Sunday, March 18, 2012

Sudah lupakah kita?


Assalamualaikum..


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
Hari ni sekali lagi kita diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini , tiada tujuan lain melainkan untuk menjadi khalifah dan beribadat kepada-Nya.


Mari mulai hari kita yang indah ini dengan niat kerana Allah taala. Kerana apa? Kerana niat jugalah yang membezakan antara orang beriman dan orang kafir. Insya Allah, dengan niat kerana Allah, kehidupan seharian kita akan menjadi lebih bermakna.







Sebelum kamu teruskan membaca entri ni. Betulkan niat dulu ye. :D
Insya Allah hari ni nak share ayat dari Surah At-Taubah, ayat ke 120.

Saya terus ambik ayat yang last iaitu yang bermaksud:


"SUNGGUH ALLAH TIDAK MENYIA-NYIAKAN PAHALA ORANG YANG BERBUAT BAIK"


jadi kenapa? kenapa kita kadang-kadang cenderung untuk melakukan perkara-perkara jahat/buruk/kurang baik berbanding yang baik? Anda rasa kenapa? Refleks balik diri kita. Mungkinkah kita sebenarnya telah menjadi hamba dunia? Sudah lupakah kita pada akhirat? ataupun kita terlupa, apakah tugas kita sebenarnya di dunia ini?



Pada pandangan saya. Kenapa kita lebih cenderung untuk mengumpat dari bercakap perkara yang berfaedah? Kenapa kita lebih suka melihat perkara haram/cuci mata daripada melihat kebesaran Allah?
Kenapa kita jadi macam ni?



Semuanya kerana ianya bermula dari diri sendiri.

-Diri ini yang kurang mengingati mati
-Diri ini yang kurang bermuhasabah diri
-Diri ini yang terlupa, ada satu Kuasa yang boleh mencabut nyawanya bila-bila masa sahaja



Ingat! Semua manusia berhak berubah. Tapi berubah secara istiqamah, itulah yang terbaik.
Setiap hari melawan nafsu daripada melakukan perkara jahat juga termasuk dalam jihad kecil.




Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat, tapi kita boleh berdoa. :)


"Ya Allah kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi"
(Surah Al-Imran :8)


Sekian.



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Wednesday, March 14, 2012

Esok exam!

Banyak gila kot tak study lagi!!!!





Cuak-cuak..
=_=


posted from Bloggeroid

Monday, March 12, 2012

11.11

As salam




I dont know which story i had watched..

But in the story simply said that, when we saw our watch and it showed 11.11 am/pm, that meant somebody remembered you at the same time..


Maybe true maybe not..
But  может быть..


P/s: sehari dua ni asyik tertengok jam pkul 11.11 je, somebody miss me? :-P

Notakaki:bkn percaya betul2, krg tersyirik pulak, tp just for fun, peacee
posted from Bloggeroid

Friday, March 9, 2012

Dear women, Happy Women's Day!


As salam..



8 march, the universal day for the celebration of the Women's Day.... :)
but remember, do not just appreciate ourselves on this day, but appreciate ourselves everyday.



And suddenly i remember the quote,
the one that shows how important the women are


Behind the successful man, there's a woman


but i'm thinking of if we use like this,

Behind every unsuccessful man there's also a woman...can right??? erkkk.. =_=



hahahahahahahahahahahaha......sudahlah, gelak banyak-banyak nanti gelap hati pulak.
*bertenang, tarik nafas...



and on this special day..i got the 1st flower, the very 1st flower in my entire life..



Pemberian seorang sahabat sangat bermakna...





The rose is red, 
The sky is blue, 
This gift i've never expect, 
But..Thanks very much to you..

(^_^)


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Wednesday, March 7, 2012

The Quotes 2

Good looks can attract the eyes,
But..
Good personalities can attract the heart..

^_^

#copypaste

posted from Bloggeroid

Sunday, March 4, 2012

The Quotes 1

there's nothing wrong in loving someone, but the wrong thing is you loved him/her more than the one that OWNED you, Allah.



posted from Bloggeroid

Friday, March 2, 2012

Lelaki macho bila....


Soal hati, tiada siapa boleh menduga..


Soal perasaan tiada siapa boleh menghalangnya..






Betul, tiada ungkapan cinta didahulukan sebelum lafaz akad nikah (^_^)
Kalau nak bina rumahtangga yang bahagia, please..jangan sesekali mulakan dengan yang haram..






Assalamualaikum! *mood=ceria (:



Apakah erti LELAKI MACHO/MASKULIN bagi saya??



Haa...I like this question!
(High five in the air..)





Bagi saya, lelaki macho, maskulin bukan dilihat dari sekerap mana duitnya dihabiskan untuk membelikan bunga kepada teman wanitanya setiap hari.



Bukan juga lelaki yang selalu mengungkapkan kata-kata romantis pada yang bukan halal buatnya.



Bukan lelaki yang mempunyai 6packs..haha



Bukan lelaki yang wajahnya tampan, menawan bak seorang model.


Tetapi



Lelaki macho ialah apabila, bila dia berniat untuk menjadikan seseorang wanita itu isteri dia, dia akan terus berjumpa/hubungi ayah, keluarga wanita itu untuk meminta izin menikahi anaknya.



Lelaki juga sangat macho apabila dia bersopan santun dengan kedua-ibupanya, keluarganya, sahabat-handainya..



Lelaki macho tak perlukan wajah tampan untuk memikat hati perempuan, tapi cukup dengan cahaya keimanan di wajahnya yang bisa membuatkan hati wanita terusik.



Lelaki macho ialah Lelaki yang selalu menjaga adab bersama bukan mahramnya.



Lelaki juga sangat macho bila dia boleh mengimamkan solat berjemaah.



Dan....



Lelaki yang paling macho ialah Lelaki yang sentiasa meletakkan cinta Allah pada darjat yang paling tinggi di hati-Nya.

(^_^)




Dan cukuplah kehadiran lelaki ini sebagai pembimbing diri untuk sama-sama menuju ke "Jannah" 





p/s : Jom jadi macho! hahahaha


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA