Showing posts with label Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Hidupku. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Yeay! 4 days left!!!


Buta mata tak nampak jalan di dunia,
Kerana tidak nampak cahaya, 
Tidak tahu ke mana hendak dituju,
Ke hilir atau ke hulu...


Asssalamualaikum :)

Haaa! Nampaknya dah lama jaja tak berceloteh di sini. Kenapa? Hmm, kerana sibuk mungkin? ataupun kerana perasaan malas yang menguasai diri ini. xD Cewaaaaah ayat kemain lagi ye. Korang semua apa khabar, Alhamdulillah jaja sihat-sihat je, kalau dikategorikan dalam "terlebih sihat" pun boleh. Ehhh =_+


4 days left before the Eurotrip starts! Excited!!! Tapi baju-baju semua belum kemas lagi T_T'. Nak tau jaja pergi mana? WE WILL WAIT AND SEE    :P :P :P :P :P






Ehhhhhh, tetibe gambar ni terpacak kat sini. Cantik tak? :P





Alamakkkk! terlupa!
Kena buat list barang sebelum pergi, nanti lupa pulak (n_n)
Till next time we will meet again!


Jzkk untuk semua followers lama dan baru, Insya Allah nanti ada masa, kita pergi singgah blog awak okay!
XOXOXOXO  !



p/s : Jikalau buta hati, nanti kan derita sayang (^_^)

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Monday, May 7, 2012

Semangat itu perlu!



We want what we can't have, we crave those who hurt us and we desire the touch of those who reject us. Human nature.
Assalamualaikum w.b.t.
Setelah sekian lama tak menyinggah kat blog ni, akhirnya hari ni tercapai jua. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk terus hidup pada hari ni. Alhamdulillah. Korang macam mana? Sihat? Apa khabar Iman? Apa khabar Hati?
(^_^)
 Hari ni nak cerita pasal exam. Huhhh! Saya ada exam esok nih! tapi macam tu lah, ada lagi tajuk-tajuk penting yang belum dibaca. Kan best kalau nak exam, kita rebus je buku-buku yang perlu dihafal tu,lepas tu minum. Insya Allah sakit perut. Bukan semakin ingat, tapi tak beringat! hahaha..

Esok sebenarnya ada exam Histology. Patutnya dah 2 minggu yang lepas, tapi cikgu sakit. Cikgu saya ni dah tua sebenarnya, datang kelas pun bertongkat, cuba korang bayangkan betapa kuatnya semangat dia untuk mengajar sampaikan umur dah berusia pun sanggup lagi datang. Habis tu, takkan la kita sebagai student yang MUDA trangtangtang ni taknak bersemangat jugak? ye dak??

Jom tanamkan semangat dalam diri supaya rajin belajar! Kurangkan benda-benda yang tak berfaedah tu.
Ingat, study tu untuk memperoleh ilmu dan memantapkan diri, bukan sekadar untuk lulus exam.
sekian, nak sambung study balik KOT.. (^_^)

Doa-doakanlah ye.

 
 

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Tuesday, January 3, 2012

New Year means your YEAR also +++


Assalamualaikum...


Baiklah...walaupun jaja duduk kat Rusia, but i still know about a THING that happened in Malaysia in these past few days.



Of course it's about si Adam Adli.



Taknak ulas banyak-banyak, cuma nak tambah sejemput dua tiga. Mengikut pandangan jaja la. Okay, pandangan sahaja. Tak lebih tak kurang.




Jaja rasa.....tak elok sangatlah nak berdemonstrasi ni. Tapi tu la, kalau takde demo, takde pulak orang nak bagi perhatian. Ye dak? Hmmm...



Agak kasihan, seriously, memanglah dia ni nak tuntut hak dia. Tapi kesian dekat family dia sampai kena ugut bagai. Tiap-tiap hari ada je ugutan yang sampai dekat family dia. I mean, its ok if the THING only libatkan dia sorang. Tapi sampaikan terbabit satu family, itu agak menyedihkan.



Korang sanggup ke tengok ibubapa korang menangis kerana korang. Sanggup ke?


Jaja tak sanggup.

Kesimpulannya, hargailah ibubapa korang selagi mereka masih hidup. Jangan susahkan mereka.
Kita tidak wajar membiarkan mereka menitiskan airmata walaupun setitis kerana kita. Tidak sama sekali....



*kan dah kata ulasan pendek je.,,,,




****************************************************


Sekarang marilah kita bersembang-sembang pulak. Dah lama rasanya tak tulis panjang berjelaaaaaaa....



