Thursday, 29 April 2010
Hidupkan Jiwa Dengan Zikr Maut
"Erm, nak kata tidak sibuk macam bohong je. Tapi pintu untuk bertanya atau kongsi pandangan tetap terbuka 24 jam. Jika tidak boleh jawap lani, insyAllah akan dijawap jua lambat atau cepat," saya menjawap.
Memasuki bulan yang kritikal buat pelajar tahun 4 sebelum melangkah ke clinical di hospital cukup menyesakkan dada. Melihat blog tidak ter'update' walaupun idea untuk menulis tidak putus-putus datang.
"Macam ini, saya nak mintak pandangan. Saya ada pernah dengar dan baca ada orang kata 'semua orang bertudung ini masuk neraka'. Saya cukup tidak berpuas hati dengan kata macam itu. Apa pandangan Amad?," beliau bertanya.
Soalan dan situasi yang sentiasa dan berulang kali berputar didalam wacana-wacana ilmu dan juga perbalahan dosa yang tidak berkesudahan.
Tanggungjawap saya sudah semestinya untuk meluruskan kembali polemik ini. Jika menulis dengan terawang-awang aka 'play save' akan mengundang murka Allah. Tetapi jika menulis tanpa terselit langsung nilai manusiawi dan empathy, benci manusia dapat, murka Allah bersama.Pakej!
Saya tidak pelik jika penulisan ini akan dipandang sinis kerana bukan kali pertama isu ini disentuh dan bukan kali pertama reaksi provokative saya dapat. Jika seorang sahabat saya yang paling terkenal dengan 'cool', dengan 'lemah lembut', dengan 'indah berkias' itupun dihentam rapat ke dinding, saya ini apatah lagi.
Saya dan Gapo tersenyum!
Tudung dan Neraka
Sebelum saya pergi lebih jauh, jom kita semak hukum walaupun majoriti dari kita tahu dan faham tentang hal ini.
Islam menuntut bahkan mewajib wanita muslim iaitu muslimah menutup aurat (bukan sekadar rambut). Dan pada muslimah yang tidak melaksanakan suruhan itu adalah berdosa. Dan semua dosa jika tidak dimohon ampun dan berubah akan dituntaskan oleh Sang Pencipta dengan azab api neraka.
Itu hukumnya. Semua orang tahu, tetapi adakah semua ini berakhir dengan sebatas pengetahuan hukum ini?
Belum tentu!
"Semua orang tidak bertudung itu tempatnya dineraka!"
Ungkapan ini setengah haq dan setengah batil.
Tautan Hati dan Perubahan
Menjadi salah satu hobi saya adalah membaca novel. Jika novel itu bermanfaat, menarik dan insyAllah mampu memotivasikan diri akan saya kongsi. Antara novel yang cukup menarik adalah novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha.
Usai saya membaca, akan saya pinjamkan kepada sahabat-sahabat lain. Oleh kerana novel ini watak utamanya adalah wanita, jadi target pembacanya sudah semestinya juga wanita. Kawan-kawan perempuan saya.
"Syeikh, terima kasihlah kerana bagi baca novel ini. Saya suka sangat-sangat tau!," itu testimonial yang diberikan untuk novel pembina jiwa, Tautan Hati.
" Alhamdulillah, semoga bermanfaatlah dan semoga ia menjadi pemangkin perubahan ya," jawap saya sambil tersenyum.
"Syeikh, saya rasa saya nak jadi macam Asiah Yusra sangat-sangat! Watak dia dalam novel ini cukup solehah. Saya nak jadi solehah macam dia," beliau berkongsi.
" Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar," itu sahaja terzahir zikir didalam hati dan refleksi pada zahir sekadar senyuman.
Siapa sangka sahabat saya yang tidak bertudung mahu menjadi Asiah Yusra yang digambarkan didalam novel sebagai seorang wanita yang cukup taat kepada Allah dan cinta pada Rasulnya. Dan pada saat itu, sahabat saya ini mahu menjadi seperti watak itu.
Hati saya hanya mampu berzikir syukur.
Pengalaman terlibat dan bergaul dengan kawan-kawan "hu ha hu ha" banyak membuka minda dan pendekatan saya. Jika ada majlis taalim, mereka antara insan yang mengajak, melobi dan memenuhkan majlis taalim. Jika ada program Mabit (Malam Bina Iman dan Taqwa) yang qiamullai sebagai core bisnes, mereka juga antara insan yang bangun malam, meredah dingin malam datang ke program. Jika ada Jaulah, mereka antara insan yang bersemangat turut serta.
Saya merasa diri ini berdosa jika saya ungkapkan
"Semua orang tidak bertudung itu tempatnya dineraka!"
Harapan Zikr Maut
"Semua orang tidak bertudung itu tempatnya dineraka!"
Dimana letak haq, dimana letak batil pada ungkapan ini?
Seperti saya huraikan diatas, kepada sesiapa sahaja yang menjadi hamba kepada Allah, apabila ingkar kepada perintah dan arahan Allah, adalah berdosa dan dosa itu mampu di'suci'kan dengan azab neraka. Itu yang benarnya.
Tetapi didalam Islam sendiri, sebelum sampai ke peringkat azab, Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang ini memberikan peluang kepada semua hambanya tebus kesalahan dan membasuh diri dari noda dosa dengan taubat.
Prinsip asas dalam berdakwah adalah dahulukan khabar gembira bukan menakutkan, membina jambatan bukan dipasang tembok.
Berbicara soal azab neraka pada zikr maut sebelum mendahulukan harapan perubahan adalah membunuh sebelum dibenarkan hidup.
Itulah batilnya!
Hukum tentang hukum tetapi cara menyampaikanya perlulah dengan hadirkan empathy dan pendekatan manusiawi.
Ayuh kita berusaha hidupkan hati-hati manusia sebelum kehidupan hakiki disana!
Nota 1 : Biro Agama Islam KUBI (Kelab UMNO Bandung Indonesia) menghadirkan COMREL 2010. Ayuh meriahkannya! (ProCAD taja tu...hihihi)
Nota 2 : Saya nak rekemen kepada semua wanita untuk baca buku TAUTAN HATI. Cukup menghidupkan jiwa.
Nota 3 : Bab aurat, suka saya melihatnya lebih dari sekadar 'kain menutup rambut'.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Wednesday, 21 April 2010
Sahabat Lihatlah Resmi Padi
Disatu sudut dalam dewan, kelihatan seorang sosok lelaki yang sedang ralit menyusun kerusi-kerusi. Kerusi disusun lantaran akan ada nanti majlis yang melibatkan ramai orang.
Tanpa beliau sedari, perbuatan menyusun kerusi itu dilihat oleh orang ramai. Mereka datang dan menegur beliau.
"Ya syeikh, kenapa anda menyusun dan membuat semua ini. Bukankah hal-hal seperti ini kami yang perlu lakukan dan bukan insan seperti anda. Anda bukan dibawah menyusun kerusi tetapi anda diatas menunggu disusunnya kerusi," begitulah kata prihatin masyarakat kepada beliau.
Melihat dari ungkapannya, sudah mestinya insan yang sedang menyusun kerusi ini adalah satu figure yang hebat, penuh karisma dan dihormati oleh ramai orang. Sahabat mahupun lawan.
