ditulis. Tapi time doesn’t permit. Selamat Berpuasa semua. Sejak hari pertama puasa aku dah tak tidur balik lepas sahur, kemas rumah, basuh kain, pinggan mangkuk. Walau pun penat tp rasa best pulak tgk rumah kemas. 2 malam dah amir dan aisha main play doh. Habis bersepah2 atas lantai. Pagi2 aku kemas balik. Kalau selalu aku biar je sampai kengkadang abg yg sapu…Penat maaa… Azam aku lepas puasa ni nak bangun awal pukul 5 atau 5.30 pg, settle kan urusan rumahtangga, so that weekend tak teruk sgt. Gitulah citernya org tak de maid.

Last week masa aku g course kat KL mak ngan ayah mai rumah dgn adik2 sekali. Habih clear lalang kat depan rumah aku tu ayah tebas. Kat belakang pulak semak samun pun dah clear. Pokok betik pencen pun dah kena tebang. MMg clear. Lega aku. Ayah mmg rajin kalau bab clear2 semak samun ni. Kebun limau kat kg dia yg usahakan dgn tulang 4 kerat saja.

So next step aku nak extend sikit patio belakang rumah, tpt mesin basuh. Ingat nak extend dapur sekali tp money constraint. Tak pe lah . Hopefully lepas ni tak de cik Ti lg masuk.

Thursday, September 15, 2005

CD Kambing Amir

Semalam Amir bawak cd yg pakngah dia loadkan dr videocam ke nursery. Dlm cd tu ada la gambar2 dan video amir dan aisha. Masa aku amik diorg petang tu, along kawan amir beritahu amir ada dlm bilik tgh tgk cd kambing. Mulanya aku tak paham apa yg dia cakap kan. Then cikgu dia ckp nak mintak pinjam cd tu, diorang(cikgu2) nak tgk mlm nya. Tadi bebudak tu dok tgk cd tu. Aku ckp okay jer pinjam la. Bila amir dengar cikgu dia nak pinjam terus tak bg. Amik simpan cd tu dlm bag. Hai kedekut betul anak mummy ni. Budak2 tu suka tengok kambing mak tok yg besar2 macam anak kuda…

Hari ni bos tepon. Dia concern pasal kes kat sini. Yelah production problem dia takut nnt system disalahkan.. Dia nak dtg minggu depan dgn big bos. Dia suh prepare document2 berkaitan..Biasa la aku kat sini kalau big bos nak turun selalu bnyk kerja, nak prepare report la. Mcm2 lagi. Masa phase 1 project dulu lg la, sampai mlm baru balik. Tp masa tu ramai2 tak pelah sikit.

Hmm aku ni rasa cam dah tak mo kerja. Tp nak buat something tuk generate income. Entah la tgh pk2 tapi belum berjumpa lg. For sure MLM tak dek dlm senarai. Bukan tak mau tapi dah cuba dan tak boleh nak buat. Aku dan abg tahu apa kelemahan kami dlm MLM ni. So aku tgh pk cara lain yg boleh aku buat from home. Last year aku ada attend seminar Executive Work @Home organize by Ummikusayang. Seronok dgr org citer experience work at home ni. Tapi aku tau kerja kat rumah ni kalau nak buat professional, tak semudah yg disangka…Tp at least kita buat apa yg kita suka. Mcm sekarang ni aku tak berapa happy sgt kerja kat sini. Entah la pasai apa…

Tuesday, September 13, 2005

Alahai Aisha




Hmm ari ni nak citer pasal Aisha, anak dara sunti aku tu…Aku beli kan dia baby doll. Siap dengan botol susu. Masa baru beli tu berebut ngan abg dia baby doll tu. Baru2 ni masa balik kg, bawak balik baby doll tu sekali. Aku notice yg dia panggil baby doll tu Aya. Aku ckp ngan abg, dia pun notice jugak. Then aku teringat yg dekat nursery dia ada baby nama Alia. Mungkin aya tu Alia la kot. Aisha mmg tak pandai bercakap lagi. Lately dia dah mula ramah bercakap tp cakap bahasa dia yg semua org tak paham. Dia lambat sikit dr Amir. Aku ingat Aisha ni diam cam aku, Tp sekarang ni pot pet pot pet , bising mulut dia, w/pun biji butir semua org tak paham. Yg aku paham kalau ayam ke burung ke dia panggil ak ak. Ala kat sini banyak burung gagak, bunyi nya ak ak. Tu yg dia boleh sebut ak ak je tu. Semalam aku Tanya cikgu dia ada baby nama Alia kan kat nursery. Cikgu dia cakap, ada dan aisha suka main dengan baby. Hmm tu la tujuan aku beli baby doll tu . Supaya Aisha mersra dgn baby. Hehe sbg persediaan aisha nak dpt adik..Aku nak latih aisha jd kakak. Boleh di harap utk jg adik. Kalau tak adik sendiri pun, budak2 yg umur bwh dr dia…adik sepupu ka…

