Showing posts with label cat. Show all posts
Showing posts with label cat. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Sempena weekend...

Ramadhan day 4 and 5 memang bukan di rumah.
Phewww... Tak pernah lagi mom record makan diluar sampai dua hari berturut... Hari Isnin terus sakit lutut.
kesian.mak.kita.

But anyways, Ramadhan ke-4 kami dapat jemputan Iftar rumah Syahrul. Conceptnya Pot-luck Iftar.
Dah la potluck dia dah siap request nak menu apa from my end.
nasib baik group saya memang ramai... so, sedar diri and ikut perintah yeeee...

Sejurus lepas Asar, we all pun gerak lah ke Cheras...

 

Kami yang terlibat.
Syahrul and his mom.
Me and my family.
My cousins.
Abg Ike and family.

Ni semua pic menunggu waktu while kami sedang final prep apa patut membantu tuan rumah di dapur..
hiks.
Biasa lah, selalunya mereka berdua sahaja. Ni sekali menyerang.... hamek ko...

 mak.saya

Seronok berbuka ramai macam ni. Meriah and terasa ukhuwah tu.
Usai berbuka, kami kemas lebih kurang apa yang patut and rush or our Maghrib berjemaah. My favourite part. Tak tahu lah kenapa dari dulu suka berjemaah dengan keluarga. Kalau nak ke masjid liat sikit. (statement minta kena panah petir)

usai Maghrib dan tahlil ringkas.. rehat sekejap.
before decide nak buat Isyak and terawikh sendiri or ke surau.

Both mothers said, buat sendiri sahaja. So, kita assign dua orang terengganu kita menghantar sumbangan bubur lambuk kita ke surau. wakil kami sekeluarga.

bila.orang.kemaman.berjumpa

sambil2 tu kami yang perempuan slowly gerak berborak dengan Aunty. Kecuali saya, Syahrul dan abang2 berdua. Konon kami ke depan rumah sekejap. but Aunty tak perasan.

Kami keluarkan kek yang memang dah sorok dalam kereta. Siap sorok kek dalam kereta Aunty pulak tu. Hahaha... kuang ajo sangat kan? Nak buat surprise but guna kereta orang yang nak disurprise. Haha.

Tengah dia leka berborak tu, kami pun nyanyi lah sambil bawak kek...eh eh eh terkejut diaaaaa..

main.singers.4.version.lagu.bday
melayu.cina.india.islam
nyanyi.sampai.candle.pendek.



Blur muka Aunty. Siap marah we all kenapa tak bagi dia bersiap pakai lawa2 baju kelip2.. Aduh.. kalau inform, bukanlah surprise kan?

 the.two.beautiful.mothers


Mom gave her this tudung.
Bukan main lagi terus sarung pakai bertukar..

She's very happy that night. Alhamdulillah. Idea Syahrul nak surprisekan bondanya menjadi..
:)

Family time begins.
Berborak. Bergelak. Mengemas.


and kidsss.....



doing their thing lah.
Hahahhahaa...

Owh ya.. tak share lagi menu kami malam tu kan?
Tuan rumah : Homemade meatballs, Roasted Chicken, Grilled Fish, Mee Goreng
Me and family: Garlic Rice, Steamed Broccoli, Potato Wedges
My cousin: Air segala jenis. Panas sejuk semua.
Abg Ike: Dessert.


Aduh. sendiri rasa terliur.

ASTAGHFIRULLAHHHHHHHH....
(kekuat sikit bagi iman dengar)

Tetiba dengar bunyi mengiau..kuat pulak tu..
Abu, kucing Syahrul balik. Muka confuse sebab tak pernah tengok orang ramai kat rumah dia gamaknya...
hahahahaha..

Budak2 bukan main terlompat nak main kucing. Tapi masing2 penakut nak pegang..
So, excuse me.. bagi Menteri Kucing ni tolong pegangkan...


Abu the cat.
Kucing pandai pandang camera... Tengok la dia tu.. Eiiii geramnyaaaaa...



Tengok. Orang panggil budak2 suruh tengok camera. Bukan main lagi dia pun sama menyibuk tengok camera. hahaaha...

Lawak la Abu...


I was trying to take picture with my sis but usaha kiu gagal ku si kenit tu menyelit.
Sobs.
Lama kot takde pic berdua dengan my sis.. Haih..
Susah betul.
Tak pe lah.. tunggu lah sok sok dah rindu ke.. menyesal ke takde pic berdua baru kita amik eh?
hahaha..

Note to self: Kena amik pic berdua dengan teta!!!!!!!!!!!