Hey kawan! Sekarang dah tahun 2012!!!

i know..i know....i know...bila sebut pasal tahun baru, semestinya ada AZAM baru walaupun azam lama tak dilaksanakan pun.. sampaikan ada yang lupa azam sendiri.. kan??? Haaa! baik mengaku sekarang..hahahahaha



Tak salah sebenarnya nak berazam. Tapi kita mesti ingat, kita berazam bukan sekadar untuk tahun baru je. Tapi sebenarnya, sebagai muslim/muslimah, kita patut berazam tiap-tiap hari barulah betul! Kata nak hari esok lebih baik dari hari ni dan sebelumnya.



Kenapa macam tu??


Jawapannya..senang je..



Kerana..melalui azamlah datangnya semangat. Dan melalui semangat pulak datangnya usaha


Cuba kalau hari hari kita ni penuh dengan kesuraman, muka pun monyok je. Mesti tak best kan? 
Tapi kalaulah hari-hari mendatang ni kita lalui dengan azam yang baru! Muka yang bersemangat! Ceria! Ada misi dan visi yang jelas!
Tak ke lebih bermakna hidup kita?


Tak salah nak berazam. Tapi jangan lupa laksanakan!!!!


Azamku tahun ini :







Jadi apa azam korang untuk tahun baru ni? Share nak....









Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Wednesday, November 2, 2011

You're precious to me....




I NEVER blame you for everything that would happen to me....


Never.....

Ever.....




I'm not letting you go...so please be my friend forever.. Can you?



p/s : sorry for all the mistakes that i had done........
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, October 23, 2011

Panggung Sabtu la sangat...aihhh..



Assalamualaikum w.bt.



Semalam, nak dijadikan cerita la yer, jaja dan roommate sorang ni pergi kat bilik tingkat bawah, diorang kata ada  macam Panggung Sabtu gitu... Alaa, apa lagi kalau bukan cerita hindustan kan?

so sweeeeeeet!



SRK..macam mana la sy xterpikat dengan awak, hensem sgt....




Kitorang tengok cite Kabhi Khushi Kabhi Gham secara berjemaah. Best memang la best, sebab tuan rumah sediakan makanan sampingan macam cornflakes, kismis, mashed potato, air coklat, jus epal dan macam-macam lagi la. Sampaikan terlupa tujuan datang situ rupanya nak datang meng'hayati' cerita. Banyak jugak part-part sedih dalam tu yang telah dirosakkan moodnya oleh Cik Eva.

Asal ada time nyanyi je, dia ikut...................kalau merdu takpe jugak.
Ni sumbang kemain lagi eh..........cair najis telinga i! hahahaha





Disebabkan LEKA sangat tengok cerita, tup-tup dah pukul 12.30 malam. Nak balik naik lif, tapi lif dah tak berkhidmat dah kalau lebih pukul 12. Diorang matikan suis kot. Nak naik tangga karang, ramai pulak lelaki yang duduk smoking kat situ. Seram aihhhh! Takut jugak kalau jadi pape.



*tetibe mentol pun keluar! alaaa, macam dalam cerita kartun tuuu.. :D

lebih kurang macam ni la...kot..




Haa! Fikir punya fikir. Terlintaslah satu nama yang memang familiar sangat dengan jaja. Nak tau tak siapa?



Jengjengjeng!!!



Fakrul menjadi pilihan saya!




Apa lagi, terus capai handset, lepastu call dia. Harap sangatttt supaya angkat. Urgent nih!nak balik bilikkk!




teeet......teet.....teeeeet.......teeet..... (dupdapdupdap)

"Hello, Fakrul, ada kat mana sekarang ni?"


"Haa? Ada dalam bilik la. Kenapa?"



"Hmm...turun tingkat bawah kejap boleh tak. Nak suruh tolong temankan naik tangga, ada lelaki kat situ. takut. Nak naik lif tapi dah pukul 12 lebih ni, tak boleh dah lah. Aci tak?"





"Ok-ok..kejap...nanti tunggu kat tangga eh."



"Orait!"





Phewww....lega sungguh! Nasib baik la ada mamat nih. Kalau tak, menangis tak berlagulah kat situ sebab mata pun dah mengantuk. Nak tidooooo....



Sampai je depan bilik, dia pun bagitau,  "Ketuk la dulu, karang takde orang pulak dalam bilik."


dan...saya hanya tersengih...