"Erm, saya sebenarnya melakukan tugas menyusun kerusi ini kerana saya tidak pasti mana satu amalan saya akan diterima oleh Allah s.w.t. Mungkin sahaja anda melihat saya hebat berpidato membangkitkan ummah, tetapi ada riak dalam diri. Ia tertolak. Mungkin sahaja anda melihat saya hebat berdakwah tetapi tidak ikhlas dalam hati, ia tertolak. Jadi mungkin menyusun kerusi boleh jadi menjadi satu asbab saya ke syurga," jawap tulus dari sang murabbi.
Siapa beliau?
Insan yang masyhur dengan keimanan yang kental, pribadi yang zuhud, laungan jihad yang membakar, sentuhan hati yang lembut dan pidato yang memukau, itulah beliau. Semua itu dibayar dengan harga yang mahal iaitu syahid dihujung pistol sang tirani.
Luruskanlah
Saya tidak habis fikir bila memerhatikan pendakwah mendakwa cara mereka, perbuatan mereka bahkan dakwah dan tarbiah mereka terbaik dengan meremehkan orang lain.
Saya tidak habis fikir bila memerhatikan sahabat memandang rendah pekerjaan mereka itu kerana tidak dikepilkan sekali title agama pada kerja itu.
Saya tidak habis fikir bila memerhatikan insan yang melakukan sesuatu perkara tetapi dimulut masih mengeluarkan kata-kata yang dalam nada mengeluh.
Saya tidak habis fikir bila memerhatikan masyarakat mencemuh dermawan memberikan sumbangan tetapi dalam bentuk cek sebesar 'alam'.
Tidakkah kita pernah mahu fikir, semua amalan dan perbuatan itu bergantung erat dengan satu prinsip beribadah didalam agama Islam iaitu IKHLAS.
Mungkin sahaja dicemuh dermawan dicemuh oleh masyarakat kerana sumbangan disorok jutaan media, tetapi niatnya lurus ikhlas. Ia diterima sebagai amal oleh Allah s.w.t.
Mungkin sahaja anda bekerja sebagai menyapu sampah dalam satu majlis besar, tetapi niatnya lurus ikhlas. Ia diterima sebagai amal baik oleh Allah s.w.t.
Mungkin sahaja anda memberi sumbangan sebagai menjadi pengurus lawatan yang tidak ada sama sekali dibuat atas title persatuan agama tetapi niatnya lurus ikhlas. Ia diterima sebagai amal baik oleh Allah s.w.t.
Mungkin sahaja anda menyangka andalah yang berbaik, terhebat, tersusun dan segala TER didalam perjuangan Islam, tetapi tidak dilandasi dengan niat tulus ikhlas. Ia tidak akan dipandang mahupun sekilas oleh Allah s.w.t.
Nama kita mungkin tidak popular dikalangan masyarakat umum, kerja buat kita mungkin tidak diketahui oleh rakan dan teman, kita adalah UNSUNG HERO pada mereka tetapi kita adalah insan yang disayangi Allah s.w.t bila diukur dengan amal perbuatan ikhlas.
Tidak cukupkah sirah syahid dimedan jihad sahabat Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w yang kita tadabburi? Beliau tidak dikenali dikalangan sahabat, tetapi apabila darah membasahi bumi, nyawa berakhir dimata pedang musuh. Pada saat itu...
Pada saat itu, Arasy Allah bergegar dan semua malaikat menangis dengan pemergian syuhada dan bidadari tertunggu-tunggu wira mereka di syurga!
Beliau bukan SESIAPA dikalangan manusia, tetapi nama beliau adalah gah dimata penghuni langit.
Persoalanya...
Kita SIAPA?
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan seperti kain buruk, ayam tidak patuk, itik tidak sudu.
Pujian tidak menambah, cacian tidak mengurang.
Bimbang...bimbang
Sangkaan kita yakin menyatakan akhir hidup adalah di syurga sedangkan sebaliknya, Nauzubillah. Dan jika sangkaan kita yakin menyatakan akhir hidup adalah di neraka, nerakalah jawapnya!
Allah is my CEO!
*Saya tidak aneh melihat melihat hadis ini diajurkan oleh ramai ulama untuk diletakkan pertama sekali didalam setiap perbahasan kitab syarie' kerana bersangkutan dengan keseluruhan natijah kitab-kitab itu...persoalan niat*
Saturday, 17 April 2010
Sifu Cinta Dan Bidadari Cemburu
Saya sebenarnya tidak mahu berkongsi tentang novel ini tetapi seorang insan yang besar jua. Pengalaman bersama beliau.
Jika ditanya siapa yang saya suka bertemu dan meluangkan masa? Saya suka bertemu dan berkongsi cerita dengan insan-insan besar dan banyak pengalaman. Agak kurang berminat sebenarnya berurusan dengan orang-orang besar seperti penjabat negara.
Jika ustaz cinta di Malaysia, mungkin pembaca sudah sediamaklum siapa beliau. Menjadi PA kepada Abu Saif memberi 1001 kepuasan. Saya suka mendengar cerita pengalaman beliau yang tidak pernah bahkan mungkin tidakkan ditulis diblog beliau. Pengalaman pahit manis yang hebat, melahirkan insan yang hebat. Tapi kali ini bukan tentang Abu Saif, tapi sifu cinta yang berasal dari Indonesia.
Petang itu, ada sekumpulan pelajar lelaki berkumpul dan didepanya ada seorang ustaz tengah menyampaikan taalim.
Tiba-tiba...
Kringgg...kringgg...
Telefon ustaz itu dimasuki panggilan.
"Assalamuaikum.Owh sayang....," itulah ungkapan yang terpancul dimulut ustaz apabila mendapat panggilan dari isteri tersayang. Dihadapan hadirin, tanpa segan menunjukkan rasa sayang. Kasih sayang yang diredhai Allah.
Itulah cerita yang pernah saya dengar tentang beliau. Pada masa itu, saya berazam agar satu hari nanti perlu berjumpa, beramah mesra, bertukar cerita dengan beliau, berkongsi pengalaman. Orang hebat.
Dan kelmarin dulu, hasrat dan azam itu diperkenankan oleh Rabbi. Akhirnya, dapat bertemu dengan penulis merangkap ikon penulis muda Indonesia iaitu Salim A Fillah. Salam disambut hangat, tangan bersalam erat, peluk disambut erat. Itulah kuasa ukhuwah Islamiah. Tidak pernah kenal, tidak pernah bersua, tetapi merasakan kebersamaan itu cukup hangat.
"Assalamuaikum ustaz, bagaimana perjalanan tadi? bagus?," saya membuka bicara. Ice-breaking.
" Waalaikumusalam. Alhamdulillah, ok semuanya. Yang saya bercakap ini siapa nama?," Akh Salim bertanya.
"Saya nama Ahmad Fahmi...Boleh panggil Ahmad," saya memperkenalkan diri.
" Owh, Ahmad...erm, macam pernah dengar. Anta ada blog?," tanya Ustaz.
Saya sudah kepelikkan. Penulis hebat yang rekod jualan bukunya ada yang melebihi 60 ribu naskah, pernah dengar nama Ahmad dan bertanyakan blog kepada saya.
