Tinggal la pesan

Jumaat, April 17, 2009

Bulan Terima Award Sedunia

Bulan ni ramai betul yang bermurah hati memanjangkan award-award yang diterima kepada teman-teman blogger yang lain. Saya pun tak terkecuali. Nak jugak panjangkan award-award ni kepada kawan-kawan yang telah sudi meninggalkan jejak mahupun sekadar jalan-jalan dan singgah di sini. Silalah kawan-kawan ye. Borong lagi award ni, k. Terima kasih pada Ieyra Ganu (award biru), dan Tirana (dua lagi award di bawah). Love U..

Doa Yang Tidak Diperkenankan

Saya terima email ini dari hidayahnet@yahoogroups.com. Kita share sama2 ye. Kena pulak hari ni hari Jumaat. Kita bertazkirah jap, k...selamat membaca.

Doa yang tidak diperkenankan

RASULULLAH pernah bersabda yang maksudnya: ”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa."
(at-Tabrani) . Dari sebuah hadith: Dari Abu Hurairah r.a
katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan- Nya kepada para Rasul.

Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun: 51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah: 172).

Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu.

Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.” (Muslim)

Huraian

1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak
berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasatakut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:" Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)

Khamis, April 16, 2009

TAG Oh Tag!

Tag dari Ieyra..sori ye ieyra..lambat nak jawab.

1)NAMA TIMANGAN
kakyong
yong

2)ANDA SEORANG YANG????
Happy..walau hati menangis
friendly

3)INSAN TERISTIMEWA & WHY????
My hubby...syurga isteri kat bawah kaki suami kan?
Mak Ayah...hanya satu2nya di dunia dan di akhirat
Adik2...sedarah sedaging...

4)LAGU KESUKAAN SEKARANG
Andai Ku Tahu - Ungu (bila2 masa kita akan dipanggil...)

5)MAKANAN KEGEMARAN
Semua jenis sayur dan buah2an

6)WARNA KEGEMARAN
Hijau - dulu kini dan selamanya...hehe

7)BENDA WAJIB ADA DALAM HANDBAG
i/c
duit
duit
duit
n duit...huhuhu

8)KALI TERAKHIR MENANGIS & WHY????
selalu gak menangis sebenarnya...masa menadah tangan memohon ampun dari Allh swt sebab banyak sangat dosa rasanya

9)TAG 6 RAKAN BLOGGER YANG LAIN
Tak perlulah tag rakan kecuali yang sudi dan rela menjawab tag ni...silakan ye..

Thank You Friends

Pagi-pagi ni saya nak borong semua award dari kawan-kawan. Terima kasih kepada KakLong, Ieyra, Reen, Hanafi dan semua teman blogger yang lain yang telah sudi menjadi sahabat saya di sini. Kita tak pernah bersua muka tapi kemesraan yang tercipta seolah-olah kita ni satu keluarga. Sayang sangat kat korang. Pada yang sudi nak ambil award ni, silakanlah. Mungkin saya terlewat nak bagi tapi kalau masih belum ada award2 ni kat blog masing-masing, sudi2kanlah ye..Jangan segan2. Semoga persahabatan ini berkekalan dunia akhirat. Salam.







Isnin, April 13, 2009

Kenangan SPADA

Bersama Yan (kaunselor di Negeri Sembilan) di malam apresiasi SPADA 7 Mac 2009 yang diadakan di Hotel Equatorial Bangi.

Ahad, April 12, 2009

Kenapa Saya Tak Sempat Nak Update Blog?

Wah! Seminggu saya tak update blog. Maaf ye kawan-kawan. Saya tak sempat nak tinggalkan nota sebelum keluar rumah. Sebenarnya pada 7 April 2009 (Selasa) saya sibuk dengan viva pada sebelah pagi. Malamnya pulak ada dinner akhir bersama kawan-kawan SPADA. Gambar kat atas tu adalah gambar di hari terakhir kami bergelar pelajar. Esoknya pagi-pagi lagi saya pulang ke kampung abang dengan menaiki bas. Tak sabar nak jumpa abang sebenarnya. Huhuhu...Niat nak drive sendiri tapi badan rasa letih lagi sebab dua malam sebelumnya tak cukup tidur untuk siapkan tugasan akhir. Akhirnya saya ambik keputusan dengan sehelai sepinggang saya balik je naik bas. Ingat ke boleh la berehat sampai hujung minggu. Tup tup member bagitau kena lapor diri pada 10 April 2009 kat Putrajaya. Alamak! baru dua hari lepak kat umah dah kena balik? Adehhh...dalam masa yang sama dapat pulak news dari adik yang ayah sakit. Waaaa....banyaknya nak uruskan! Tapi syukur alhamdulilah, dalam payah Allah mudahkan urusan saya. Hari Jumaat tu abang dapat luangkan masa hantar jugak saya untuk uruskan hal lapor diri. Tapi malangnya masih tak selesai jugak satu perkara. Saya kena ke JPNS pulak untuk tentukan tempat bertugas. Oleh kerana dah habis waktu kerja, terpaksa la uruskan pada hari Isnin (esok). Malam tu jugak saya bergegas ke kampung tengok ayah pulak. Aduss..kelam kabutnya rasa...Ayah pulak bila kami dah sampai, buat sihat pulak! hehehe....biasa la orangtua. Dia tak nak kami hantar ke hospital, katanya dah sihat sikit dah...Pujuk jugak sampai petang tadi tapi dia berkeras kata tak apa2. Apa nak buat! Akhirnya saya pulang semula ke rumah petang tadi tanpa bawa ayah ke hospital sebab esok saya ke JPNS pulak. Tu la ceritanya kenapa saya tak sempat nak update blog...Harap2 esok selesai urusan penempatan saya. Risau gak ni...dapat ke tak kat tempat lama...

Sabtu, April 04, 2009

Tag dari Ieyra dan Yanmie


Tag dari Ieyra dan Yanmie.
1) Letakkan gambar profile anda.
kakyong: Dah letak dah..

2) Keterangan apa maksud gambar itu.
kakyong: Tak ada maksud apa2..cuma gambar tu diambil masa gi Vietnam Januari lepas. Depan tangga hotel. Masa tu nak pegi tengok water puppet show. Tengah tunggu bas. Sambil2 tunggu, snap la gambar jap.

3)Kenapa pilih/letak gambar tu?
kakyong: Nape eh? entah...tak ada apa2 sebab yang tertentu..

4) Tag lima lagi blogger.
kakyong: tak yah la kot..ramai dah jawab tag ni... akak selalunya jadi pempuan melayu terakhir yang kena jawab tag...

Ok ieyra and Yanmie...moga puas ati la ye...