Dan sebelum pulang, kami cucu2 perempuan bongsu Hj Abd Aziz bergambar..
Balik dengan penuh santak. santak seronok dan santak makanan. Hehehehehe.

Esoknya, dalam berkira2 nak masak apa.. lilD pujuk papanya yang dia teringin nak makan her favorite chocolate lava kat Serai.


So, plannya...
Masak prepare for sahur.
Berbuka kurma dan air, solat Maghrib siap2 and off to Paradigm Mall..


Sis and BIL dah order sesiap.
Memang regular dah derang ni dengan Serai..

Ni budak yang teringin sangat Lava nya.. sedap oiiii....

Balik rumah, masing2 terawikh sendiri je... dan beraddduuuuuu...

Itulah cerita Ramadhan ke4 dan ke5 saya dan keluarga...

Love, Ayu

Thursday, April 18, 2013

Siapa ada kucing PUT YOUR HANDS UP!!

Hehe... Siapa ada binatang peliharaan PUT YOUR HANDS UP!!!
Kenapa?
Sebab kamu orang sebenarnya golongan yang sangat bertuaaaahhhh... *sambil kelip2 buat muka comel*

Ni Ayu nak share 10 sebab anda perlukan binatang peliharaan.
Jangan memain.. 10 ok.. bukan sikit anak.. SEPULUH ok... :)

1. LEBIH BANYAK BERGERAK
Kajian menyatakan, dengan mempunyai binatang peliharaan, dapat membuatkan kita lebih aktif bergerak dan dapat mencegah bertambahnya berat badan.
Means, bersenam dalam keterpaksaan gitu. Yelah, katakanlah kita bela kucing, but kita tak bagi kucing kita masuk dalam rumah.. kucing itu hanya boleh lepak kat luar sahaja,... contohnya kucing dibawah ini..


namanya Ralph.

Dia ni, memang family Ayu bagi lepak diluar sahaja. Selalu dia ok.. tapi ada musim2 dia sangat playful, dia akan menyorok dan bila kita bukak pintu entah dari mana datangnya dia meluru masuk ke dalam rumah.

Bukan Ayu sorang.. habis dengan mom pun semua lintang pukang berlari mengejar dia.
Maka terbakarlah kalori kami sekeluarga tanpa sedar.
Hiks.


2. LEBIH BANYAK KETAWA
Bukan ketawa sengsorang please. Itu gila namanya.
But ketawa dengan gelagat dan tingkah laku binatang peliharaan kita lah..Jadinya, secara automatic dapat menghilangkan stress dan dapat mendorong kita melakukan perkara-perkara yang menyenangkan.

Memang diakui lah. Saya stress, saya memang cari kucing saya.



3. MENGAWAL KEMARAHAN
Ketika korang sedang membelai atau bermain dengan binatang peliharaan kita kan, badan kita secara naturalnya akan mengeluarkan hormon oksitosin iaitu sejenis hormon yang mengurangkan stress.
Oleh sebab itulah, semasa bermain dengan binatang peliharaan kita, kita rasa lebih happy.

4. TIDAK LAGI KESEPIAN
Ada kajian dari Saint Louis University, orang yang mempunyai binatang peliharaan ni, sangat jarang merasa sepi. Percaya atau tidak, ini adalah kerana haiwan kesayangan ini boleh memberi dorongan secara sosial kepada tuannya.

5. ERATKAN HUBUNGAN SOSIAL
Alan Antin, seorang pakar psikologi dan kepimpinan The American Psychological Association ada berkata... haiwan peliharaan boleh mengeratkan hubungan di luar linkungan kita.

Contohnya, now kan kita ada sangat banyak social networks kan? So, kalau kita bela kucing, kita boleh like pages yang perihal kucing ni. Jadi from there, secara tidak langsung kita dapat kawan baru selain dapat information mengenai kucing daripada pemilik kucing lain yang mempunyai minat yang sama.

6. HIDUP LEBIH BAIK
Ini Ayu tak ada contoh. Tetapi berdasarkan penelitian dari Coronary Care Unit, mereka yang memelihara binatang peliharaan mempunyai tingkat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang berbanding mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

WOW!

7. SAYANGI DIRI SENDIRI
Dengan haiwan peliharaan ni, kita menjadi diri kita. Sebab apa? How can your cat judge you kan? Bila kita nak bermanja, dia lebih lagi extra manja sampai kita geram nak cubit-cubit dia.

Secara tidak langsung, kita rasa di appreciated dan sekali gus.. kita memupuk diri lebih positive dengan masyarakat sekeliling. Kita lebih penyayang, caring... manjaaaaaa.....


8. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Haiwan peliharaan ini sebenarnya membawa pengaruh menenangkan. Yes, mungkin ada yang kurang bersetuju dengan fakta ini.. Sebab ada manusia yang stress dengan haiwan peliharaan ini..
Tapi, dalam stress itu, cuba renungkan..kita sebenarnya lebih tenang compare sebelumnya.

Kan amalan pembela anjing akan bawak anjing mereka berjalan-jalan kan? Amalan ini bagus actually.. sebab in a way.. kita pun sama berjalan menghirup angin luar...

9. MEMBAKAR KALORI
Cuci kandang, cuci tempat najis.. menyapu mengemop rumah, ketuk-ketuk kusyen etcs...
Semuanya aktiviti pembakaran kalori yang berjaya.

Seseorang yang berjalan dengan anjing peliharaannya dapat meningkatkan kelajuan berjalan sebanyak 28% berbanding hanya 4% ketika berjalan santai bersama kawan-kawan.

Uiiihh.. patut la dulu kecik sikit dari sekarang. #alasan #kbye

10. TINGKAT IMUNITI ANAK
Seorang penyelidik kesihatan psikologi dari Universiti Warwick berkata, haiwan peliharaan boleh membanti meningkatkan imuniti kanak-kanak kerana jika rumah terlalu bersih, ia boleh menghalang sistem pertahanan anak-anak dari membini imuniti lain seperti habuk, kotoran dan haiwan.

But that doesn't mean perlu menjadi pengotor ye. Maksudnya exposure. Naturallnya. Bukan biar kotor tak boleh blah.

Above all, banyak perkara yang perlu kita ambil kira if nak bela haiwa peliharaan ni. Jangan sampai menganiaya diri kita dan juga haiwan itu. (",)

* sumber dari Majalah RAPI 15 April 2013
* gambar adalah hak terpelihara persendirian. Kucing-kucing yang dipaparkan adalah Abu, Ralph and Tommy. Kesemuanya kepunyaan MSN, myself dan my cousin.

Love, Ayu

Wednesday, February 20, 2013

4 days! (Day 3)




The very next morning, Ayu terus keluar depan rumah. 
My habit if balik kampung... kena layan hirup angin pagi.. tengok pokok... segarnyaaaaaaaaaaaaaa..
and of course ditemani oleh Montel the cat. hehe.
So cute this cat.
Dia ingat kita bangun nak bagi dia makan.
Hampuns ok.. itu tunggu tuan mu bangun. Hiks.

Then, semua orang satu per satu mandi siap after Subuh because we have decided to have our breakfast kat luar today.
Jadinya tak payahlah my aunty nak berkocoh prepare breakfast (and also tak payah lah kami nak berkocoh tolong dia. haha)



Nothing beats Indian breakfast.
Kalau lepak bandar Taiping, silalah breakfast kat sini.
The best Indian restaurant in Taiping.



Total semua kami ada 11 orang. 
Imagine dengan kepadatan yang sedia ada dalam kedai tu, we still managed to dapat whole stretch of table for our family.
Yay to my uncle.
That guy kan, memang taiko Taiping lah. Bukan main senang sungguh kalau jalan2 kat bandar Taiping with him.


Semua amik macam2 jenis thosai.
Normal thosai, Rawa thosai, Egg thosai and Paper thosai.
Me? of course la my ultimate favourite.. Rawa thosai.
And I like it garing. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Usai breakfast, kami ramai ke Tesco Taiping.
Kenapa?
For our late lunch project.
Project Chicken Chop.

Ye..itu kami yang excited


Urusan ayam... my aunty and her 2 boys settlekan.
Dari menyiang sampai debone up till memenyet... segalanya my aunty and her boys.

biasa lah kami perlukan mereka yang gagah. hahahaha
alasan tak nak tangan belengas begitulah ye.


kami?
we decided to buat dua jenis kuah.
satu black pepper sauce satu lagi hainam oriental sauce.
from raw ye kawan2.. takdenya nak amik instant2 ni..

siap import chef lagi for hainam sauce..


tu diaaaa... gaya kena adaaaaaaaaaaaaaaa... ehheehhee...