Semalam 2 abg tak ada, meeting kat kl 2 hari. Aku tinggal la ngan bebudak tu. Si Amir main lipstick habis dicontengnya mulut dia. Aisha pun sama jugak. Tak cukup dgn tu , bantal kusyen aku pun jd mangsa. Alahai…

Monday, September 12, 2005

Masuk Siam


Last Friday aku EL. Heh ingat kan nak balik tgk sedara abg meninggal kat Perlis. Tp lepas keje diorang dah simpan. So aku EL jugak lah Jumaat tuh. Abg ajak g Hatyai. Katanya saja lah bawak.. Nanti kata tak penah bawak pulak..Dah dok sempadan. So pepagi tu kami berangkat ka ke Bukit Kayu Hitam. Border pass aku mati on 11/11/05. Lepas check kastam, kena check ngan polis pulak. Dia nak tgk geran kereta. Kereta jenis abg tu mmg org suka la kat sana. Lepas sampai sebelah Siam abg ngan abah g buat insuran keta sbb kami nak g Hatyai. Kalau takat lepas post tu tak yah. Insuran kena lam RM17. Dlm baht. = 170 la kot. Perjalanan ke Hatyai <> 45 min. Jalan nya elok cam hi-way kita. Tapi kata abah makan masa nak siap sbb diorang teliti. Bapak mertua aku tu selalu la ke sana sebab isteri no 2 orang Siam. Tp bukan kat Hatyai, makcik aku tu org Chiang Mai. Tu dia jauh mana hala nun. Abah boleh la cakap siam tapi tak boleh baca. Makcik pandai la. Tp makcik tak ikut. Sepanjang jalan tu mcm2 kedai ada. Dlm hati takut gak kena bom..Tp kat Hatyai jarang berlaku kes camtu.. Tesco, Makro, Carrefour pun ada kat sepanjang jln tu. Kedai tiles dia cantik2, mcm2 patern. Mcmtu gak ngan kedai perabot kayu. Sofa pun comel2. Mmg sesuai utk rumah kecik. Kat sini tak dak lak camtu… Aku ingat nnt nak extend rumah nak cari tiles kat situ lah, suruh abah bwk balik sikit2. Kira seludup lah.. Tapi nak kena survey harga dulu.

Sampai kat Hatyai, bnyk jalan sehala. Kami kena saman dgn polis Thai. Abah yg tau ckp siam p nego ngan polis tuh tp dia bg saman gak. Hari tu bnyk sungguh polis berkeliaran. Lama jugak tunggu abah settle kan saman tuh.Lesen polis tu pegang. Kalau dah settle baru p amik kat dia. Haru sungguh. Masa abah tgh tgu bayar sama. Kami p la shopping dulu. Nak cari u turn punya jauh .. sampai airport hatyai. Dah bayar saman, kami p makan dekat gerai muslim kat situ. Sedap gak..Nak g toilet, bayarla RM1. Org yg jg toilet tu buat isyarat tgn, tak mau duit tu . Dia ckp Thailand..thailand sambil tunjuk duit syiling kat tgn dia. Oo dia nak suh byr dlm baht. So p tukaq kat kedai tu, dptla masuk toilet. Ni kes darurat, kalau tak dak lalu a nak masuk public toilet, kat siam pulak tu. Tapi toilet dia much better than public toilet kat sini. W/pun tak canggih tp bersih.

Lepas mkn terus balik, kata abah brg kat sini lebih kurang harga kat Danok ja. Danok tu sempadan Malaysia/Thailand. Oleh sbb brg nak cari tu ada kat Danok so, kami pun balik la beli kat Danok. Aku beli conforter set RM88, selepas acara tawar menawar. Tak tau la itu the best price ke tak, tak sempat nak survey kedai lain. Amir nak patung spiderman – yg besar katanya. Lepas nego ngan Amir dpt la yg sederhana besar.

Balik semuanya kepenatan. Abah pun terpaksa cancel berniaga mlm tu. Petangnya abah ngan mak p lepas kambing kat tepi sawah.. Bnyk jugak kambing , dekat 40 ekor. Baka luar, Besar mcm anak kuda. Amir kalau balik kampung tak sah kalau tak p kandang, Nak tgk kambing dia. Sebab tu tok and wan sebelah abah dia panggil tok bek bek dan wan bek bek.

Sunday, September 04, 2005

Rak buku, Basikal dan Motor baru

Last Saturday, actvt aku berjalan mcm yg d rancang kecuali nak g SSF Home Decomart sbb dah lewat. Aku ke Hijaz dulu, mintak quotation rak buku tu. Spec nya sama cam yg Ikea punya. Mak ai mahal nya RM950.00 Yg Ikea baru RM445. Tak pelah aku p la satu lagi kedai. Tanyakan harga rak tu. Yg ni lagi mahal RM1200. Adik yg jaga kedai tu cakap lebih baik beli yg dah siap drpd nak buat siap pasang. Lebih murah. Aku pk-pk , betul jugak ckp dia. Tp kalau beli yg dah siap tak menepati citarasa. Tapi tak pelah , nak letak buku ja. So aku pun beli lah rak buku 4 tingkat, Ada 12 pigeon hole kat Carrefour dlm RM 99.00 – offer price. Yg tepi sekali ada pintu. Punya la berat. Nak kena pasang pulak. Semalam dok try2 pasang-abg yg pasang. Masa nak pasang kaki rak tu nak ‘tido’ kan dia, tup2 runtuh semua, Nasib baik tak dak budak2 tu kat situ. Kalau tak kena hempap dek papan. So semlm tak siaplah rak buku aku tu. Mungkin ari ni atau esok kot. Aku dah tau camna nak buat bg boleh pasang kaki, Terbalik kan – pasang yg atas dulu . Kiranya yg atas tu kat bawah dan yg bwh tu kat atas…

Sabtu hari tu jugak, kami ke Pasific, Perai. Ada offer bicycle. Yg 12” RM55.00. Kat Carrefour RM58. Tu pun tak de raga kat depan. Yg ni ada raga dan tpt duduk kat belakang. Sampai2 kedai tu , Cina tu offer pulak motor yg pakai bateri. Hah apa lagi, tak pandang dah bicycle, nampak motor ja. Aisha pun bukan main lagi, berebut nak naik motor. Motor tu offer RM99.00. Harga biasa dlm 15+.++. Sudah nya beli 2 benda tu. Balik rumah berebut nak naik motor. Tapi aisha boleh la nego sikit. Mengalah, naik basikal, opps bukan naik tapi tolak. Ha sekarang rumah aku penuh dengan kenderaan – motor, basikal, motor classic abang, basikal fisher price, ‘jentolak’ amir…Nasib baik perabut tak banyak kat rumah. Yg ada semua aku rapatkan ke dinding. Hai.. camna nak beli set meja makan ni?..

Td. Ada bank officer tepon, bank rakyat. Aku amik rumah kat Kelang. Heh , rumah investment, bukan nak duduk - double storey semi D. So rumah ni kira rumah aku la sbb nama aku. Loan aku tuh dlm process. Lama jugak baru nak process. Rumah ni bila siap insyaallah , dah ada buyer. Kalau dia bayar bulan2, kira ada la income aku bulan2 utk 20 tahun ka camtu. Ada la terms n condition nya… Kalau dia buat loan bank, boleh la untung <> rm 20k. Harap nya semua nya berjalan spt yg di rancang. Amin..

Friday, September 02, 2005

Hari Sabtu mai keja

Hari ni terpaksa g ofis, nak siapkan closing report. Semalam pukul 4 baru boleh closed for August. Ni gara2 cancel invoice la ni. Bukan 1 tapi 11 invoice. Yg teruk nya aku la. Nak reverse balik report yg dah dibuat. System pulak stand alone. Cost pulak tak ada. Pelikkan? Barang dah jalan dalam production tapi tak ada standard cost lagi…

Hari ni aku cadang nak g SSF Home Decomart. Nak tengok-tengok aja. Tp dlm kepala otak ni dah ada la plan nya. Kalau berkenan ambik tp kalau tak dak yg berkenan lain kali aja. Lepas tu nak g Hijaz, nak mintak quotation rak buku. Nak yg mcm Ikea nye rak buku. Hari tu masa g IKEA dah nak beli dah rak tu, tp tak muat kereta dan berat pulak tu, Kalau nak cari transport lain, mahal kosnya, tak padan dgn harga rak tu. So terpaksa la aku cari alternative lain. Lepas g Hijaz , nak g Megamall, nak cari bicycle kat Amir. Dah janji byk kali. Bukan tak mo beli tapi tak dpt yg sesuai lagi… Ha byk pulak aktvt hari ni . Entah jalan entah tidak…

Camera ari tu tertinggal rumah mak kat Jitra. Nampaknya tak boleh nak upload gambar UUM lagi la…

Thursday, September 01, 2005

Update sepanjang minggu...

