Ramadhan menjengah lagi...Alhamdulillah!
Posted by Sufi Intelek at 8:46 PM 0 comments
Labels: cinta hakiki, motivasi, Ramadhan
Syawal 1431H
Anyway, masih belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan:
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 1431H
kepada semua rakan2 pembaca Falsafah Kombat. Setelah lebih kurang 2 minggu bercuti di kampung halaman, Kuala Lumpur sudah menanti kepulangan saya dan kalian semua..hehe..
Alhamdulillah, kita masih lagi diberi izin oleh Allah untuk bertemu dengan Syawal 1431h setelah Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Dan kita perlu sentiasa berdoa lagi moga2 Allah akan pertemukan lagi kita dengan Ramadhan Kareem 1432h InsyaAllah.
Erm, saya tak ada apa yang menarik untuk dikongsi, hanya terfikir untuk menulis sesuatu di blog ini, tapi tak tahu apa. Tak pelah, Juz satu muhasabah ringan untuk kita semua.
Syawal pasti akan terasa sangat sekejap dan selepas ini bulan lain pula akan menyusul. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan seterusnya. Sehingga kita tidak sedar dan lupa bahawa setiap hari umur kita makin lama makin singkat. Hayat kita di dunia semakin menghampiri penghujungnya. Sehinggalah bila sampai tarikh lahir kita atau sambutan tahun baru, barulah kita sedar peningkatan umur kita.
Oleh sebab itu ramai manusia sekarang hidup tak ingat mati. Mereka buat sesuka hati dan lupa bahawa mereka akan di hisab dan dihadapkan ke Mahkamah Allah satu hari nanti. Kita sebagai hamba yang diberikan pencerahan oleh Allah melalui ISLAM perlu sentiasa sedar bahawa kematian semakin menghampiri kita. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.
Dan, cukuplah mati & kubur sebagai peringatan terbesar buat kita. Hubungan dengan Allah dan manusia adalah bekalan kita untuk pulang ke kampung akhirat kelak. So, jika setiap saat kita ingat Allah dan kematian adakah kita ada masa utk ingat dan rindu pada orang lain?pada harta, pada kemewahan, pada kerja dan sebagainya? Fahamilah konsep KHALIFAH yang ALLAH dah amanahkan kepada kita. Jangan kita jadikan diri kita sebagai OWNER of this world. Sedangkan Allah lebih berkuasa dan berhak atas semuanya..
Last word, Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Selamat meneruskan ziarah...
Sunday, September 19, 2010
Posted by Sufi Intelek at 6:54 AM 0 comments
Labels: motivasi, my three yen, Ramadhan, Syawal
Iftor + tarbiyyah
Erm, ari ni tak de pape nak update kot. Juz semalam kami dah laksanakan janji kami kepada adik2 di Flat Seri Perantau yang beria-ria ajak kami berbuka bersama. Kami pun mintalah sedikit peruntukan daripada boss untuk membeli makanan kerana dijangka seramai 10-15 orang akan join iftor di markaz blok H kami ini.hehe..
Selepas selesai urusan admin di markaz kami, saya dan kawan saya keluar pada jam 6 petang untuk mencari juadah berbuka puasa. Jauh juga kami pergi, alasannya, makanan di sekitar Port Klang tu tidak memenuhi selera kami dari semua sudut.hehe...banyak juga yang kami beli antaranya nasi putih + lauk, roti john, air soya dan cincau. Alhamdulillah cukup duit.hehe..
Sampai markaz tu kami pun mula la hidang2kan makanan tu. Tapi masa kami sampai tu, tak de orang lagi. walhal time tu dah jam 7 lebih dah. huhu..Akhirnya waktu berbuka seramai 6 orang je termasuk kami dan tengah2 kami makan tu, datang lagi sorang adik ni. So, total 7 orang je. Makanan banyak lebih ni, kami pun bahagi2 kan kepada mereka utk di bawa balik. Then, kami solat maghrib bersama. Saya gembira dapat membetulkan sedikit kesilapan adik tu sewaktu solat dan dia sangat menghargainya.Alhamdulillah.
Saya punye plan, jam 8 malam dah mula gerak utk solat Isya' di Masjid Negeri Shah Alam. Last2, duk melayan depa2 tu, sampai orang dah azan Isya' pun kami tak gerak lagi.hehe..Last2 saya kata kat kak wan, kita solat sendiri jelah. Akhirnya kami pun solatlah jemaah berdua sebab sorang lagi kak fida dah gerak KL, ada meeting. Lepas dah selesai solat tarawikh, kami pun gerak pulang ke Cheras area jam 10 malam. Memang agak memenatkan, tapi seronok. Terasa semakin rapat dengan adik2 tu. Dan kami memasukkan sedikit sebanyak elemen tarbiyah untuk menasihati mereka dengan cara yang terbaik. Alhamdulillah mereka menerimanya.