"Erm...ana ada blog ustaz. Blog biasa-biasa saja. Menulis pun masih jauh nak dibandingkan ustaz. Blog ana itu http://amadanaksoleh.blogspot.com/. Hurm...kenapa ustaz bertanya tentang blog?," saya cuba meleraikan kepelikkan.
"Laa...ana pernah dua tiga kali masuk ke blog itu. Rupanya anta penulisnya," Akh Salim memberitahu.
Glupp
Saya pada masa itu sebenarnya merasa terkejut dan terharu. Penulis besar seperti beliau pernah singgah ke sini. Dengan jualan buku puluha ribu naskah, dan buku pertama beliau semasa berumur 19 tahun cukup menguja dan menginsafkan. Insafi diri yang sudah berumur 23 tahun sebiji buku pun belum dikeluarkan. Mahu pula jualan puluhan ribu. Saya tersenyum sendiri.
Dan selepas itu sembang kami panjang, berhenti sebentar dekat maghrib dan selesai program dengan muslimat, saya dengan beliau berkongsi nostalgia lagi.
Aneh. Penulis buku yang banyak bergendre cinta, apabila berbual-bual dengan saya tidak banyak menyentuh bab itu. Berkisar isu Indonesia Malaysia, masalah ummat, pengalaman, fikrah-fikrah dunia. Kerana itu mungkin lebih dekat dengan jiwa dan lebih banyak maklumat tentang itu.
Setiap pertemuan ada akhirnya.
"Nampak gaya, ustaz pun perlu rehat, pejalanan besok panjang. Afwan ustaz, jika ada kekurangan dalam berurusan dengan ustaz," saya meminta diri. Faham dengan keadaan ustaz.
" Tiada masalah Ahmad, hingga bertemu lagi,"ustaz menjawap.
Kami bersalaman dan berpelukkan. Sempat saya berpesan.
"Jika kita tidak bertemu didunia, ayuh kita janjian di syurga."
Tidak sukar untuk mendapat ibrah dari pertemuan ini, ia menanam satu azam dalam diri.
"Wahai sayangku, daku ingin menjadikanmu wanita mulia agar bidadari cemburu padamu"
Nota 1 : Mungkin tajuk buku pertama saya "Dengup Cinta Di Mesin ECG"...hahaha. Geli-geli.
Nota 2 : 4 kilo...go Amad go!
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Friday, 16 April 2010
ProCAD : Properties Of Community Da'wah
Ramai orang tertanya-tanya apa, siapa, kenapa itu ProCAD? Sebelum saya menerangkan lebih lanjut modus operandi ProCAD, saya menyentuh dahulu beberapa hal.
Sebenarnya ProCAD ini adalah satu 'syarikat sdn bhd' yang ditubuhkan dan diuruskan oleh saya sendiri. Segala modal yang didapati untuk run syarikat ini adalah hasil sumbangan sahabat-sahabat samaada dari kalangan pelajar Bandung mahupun sumbangan yang berjaya ProCAD dapatkan dari Malaysia.
Bergerak diatas kepercayaan hadis Nabi Muhammad s.a.w iaitu
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.
Hasil dana yang berjaya dikumpulkan cukup membanggakan, sehingga memungkinkan ProCAD berjaya membeli beberapa peralatan lumayan mahal sebagai aset niaga. Siapa sangka ada diantara mereka mahu berinfaq sebanyak 2juta rupiah (semoga Allah merahmati beliau) .
Oleh dengan itu, ProCAD dengan ini menyewakan peralatan-peralatan ini khas buat semua pelajar Malaysia di UNPAD.
Dipihak ProCAD akan sedaya upaya mengurangkan birokrasi dan mementingkan profesionalisme sebagai manhaj bisnes. Dengan bermottokan Kaya Didunia, Jutawan Diakhirat, ProCAD bergerak.
Tulang belakang orang yang berada didalam ProCAD,
CEO syarikat adalah Ahmad
Akauntan adalah Ahmad
Setiausaha adalah Ahmad
Technician adalah Ahmad
Pok Guard adalah Ahmad
Sudah sampai waktunya, program pelajar mendapat harga sewaan yang termurah, barang berkualiti untuk segala aktiviti pelajar!
Sudah sampai waktunya, 'hantu bola' dapat menyaksikan pertandingan bola sepak terbaik didunia dilayar besar!
Sudah sampai waktunya, kaki sinetron korea mahupun filem action menyaksikan segala itu di skrin besar!
Sudah sampai waktunya, anda ber'picnic' dengan skala besar dengan kehadiran tempat melabuhkan badan yang besar!
Sudah sampai waktunya, anda tidak lagi sampai tegang urat leher untuk conduct dengan adanya alat yang mampu mengatasi masalah itu!
Sudah sampai waktunya, PJ (pentanggungjawap) bahagian logisitik tidak lagi kehulu kehilir mencari setiap peralatan kerana ProCAD menawarkan semua itu sekaligus!
Peralatan Yang Ditawarkan Adalah:
Tekan untuk besarkan
1. Projector SAMSUNG, 25k per jam.
2. PA System (Portable), 15k per jam.
3. Speaker Laptop Edifier, 5k per jam. (Terbaru!)
4. Canvas, 20k satu hari.
5. Ice box, 20k satu hari. (Terbaru!)
6. Extension, 10k satu hari.
Aturan pengunaan adalah cukup mudah dan tiada birokrasi.
1. Setiap peralatan perlu diperiksa sebelum diambil untuk memastikan keadaan baik atau tidak.
2. Kerosakan dan kehilangan peralatan semasa pengunaan dan penjagaan adalah tanggungjawap penyewa.
3. Waktu penghantaran yang maksimum ditoleransi adalah 1/2 jam. Jika lebih dari itu, ia dikira masuk jam lain dan bayaran akan dikenakan untuk itu.
* Semua aturan pengunaan ini atas budi bicara saya sendiri. Jadi, jika ada apa-apa, boleh 'slow talk' dengan saya. =)
Perancangan Masa Depan ProCAD
Dalam masa terdekat, mungkin cuba mengusahakan HandyCam yang mempunyai teknologi terkini iaitu face detector, perancangan jangka panjang adalah membeli sebuah kereta seperti Avanza untuk kegunaan pelajar dan juga merancang menyewa satu bilik or rumah or dewan sebagai 'markaz'.
Mimpi?
"Laskar pelangi harus berani bermimpi, dan harus cekal mengejar mimpi!," Ustaz Hasrizal.
Hasrat dan Ucapan
Saya sebagai CEO ProCAD ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua 'pembina-pembina mahligai disyurga' diatas kesudian membantu berinfaq untuk melestarikan dakwah dan tarbiah khususnya dibumi Bandung dan dunia keseluruhan. Semoga sumbangan itu diterima sebagai amal jariah dan menjadi salah satu asbab dimasukkan ke syurga nanti.
Sebagai Akauntan ProCAD, saya ingin mengucapkan terima kasih daun keladi kepada semua pelanggan aka penyewa barang ProCAD diatas kepercayaan kepada ProCAD untuk memberikan khidmat terbaik untuk anda.
Sebagai technician ProCAD, saya ingin menyeru kepada semua, jika ada masalah atau apa-apa kekangan berkenaan peralatan, sila berhubung langsung dengan saya. Walaupun bukan 'talian bebal tol'.