Since dapur ada dua je.. kena bagi laluan to kuah dulu..
usai kuah baru kita breaded kan ayam untuk goreng.


classicnya recipe breaded my aunty ni, kita guna biskut. alah biskut cream crackers tu.
hancurkan.


abaikan kaftan ye.
masak kena pakai kaftan.
baru sedap masakan.
(alasannnn)

corn flour, telur, cream crackers... goreng
uiiiii macam tak percaya dia boleh jadi golden brown.
me likey.



apa benda hijau tu?
sesaja we all celur brocolli and goreng fries.

nyums.

while kami masak.....


my uncle entertains us.
sweetness kan?

kang tgh belengeh pegang bawang tu la dia panggil nama suruh nyanyi one song.
saje hiburan keluarga.
tak payah nak jadi penyanyi terkenal pun.
or berlumba sesama sendiri bersaing tak tentu hala.
its just a way of membina ukhuwah.

usai makan... kami solat berjemaah.
lepas tu melepak time... 


.... and also manja mengada time.
hahahaaha...
(this guy dont read my blog so i am very secure here)

then cerita pasal lama2 all..
lepas solat maghrib.. we decided to have light dinner..
my uncle suggested Yong Tau Foo..


sedapness...
simple light...

balik tu, all the boys keluar layan badminton.
entah what time derang balik... i dont know.

sehari yang panjang but full with activities.

kalah orang yang beraya. ye dok?


Love, Ayu

Wednesday, January 30, 2013

A cat situation



I am a cat lover. My mom address me as the Minister of Cats.
Ayu and cats macam ada aura tarikan. Kat mana-mana tempat ada cats sure akan kerumun diriku ini.
Setakat kedai makan, agak normal kan? But if tahap jalan2 kat neighbourhood tetiba tengok belakang ada kucing ikut jalan sama. Acaner tu? Haha.....
Sebab tu, masa Ayu ada kucing dulu, nak balik kampus adalah sesuatu yang sangat payah. Bukak kereta nak masukkan barang, siap sekor dua dah ada dalam kereta. Tak nak keluar cara halus tu.... geram tul. But very cute.


Sampailah bigD lahir, we still have cats but sangat restricted their area. Tak bebas macam biasa. They are very ok with the new rules all, but sometimes, semua macam curious nak tau apakah or siapakah yang new member yang semua orang tatang tu? So, if we all bawak bigD keluar jalan2 petang dalam stroller, berebut2 semua menyambut. Hahaha.....
So anyways, after a very heart breaking incident, Ayu serik untuk bela cats dah.
Ayu rasa, Ayu pernah coretkan kat blog ni pasal cerita ni... tak berapa pasti, but I tak boleh nak cerita lagi lah. Sedih ooooo....
Jadinya, rentetan dari semua tu, baru2 ni.. ada la seekor kucing ni... sentiasa ada in front of my house. Macam biasa, Ayu buat tak reti je. Dia tak lari pun... bila Ayu sapu depan porch, dia will usha me from outside the gate.. if Ayu keluar to buang sampah, dia will come near by giving me a very manja look.
Ayu cakap kat dia.. "sorry lah, i dont have food for you. Dah lama rumah ni tak ada kucing.."
Dia datang dekat and golek2 manja...
Cairrrrrrrrrrrr....... T______T


Since then, dia always tunggu Ayu before I'm off to work. Jadi macam theraphy pun ye jugak. I will siap awal and lepak kat luar just to spend some time with the cat. No specific name yet.. when i shout "kucccinnnnggg..." she will come. Haha.


So, now "kucing" is my hiburan pagi, my morning theraphy.
Nanti nak belikan dia food lah...
Owh no.... sudah terpancingkah diriku?

Wednesday, February 24, 2010

Hatinya yang sangat mulia...

ayu, mom & BIL keluar ke Kamunting town mencari breakfast (while sis & bothDs terjun pool - again!).
ayu dropkan mom & BIL near to kawasan pasar pagi tu, while ayu mencari parking...

and suddenly ayu ternampak hamba Allah ni tengah berbual dengan mesranya with all the stray cats kat situ.. and the cats macam seolah olah mengresponse to that lady...
(di mana bunyi kucing..confirm ayu akan jengah, kan?)


tengok!
banyak kan...

rupanya, kata orang2 yang meniaga kat situ... this lady will come every day in the morning just to feed all the cats...
baik kan dia???

ada sesetengah kita siap tendang2 je stray cats..
:(

dia bagi cats food tau. bukan nya ikan rebus ke apa..

Allah je lah yang balas jasa dia.. kucing2 tu mesti doakan yang terbaik untuk dia..
such a noble heart...