Wah lama jugak tak UB kan?. Mmm last week, 24,25,26 August, aku MC . 3 hari berturut2. On the 2 day tu aku g ofis, tp half day je. Rasa cam tak bermaya sgt. Tu yg g sambung MC lagi tu. Hari Jumaat pulak abg demam sampai hari Ahad. So weekend kitaorng berkurung dlm rumah. Dan rumah pulak, ya allah punya la bersepah… Kalau org dtg waktu tu kena jalan berjengket, tak leh pijak lantai sbb bersepah dgn toys, papers tah mcm2 lagi lah…

Last Monday Aisha pulak selesema. Kesian dia, nak tido pun susah. Hari Selasa – 30/8 aku ke KL. Ada farewell party kat HQ. Office mate aku yg sekali kat Penang ni dpt keje lain kat Intel Penang. So diorng buat makan2 sikit la. Majlis pukul 8.30. Kitaorg sampai pukul 9 pagi. Nak wat camna bukannya dekat w/pun naik flight. Lepas makan2 dan ckp2 dengan bos, then dah tak dek keja nak buat kitaorng pun balik la. Masa tu baru pukul 12 tghari. Singgah kat KLCC. Ronda punya ronda, sempat la beli baju aisha sepasang – baju POOH ..tak sampai RM20. Kaki dah lenguh pukul 3 terus amik cab ke KLIA. Standby flight ke Penang sbb flight asal pukul 9 malam. Ramai jugak org standby. Maklumla esok 31 Aug, hari cuti…

Sampai Penang, amik cab balik rumah. Abg ada kat Poli Seberang Perai. Jam dekat bridge waktu tu, biasa la org balik keja. Esok nya lepas kemas2 rumah, basuh kain, Kami bertolak balik Jitra. Ada kenduri esok kat rumah Pak Lang di Bukit Tangga. Anak dia yg no 4 (lelaki – baru 21 tahun) nak kawen. Singgah rumah mak kat Jitra, Mak ngan Ayah tumpang sekali g umah Pak Lang. Dulu masa aku kawen, buat kenduri kat umah Pak Lang, jd kenduri dia kali ni tak patut sgt la kalau aku tak mai. Dah la yg 2 kenduri sblm tu aku tak boleh p. Ada masalah yg tak boleh sgt nak di elakkan. Tak de benda sgt nak di tolong. Semua dah di bereskan oleh anak pompuan dan menantu dia yg cekap2 semuanya. Aku tolong la isi telur dlm net utk bunga telur. Petang tu Amir dah ngamok2 , So kami terpaksala balik awal.

Esok hari kenduri, kami bertolak pukul 11 pagi. Kereta abg diorng nak pakai amik Pengantin kat UUM. Pengantin pompuan org Terengganu. Diorng tumpang rumah sepupu aku kat UUM. Dekat sgt la UUM ngan Bukit Tangga tu… Everything went well. Hari tu jugak diorng buat majlis berendoi utk anak sepupu aku. Berendoi ni adapt orng Kedah saja kalau tak salah aku. Masa Aisha dulu adala aku buat, masa akikah dan cukur kepala. Aisha tido lama jugak la kat rumah kenduri – dlm buai, maklumlah kat rumah tak pakai buai, bila kena berayun, syok la tido..

Amir pun ngantok. Tu yg dia buat perangai tu. So aku ngan abg bawak dia jenjalan, masuk UUM. Mengimbau kenangan lama. Gambar2 nnt aku download dlm fotopages. Zira, Ina ari tu sapa tah yg beria nak wat reunion g UUM ? Semalam Israk Mikraj, Kedah cuti, so tak dak org yg kelihatan kat sana. Kami ronda2 dgn kereta saja sampai Amir tertido. Mmg banyak sgt perubahan dr selepas aku grad aritu…

Kami balik Jitra pukul 5 petang. Ingat nak balik Penang ari tu jugak tp masing2 dah tak larat, So pepagi Jumaat tu bertolak dr Jitra, hantar Amir ngan Aisha kat nursery, off ke tpt keja.