Sebagai Pok Guard ProCAD, saya ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah tutur bicara didalam memastikan peralatan ProCAD on track dan berada didalam keadaan terbaik. Ia hasil sumbangan infaq ramai orang, jadi ia satu amanah kepada saya untuk particular menjaganya. Jadi saya memilih pendekatan TEGAS dalam menguruskannya.
Kaya didunia, Jutawan diakhirat!
Nota 1 : Mahu membuat gelombang kedua infaq massal ProCAD masa terdekat, ada mahu ikut serta berinfaq? Boleh personal hubungi, nama akan dirahsiakan dibawah akta OSA...hehe.
Nota 2 : ProCAD bukan hak milik saya, saya hanya pemudahcara. Ia hak milik semua orang, hak milik dakwah.
Nota 3 : Sewaan boleh diatas nama biro mahupun personal. No problem.Nota 4 : Boleh berhubung lansung dengan saya di alamat email ini fahmieman@yahoo.com
Nota 5 : Kepada sahabat-sahabat ditempat lain yang mahu tahu bagaimana nak set up seperti ProCAD boleh direct kepada saya. Akan saya bocorkan 'rahsia-rahsia' nya.
Wednesday, 14 April 2010
Sang Luncai Si Robot Islamic
"Amad, saya ada masalah sikit. Jadi nak mintak pandangan sikitlah," disapa oleh seorang teman.
"Boleh je, apa masalahnya?," saya menjawap. Kebetulan pada masa itu ada masa luang.
"Gini, saya sekarang tengah set up satu persatuan agama kat tempat saya belajar ni. Sebelum ini tak ada lagi orang yang mula, jadi kalau boleh saya nak cuma set up macam IMAN dan BAIK kat Bandung tu. Dan disitulah masalahnya," beliau mula membuka bicara.
"Baguslah macam itu, tapi apa masalahnya? cerita bior habis," saya cuba menggali lebih mendalam apa yang dipermasalahkan, agar tidak tersasar memberi komentar separuh masak.
"Macam dikatakan tadi, sebelum ini tiada orang berminat nak buat kerja dakwah ini. Jadi kiranya kami memang betul-betul mula dari awal. Saya sudah berjaya kumpul muslimat beberapa orang, tetapi menjadi masalah diperingkat muslimin. Bukan tidak ada orang bagus, ramai, tapi bila saya minta join sama, nak tahu apa mereka kata?," dia cuba menduga.
"Dah tak cerita, mana le saya tau," jujur menjawap.
"Kami boleh join persatuan Islam ni, tapi pastikan jangan ada muslimat. Itulah yang mereka demand dari saya. Jadi, macamana nak buat ni Amad? Saya tak tahu, tapi keperluan persatuan Islam kat sini memang betul-betul diperlukan. Banyak sangat hal perlu diperbetulkan," akhirnya sampai ke akarnya.
Tetapi, saya apabila mendengar begitu, hati tiba-tiba jadi panas.
"Amboi deme, nak Islam, Islam sesekor. Habis tu muslimin je nak masuk syurga, muslimat deme nak suh jadi setan ke?," melepaskan kemarahan dalam bentuk soalan. Tetapi soalan itu tidak perlu dijawap kerana ia dalam bentuk pernyataan.
Syadid tidak bertempat!
Perlu Sedar Diri
Setelah menulis beberapa article yang bertajuk haraki, pertubuhan dan persatuan, saya banyak mendapat soalan-soalan yang berkisar tentang haraki tetapi masalahnya berbeza-beza hanya bagi saya ia berpunca dari akar permasalah yang sama.
Mahu mendabik dada saya pandai berilmu dalam hal ini tidak pernah terdetik dihati, hanya saya sendiri secara pribadi mempunyai pengalaman didalam pembinaan dan pengukuhan satu gerakan Islah dibumi Bandung diperingkat awal.
Dari tiada jadi ada.
Itulah pengalaman seciput yang saya ada. Oleh kerana itu, persoalan-persoalan yang dikemukakan kepada saya, suka saya menjawapnya dalam bentuk cerita pengalaman diri saya sendiri dari qoute dari kitab itu dan ini. Saya menginsafi kekangan diri untuk hal itu.
Dewasakan Diri
Soalan yang dikemukan kepada saya itu, sebenarnya amat dekat dengan hati dan pengalaman saya sendiri. Pengalaman pahit manis di Bandung.
Sebelum datang kesini, umumnya apabila mendengar pertubuhan mahasiswa. Namanya cukup gah dan mantap penuh dengan idealisma. Jika yang pertubuhan tanpa memegang jenama Islam sudah begitu, apatah lagi idealismanya pengeraknya adalah Islam. Harum wangi gah cerita-cerita yang hinggap ditelinga saya.
Jadi menjadi satu kesungguhan dan keazaman apabila menjejak dan memegang title mahasiswa untuk saya sekurang-kurangnya mahu menumpang sama. Dan sudah semestinya mahu bergerak dibawah persatuan Islam.
Disaat itu, hasratnya sekadar menumpang, bukan lagi penggerak, apatahlah pemula. Tidak pernah terfikir.
Jauh meninggalkan ibu abah dikampung, terbang ke bumi intelek Jatinangor, Bandung demi mencari sekelumit ilmu Allah.
Benarlah kata orang tua-tua, langit tidak selalunya cerah.
Sampai kesini, semuanya bertukar sebaliknya. Persatuan agama hilang taring, dan sebenarnya dari dulu lagi tiada taring. Anggotanya ada seciput, dan kerjanya sebatas membuat bacaan yasin untuk pelajar menduduki peperiksaan, dan menjadi pembaca doa bagi majlis pelajar. Buka dengan doa, tutup dengan tarian.
Suasana yang baik dan sejahtera sukar didapati. Mahu contohi abang dan kakak, itulah yang ada tinggal serumah tanpa ikatan. Mahu contohi abang dan kakak, itulah yang banyak bergendong berpegang tangan kehulu kehilir. Mahu contohi abang dan kakak dalam aspek beragama, itulah menjadi first line menentang orang beragama. Mahu berusrah? apa itu usrah?!
Itulah keadaan segelintir pelajar dahulu. Menjadi sejarah yang patut kita sama-sama muhasabah.
Takkan tak ada orang yang mahu pada agama?
Ada, tetapi seperti pernah dinaqalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, golongan itu hanyalah sedikit tambah bermacam ragam.
Kaki games, itulah semangat untuk bawa Islam.
Bercouple, itulah semangat untuk bawa Islam.
Tidak bertudung labuh, itulah semangat untuk bawa Islam.
Berpakaian pas-pasan, itulah semangat untuk bawa Islam.
Orang yang suka lari dari usrah dulu, itulah semangat untuk bawa Islam.
Itulah generasi awal disini. Sememangnya ia satu kekurangan yang perlu dibanteras tetapi jika betul kita faham dan berfikir panjang, sudah memang dikatakan jalan dakwah itu adalah jalan yang panjang. Hasilnya mungkin saja bukan semasa kita, mungkin juga 10 tahun akan datang. Kerja perlu tetap jalan.
