Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

10.8.13

Salam Aidilfitri 1434H

Salam Aidilfitri, Salam Kemenangan!

solat Raya di Masjid Desa Damai.

"Takbir Raya never fail to drop tears. Oh Allah, please accept all our deeds and forgive all our wrongdoings. sesungguhnya kasih sayang-Mu mmg luas. :')"

sebab dah biasa beraya di kampung, raya tahun ni terasa seperti di perantauan walaupun beraya di tempat sendiri. boleh? :P

sesi bersalaman dan bertukar-tukar duit raya.. main jeling-jeling dengan Ayah. >:)

konon-konon takmo feeling-feeling. eheh

lepas salam-salam, ambil gambar keluarga. tema merah dan hijau kali ni. :)

kuih raya. eh?

Then there's episodes of ziarah and collect duit raya.. $_$

"The Flowers of Fire" :P

*****

Raya tahun ni bersederhana. 

Alhamdulillah, diberi peluang menikmati kemenangan selepas sebulan di madrasah Ramadhan. 

a bit syahdu moment here, lots of enjoyful moment over there...
 and there are all very meaningful. 
Alhamdulillah

Moga ketemu Ramadhan akan datang.

Taqobbalallahu minna wa minkum. Taqobbal ya Kareem. 

15.9.10

Episod Raya

Salam lebaran semua..

raya kali ni ringkas tapi cukup meriah. mulanya nak beraya di rumah, tapi Ayah tukar plan di saat-saat akhir. kami pulang ke kampung jugak. utara selatan kami pergi. hehe

yang tua muda semua pakat jumpa. tahun ni jumpa ramai anak buah. takde dah panggil Kakak tapi panggil Mak Long. macam dah tua lak. hehe..

semakin meningkat dewasa ni, semakin syahdu lagi sebak sambutan hari raya. raya tahun ni pun tak dapat nak lari daripada babak-babak syahdu.


teringat cakap Mak Long, "kalau kita tak balik (kampung) la ni, lagi 20-30 tahun lagi anak-anak kita pun tak balik.."

dalam maksud ayat ni. bunyi macam tak masuk akal tapi tak mustahil ianya berlaku.


terfikir jugak, agak-agak saya ni anak yang baik ke? kakak yang baik ke? anak saudara yang baik ke? cucu yang baik ke? sepupu yang baik ke? kawan yang baik ke?

kelak, adakah saya akan jadi isteri yang baik? ibu yang baik? mak saudara yang baik? menantu yang baik? nenek yang baik?





Hanya Allah sahaja yang tahu..



Niatkan di hati kita mahu jadi yang terbaik.



Wallahua'lam...

Kuih Raya

Salam lebaran semua..

beberapa hari sebelum raya, saya sibuk tolong kakak buat kuih. tahun ni, baru dapat merasa buat kuih. tahun-tahun lepas tak sempat sebab cuti raya kejap je. mujur cuti raya tahun ni awal..dapat gak merasa macam mana menguli tepung, guna oven, sejukkan kuih lepas kena bakar. paling best sekali, dapat makan kuih segar-dari-oven. ahaha..



nah, kuih raya! kisah lanjut boleh dibaca di sini. :D


Maaf atas salah dan silap. Selamat Hari Raya. Jaga makan ye (pesanan untuk saya jugak..eheh). ;)





nota: balik kampus nanti mau sambung puasa. Jom!