Wednesday, August 24, 2005

Demam



Semalam MC. Pagi2 lagi bdn dah rasa sakit2. Mlm sebelum tu dah rasa nak demam. Asyik berselimut cam burung sejuk…So g la amik ubat dan mintak mc ngan doctor. Nak buat keje tak boleh buat apa nak g ofis. Tekak rasa sakit mcm ada benda tersekat. Phlegm pekat sgt. Ingat nak antar bebudak 2 p nursery. Tapi depa tgk mummy ngan babah (abg amik cuti) tak p keja masing2 tak mo p nursery.

OKlah, so abg yg jaga budak2 tu. Lepas makan ubat aku terus zzzzz. Entah makan ke idak Amir ngan Aisha. Nasi dah aku masak sebelum tido. Lauk abg dah belikan…Masa aku bangun depa dah tido tapi tak makan nasi lagi…Tak mo makan…

Petang tu aku cuba buat roti yg masa first time buat tak jadi dulu. Kali ni menjadi .. Tapi kena tunggu dekat 3 jam.. Adoi tak sabar sungguh nak makan.. Rasa nya biasa aje macam roti benggali…

Amir still batuk2. Hai.. susah sungguh nak bagi makan ubat.. Takut nnt jangkit ke Aisha la pulak…

Monday, August 22, 2005

Bread Machine




Last Saturday, ada sale dekat HSL Jalan Baru, Perai. Aku mmg tgh aim Bread Machine ni dah lama. Tp brand tak pasti, brand apa – sama ada Cosway (dlm RM300++). Then ada sorang member dr resepinet ni bgtau yg dia beli Bread machine brand Kenwood kat Sogo harga RM 449 (Offer- b4 RM 499). Tp yg kedai HSL ni mmg great offer . Dlm RM 299 tp utk 5 unit sj. So aku ajak la abg p. Actually kedai tu baru dibuka. Masa nak bayar tu cashier tu bising2 dekat promoter dia.. Aku agak la(sbb dia ckp cina) My be aku ni org ke 6, so sepatutnya taq 299 tu dah kena tukar, tp aku kira lepas la..

So mlm Ahad tu aku try la buat roti… Mula nak ajak abg p kedai beli yeast. Yeast kat rumah dah expired last year. Tp tgk abg penat tak jd la p kedai. Nak cuba jugak pakai yeast yg ada tu. Bila dah masuk sume, machine tu start la buat keje dia. Bila masak aku cepat2 angkat – mcm dlm manual . Mak oiii ..Keras mcm batu…Yeast dia langsung tak pecah…Kat tgh dia still tak msk lagi.. Last2 end up Amir ngan Aisha main gentel2 la tepung tu dan yg keras tu masuk tong sampah..langsung tak leh makan… Tak pe aku tak putus asa. Nanti nak cuba lagi… Aku mmg suka makan roti, tu la beli bread machine ni.. Boleh juga buat jam pakai machine ni, pizza, donut…

Semlm Amir demam lagi. Langsung tak bleh tido. Muntah 3-4 kali sampai dah tak dek benda kuar. Air pun dah tak da. Angin ja. Suh minum air tak nak. Risau aku takut dehydrate. Aku dok monitor temp badan dia je. Abg yg banyak jg dia…Anak babah.. Nak babah dia yg jaga… Tp aku pun tak leh tido… Semlm dah p amik ubat…

Ptg ni abg ckp dia nak ke Kerteh sampai Jumaat. Harapnya Amir ok la …

Sunday, August 21, 2005

Incident yg tak dpt dilupakan...