Kekurangan dan kesilapan itu adalah satu input, tetapi yang perlu ditekankan adalah proses, kerana natijah baik dari satu proses yang mantap adalah insan yang mempunyai Allah dan Rasul didalam dirinya.
Disebabkan itu, diperingkat saya sendiri, saya tidak kisah sama sekali orang yang berada didalam IMAN, BAIK bahkan mengikut usrah, taalim, tamrin, jaulah, mukhayyam itu tidak bertudung, berseluar pendek, rambut kuning, rantai besi dileher. Kerana semua itu adalah input, dan kewajipan pendakwah menekankan kepada proses.
Sudah semestinya hasrat kita mahukan outputnya adalah output yang mendamaikan hati, kebanggaan kepada Rasulullah, kesayangan Ya Rahman Ya Rahim.
Saya akan kurang percaya kepada kuasa paksaan tetapi saya lebih percaya kepada kuasa pemahaman dan sentuh hati. Kerana pemahaman itu menghadirkan kelangsungan, sentuh hati menumbuhkan ikhlas.
Biarlah Luncai Terjun Dengan Labu
Apa yang kita mahu harapkan lebih dengan gerakan dakwah yang masih mahu belajar bertatih?
Apa yang kita mahu harapankan lebih dengan gerakan dakwah yang umurnya setahun jagung?
Apa yang kita mahu harapankan lebih dengan gerakan dakwah yang baru mengenal huruf?
Mereka yang tidak mahu muslimat terbabit dengan alasan ikhtilat, mahu bercakap dengan muslimin dengan nada sarjan dengan prebet adalah mereka yang mahu melihat Islam itu bangkit dalam masa satu hari. Pejuang mee segera. Manusia seperti ini, berdasarkan pengalaman, merekalah yang awal sekali kecundang.
Saya tidak dapat bayang, jika syarat pertama yang saya dan sahabat-sahabat lelaki letakkan untuk membuat kerja Islam ini adalah "TIADAKAN MUSLIMAT!". Mahu kemana muslimat? Zoo Negara? Kerana ralitnya dimedan sebenar, 100 muslimat tanpa muslimin mengalami kesukaran melakukan aktiviti. Tetapi jika ada seorang muslimin yang komited, beliau mampu mengerakkan 100 muslimat untuk berkerja. Kerana semedikian fitrahnya lelaki itu adalah memimpin.
Jika liqa sudah niatnya mahu lihat muslimat, dapat melihat muslimatlah habuannya. Syadid terhadap muslimat tidak tentu hala, itulah makhluk yang naik 'syeikh' jika diuji dengan kehadiran wanita. Muslimat yang nada 'arahan kawat' apabila bercakap muslimin itulah minah yang angau tidak tidak berjejak jika nanti diuji dengan muslimin.
Luruskan niat. Islam dan perjuangan itu perlu diasing dengan kepentingan pribadi. Apabila masuknya kepentingan diri, nescaya binasalah dakwah itu. Jika berdakwah untuk mencari redha-Nya, insyAllah kena pada cara, itulah yang kita dapat. Penambahbaikan dan 'precaution' itu wajib diteliti saksama dengan mengambil kira keadaan dan sedar diri. Tetapi jangan pula sampai syok berdakwah, bertempuk tampar, bergurau tanpa batas, sms tanpa sebab. Saya berlepas diri dari akhlak batil itu.
"Agama ini dibina di antara dua jangan. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim," Hasan Basri
Dakwah satu seni, seni ini hanya dapat dilihat dengan manusia berjiwa manusia dengan suluhan Ilahi bukan manusia berjiwa robot yang geraknya diaturkan mengikut manual program.
Elakkan menjadi robot Islamic kerana fitrah Islam itu adalah memerdekakan jiwa.
"Macamana nak buat ni Amad?."
Biarkan mereka, anda kumpullah orang yang berminat dengan Islam. Usah difikirkan bagaimana keadaan awal mereka mahu berkerja, kerana minatnya mereka kepada Islam walaupun dengan rambut kuning, pusat bertindik, seluar rabak itu adalah anugerah akhir zaman yang kita perlu hargai. Mereka yang bertudung atau berkopiah mahu memandang sinis, biarkan mereka. Biarkan dan bersabarlah wahai sahabatku.
"Sesungguhnya barangsiapa bertakwa dan bersabar, maka sungguh, Alllah tidak menyia-yiakan pahala orang yang berbuat baik" (Surah Yusuf:90)
Amad ! Itu 'luncai' mahu terjun dengan labu-labunya...
Ayuh dendangkan lagu
Biarkan...biarkan...
Nota 2 : Seksa sungguh thesis Moveen, pagi buah, tengahari sayur, malam nasi separuh...tapi dua kilo beb untuk 3 hari =p
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Friday, 9 April 2010
Islam Yang Seperti Apa?
Menolak tanpa mendengar itu kesilapan
Menerima tanpa berfikir itu kecelakaan
Wacana yang dilontar adalah
" Ada segelintir umat Islam sekarang mengumandangkan tentang kewajiban untuk semua ummat Islam kembali kepada sistem Khilafah Islamiah. Saya mahu bertanya, jika benar sistem khilafah itu terbaik, bukankah Islam itu tersungkur dan dihinakan dizaman khilafah?," kata tokoh Islam Liberal ini.
Pertanyaan ini seakan mengetuk-getuk aqal untuk berfikir. Tidak mampu kita nafikan bahawa sejarah membuktikan Islam itu terpuruk dan dihina sehinanya ditangan Islam menguasai dunia.
Tadabbur saya tentang persoalan ini lama mendekam
Dari satu buku, ke satu buku
Dari satu ustaz, ke satu ustaz
Dari satu pemikir, ke satu pemikir
Sebelum saya masuk kepada pencerahan yang akan dikongsi, mari kita lihat stage-stage sejarah jatuh bangunnya ummah.
Peringkat Kepemimpinan Ummat
Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Intipatinya adalah, sebenarnya Nabi Muhammad telah memberi pesan dan wawasan bahawa sejarah ummat Islam akan mengharungi 5 peringkat zaman.
Kenabian. Diperingkat ini sosok insan agung bernama Nabi Muhammad s.a.w akan bersama dengan generasi terawal umat Islam. Sinar kegemilangan Islam begitu gencar dan ia seakan air sungai yang mengalir deras tanpa mampu dibendung. Umat Islam begitu sejahtera. Sehingga wafatnya Rasul.
Khilafah di bawah manhaj kenabian. Panji kecemerlangan Islam disambut kemas oleh 4 tokoh khalifah yang agung dan dibantu kuat oleh sahabat-sahabat yang lain. Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Mereka adalah insan-insan yang mendapat didikan dan asuhan langsung dari Nabi Muhammad s.a.w. Pada awal pemerintahan dua tokoh utama, kestabilan Islam masih terjamin. Tetapi ia semakin goyah apabila masuk kepada dua tokoh yang terakhir. Goyahnya bukan kerana kurangnya iman mereka, tetapi musuh-musuh Islam telah berjaya menyeludup kedalam kubu kental umat Islam. Kafir dan munafik berganting bahu. Khalifah ini ditutup dengan matinya Saidina Ali dibunuh.