Semoga selepas ini mereka akan jadi lebih baik lagi InsyaAllah...
Then, saje la nak share dengan korang blog adik saya yang saya tak pernah menyangka dia akan menulis sebegini..waa...sungguh kagum..saya pun tak sehebat dia ni..hehe..Tapi dia memang ada talent untuk menulis perkara yang jiwang2 ni..ahaks...
Sakura Soul
Friday, September 3, 2010
Posted by Sufi Intelek at 9:09 AM 0 comments
Labels: mindsetting, motivasi, my three yen, Ramadhan
Minda & ilmu
Antaranya ialah sesi pemecahan minda. Betapa aqal yang Allah kurniakan kepada kita ini perlu dimaksimumkan sebaiknya dalam ruang lingkup kerja serta kehidupan kita sebagai hamba Allah. Minda yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik. Oleh sebab itu, minda perlu diberi makanan yang sepatutnya. Makanan minda ialah pembacaan. Pembacaan bukan sekadar membaca novel, cerita2 tauladan bahkan ia merangkumi segenap disiplin ilmu. Ilmu yang sentiasa ditambah dari hari ke hari akan menjadikan seseorang itu lebih berani dan bijak menyuarakan pendapat.
Oleh sebab itu, orang yang berpendirian dengan ilmunya dan yakin bahawa Allah memandunya ke jalan yang benar, tidak akan takut untuk terlibat dalam sesuatu kebenaran biarpun ianya pahit untuk diterima. Satu kata2 yang saya quote daripada Dr.Dzulkefly Ahmad tadi 'Never fear to engage. Never engage out of fear'. Jangan takut untuk terlibat dan jangan terlibat kerana takut. Orang yang berilmu mesti ada keberanian dan prinsip yang mana ia dilandasi oleh Aqidah yang haq.
Selain itu, Dr.dzul juga menekankan aspek KESEDERHANAAN dalam segenap aspek diteguhkan dengan hujjah Rasulullah " Khairul umuri ausotuha.." sebaik2 perkara adalah bersederhanaan. Umat Islam kini yang dituduh extreme, kita perlu membersihkan semula nama tersebut dengan menengahkan Akhlaq Islam yang sebenar. Bersederhana dalam setiap perkara.
Kemudian saya didedahkan tentang pembedahan buku. Buku adalah salah satu punca ilmu. Jika kita tidak memberikan makanan kepada minda, bagaimanakah kita akan menjana 1 minda yang intelligent, creative & smart. Cintailah ilmu dan hargailah sementara Allah memberi ruang untuk kita mendapatkannya.
Seterusnya, kepentingan orang2 yang menjadi golongan pemikir amat penting dalam satu-satu organisasi. Saya tidak nafikan saya lebih senang melaksanakan sesuatu tugas (executive) berbanding orang yang berfikir tentang idea dan konsep sesuatu projek. Namun kita tidak dapat lari daripada menjadi orang yang berfikir. Golongan pemikir inilah menjadi nadi kepada satu-satu organisasi. Kalau semua orang nak buat kerja, siapa nak jadi tukang pikir? Tapi tak ramai yang sanggup menjadi golongan pemikir, kerana ia perlu menguasai segenap disiplin ilmu dan perlu sentiasa komited dengan kajian ilmu dari masa ke semasa. Golongan pemikir ini adalah sangat diperlukan dalam zaman sekarang.
Sebelum berbuka puasa, saya telah menghadiri satu forum yang menarik, pengisiannya berkisarkan tentang gerak kerja Islam oleh ahli gerakan Islam yang semakin lama semakin merudum. Ini adalah satu muhasabah kepada kita semua. Kadang2 kita perlu pandang ke belakang sebentar untuk menjana idea baru menghadapi hari mendatang. Golongan yang bekerja untuk Islam mencapah dalam pelbagai aspek, oleh itu kerjasama &persehaman sesama ahli amat diperlukan dalam membentuk sebuah organisasi yang ideal.
Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur hari ini kerana dapat berjumpa dengan ulama-ulama, dan diberi rezeki oleh ALLAH mengutip mutiara-mutiara ilmu diserata mukabumi ini.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang sentiasa berfikir untuk mencari keredhaan Allah dalam konteks khalifah di bumi ini. Sentiasalah berfikir untuk kemaslahatan ummah. Allah bersama kita.
Saturday, August 14, 2010
Posted by Sufi Intelek at 11:27 PM 0 comments
Labels: mindsetting, my three yen, Ramadhan
Ramadhan Oh Ramadhan...
wah, lama sungguh ku tidak update blog ini. Hampir 2 bulan. Bukan ape, bila dah x de mood nak update tu, payah gak lah. Kadang2 banyak menda nak share, tapi tunggu masa sesuai..hehe..erm, kali ni x de ape nak share, juz nak ucapkan pada korang sume. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ibadah puasa yang kita sedang tunaikan ini mendapat keredhaan Allah dan semoga ia menjadi saksi di akhirat kelak.