Segan sebenarnya nak call Fakrul, mintak tolong..sebab baru je lepas gaduh dengan dia.... *malu
Lain kali taknak dah gaduh dengan dia... menyesal.    (T_T)



Hihihi...baiklah. Nasib baiklah ada awak ye Fakrul! Terharuuuuuu!



Terima kasih kawan!


p/s : pengajaran kali ni, jangan lepak bilik orang lama-lama sangat!huhuhu


notaharini: aku sedang belajar erti menghargai orang yang menghargai aku... :)

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Thursday, October 20, 2011

Break up...its not the end!


Apabila...anda telah break up. Believe me, it's not the end of everything but it's only the beginning of something new in your life.


Tak perlulah kita nak meraung, melolong kesedihan, tergolek-golek atas jalanraya semata-mata kerana kecewa. Cuma kita perlu ingat. Allah dah aturkan perjalanan hidup kita. Sebagai hamba-Nya, kita perlulah menerima takdir itu dengan hati terbuka.






Tipulah kalau tak sedih kan? Memandangkan masing-masing pun dah besar panjang, apa kata atasi kesedihan tu dengan cara yang paling bijak.Daripada duk emo-emo, ambik pisau toreh tangan,gila namanya. Lebih baiklah ambil wuduk, dan mengaji. Mengadulah pada Dia. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Allah, The Almighty One.






Mungkin sekarang kita tak tahu lagi apakah yang tersembunyi di sebalik perpisahan ini. Tapi bersabarlah.
Sabar itu sebahagian daripada Iman.





Biasalah, setiap permulaan pasti ada penghujungnya..


see?


Memotivasikan diri balik itu adalah perkara yang sangat penting!! *alert
Jangan biarkan diri anda terjatuh kedalam gaung yang terlalu dalam. Selamatkanlah sementara masih berpeluang. 




Jangan lupa, gunakanlah kewarasan anda untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Bersedialah untuk menjadi yang terbaik pada masa hadapan kelak.





Insya Allah..masih ada insan yang lebih baik menanti dirimu.




 p/s : sy redha...... chill....
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Monday, September 19, 2011

Tak habis-habis tengok kalendar...


Assalamualaikum.....

Dah lama jaja tak taip panjang-panjang ek...Rindu pulak rasanya.. Jadi, sesape yang bukak blog ni, korang baca je la apa yang jaja bebelkan..merapu ke tak, tu lain kira....hihihi..


Huarghhh...cuak gila dah ni.. Tarikh fly semakin dekat woo! Berapa hari lagi ekk..jap nak kira..


  Adin..
Dva..
Tri..
Chitirie..
Pyat...
(Bhsa Rusia yg bermaksud 1,2,3,4,5)


Pyat?? 5HARI LAGI?? Sedihnyaaaaaaaaaaa..... :/
Ni rasa macam nak bakar je epot, bia sume takleh fly..*tetibe jadi cruel gila



Persediaan jaja macam mana? Packing tak siap lagi...nak sumbat Milo 3 in 1, sardin, sos, kicap, ikanbilis, ikankering, baju sejuk ( ni 'mkn' ruang btol), thermalwear, blablablablablablabla........



Jaja harap, sepanjang tinggal kat sana nanti, jaja tak kebuluran..nak memasak pun kena kongsi dapur dengan set-set Rusia.. Nak tunggu turn lagi.. Malas makkkkkk!!! Huhuhu.. Takpe-takpe, tu sume dugaan hidup.. Redha je laa...



Oh ye, Sabtu ni, iaitu tarikh jaja fly.......nanti dengar-dengar ramai kawan yang nak datang hantarkan.. Kepada sesape yang boleh datang tu, TERIMA KASIH banyak2.. SPASIBA BALSHOI! 
Yela, bukan senang nak datang kan..masing-masing belajar, sibuk dengan assignment, test, exam.. Tapi ada jugak yang sanggup luangkan masa untuk hantar jaja dengan FakrulAirul
*terharuuuuuu


Oh ya...tadi, Mr. PRM text....dia hantar MMS yang cute sangat-sangat! Saya dah jatuh cinta dengan benda ni!!!!





dengan kebulatan dia tu, rasa macam nak picit2 je...
Mum! I want one!!! 
*sambil hentak2 kaki




memanggggg...cute!
*pengsann



Papepun, i wish i can do the best in my future! Success!!


