Perkembangan Mengembangkan.
Minggu lalu memang minggu yang teramat sibuk. Pengiraan tahap kestabilan neutron, pesanan uranium mentah dari Kazakhstan dan macam-macam lagi. Sampai tak sempat ambil gambar.
Satu berita yang amat kecoh minggu lalu adalah berkenaan Pesta Liar di Port Dickson. Maaf, tapi tiada berkenaan dengan Parti Liar aku, jadi jangan pandai-pandai hendak kaitkan, ok? Semuanya bermula ketika pemantauan wakil rakyat yang bertugas di Port Dickson, yang terkejut melihat gelagat remaja di pantai laut berminyak tersebut. Remaja yang berkeliaran lewat malam hingga ke awal pagi, mabuk, terhoyong-hayang, dan penuh dengan wanita berpakaian singkat lagi mendedahkan.
Habis tu macam mana lagi?
Itu parti. Parti tepi pantai. Bukannya kenduri kahwin atau piano recital. Mungkin kejutan budaya kot, tapi yang aku pasti ini semua perkara biasa. Mungkin bukan biasa di Kota Tinggi misalnya, tetapi perkara biasa di mana-mana parti. Anak muda, biasalah. Tak perlu ke Port Dickson, lihat saja kelab-kelab malam di Kuala Lumpur ini tiap hujung minggu. Nak geli lagi jenguk saja ke kelab-kelab dangdut, lagi jijik. Nak lagi jijik sila masuk ke Beach Club di Jalan P Ramlee tanggal hujung minggu. Macam pantai.
Hujung minggu lalu juga ada parti besar-besaran nun jauh di atas bukit sana di Genting Highlands. Dengar cerita habis panas satu Genting. Boleh pakai kemeja-T berjalan-jalan jam 2 pagi, tidak sejuk langsung.
Tetapi aku tidak pergi pun kedua-dua parti ini. Walhal 6-7 tahun dahulu mungkin aku orang yang pertama sampai di sana. Mungkin aku sudah tua.
Tetapi sudah tua tidak bermakna tidak boleh keluar dengan orang muda, bukan? Apa pendapat kamu? Sila beri komen.
(Gila tak bernas nukilan hari ini. Nukilan terpaksa.)
2 orang ada pendapat sendiri:
"Tetapi sudah tua tidak bermakna tidak boleh keluar dengan orang muda, bukan? Apa pendapat kamu? Sila beri komen." pengenalan untuk entri ni gila panjang. haha. i don't think there's anything wrong with dating a younger or older person. kalau cara pemikiran dia boleh diterima akal, why not? ok. sebenarnya aku macam terasa dgn entri ni. i think we're in the same boat cuma aku tak tua sangat mcm kamu. hehe.
perasae laa natey kero nih, koya nok mapuh natey anok anjing seko nih,
Catat Ulasan