Ramadhan ni special sebab ape tau, alaa..korang pun dah tau sebab apa kan. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Dia buka seluas-luasnya semua pintu kebaikan dan Dia menutup segala pintu keburukan di Bulan Ramadhan ini. So, kita ni jangan jadi bengong, tak reti nak hargai kurniaan Allah yang sebegini besar.
Alim ulama' sangat merindui dan sentiasa menanti2 kan untuk beribadah dan berdua-duaan di Malam hari di bulan Ramadhan bersama Allah. Kerana di situlah ketenangan hakiki diperolehi.
Ramai orang berebut untuk mendapatkan ganjaran yang Allah tawarkan di Bulan Ramadhan ini. Sebab tu ramai orang bersedekah, mengaji Quran, Qiamullail dan sebagainya.
Jadilah kita antara orang-orang yang menghidupkan Ramadhan dengan pelbagai ibadah yang diajarkan oleh Rasulullah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan orang-orang yang diredhai ALLAH.ameeen...
Thursday, August 12, 2010
Posted by Sufi Intelek at 8:18 AM 0 comments
Labels: mindsetting, Ramadhan
Petua Imam syafie
Salam 24 Ramadhan...saya dapat artikel ni daripada blog salah seorang sahabat...
Semoga bermanfaat untuk kita semua..
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
Monday, September 14, 2009
Posted by Sufi Intelek at 2:37 PM 0 comments
Labels: Fikrah, my three yen, Ramadhan, Tips, Unexpected thing
Ramadhan vs Merdeka
Alhamdulillah…setinggi kesyukuran kepada Allah rabbul jalal kerana dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya dapat kita meneruskan Ramadhan sehingga hari ke-12 ini. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Al-Fatihah untuk semua sahabat-sahabat tabiin dan ulama’-ulama’ terdahulu serta kaum kerabat kita yang telah kembali ke rahmatullah.
Post saya kali ini barang kali ringkas sahaja. Seperti yang kita semua maklum, pada isnin lepas Negara kita telah mencapai umur kemerdekaan yang ke 52 tahun. Alhamdulillah dan tahniah untuk semua. Tetapi, kerap kali singgah di telinga saya, rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan sikap-sikap yang menunjukkan mereka dijajah. Walaupun ia tidak Nampak secara kasar, namun kesan halusnya itu sangat mendalam.
Pemikiran, pemakaian, akhlaq muda-mudi sekarang menjadi penunjuknya. Pelbagai budaya pelik yang diserap masuk menyebabkan budaya ketimuran yang lebih baik tenggelam dan luput dilupakan begitu sahaja. Walhal, budaya yang diikut daripada Negara barat itu mengundang pelbagai mudharat kepada masyarakat sekarang dan akan datang.
Siapa tidak sedih apabila budak berumur 6 tahun lebih banyak menghafal lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat-ayat suci Al-Quran. Begitu jauh bezanya masyarakat kita dengan ulama’ pada zaman dahulu, apatah lagi jauhnya untuk mengikut cara hidup Rasulullah. Lalu, bagaimanakah kita mengatakan bahawa kita sudah merdeka?merdeka dari sudut fizikal tidak memberi kesan sebesar merdekanya minda kita dari semua bentuk penjajahan.
Sempena Ramadhan yang mulia ini, alangkah baiknya, jika kita jadikan diri kita bebas dan merdeka daripada penjajahan hawa nafsu dan bisikan buruk yang kerap membisikan perkara negatif. Kita jadikan diri kita bebas untuk melakukan amal ibadah kepada Allah dalam keadaan yang tenang dan khusyu’. Semoga Ramadhan kali ini Berjaya menjadikan kita ‘hamba’ yang bebas dan merdeka daripada perkara-perkara yang melalaikan, jika tidak, hidup ini hanyalah indah sementara, diakhirnya kita akan merana.
Wednesday, September 2, 2009
Posted by Sufi Intelek at 9:50 AM 0 comments
Labels: mindsetting, my three yen, Ramadhan
Ramadhan...Bulan Keampunan...
Erm, tak de banyak pun nak share hari ni, juz sedikit peringatan ketika saya berbual dengan umi waktu sahur Ramadhan ke-2. Antara isi perbincangan kami ialah mengenai kehidupan manusia yang semua tidak ada milik manusia, hanya milik Allah segalanya. Teringatlah pulak lagu Rabbani ‘Mana Milik Kita’. Hehe.. erm. Apa pun, itulah hakikatnya. Setiap yang kita punyai sekarang, mestilah dipasakkan dalam hati, bahawa benda tersebut hanyalah sementara dan Allah akan mengambilnya pada bila-bila masa.