(^_^)








Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, September 2, 2011

Beraya sakan sangat kot =p


Asssalamualaikum semua! Hihihihihihihi, jaja tau, hari ni dah masuk raya ke -4 dan......saya belum lagi mengucapkan Selamat Hari Raya kat korang semua especially rakan-rakan bloggers yo!



Maaf....bukan terlupa, tapi tak sempat... =p


Dengan ini, walaupun terlambat sikit, tapi tetap nak ucap jugakkk!




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE - 54!!



Alhamdulillah......

Bak kata orang, ape ek, MERDEKA RAYA?? betul kan?


gambar raya macam ni, oke la kannn....hihihi

Happy Eid!






Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, August 26, 2011

Tak nak terbang! aci ke tak???


I'm here...counting the days.... Less than one month left... =/
Mak!!! Abah!!! Tak nak fly boleh tak???? Huwaaaaaaaaaa.......




Tak sampai sebulan lagi jaja dah nak berangkat ke Moscow, Rusia.. Sedih tu memanglah sedihkan, tapi nak buat macam mana..Belajar tetap belajar, perjuangan mesti diteruskan. Yeah!! Takpelah, sekejap je kot.. 6 tahun je.. (^_^) I know, it will be hard. But I will try my best..
COBAAN....


Ingatlah Wahai Jaja....

Di sebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan..
Susah itu Tarbiah, Sabar itu Indah.. kan?
=p






Untuk family/kawan-kawan/Mr. PRM/rakan bloggers yang ada kat malaysia ni, jangan lupa untuk RINDU saya ek.. Alaaa, bukan mintak banyak, suruh rindu je pongggg.. hahahaha
Ayat kemain lagi, macam nak dedikasikan ucapan raya la pulak..ngeee~


Dannnn.......................
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadi jaja belek 'suratkhabar', lepas tu ternampak gambar CUN ni haaa...
pergi ambik gunting cepat-cepat, dan tampal gambar ni kat blog ni...





Cari saya ke????? =p


Nanti masa saya kat rusia, Pakcik PRM jangan jadi macam gambar di atas ek..
kot ye pun nak cari saya, cover-cover sikit, malu eh orang tengok.. hahahaha

*setahu saya, rumah saya tak pernah ada kat atas pokok, erkk...






p/s : persoalannya, Adakah 'pelakon' di dalam gambar itu adalah si Mr. PRM?? jengjengjeng

notaharini : Kawan yang baik ialah kawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kawannya.. :))




Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Thursday, August 25, 2011

Kerat tangan nak???


Assalamualaikum dan Salam Bulan Puasa....erkk?


Dan sebenarnya terlalu banyak benda yang jaja nak cerita......tapi disebabkan jaja taknak la mata korang juling sempena nak raya ni, so I WILL UPDATE secara istiqamah ye kawan-kawan...hihihihi

Korang tau tak, handset jaja kena curik woooo! Geram giler!!! Akan ku kerat-kerat si tangan panjang itu.. Tak baik la ambik barang orang pastu tak bagi balik.. Huh! Habis semua phone contacts dalam tu dikebas sekali... 
Entahlah labuuuuuu... 
*speechless..

kesayanganku di curi.......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tapi............





jangan risau, tempatmu sudah diganti dengan yang baru! hikhikhik.....



Dengan ini, jaja mengucapkan SELAMAT DATANG kepada SE XPERIA..
:oD







p/s: touchscreen bukan best sangat pun, lalalalalala
notaharini: Kawan bukan seseorang untuk dipermainkan...peaceeeeeeeee...



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, July 22, 2011

Oh, what a relief :B

Assalamualaikum semua!!




Yeay!!! Minggu ni adalah minggu yang sangat membahagiakan kerana jaja dapat bersama-sama dengan family selama seminggu… Oh, what a relief! :) Dapat tengok abdurrahman tiap-tiap hari pulak tu.. Seriouly, I heart you Baby! Korang jangan salah faham pulak noh, abdurrahman tu nama adik cheq, bukan pakwe, suami ataupun yang sewaktu dengannya..

he…he…he…




Dah-dah, merewang daripada topik sebenar pulak. Haa! Sepanjang seminggu kami sefamily bercuti ni, takkanla nak duduk terperap je kat rumah kan? *wpun mmg dh biasa buat
So, kitorang pun tour la satu malaysia…alaaa, macam CUTI-CUTI MALAYSIA tu.. hihihi.. tapi tak lah tour seluruh malaysia nih. Kitorang pergi Kuala Lumpur dengan Kedah jerrr.. Sikit je pongggg, tu pun nak heboh, lalalala….
Nak dijadikan cerita la, kitorang kan ada baby kecik…so, bila ramai kenalan mamabah yang TERtembung  tu, diorang pun tanya kat mamabah




“Eh, comel CUCU. Berapa bulan nih”






anyonyonyo..cucu nenekkkk..