Aisha…Aisha… berdegup jantung mummy mcm nak putus…Last Saturday Aisha nyaris dilanggar kereta abg waktu dia nak reverse. Selalu nya waktu nak reverse dia akan make sure tak dak budak2 kat belakang. Entah mcm mana hari tu lain jadinya… Pukul 9 pagi , aku cadang nak hantar 2 beradik tu ke nursery, so that boleh la aku nak buat keje2 rumah. Mak n Bapak mertua nak mai bwk kawan diorng tidor kat umah sbb esok ada kenduri kat Karangan, Kulim. Abg pulak nak g wataniah. Mulanya abg suruh aku hantar Amir ngan Aisha, tp aku ckp nnt Amir mesti mengamok kalau babah tak p sama. So abg pun bukak pintu, start enjin keta. Aku pulak sibuk sediakan baju2 yg nak bwk ke nursery. Aku tahu aisha keluar sbb pantang bukak pintu mesti dia keluar. Aku ingat babah dia bwk sekali. Hati rasa tak sedap bila abg start undur kereta. Aku jerit .. Mana Aisha???.. Sambil berlari dan ketuk cermin kereta. Abg mcm tergamam. Bila tak nampak Aisha kat dlm kereta, aku terus berlari ke belakang kereta. Aisha terjelepuk kat situ sambil tangan dia pegang seluar yg di bawa dari pagi tadi kehulu kehilir… Ya Allah…anak aku..!!!! Terus aku cempung dia bwk masuk kedlm.. Aisha menangis….Tuhan masih sayangkan dia.. Nasib baik dia berdiri jauh sikit dari belakang kereta dan abg cepat brek. Abg terus peluk Aisha…Dia nampak terkejut sgt. Aku pun cecepat check badan aisha, suruh dia berjalan. Abg kata dia rasa ada sesuatu yg kena belakang kereta. Alhamdulillah Aisha tak ada apa2…luka luaran…Dalaman pun setakat hari ni tak ada tanda2. Peristiwa tu masih terbayang2 sampai hari ni.. Tak mungkin aku boleh lupa…Kepada semua … semoga jd pengajaran.. Tp tu lah.. Kalau benda nak jadi…mmg kita tak sangka.. Sesungguhnya manusia selalu alpa…

Mlm semalam (Ahad) Amir demam, panas badan. Suruh makan ubat , tak nak . Habis muntah atas cadar yg baru aku salin sebelum tidur… Alahai….Pagi tadi, dia beritahu cikgu nursery.. Abah Amir kata hari ni Amir tak boleh mandi sebab Amir demam.. Aku senyum ja… Tadi telefon nursery, Amir tido ja kata cikgu dia, makan pun tak mo…Mlm tadi di ngadu sakit perut… Ingat petang nnt nak bawak g jumpa Doktor Yu…Suh dia buat thorough check up kat Amir. Dah lama dia ngadu sakit perut tp doctor biasa ckp tak de apa2. Aku risau sbb masa amir 2 bulan dulu dia ada masalah usus…Semoga anak2 mummy tak ada penyakit yg berat2…

Friday, August 19, 2005

Berat tangan nak menaip...




Carrot Cake - Cemana tah dok kat ataih.. Tak pass lagi nak operate blog ni..



Malasnya nak UB (new word learn from ayu….hehehe). Kalau la apa yg kita rasa nak tulis je , tertulis kat sini kan best… Teruk betul aku ni.. Seronok baca blog org lain tp blog sendiri bersawang.. Ni la tgh mencuci sawang ni…Banyak benda nak update tapi tak terupdate pun… Mana nak mula ye? Rasa kekok lak nak start balik… Hmm sejak dua tiga menjak ni rajin pulak aku mencuba resepi2. Minggu ni saja dah 2 resepi aku cuba…Maklum lah baru pinjam electric oven mak mertua. Dari di biarkan berhabuk baik aku bwk balik… Dia pun guna time raya saja. Aku dah cuba Macaroni and Cheese dan Carrot Cake. Hasil nya … sedap…tu coment org bukan comment sendiri…Kembang la sikit aku yg mmg sedang berkembang ni…


Macaroni n Cheese

Alah baru nak start UB, abang dah tunggu kat bwh.. Postpone lagi la jawabnya..OK balik dulu..Bye

Tuesday, June 21, 2005

Badan rasa ringan lepas aerobic

Pagi ni awal sikit ke office, abg ada kerja dekat wataniah penang. Semalam hari kedua ke kelas aerobic. W/pun langkah berterabur tapi aku enjoy gak sbb aku ni suka menari. Semlm buat senaman perut. Macam nak putus urat perut. Owner class tu ckp kalau tak boleh buat jgn paksa, so aku buat je la yg termampu. Nasib baik hari ni tak terasa sgt kesan senaman kat perut tu. Balik jln kaki ke rumah. Tak jauh sgt dlm <> 1km. Ingat kan x-jiran aku pegi kelas tu, bole la tumpang balik. Tak pelah jln kaki pun ok jugak. Aisha n Amir dah tunggu depan rumah. Lepas mandi, junior abg masa uum dulu sms kata nak dtg rumah. Alamak ..rumah mcm tongkang pecah..Aku pun dah penat nak kemas..Abg ckp jumpa kat kedai makan. Mulanya aku malas nak ikut sbb dah agak kalau bawak si Amir ngan Aisha tu mmg susah nak makan/bersembang, nak pulak aisha baru ‘dpt kaki’…Tapi member tu bawak wife sekali terpaksa la aku ikut. Hmm ada baby, baru lepas pantang. Aku Tanya la susu badan ke? Then diorng pandang sesame sendiri.. OO rupanya anak sedara dia. Katanya nak bagi ‘lekat’, tu yg dia amik anak sedara dia tinggal bersama. Dah 4 hari dah. Baik budak tu, tal banyak ragam. Dlm hati, aku ckp.. bg la pulak kakak dia tu anak yg baru lepas pantang… Kesian wife member abg tu, dah 3 kali gugur. Aku rasa rahim dia tak kuat kut. Masa first pregnant tu doctor detect kandungan luar rahim dan dah pecah pun, apa yg pecah aku tak sure sangat tapi katanya ovari sebelah dah kena buang. Lupa pulak nak introduce Transfer Factor kat dia..