Raja yang mengigit ( Malikul Aadhun). Disinilah mulanya umat Islam jatuh dihinakan. Khalifah-khalifah yang naik bercampur baur. Ada yang komited dengan Islam, dan ada yang memusuhi suara-suara Islam walaupun dia muslim. Disinilah jua tamadun Islam mencipta kegemilangan dan juga dizaman ini jua tamadun Islam dimusnahkan lantaran tercabutnya "Allah, Nabi Muhammad, Al-Quran dan segala aspek Islam" dalam jiwa-jiwa ummat Islam. Begitu sukar keadaanya.
Raja yang diktator ( Malikun Jabbariyah). Inilah zaman kita. Zaman yang kita hidup dan tinggal. Dan dizaman inilah keadaan umat Islam berada diperingkat yang terbawah. Segala kehinaan dan kesusahan diwarisi pada zaman ini. Zaman yang kita tinggal. Bukan Islam tidak perlu menjalankan tugasnya untuk memenjara dan membunuh umat Islam terutama pejuang-pejuang Islam, cukup tugas mereka diganti oleh rejim muslim yang diktator. Wacana-wacana Islam dipandang remeh, mudah dan dihinakan oleh muslim sendiri. "Poyo", "Bajet maksum", " Bajet Alim". Itu suara-suara sinis muslim kepada muslim. Sungguh ironi.
Adakah ini semua akan berakhir disini?
Sabar!
Ibn Khaldun pernah menaqalkan teori peradaban dunia ini adalah seperti roda. Yang diatas, pasti ke bawah, dan yang dibawa akan kembali ke atas. Hinggalah sampai roda itu berhenti berputar.
Khilafah diatas manhaj kenabian. Disinilah zaman yang Islam akan berada diatas kembali. Dan sampai dizaman ini sahaja usia dunia akan berhenti, berhentinya seperti roda statik. Dihentikan dengan hadirnya kiamat.
Seperti Apa?
Disini persoalan tokoh Islam Liberal itu kembali mengetuk minda.
Khalifah, khalifah seperti apa? khalifah yang mengigit seperti ribu tahun dahulu? khalifah yang sudah mencabut Islam dalam jiwa-jiwanya?. Jika YA, demi Allah, saya tidak akan sekali-kali berusaha menaikkan khalifah yang membawa fitnah kepada Islam. Tidak akan pernah bersihnya Islam dengan kotornya muslim. Mahu dibangga apa dengan cara pemerintahan Islam seperti itu. Ada non-muslim memerintah dengan Ihsan, kita mahu bangga dengan pemerintahan Islam yang membelakangi Islam? Jiwa saya tidak dapat menerima.
" Ustaz, seperti apa khalifah yang diperjuang dan diperkatakan Rasul itu. Jika khalifah yang seperti dulu bukankah nasib umat Islam sekarang terhina mulanya dizaman khilafah?," saya bertanya kepada tokoh dakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abu Syauqi.
" Begini Amad, Rasulullah tidak pernah mengatakan spesifik Islam itu akan bangkit dalam bentuk apa. Khilafahkah, republikkah, negara berajakah, itu tidak disebut secara spesifik. Cuma yang dipesan dan dikatakan oleh Rasul, pemerintah itu akan kembali kepada Islam dalam bentuk pengamalan Islam secara keseluruhan. Seperti apa? itu tidak dikatakan secara khusus," terang Ustaz Abu Syauqi.
Saya diam menghadam.
" Bahkan akh, nanti bukan sahaja muslim yang merasakan sejahtera dibawah pemerintahan khilafah dibawah manhaj kenabian, tetapi juga non-muslim berasa begitu selesa dengan Islam. Mereka sendiri yang mahu berada dibawah pentadbiran Islam," sambung Ustaz Abu Syauqi.
Keadaan Bandung
Saya tertarik dengan satu qoute dari seorang adik yang baru datang ke Bandung. Beliau mengatakan begitu syukur kerana 'dicampak'kan ke pulau Jawa ini, dan apa yang beliau syukuri adalah lebih mengenal Islam disini. Bukan ditanah air, tetapi dihulu pulau Jawa ini.
Pengalaman saya sendiri sebenarnya, sudah empat tahun. Umum masyarakat luar dan khususnya pelajar Malaysia di Bandung. Bergaul dengan senior, kawan dan adik junior dibawah. Saya boleh membahagikan pelajar yang datang ke sini ada beberapa 'spesies'.
Spesies pertama, orang pada dasar dan amalan Islamnya sudah kemas cantik. Dan ini kelihatan tiada masalah, cuma mungkin ada seorang dua yang terbabas.
Spesies kedua adalah mewakili golongan teramai di Bandung. Mereka baru kenal Islam itu di Bandung bahkan ramai yang semangat nak bawa suara Islam walau apa jua keadaannya. Mungkin mereka tidak terbabit dengan dakwah dan tarbiah secara langsung, tetapi lunaknya mereka dengan Islam cukup mendamaikan. Mahu mendengar dan mahu berubah.
Spesies ketiga adalah spesies 'aku hidup dalam blues'. Apa nak jadi diluar, apa yang mahu dibuat tidak diambil peduli. Prinsipnya "Kau kau, aku aku...kubur masing-masing". Tetapi ini semakin berkurang kerana ramai sudah masuk kepada kelompok kedua. Segala puji hanya milik Allah.
Kebangkitan Kedua Islam dari Timur
" Ish teruknya masyarakat sekarang...bilalah Salahuddin yang baru akan muncul?," keluhan umum yang selalu kita dengar bukan.
" Perh...hebat Muhammad Al-Fateh. Kita perlukan orang-orang seperti itu," kata satu pihak.
Persoalan saya, kenapa kita sendiri yang tidak menjadi Salahuddin, kenapa kita sendiri yang tidak mahu memiliki jiwa Muhammad Al-Fateh?
" Alah, aku support belakang jela...aku bukanlah alim sangat pun. Lagipun aku bukan IMAN, bukan BAIK," alasan yang sering terdengar.
Rasulullah menjanjikan putaran akhir dunia adalah milik Islam bahkan didalam hadis Tabrani menyatakan lebih spesifik bahawa kebangkitan kedua Islam itu dari sebelah TIMUR.
Kita tinggal dimana? TIMUR, Malaysia.
Kita asal dari mana? TIMUR, Malaysia.
Jika itu wawasan dan janji Rasulullah, kenapa mahu melepaskan peluang untuk berada didalam saff kemenangan itu? Adakah anda kira, tanpa anda Islam tidak akan berjaya? Sungguh anda silap, tanpa anda Islam tetap berlari kencang merempuh kebatilan dengan insan yang komited terhadap Islam.
Apabila anda bersyahadah, kewajiban untuk berkongsi Islam itu automatik terbebankan diatas bahu. Ada menyebarkan, dapat pahala. Ada menyebarkan, tetapi anda tidak amalkan itu satu dosa. TETAPI, anda muslim, anda tidak menyebarkan bahkan anda sendiri terlibat dengan kemaksiatan itu dosa lagi-lagi berganda. Tiada alasan...
Kenapa mahu kita beralasan hanya mahu bantu dibahagian belakang. Anda mahu Allah s.w.t berasalan seperti anda didunia? Beralasan Allah hanya dua, jika DIA tidak mahu dimasuk ke syurga, nanti dicampak ke neraka. Mahu?