Erk……. FYI, takde satu pun lagi adik-beradikku yang dah kawen. So, agak mustahillah kalau tetibe je dapat cucu kan… Ye dak? Eh bukan ‘agak’, tapi ‘memang’ mustahil!!!
I dont believeeee it!
ABDURRAHMAN tu adik saya!!! bukan anak sedara, cucu or whatsoever ok? Rolling on the floor laughing



Best la nama dia.....jom sebut ramai-ramai


AB......DUR.........RAH......MAN........... ABDURRAHMAN!!!.. *hachummmm




*Jaja pun tak faham kenapa loghat utagha macam banyak sgt je dalam entri kali ni, mentang-mentanglah hang balik kedah kan jaja.. hahaha

Monday, July 4, 2011

Please Don't


I'm not that kind of girl....








So, please don't judge me if you don't know me....
Tak bermakna kalau awak tahu nama saya, awak tahu segalanya... Ingat tu!





p/s : nak balik lagi boleh tak? he....he...he...


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, June 26, 2011

Awak kawan saya ke? Hmmm....


Assalamualaikum  =)




First-first sekali jaja nak bagitahu sedikit ketidakpuasan hati kerana semua rakyat terengganu boleh cuti hari ahad lepaslepas sebab Terengganu menang bola kan.. Tapi kami yang duduk kat kolej ni, tak dapat cuti sebab kitorang ada kelas Bahasa Rusia!!!!! Lecturer Rusia ni bukan faham pun pasal cuti-cuti negeri nih.. Huwaaa....tacing giler.. sobsobsob


Argh, cerita lama..buat apa nak ungkit-ungkit.. Redha je laa....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Haaa! Nak cerita ni. Pada suatu hari kan, jaja mesej la sorang kawan ni. Jaja tanya dia....

"Apa yang awak akan buat kalau awak tahu ada orang mengumpat belakang awak"

Jawapan dia simple je, tapi agak menusuk kalbu la..ni haaa

" Redha je laa... Tunggu je Tuhan balas"





Ayat kedua tu memang tersentap sikit la. Sebab jaja pun pernah jugak 'buat ketupat' ni. Sape la yang tak pernah kan? Hmmm....jom muhasabah diri. Banyak jugak dosa yang kita dah buat tanpa kita sedar kan.
Memang kita manusia biasa yang selalu buat salah, silap. Tapi Insya Allah kita dapat perbetulkan tingkah laku kita seandainya kita lebih mengingati dan menyayangi Allah S.W.T.
:D





Jaja pun dah malas dah nak terlibat dalam aktiviti kurang sopan ni. Cuba kita fikirkan...

"Sempurna sangatkah diri kita sampaikan kita tergamak menghina, mencaci kelemahan orang lain?"


Nak-nak kalau kita kutuk fizikal dia, tu dikira sama je macam kita mengutuk ciptaan Allah...kan?



So, walau siapa pun kawan/bakal kawan kita tu, cubalah untuk terima dia seadanya.
Belum cuba, belum tahu...



im nothing without you....friend...




A True Friend is Someone Who understands your PAST,Believes in your FUTURE, and accepts you today JUST THE WAY YOU ARE... =)







p/s : thanks for being my friend! love you!!! muahahaha

notaharini : nak baca bio ke tak eh?





Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, June 10, 2011

Luahan hati seorang insan biasa...


Assalamualaikum dan selamat hari jumaat.. Entri pada hari ni ditaip dengan menggunakan kelajuan maksimum kerana battery laptop dah nak ucap goodbye, jaja pulak lupa nak bawak charger, bereslah kau! huh


Hari jumaat, hari penghulu segala hari, sepatutnya disinari bahagia. Hmm, tapi nak buat macam mana kan, takdir menentukan segalanya. Dan hari ni ialah hari yang menghambarkan. Ya, memang hidup ni singkat, so nikmatilah sementara masih masa ada masa. Tapi, kadang-kadang dugaan hadir tanpa dipinta..
:-D





Today is the day that i am thinking about breaking up. *eh, bila masa pulak aku berkapel nih, aiyakkk..