Monday, April 18, 2005

Happy Birthday Adawiyatul Syafiqah

Wah lama nya tak tulis dlm blog ni… Been very busy.. Banyak benda yg nak di update…

Last week on 8 April 2005 was Aisha’s first birthday. Happy birthday sweet darling. Hari tu juga, ada meeting di KL. So brought Amir and Aisha to KL with hubby as a babysitter. Thanks darling… We stayed in Westin Hotel.. Wah luxury nya… Sekali sekala kata hubby…Lagi pun dah lama tak bercuti.. Penat jugalah berjalan dengan 2 anak kecil yg tak berapa sporting…Dah tu tak bawak stroller pulak, aduhhh nak patah pinggang dukung si Aisha which is nearly 8kg. We went to Ikea. Borong sakan, yelah sesekali turun KL. Beli meja makan yg lekat dekat dinding tu..Habis around RM 200. Ni pun belum pasang lagi…

Rancang nak buat birthday party utk Aisha. Tapi belum plan apa2 lagi.. Sibuk lagi. Paling senang pun nak beli food, snack then pack to aisha’s nursery… Anak mummy yg sorang ni kuat mengamuk. Kata MIL, mcm my SIL masa kecil dulu. Siap guling2 lagi.. Aisha…Aisha…

Last week end balik kampung.. Perlis. My BIL balik dr KL nak jumpa Amir ngan Aisha.. Seronok la Amir, main dengan Pak Ngah. Main lawan2 pulak tu… Visited my hubby’s aunt. Dia baru operate perut. I think canser usus kot. Perut kena tebuk dan buang air ikut lubang tu… Kesian dia.. Sehari lepas tu , which is yesterday, she passed away. Al-fatihah. Semalam juga dpt berita , our (me n hubby) x-UUM friend passed away sbb brain infection. Innalillah… 2-2 berita yg sedih…

Monday, March 28, 2005

Amir Sakit Mata dan Gegaran Gempa Bumi

Hmm hari lambat lagi…ke office. Pepagi lagi bagi Aisha ngan Amir makan ubat. Semalam masa balik dari kerja , ambil Amir dari nursery. Pengasuh dia cakap Amir sakit mata. Tengok mata dia bengkak sikit dan bertaik.”Amir sakit mata la mummy”, beritahu dia. Cepat-cepat bawak dia ke klinik ambik ubat sakit mata. Dah lansung ambik ubat Amir, ambik ubat batuk Aisha sekali. Anak dara yg sorang ni dah lebih sebulan batuk tak mau baik. Risau juga takut penyakit lain yg datang macam bronchitis atau athma. ‘Bertegang jugakla ngan doctor tu. Yelah ubat dah berpuluh kali amik tapi tak baik jugak. Tak ada ke cara lain nak buat. Then mintak dia bagi nebulizer kat aisha..Hmm mcm nak runtuh bangunan dia jerit, nak terkeluar anak tekak. Amir pun dah suruh mummy jangan buat macam tu kat Aisha, nangis2 dia.. Alahai sayang nya abang kat adik dia.. Mummy nak bagi aisha baik sayang…. Balik rumah berperang lagi nak bagi ubat. Malam tadi alhamdulillah tak dengar aisha batuk lagi. Kalau ada pun tak dengar bunyi phlegm dah.

Semalam kaki terkena sup panas. Nasib baik tak melecur. Sian Amir tak boleh nak makan mi sup sbb sup dah tumpah atas kaki mummy. Pagi tadi riuh orang bercerita pasal gegaran dirumah masing2. Me and my hubby tak rasa apa2 pun, terbongkang tido tak tau apa yg jadi. Rupa2nya dah bergegar lagi mcm 26 Dec last year. Tapi yg ni menurut kengkawan disini lebih kuat lagi…Wallahualam

Monday, March 21, 2005

Aisha Batuk berpanjangan

May Capikah: March 2005

Last weeek was a busy day because we were having project launcing ceremony by tour Dato’ GCE (Group Chief Executive). This time I went back home very late around 1 am. Dear hubby and kids dah tido. Overall, the, Dato’ was satisfied with our work. And we had good credit. (Hopefully).