Pilihan ditangan anda!
"Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu." (Surah Hud: 57)
Kepada adik-adik, sahabat-sahabat, selamat datang kedalam saff Islam!
Nota 1 : Ada sahabat meminta saya mengulas penulisan blog orang lain. Maaf saya katakan, saya tidak berminat. Jika anda menganggap apa yang ditulis itu mutiara, ambillah. Jika najis, anda sendiri saya yakin mampu menapisnya.
Nota 2 : Saya tidak rasa article ini 'tinggi', insyAllah anda semua faham. Jika tidak faham, moh bagitahu saya, saya akan terangkan.
Nota 3 : Terima kasih Ustaz Abu Syauqi atas pengisiannya.
Nota 4 : Antara yang dirujuk adalah slide PERMAI, Ustaz Hasrizal
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Thursday, 8 April 2010
Bercinta Dengan Buku
" Orang-orang ikhwan mengatakan Sayyid Qutb itu mati syahid. Dia mati digantung. Jadi bukan mati syahid. Saya nak tanya, Sayyid Qutb itu matinya macamana? ," tanya Ustaz ini.
" Mati ditali gantung," serentak dijawap oleh hadirin didepan.
" Digantung kerana menetang pemerintah. Saya nak tanya lagi, Jamal Abdul Nasser itu Islam atau kafir ?," ditanya lagi oleh Ustaz.
" Islam!," jawap hadiri.
" Menentang pemerintah Islam apa hukumnya?," tanya ustaz.
" Khawarij," jawap anak-anak murid beliau.
" Alhamdulillah antum semua faham, jadi beliau bukan mati syahid," kesimpulan dibuat oleh ustaz.
Simple, ringkas dan mudah sungguh dia menjatuhkan hukum kepada insan yang telah menamatkan sirah dihidup beliau. Dan yang bercakap itu, belum tahu timbul tenggelam penamat hidup nanti.
Saya? mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
Bercinta Dengan Buku
Ujian sudah tidak lama lagi akan menjelang, disamping dikelilingi oleh buku-buku pelajaran, saya suka mengambil masa-masa yang ada bercinta dengan buku-buku yang terkeluar dari genre kebiasaan pelajar perubatan.
Dan isu yang dikupas oleh ustaz itu, menguatkan tekat diri untuk membaca dan menyampaikan diri ini terus kepada sumber asal insan itu sendiri. Penulisan Sayyid Qutb!
Cuba mengunakan neraca iman untuk mengali ilmu, cuba mengunakan neraca ihsan membedah isu. Jauhkan diri dari insan yang mengeji tanpa akhlak, jauhkan diri dari insan yang taasub memuji tanpa menjejak. Buku Pengetar Iman di Medan Jihad ku bedah
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Buku Pengetar Iman di Medan Jihad: Tiga Arsitek Jihad Kontemporer ku bedah.
" Ketahuilah, kami mati dan mengorbankan diri demi membela dan meninggikan kalimat La Illaha illa Allah, sementara engkau mencari makan dengan La Ilaha illa Allah!," kata Sayyid Qutb ketika agamawan suruhan pemerintah Mesir meminta beliau mengingati Allah s.w.t sementara menunggu untuk dihukum gantung.
Nota 1 : Mahu memberi, kita harus memiliki. Jadi untuk membuat satu penilaian dan ulasan, kita haruslah banyak membaca. Membaca dan membaca!
Nota 2 : Senarai buku yang menunggu dibedah adalah Happy Ending Full Barokah, Pengantin Al-Quran, Atlas Sejarah Islam, Atlat Perang Salib, Secakir Teh Pengubat Letih, Murabbi Cinta, National Geographic. Baca dan baca. Jom bercinta dengan buku.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Thursday, 1 April 2010
Lirik Pemujuk Hati Sang Murabbi
" Dulu tang mana tu," tanya Ustaz.
" Ana pernah dengar 'keluhan' ustaz, yang kata letih. Letih itu kerana berurusan dengan manusia, bukan letih kerana beban kerja," saya cuba mengimbau kenangan lalu.
" Benar tu Amad, ana tiada masalah dengan kerja ana. Tapi yang amat meletihkan ana adalah apabila berurusan dengan manusia. Cuma nasihat ana kepada enta, JANGAN MUDAH KECIL HATI. By the way, welcome to the club bro!," ustaz 'memujuk'.
" Ana balik Malaysia dan beradak pinak baru merasa letih itu, enta muda-muda lagi rasa. Ana merasakan seolah-olah enta orang tua beranak empat pula," canda ustaz.
Ketawa kami pecah, kami gembira, dalam hati yang empunya hati dan Sang Pemilik Hati yang tahu.
Sembang kami santai, ustaz tenang dalam menunggu kak muna menyediakan juadah makan pagi, dan saya sedang menyantap bubur hangat. Orang bujang, alahai.
Kisah Sahabat Kisah Adik Kisah Pejuang
" Kenapa nak keluar IMAN, saya nak tahu alasannya," tanya saya ringkas, bukan dalam nada marah, cuma mahu terus kepada maksud pertanyaan.
" Erm, saya ini biasa-biasa je. Kawan-kawan saya juga biasa-biasa. Lagi pun ahli IMAN macam menyisihkan saya. Banyak hal saya terlepas," cerita adik.
" Erm, ana nak cari diri ana yang dulu. Lagipun orang macam ana duk dalam IMAN, buat rosak nama IMAN je. Dan antara sebab lain kerana terkilan dengan orang dalam IMAN itu sendiri," luah teman.
Itu antara beberapa senario yang terjadi kepada wadah dakwah disini. Ada yang datang, ada yang pergi. Dan apabila saya telusuri sejarah-sejarah insan hebat dahulu, senario ini banyak dan pelbagai kisahnya.
Saya sebenarnya semakin merasa konklusif bahawa orang yang berundur adalah orang yang peduli kepada kata orang. Kata orang dari belah yang tidak faham Islam, skeptikal dengan Islam, dan menganut Islamophobia dan juga kata orang disebalik tebing yang memakai baju pejuang Islam. Mereka ditengah, dan diasak oleh kedua jurang ini.
Ada yang terus maju
Ada yang jatuh
Ada yang terduduk
Ada yang terpaku
Terngiang kembali nasihat ustaz, "Amad, jangan mudah kecil hati."
Saya Terasa Merasa
" Ko tahu ada orang kata kat ko," tanya teman kepada saya.
" Tahu je, tapi apa yang deme katakan...itu aku tidak pastilah," jawap saya jujur.
" Erm, ko terasa tak bila ada orang mengata?," satu persoalan aneh.
" Nak kata aku tak terasa, itu bohong sebab aku masih manusia. Tetapi nak kata aku terkesan dan mengundur, insyAllah tidak. Sebab bagi aku, mereka yang mengata (mengumpat) sebenarnya tidak sedar bahawa 10 orang lagi mengumpat dia dibelakang. Entah-entah biro seumpatan dia sendiri," jawap saya.
Itu dari tebing yang tidak faham Islam, skeptikal dengan Islam, dan menganut Islamophobia. Tetapi bagi saya tebing yang memakai baju Islam ini lagi kuat menyesak dada. Jika insan diluar, saya masih boleh bertenang dan mengalaskan perbuatan mereka dengan kebatasan mereka dalam memahami agama. Bagi yang faham, tidak tahu apa lagi saya boleh alaskan natijah perbuatan mereka itu? Bagi yang kuat awalnya merentasi jurang "tidak faham", akhirnya ramai yang kecundang diperingkat ini.
Sahabat seperjuangan makan sahabat seperjuangan
Sahabat seperjuangan lukakan sahabat seperjuangan
Dan ia seperti biasa, sejarah yang diulang-ulang berzaman. Cuma pelakonnya berbeza.
Menerima Lebih Dari Memberi
Emosi akan berkecamuk apabila usaha kita diperlekeh dan direndah-rendahkan dengan title mengugah hati.
" Poyolah kau!"
" Bajet baik sangatlah tu"
" Cit, ingat maksumlah tu"
" Blahlah, hipokrit siot..."
"Ingat alim sangatlah tu!"
Ayat ringkas, tetapi satu senjata ampuh untuk meruntuhkan emosi diri dan mematikan langkah sang pejuang. Kita memberi, tetapi diperlekeh, diumpat, dicaci maki, dihina.
Nasihat yang bersifat tonik boleh saya kongsi adalah JANGAN KECIL HATI. Hal ini akan berlaku berulang kali mungkin dari insan berbeza, dan situasi berbeza tetapi jangan sekali-kali kecundang dan rebah kerananya. Anda mungkin hebat ilmunya, tetapi tidak ramai yang kental hatinya. Jika ini jalan anda pilih, persiapkan diri anda untuk DIKUTUK, DIUMPAT, DIREMEHKAN, dan DILUKAKAN.
Kecil ‘hati’, makan ‘hati’, patah ‘hati’, busuk ‘hati’...Hati-hati dan persiapkan hati anda.
Niat dan Niat
" Saya, kalau mahu keluar dari IMAN kerana terasa. Bukan sekarang, 1st year lagi saya dah keluar. Buat apa sibuk dengan hal-hal macam ini, baik duk bilik tengok movie. Tetapi adakah itu tindakan terbaik yang paling syari'e disaat Islam dan dakwah masih memerlukan kita?," antara perkongsian saya kepada adik-adik.
Anda mahu kenal Islam, semangat buat kerja Islam, pertamanya luruskan niat dahulu. Kerana sampai satu masa, kerana niat inilah anda akan berpaut kuat disaat angin badai menerpa. Angin badai yang banyak menjatuhkan manusia dari jalan yang Allah s.w.t janjikan syurga.
" Nak memuaskan hati manusia itu rumit. Mahu jasa kita disebut-sebut itu sulit. Kerana itulah, pegang sahaja slogan GOD IS MY CEO . Buat kerja, biar jadi ibadah, itu sahaja justifikasinya," Ustaz Hasrizal.
Yang paling penting, jika anda masih mahu terasa jika sumbangan tidak berbalas bunga, jika anda mahu terasa nasihat dibalas tuba, jika anda mahu terasa kerana budi dibalas caci. Sedarilah, yang paling layak terasa itu adalah Allah s.w.t.
Siapa yakin maksiat dia paling sikit?
Siapa yakin dosa dia paling sikit?
Siapa yakin ibadah dia paling banyak?
Siapa yakin pahala dia paling banyak?
“Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Saba 34: 13)
Pengubat Hati
" Ana rasa enta kekurangan vitamin K, lah akhi," kata Ustaz.
" Vitamin K ape ke bende pulop ustaz weh?," saya tidak dapat tangkap maksud ustaz.
" Vitamin KAHWIN!."
Pulak dah...erkkk!
Ini kata pemujuk rasa
Ini kata penyejuk jiwa
Ini kata luahan cinta
Ini kata penyegar minda
Jangan mudah terasa, kerana kitakan HAMBA.
Nota 1 : Harap tiada bagi nasihat " Sabarlah Dr Amad", sebab saya menulis dengan hati santai tau.
Nota 2 : Esok ada program P4P ( Peace For Palestine). Speaker didatang khas dari Malaysia dan yang paling penting beliau adalah alumni UNPAD tahun 89.
Nota 3 : Sekadar menjawap soalan terutama sahabat dari luar Bandung khususnya. Siapa IMAN? Dibawah siapa IMAN? Senang cerita, kami badan dakwah dan tarbiah rasmi dan tunggal di UNPAD dan kami dibawah nama Islam. Macam-macam jenis orang ada kat dalam. Harap menjawap soalan =)
Puding Jagung Mak Si Melati
Habis apa cadangannya?
Saya mahu berkongsi bab masakan pula. Jauh bebenor dari Dr Amad ke Chef Amad. Apa-apa pun layan sudeyh. Kebetulan, selepas berkongsi sedikit rezeki ini pada teman-teman, ramailah yang bertanya meminta resepi. Dan sudah semestinya kaum hawalah...Kaum adam? minta nak makan adalah. Adeh!
Sebenarnya resepi ini, baru juga saya belajar dari Melati. Menurut kisah Melati, resepi ini adalah resepi turun temurun dari nenek moyang beliau (yang ini jangan percaya). Senang cerita, resepi MAK dia. Sekali lagi, MAK dia. Bukan resepi dia.
Bahan-Bahan
- 1 Jagung dalam tin
- 1 cawan tepung custard ( saya guna cawan sukat beras)
- 2 kotak santan yang bentuknya tiga segi (maaf, saya guna santan kotak. Bukan santan segar)
- 1 cawan gula (terserah manis ke tawar)
- Air
Caranya
- Santan yang dua kotak tadi, saya cairkan dengan air kepada 6 cawan. Jika anda mahu lebih kolesterol dan lebih lemak dalam badan, sila tambah lagi santan. Dan masukkan dalam periuk.
- Jagung dalam tin tadi dibuka, dan dimasukkan kedalam periuk bersama santan tadi.
- Tepung custard juga dicampakkan sama kedalam periuk
- Termasuk juga gula. Gula tergantung kepada kehendak masing-masing. Mahu kencing manis, tambahlah gula. Mudah sifirnya.
- Semua bahan-bahan ini dicampur dan dikacau sehingga sebati. Ingat jangan letak atas api lagi. Kacau dulu.
- Selepas sebati, api dapur dinyalakan KECIL, dan bahan-bahan tadi dipanaskan. Anda hendaklah kacau sentiasa bagi mengelakkan ia berkerak dibawah.
- Puding ini sudah masak adalah apabila puding itu semakin likat dan berkilat. ( Masanya kurang lebih dalam 45 minit)
- Masukkan kedalam bekas, biarkan dingin terlebih dahulu dan masukkan kedalam peti sejuk.
- Selesai.
Sedap tak?
Entah, tapi dari pemerhatian saya, licin habis bekas. Mungkin, itu tanda tak sedap kot =P
Selamat mencuba!
Nota 1 : Rasa macam tercabut kepala dan ganti kepala lain je bila tulis article memasak macam ini. Bior betik Amad tulis resepi masak...Dimana ke machowan, Dimana kehenseman, Dimana keotaian...wakaka
Nota 2 : Orang lelaki....harus bisa masak!
Nota 3 : Saya tak pasti tepung custard kat sini dipanggil apa. Saya pun bawa dari Msia.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.