Blurbings By,




BannerFans.com

Wednesday, October 7, 2009

aktiviti di kampung halaman...

yang paling happy suke suke balik kampung halaman ni, is my bothDs..
kan ayu selalu kata ayu tak de kampung etc etc kan?
EX-kampung ada la.. but my kampung yang i can go back celebrate raya ke hapa.. yillleekk!


macam taiping bebaru ni..
itu ialah rumah nenek tiri ayu yer.. arwah atok ku sayang ada pasang branch.. HQ of course la my nenek..
cool gila.. sebab adil & saksama..
kami baik.. remember Elly? my cousin yang pergi Shout Awards dengan ayu tu? ha.. tu cousin from the branch lah tu.. :)




back to the activities...
bigD paling suka kat sini sebab luas.
dalam rumah luas.. luar rumah lagiii laaaa luuaass...




rumah kampung kan.. mana ade pagar magar nih...
but still la kena la jaga.. kang terlepas kat jalan naya je kang...
but tengok la muka dia...


happy dapat lepas gini..
kalau kat our house now.. macam agak terbatas la kan..
busuk2 pun dia kat luah rumah tu jer.. dalam pagar campur kereta mom mana ade seluas ni kan?
:)
melainkan bawak dia pegi taman laa...




youtube is a must for them both!
derang sekarang tengah gila layan Rockman EXE.. baik si abang mahupun adiknya..
:D


ni upah youtube nak bagi duduk dendiam sebab nak suap makan.
kalau tidak.. kat luar je derang ni...
tu budak2 la..
khalati (myself) mana kan?



ayu busy melayan kuccciinnggg!!!!
tahukah anda saya pencinta kucing?
my friend pernah bagi ayu gelaran menteri kucing...
:P

kat kampung.. ayu boleh layan kucing sepuas2 hati ayu...
saya dah serik bela kucing sejak kes kucing2 saya di makan anjing.. :(
tak nak la cerita... belum start pun dah bergenang ni ha.... TT



my aunty, bagi nama dia ni Otomen..
sebab, masa dia baru lahir, first time bigD & lilD balik taiping...
si bigD kan ker peminat no satu ultraman..
:)

Otomen yang betina.
aduh!



Blurbings By,







Tuesday, August 25, 2009

jumy ooohhh jumy

edited: anak sedara ku msg bgtau kata nama dia jumy.. bukan cumi.


tahukah anda bahawasanya saya pencinta kucing?????
ayu sangaaaatttt suka kan kucing...
ayu pernah bela sampai 28 ekor kucing yang berasal dari sekor kucing yang sangat productive and kucing yang ke 28 tu ialah piut nya... hahahahahhaaa..
pas cucu, cicit kan? pas cicit piut lah kan?
anyways..mesti ada yang bertanya mana perginya kesemua kucing2 itu kan?
ha.. yang tu nanti later ade entry on that ok?


meh nak cerita pasal si comel yang nama jumy ni jap....
jumy ni cat my cousin...
bolat.. bam bam and ngades!
ahahahahhaaa...






nampak muka kerek dia tuh?
jual mahal ooo...
but sekali ku pegang cat food.. ha..ngendeng2 koooo... mauakakkaa...

masa ni, my cousin tengah buat gardening... dia sibuk nak ikut.. asal my cousin berubah je dia follow... so, ada la satu time tu.. my cousin panjat tangga yang kecik tu nak betulkan daun2 yang tak elok from this one tree..

kan tinggi kan...
jumy yang bijaksana ni leh layan panjat tangga tu gak and melompat atas pokok tu..
pastu, dia ngadap muka my cousin...
hahaha...
sumpah lawak!





sekali!
nak turun tak boleh..


told u already kan jumy.. but deeggiillll....
pastu eksyen lagi tu.. tak nak langsung ayu amik or my nieces amik...
dia maintain dok situ ngadap muka my cousin...


jumy manja ngade..
pang mau?





dan akhirnya..
sampai terpejam pejam mata dia cuba ngorat sepupuku.. hiks..
and my cousin angkat la dia....


moralnya.. kucing tak reti turun pokok sendiri..
especially kalay dia adalah kucing bandar yang hanya duduk di rumah setingkat and aktivitinya hanya tido makan tido makan...
unlike kucing kat mom's kampung..
ya rabbi!!!!
habis segala tempat tinggi dia ade weehh...


sekian, cerita jumy yang comeyl.


pasal saya berkecil hati..
saya masih berkecil hati..
dengan kawan saya..
kawan yang saya sangat sayang...
kawan, kalau saya masih kawan awak.. pls say sumthing..
saya manusia biasa..tak terlepas dari kesalahan..
if i've ever hurt you..and terus tak melayakkan diri yang keji & hina ni to even become ur friend... I AM SORRY...


iklan jap:
berminat nak beli Kek Lapis Sarawak or Pineapple Tarts? Please click
here and here .



Blurbings By,