Aisha and Amir still had their flu and cough and wheeze esp. Aisha. Poor my baby. I think I shuld try Garlic juice on Aisha.

Last weekend we went to Danok further up from Bukit Kayu Hitam, (In Thailand). Did my Border Pass there and went to Thailand.. Bought some dress and shirt for my kids. Poor Amir, Baju sume dah kecik.

Thursday, March 10, 2005

Amir Sakit Kaki

Yesterday, when I fetched my Amir from his nursery, he claimed that his right feet pain. I asked him what’s wrong? He said, Along buat. When I asked further, he don’t know to answer. Sepanjang malam merengek sakit kaki. I applied minyak gamat and mildly massage his feet. I didn’t see any swollen or bruise on his feet. To make him happy I applied bandage around his feet. The next morning he said the pain still there. When I sent him to the nursery, I asked the teacher (the owner) what happened yesterday. She said that she will investigate. So in the afternoon, I called her just to check on Amir condition. The teacher said my be yesterday Amir, Along and several other kids was climbing up the door grill to see kids outside their nursery playing football. Maybe Along stepped on his feet or his feet ‘tersepit’ at the door grill. But she said that Amir can walk like usual. Hope there is nothing happen today, because my husband is in KL until Saturday, leaving the 3 of us…wa…

Sunday, March 06, 2005

A relief after busy days last week

Last Saturday, hubby and I finally got an air-conditioner installed in our room. Before this we thought, boleh tahan lagi. At last terpaksa jugak la beli air-cond. Tokey kedai tu cakap air-cond out of stock. 1 HP sudah habis dijual. Dari kilang pun run out of production.

Last Friday me and my team had a presentation on project closing. There were 30-40 participants came. We did powerpoint presentation. A 10 minutes presentation. A bit nervous for me after more than a year I haven’t done any presentation. Alhamdulliah, it turned out to be very ‘ok’. What else should I say…J .We spent 2 days to prepare for the presentation. Went home at 10 pm and 12 am those 2 days. Aisha and Amir dah tido, sian anak mummy.

Last week too when I came back from office late, my hubby told that Amir sang him a song that he learned at the nursery. I felt sad that I was not the first person that Amir sang that song to. The next morning, I asked Amir to sing the song. Here’s the lyric. It’s so cute to hear him sang, with the action... ( 1 – Allah yang Esa, 2 – Mata Saya, 3 – Roda Basikal, 4- Tayar Kereta, 5-Rukun Islam, 6-Rukun Iman,5-Hari seminggu, 8-Kaki Labah2, 9 Biji Guli, 10-Jari Saya)….

Monday, February 28, 2005

I'm back...after 5 month off blog...

Entah kenapa hari ni gatal pulak tangan nak bukak balik bog ni setelah 5 bulan tak bukak. A bit of my background..after Sept 2004. End of Nov last year I was assigned with a project in Penang. My old co. (ie: subsidiary of my current co). The project is supposed to finish by this month (Feb 2005). Punyala seronok sbb dpt balik tpt sendiri, rumah sendiri, hubby sendiri :) ... So came this problem, rumah sewa sekarang camna? Sbb after that nak kena balik KL semula. Pk punya pk then come to this conclusion, have to let go the house. nnt carik lain. Bukan senang nak buat decision. My 2 month deposit kira mcm burnt lah. Sbb that decision has been made in Dec 04, I plan to rent that house to s/one for temporary at the first place. That's why the decision is sort of late. Then nobody want to rent it for 4 month. So I've discussed with hubby, pack our things and moved back to Penang.

Alhamdulillah, I think that was the best decision I've ever made. Last week my boss came and discussed on the project. Since the project is not fully completed, still pending on the production site, boss said that I will be seconded to Penang for another 6 month (ie until Sept 2005) . Syukur sesangat. Allah heard my du'a. I send Amir and Aisha to thier previous nursery. Everythings seems to be okay except that I've been busy with this project, (Late to pick them up at the nursery). I still can tolerate this situation as long as my family is with me.

Insyaalah. if I have spare time, I'll write again in this blog... At least this is a way for me to release something in my mind.