Sebab itu, apabila kita punyai sesuatu barang, seperti, kereta, rumah dsb, atau pun ahli keluarga kita, kita tidak perlu meletakkannya di hati. Jika harta lekat di hati ia akan menjadi satu masalah. Hanya Allah yang perlu kita pasakkan di hati. Makhluk lain hanyalah berlegar diluarnya sahaja, so, bila Allah nak tariknya, ia tidaklah terlalu sukar untuk kita menerimanya. Just Let it go.
Teringat kata-kata senior saya suatu masa dahulu, nak sedih boleh, tapi 5 minit aje. Then, kita kena bangkit balik, sebab masa tidak akan berulang lagi. Masa itu emas. Fitrah manusia akan sedih apabila kehilangan sesuatu, namun, ia tidak perlu dikesalkan sehingga kita lalai bahawa itu adalah ujian untuk Allah mendekatkan kita kepadaNya.
Seringkali bila diuji, kita akan tersungkur dan terpaku sehingga merasakan kelam dunia ini. Awas, syaitan akan segera mengambil peluang jika kita tidak segera sedar dan menyerahkannya hanya kepada Allah Rabbul Jalil.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi satu medium tarbiyah untuk kita melatih diri supaya bersabar dalam segenap ujian yang melanda. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNya dan Dia tidak akan menguji hambaNya dengan perkara-perkara yang tidak mampu ditanggung mereka.
Selamat menunaikan ibadah puasa pada Ramadhan 1430H. Semoga beroleh berkat untuk semua.
Monday, August 24, 2009
Posted by Sufi Intelek at 10:32 AM 0 comments
Labels: Fikrah, mindsetting, Ramadhan
Ramadhan Kareem...
Hmm..sedar tak sedar dah masuk bulan September..MasyaAllah..cepatnya masa berlalu. Nanti dah nak raya, pastu bulan November plak dah exam. Inilah salah satu tanda-tanda kiamat semakin hampir. Astaghfirullah.
Suka saya mengambil kesempatan di sini, walaupun dah hari ke-4 Ramadhan, Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam di kampus dan di luar sana. Bulan mulia anugerah dan tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya ini, perlulah kita manfaatkan bersama.
Semalam (3 september 2008), PMIUM telah Berjaya menganjurkan perasmian Akademi Ramadhan 08 (AKRAM ’08) di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu. Bermula dengan berbuka puasa bersama-sama, kemudian solat maghrib berjemaah, disusuli dengan kuliah maghrib oleh saudara Syakir dari APIUM, seterusnya solat isya’ dan sunat tarawih bersama-sama yang diimami oleh saudara Ahmad Faezuddin.
Lebih kurang jam 10 malam, acara ucapan perasmian bermula. Penasihat PMIUM, Dr. Mustaffa Ali yang sepatutnya merasmikan majlis tidak dapat hadir, lalu YDP PMIUM, saudara Muhammad Haafizuddin yang menggantikan beliau sebagai perasmi AKRAM ’08. Gimik perasmian yang mencuit hati dan slide presentation yang ‘gempak’ menghidupkan suasana Dewan dan menyegarkan mereka yang penat. Memang best.
Kemudian ia diserikan lagi dengan ceramah oleh ustaz Mohd. Nor Habibi, pensyarah Bahasa Arab di UIA. Beliau mengupas buku 'Asas pembentukan pemuda Islam dalam abad baru'. hmm..itulah tajuknya kalau tak silap. Penuh dengan informasi berguna. Terima kasih ustaz!.
Apapun, setinggi-tinggi tahniah kepada AJK pelaksana AKRAM ’08 yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan perasmian tersebut. Namun, program AKRAM ’08 tidak hanya kan terhenti pada malam tadi. Ia dinamakan Akademi Ramadhan dan akan berterusan memeriahkan dan menghidupkan Ramadhan dengan tema rasminya ‘tiada hari tanpa Al-Quran’ sehingga 22 September, iaitu hari penutupan AKRAM ’08.
Harapan saya, semoga AKRAM ’08 akan Berjaya mencapai objektifnya seterusnya memberikan pengalaman kepada ahli PMIUM untuk merasai kemanisan Bulan yang diberkati Allah ini.
p/s: jangan lupa upgrade ibadah dibulan mulia ni..masa yang paling sesuai untuk kita tebus semua dosa-dosa lampau...
jangan nanti dah habis Ramadhan, baru kita nak menyesali...
Thursday, September 4, 2008
Posted by Sufi Intelek at 5:26 PM 0 comments
Labels: my three yen, PMIUM, Ramadhan