Dah-dah, mengarut je kerja. Sebenarnya, haritu jaja bersembang dengan kawan lama, lelaki. Ada la dalam 30 minit gitu. LOL, nama pun saya ni cakap banyak. Nak-nak dengan kawan lama. Lagi la best kau bersembang kan. Nak tahu perkembangan apa semua, lagipun kawan jaja ni memang telefon 2 tahun sekali je kot. So, jaja rasa tak salah la nak cakap lama-lama.




Tapi nak buat macam mana, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kita fikir ITU, dia fikir INI.




Hey awak! Dia tu kawan je la. Faham tak maksud KAWAN tu apa? Jaja tak pernah pun nak melebih-lebih bermanja bagai dengan dia. Huh. But, it depends on you lah. Malas nak cakap banyak. Explain lebih-lebih pun tak guna kalau orang tu memang dah benci kat kita. Tak apalah. Sukahati awaklah labuuuu...
Mintak maaf banyak-banyak kalau ada buat silap, tersalah cakap, terkasar bahasa ke eh. Saya manusia biasa je ponggg..







SALAH KE?


p/s : entri ni memang takde faedah pape..luahan hati je.. simpan lama-lama karang meletup pulak..

notaharini : nak baca buku biology! yeah!!













Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Wednesday, June 8, 2011

Bila Hatiku berkata-kata


Bila kupandang kiri....kupandang kanan....... terasa sangat takut sebab bebudak kat sini semua bijak-bijak..


Saya mengaku, saya hanya manusia biasa, maybe tiada extrordinary... tapi saya akan usaha untuk memastikan cita-cita saya tercapai.. Mungkin tu je yang saya boleh ikhtiarkan. Tidak bijak tak semestinya takkan berjaya. Depends on someone macam mana cara untuk atasi kelemahan tu.





tapi... i tetap terasa Rendah diri..

persetankanlah ape yang orang lain nak kata! just be Yourself! Dah, nak senyummm plak




p/s : rendah sangat ke aku ni smpaikan TERendah diri...huhuhu



notaharini : Bijak bukan pengukur untuk kejayaan tapi USAHA!






Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
 


        

Sunday, June 5, 2011

Belajar bahasa!! =) Bahasa Meruntun Jiwa...


Assalamualaikum!


2 hari yang memeningkan kepala sudah berlalu.....phewwww, legaa..tapi minggu depan ada lagi.
(=_=)

Seronok jugak belajar bahasa orang ni tau. Tiba-tiba rasa budak kecik yang baru nak belajar abcdefg..xyz.. Sebagai contoh, tadi belajar cara nak sebut 'kereta' dalam bahasa rusia..



KERETA/MESIN = MASHINA...




Lepas je habis kelas. jaja ternampak la sebuah kereta kat depan mata. Pastu terus terloncat-loncat sambil menjerit, 'Mashina! Mashina!'.  Geng-geng bas sekolah yang lain semua dah terguling-guling sakan kot kat belakang sambil ketawa.Nampak sangat jakun kat situ. (T_T)








*ini tulisan original jaja, hodoh kan? ZzZzz.......


Sape boleh baca apa yang jaja tulis? meh sini nak bagi singgit.. =)



Tulisan ni takde la susah sangat kalau betul-betul nak faham dan belajar. Usaha kan penting. So, lepas ni kena la stay up sikit-sikit sambil menghafal segala perkataan yang sangat UNIK ni..


Tadi, kitorang didedahkan jugak pasal history Poet terkenal dekat Rusia dan jugak dekat seantero dunia kot. Nama dia PUSHKIN.. Silalah klik untuk mengetahui siapa dia...


Yang ni menarik jugak, pasal baju tradisional kat sana, jom layannnn...zasssss

alololo, sweetnyer!




Nanti sambung lagi.. 

Biziiiii..............tetttt..


p/s : kelas math, chem, bio, phy, bahasa rusia menanti??  aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa chummm..
                BANYAKNYER!!!







Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Saturday, May 28, 2011

Hidupku terasa kosong tanpa kamu...





Assalamualaikum semua.......
sila sediakan tisu empatpulohribu kotak kerana INI ENTRI SEDIH...ulang suara, ini entri SEDIHHHH...




*pangggggggg!!!!!




Diorang tau la ni entri sedih, tak payah la nak ulang banyak-banyak kali..hishhhhh

************************************************************

Ok la, marilah terus berjalan ke arah yang lurus sekarang (straight to the point).
Esok, bertarikh 29 May, jaja bakal dinikahkan tanpa rela di.......


Eh...Eh...Eh...


apa yang aku mengarut ni, fuh.fuh..mintak jauh semua tu..





Sebenarnya, jaja dah nak check in dalam kolej esok, so bermulalah waktu untuk daku membasuh otak yang penuh dengan karat-karat sekalian, al maklumlah dah 5 bulan tak study... Dengan ini, jaja sangat memerlukan CLOROX untuk memastikan otakku kembali suci dan murni... korang ada tak? nak sikit.. 


(=_+)



Masa kat sana tu selama 4 bulan, macam tak logik la kan kalau tak online, tak tulis entri.. Tapi tengok dulu la macam mana,lagipun jaja tak bawak lappy..saja nak biarkan bersawang kat rumah.. Jaja rasa la ni dialog yang bakal keluar nanti :



LAPPY! Padan muka kena tinggal!!hahaha


ataupun.......



LAPPY! Nyesal tak bawak datang sini, kita dah la kawan baik selama ni... sobsobsob




Arghh, walaupapepun, jaja tetap taknak bawak. TITIK. 
(kerana saya sayang awak, jadi, saya tinggalkan awak)


Orang-orang dulu pun pernah bagitau, kalau sayang kena tinggal-tinggalkan.. see? Itulah bukti aku sayang padamu.... Cewahhh, ayat kemain lagi.. romantik tak bertempat..hahaha



Jadi, kepada kawan-kawan bloggers sekalian, have a nice day without me.. Alaa, apa la sangat kalau jaja takde, ai konfem, takdenyer nak rindu, menangis, meraung sebab jaja.. kan? Kalau ada, meh bukti..

:p


*dah memang takde la, tayah nak bukti-bukti..kau ni jajaaaaaa.......ishh

Sampai sini dulu, papai....


p/s : yeay! nanti dapat kawan baruuuu..harap-harap tiada si pembuli lah ye..
notaharini : Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain :)






Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Thursday, May 26, 2011

hehehe..hahaha..hihihi (senyum tak perlu kata apa-apa)


Ohoi......
Assalamualaikum kengkawan...peace yo! opocottt, terambik trademark orang lak....hehehehe

Hari ini jaja dah pun tersengih sampai melebihi telinga..macam ni :

(^__________^)

aik? telinganya mana? heee

Yela, sebelum ni kan, selalu aja heret korang ke dalam kancah kesedihan, sori sori..
Terutamanya dalam entri INI.
MY APOLOGY,eh betul ke tak grammar aku nih? Persetankanlah ye kawan-kawan/macik/pacik.

Entri kali ni jaja janji, memang entri yang penuh dengan kegembiraan sampaikan melimpah ruah tau. Tak caye? Haa! Pe lagi, jom kita baceeee!!





***********************************************************************

Ceritanya bermula begini...di saat daku sedang memikirkan masa depanku di UM nanti, ada tak mamat yang nak kat aku? lecturer kat sana smat-smat ke tak? Agak-agak lecturer yang muda tu dah kawen belum? Arghh, pemikiran yang sangat kolot. Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke......................................ke.......................... ke mana eh? Haaa!!


Memang terkejut siot!! sebab interview untuk tajaan ni, aku ciap leh kompromi lagi sama ada nak pergi ke tak, alaa yang dalam entri NI, ce bace ce bace.



Tapi Alhamdulillah la, di saat aku bersedih takde pape tawaran ni, ada jugak yang nak kasik scholarship. Terharuuu nyahhh(T_T). Aku pun tak harap sangat tajaan PAMA (papa/mama) ni sebab membazirkan duit je,  kos sara hidup kat oberci bukan murah woo, silap2 duit 50 hengget kita tu, leh beli makanan lekat celah gigi je kan. Tapi kalau mampu apa salahnya kan, asalkan belajar.



Lupa lak nak bagi tau tempat yang aku bakal duduki nanti.. Nak tau? Klik SINI. hoih, banyak betul link kau jaja, hahahahaha.. Uni ni bagus, uni pertama yang tawarkan kursus perubatan kat sana. Lagipun, uni ni world ranking gak. So far so good, ailoike!!!



Next week dah kena pergi kelas bahasa RUSIA. Yela, karang kalau nak tau diorang ngumpat aku, senang sikit . Mana tau kalau ada rezeki, boleh baling batu bata kat kepala dia, ngumpat sangat sape suruh. Alamak, TERnegative thinking plak dah..hish, kalau diorang tenung lama-lama tu tak bermakna dia mengumpat oke, mana tau dia suka tengok orang berhijab. lalalala




*eh kenapa aku guna AKU? tukar baliklah jadi JAJA



and...



Jaja dah tak ambik dentistry because............





I will take medicine, serious sangat takut!! scary mary lorh. Dulu bukan main lagi lempor buku biology jauhjauh sebab taknak baca, tapi sekarang dah kena letak buku -buku yang sewaktu dengannya tu bawah bantal, senang la sikit nak belek lepasni, Usaha Tangga Eskalator!! yeahh.. Biology I LOVE YOU bebeh!!



Oh ya, bukan dalam bulan ni jaja fly gi sana, mampuih nak blaja bahasa asing cepat-cepat.. jeng krengg..
Bulan 9 ni la fly.UP UP AND AWAY!! Sape nak itot?? Meh nak sumbat lam luggage, hahahaha
*joking






nampak tak moscow?? kat situ la jaja duduk nanti..


BANGGA JADI ANAK TERENGGANU =)
GANU KITE!


*meh pakat rama-rama mari ganu..erk? tetibe je..

 p/s : nenek !! ai lebiuuuu....


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Thursday, May 19, 2011

Sahabatku, Rindulahh...


Assalamualaikum....


Pada malam yang gelap gelita ini, bertemankan cahaya laptop yang samar-samar, wa tetap gigih untuk mengepost buat kali kedua untuk hari ni..kehkehkeh..

Jap nak pikir, nak cite pe ek...




Haaa! First and foremost, Jaja nak ucapkan tahniah kepada Syamimi Razali kerana dapat melanjutkan pelajaran ke Perancis 2 tahun lagi. Nak jadik cikgu France bukan senang uh, siap kena nyanyi-nyanyi lagi time interview maktab, hahaha..

*setahu jaja, suara si mimi ni cam tongkang pecah, macam mana la leh PASS WITH FLYING COLOURS? hahahahaha

Nak tau pengalaman dia, klik SINI

Papepun, all the best to you!! Nanti bawak balik Eiffel TOwer eh, jaja nak taruk belakang rumah, erk??

Kami ni sebenarnya memang kamcing ngam-ngam sejak sekolah menengah lagi, mula-mula jaja malu la nak tegur dia sebab DIA NI BUDAK BIJAK. Diulang, BUDAK BIJAK oke! So, jaja cam, uhhh, takut ah nak kawan dengan dia, jatuh saham aku nanti..





Tapi langit tak selalunya redup, hujan tak selalunya turun *ntah hape-hape

Camne ntah, boleh jadik kawan rapat. Dulu bukan main lagi takmo kawan. Tak COOL la konon..sebab

Aku gigi cantik, kau rongak
Aku putih, kau hitam
Aku tinggi, kau rendah
Aku kiut, kau mengade je lebih
Aku ada arnab, kau ada??



kreatif tak? kami memang suka berposing cute-cute, heee

bhahahaha...mimi, aku gurau je nih, tak pasal2 majuk lak nanti

(=_=)

Yang penting, keikhlasan dalam berkawan itulah yang kita cari

Time aku down ,kaulah yang dicari
Time aku susah ,kaulah yang dicari
Time aku rasa nak mengamuk, kaulah yang dicari
Time aku kemaruk cinta, kaulah yang dicari
Time aku putus cinta, kaulah yang dicari
Time aku lapar, kaulah yang dicari
Time aku nak skodeng, kau join sekaki, hahaha


Time susah dan senang, kaulah kawanku yang sentiasa kucari

KAU SAHABAT, KAU TEMAN SEJATI
=)


haru jadinya, nak buat LOVE tapi....hmmm.....redha je laa



*harap-harap Syamimi Razali menangis sampai bahu terhincut-hincut sebab terharu dengan entri ni, hihihi

notaharini : i will miss her very much, sobsobsob

p/s : kawan-kawan bloggers pun jaja sayang jugakkk...fair and square..yeehaaa

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Entri ni tak penting pun





Pertengahan next week jaja dah stop blogging....kenapa??
Haaa! tunggu next entri..nanti jaja bagitau

Eh, bukan STOP BLOGGING, tapi PAUSE je...ngeh3
p/s : so korang jangan nangis airmata darah sebab ni tau, kahkahkah   peaceeee!

=)

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA