Jumaat, Mei 30, 2008

Perubahan Keutamaan.

Mula-mula aku nak Macbook.

Sekarang tidak lagi. iBook aku masih hidup sebenarnya, cuma hard disk sahaja yang sudah mampus. Jadi aku ambil keputusan untuk tukar hard disk sahaja. Sebab...

Aku nak beli barang lain.

Barang yang lebih laju dari Macbook. Laju sangat sampai aku tak sempat untuk menulis, sebab asyik berangankan barang yang laju.

Jangan lupa ya, Parti Liar malam esok!

(Nukilan seperti biasa mungkin tidak akan banyak dalam sebulan ini, memang agak sibuk di tempat kerja. Harap dapat dimaafkan, sayang...)

Jumaat, Mei 23, 2008

Rempit Banyak Sangat Dadah Di Brazil.



Inilah akibatnya. Parah.

(Pautan diambil dari Boingboing Gadgets.)

Khamis, Mei 22, 2008

Kami Melayu Maksimalis.



Kamu nak cakap apa sekarang?

Rabu, Mei 21, 2008

Kursus Pengajian Penulisan Blog: Edisi Melayu Minimalis.



Aku pasti ramai sudah pun membaca tentang rancangan UiTM untuk memperkenalkan kursus penulisan blog dalam bidang pengajian mereka.

Aku kata, tak payah. Jangan bazirkan wang ibubapa kamu atau wang rakyat. Baca sahaja nukilan aku hari ini. Aku kasi kamu GPA 4.0.

Kursus Pengajian Penulisan Blog: Edisi Melayu Minimalis.

Pengenalan:
Kursus ini adalah kursus penuh pengajian Universiti Melayu Minimalis, yang akan mengajar kamu cara-cara pembikinan, penulisan dan penjagaan blog. Tiada peperiksaan akan dijadualkankan di hujung semester, dan tiada sistem pemarkahan akan dilakukan.

Bayaran Kursus:
Percuma.

1. Persiapan dan Penyediaan.
• Pemilihan Servis Blog.
Pertama sekali, kamu perlu memikirkan cara untuk menerbitkan blog kamu. Ada banyak servis percuma, seperti Blogger (di mana Aku Tak Peduli berada sekarang) dan Wordpress.com, tetapi jika kamu inginkan 'dot com' kamu sendiri dan inginkan fleksibiliti, kamu boleh mendaftar server kamu sendiri, dan gunakan enjin-enjin blog popular seperti Wordpress. Kamu juga boleh menulis blog dalam buku, cuma orang-orang dulu memanggilnya 'menulis dalam diari'.

2. Penukilan
• Topik.
Cari topik yang menarik minat anda. Contoh: Perempuan kurus berbuah dada besar, kereta besar dan laju, bolasepak, berat badan, kritikan kerajaan dan tak lupa perempuan kurus berbuah dada besar. Pemilihan topik juga harus bergantung kepada pembaca yang kamu inginkan, jadi berhati-hati.
• Bahasa/Gaya Perantaraan.
Gunakan cara yang paling optimum untuk kamu berkarya. Contoh: Bahasa Melayu separa-pasar, Hokkein dan sebagainya. Pastikan tona blog kamu, sama ada kasual atau formal. Cara paling mudah adalah meniru gaya blog orang lain, contohnya blog aku. (Tolak 10 markah. Aku tahu siapa yang meniru!) Pastikan penulisan kamu betul-betul membezakan tatabahasa yang betul ataupun slanga. Macam majalah Gila-Gila laaa... Mu tok tau ke?
• Jadual Penerbitan.

Biasanya tiada jadual kecuali kamu betul-betul dibayar untuk menulis blog. Kalau kamu terlalu sibuk pastikan ruang masa di antara nukilan tidak terlalu besar kerana pembaca-pembaca kamu mungkin akan lari ke blog-blog yang kurang berkualiti dan bodoh.
• Rekacipta Dan Fotografi.
Pastikan rekacipta serta paparan blog kamu tidak berkecamuk. Pembaca sukakan blog yang mudah dibaca dan laju. Bonus jika kamu letakkan gambar bahagian badan manusia, terutamanya bahagian badan wanita-wanita bergetah.

3. Promosi
• Pautan Berganding Maut.
Dengan menggunakan servis Technorati (sila lihat dan daftar jika kamu pemilik blog), pemilik blog sedunia boleh melihat pautan-pautan ke blog mereka, dan siapa yang membuat pautan tersebut. Ini bererti jika misalnya aku membuat pautan ke John Hafiz, John Hafiz boleh melihat yang blog aku telah membuat pautan ke blog John Hafiz.

Dengan sebab yang sama, aku dengan mudah boleh melihat siapa yang obses dengan aku, siapa yang mengutuk aku dan siapa yang ingin menari dengan aku. Ramai.
• Pautan Publisiti Murahan.
Dengan Technorati juga, memang mudah untuk mendapat pembaca berdasarkan publisiti murahan. Kutuk sahaja penulis blog idaman kamu, sudah pasti ramai pembaca akan datang macam pemandu menyibuk yang ingin lihat kemalangan di tepi jalan raya. Terutamanya berkesan jika kamu kutuk makan dalam, dan meletak gambar si penulis blog yang kononnya rahsia. Tetapi, jika kamu masih tidak mendapat penambahan pembaca yang konsisten dalam jangka panjang, kamu memang bodoh dan sila berhenti menulis blog dan mulakan benda yang lebih mudah seperti berniaga air sirap guna air paip tidak dijerang.
• Taktik Pencarian Google.
Senang sahaja, sila gunakan perkataan-perkataan 'bogel', 'tetek', 'puting', 'kemaluan', 'awek', 'telanjang', 'Raja Petra', 'Hamid Gurkha' di dalam nukilan-nukilan anda, walaupun tiada kena-mengena langsung. Oklah, mungkin bukan 'Hamid Gurkha', tetapi cuba 'Jasmin Hamid telanjang'. Berduyun-duyun manusia kurang seks akan ke blog kamu melalui pencarian Google, aku jamin.
• 'Pemadaman' Blog dan 'Persaraan'.
Sekurang-kurangnya setahun sekali umumkan yang kamu ingin berhenti menulis, atau padam terus (atau buat-buat padam) nukilan-nukilan kamu ataupun berpindah ke alamat lain. Pasti kecoh. Amat berguna terutamanya jika kamu resah dan sibuk dengan masalah peribadi ataupun komputer kamu rosak. Ataupun jika kamu malas.

4. Penjagaan Dan Lain-Lain
• Olahan konsep dan Evolusi.
Tidak dapat dinafikan blog yang menarik ialah blog yang boleh memancing perhatian pembacanya tanpa membuat mereka bosan. Pada masa yang sama walaupun perubahan mungkin tidak perlu ataupun sukar terima, tetapi evolusi dan perubahan itu perlu untuk tahap kesegaran blog kamu. Itu rahsia sebenar banyak blog yang sudah tahan bertahun-tahun. Bukan sahaja topik yang berbeza, tetapi konsep dan kematangan penulis serta penulisan itu sendiri. Ingat, nukilan-nukilan lama kamu mudah dicari dengan hanya menekan satu butang, jadi tidak perlu untuk bersuara dua kali tentang perkara yang sama.
• Pengiklanan Banner.
Semua sampah. Benar! Jika penulisan kamu cukup baik, pengiklan akan menggunakan tulisan kamu sebagai pengukur kemampuan kamu, dan sebaliknya akan memberikan kamu peluang pengiklanan menggunakan keupayaan kamu sebagai penulis/jurugambar.

© 2008, Melayu Minimalis. Jangan mengaku Universiti kamu punya.

(Sekarang cetak, buat salinan, dan beri kepada orang ramai.)

Selasa, Mei 20, 2008

Eeee Seronoknya!

Aku telah ditag oleh si Rhona, yang pada aku (selain dari blog Wow Und Fluttert) adalah blog milik perempuan paling selamba aku pernah baca. I mean, selain dari nukilan ini. Seram. Dan disebabkan aku malas bekerja hari ini, aku akan menjawab tag tersebut.

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules.
At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.

Fakta 1:
Aku selalu mulakan dari kanan. Langkah pertama kaki kanan, stokin kanan dahulu, kasut kanan dahulu, telinga kanan dahulu, puting kanan dahulu. Tetapi aku suka tidur di sebelah kiri katil sebab lengan kanan aku lebih mampu menampung berat badan seorang wanita yang sedang tidur nyenyak.

Fakta 2:
Aku pernah hidup di atas bot layar catamaran selama seminggu dalam tahun 1998.

Fakta 3:
Aku tidak mempunyai kereta tetapi selalu memandu kereta orang lain sebab aku dianggap sebagai seorang pemandu berhemah dan selamat. Akibatnya aku pernah memandu lebih dari 10 jenis kereta dalam 4 tahun kebelakangan ini, dari kereta nasional hinggalah ke sports car.

Fakta 4:
Aku mula memakai seluar boxer dari tahun 1995. Sebelum itu aku suka memakai boxer-briefs Calvin Klein (pengaruh Marky Mark) dan sebelum itu Scuba putih.

Fakta 5:
Aku tidak boleh makan makanan pedas sebab aku akan berpeluh lebih-lebihan dan kulit kepala aku akan mula gatal. Bahan makanan kegemaran aku ialah tempeh dan tauhu, kedua-duanya sumber protein tumbuhan yang bagus. Akibatnya aku kurang makan daging, dan aku pernah hidup tanpa makan daging lembu selama 8 tahun kecuali setahun sekali semasa Hari Raya Pertama. Rendang daging, beb.

Fakta 6:
Hidung aku sensitif terhadap bau badan orang, dan bau badan termasuk dalam salah satu kriteria utama pemilihan teman wanita aku selain dari ketinggian, bentuk bahu dan lengan serta bentuk lekuk pinggang. Secantik mana pun perempuan itu tetapi kalau bau badannya 'salah' aku tidak akan berfikir dua kali untuk lari jauh.

Fakta 7:
Aku paranoid dengan penyakit Parkinson akibat sejarah keluarga.

Fakta 8:
Aku pernah bersama wanita yang boleh berejakulasi. Bukan mitos sama sekali, ya?

8 orang yang aku ingin tag adalah pemilik blog-blog berikut.
1. Punca Kuasa Mati
2. (Small) Gestures
3. www.chedet.com
4. Kinky Blue Fairy
5. Made From Vinegar And Ice
6. Budu Dan Belacan
7. Ini Belog Saya
8. Linolumixa's Notebook

Sekian, terima kasih.

Perkembangan Mengembangkan.



Minggu lalu memang minggu yang teramat sibuk. Pengiraan tahap kestabilan neutron, pesanan uranium mentah dari Kazakhstan dan macam-macam lagi. Sampai tak sempat ambil gambar.

Satu berita yang amat kecoh minggu lalu adalah berkenaan Pesta Liar di Port Dickson. Maaf, tapi tiada berkenaan dengan Parti Liar aku, jadi jangan pandai-pandai hendak kaitkan, ok? Semuanya bermula ketika pemantauan wakil rakyat yang bertugas di Port Dickson, yang terkejut melihat gelagat remaja di pantai laut berminyak tersebut. Remaja yang berkeliaran lewat malam hingga ke awal pagi, mabuk, terhoyong-hayang, dan penuh dengan wanita berpakaian singkat lagi mendedahkan.

Habis tu macam mana lagi?

Itu parti. Parti tepi pantai. Bukannya kenduri kahwin atau piano recital. Mungkin kejutan budaya kot, tapi yang aku pasti ini semua perkara biasa. Mungkin bukan biasa di Kota Tinggi misalnya, tetapi perkara biasa di mana-mana parti. Anak muda, biasalah. Tak perlu ke Port Dickson, lihat saja kelab-kelab malam di Kuala Lumpur ini tiap hujung minggu. Nak geli lagi jenguk saja ke kelab-kelab dangdut, lagi jijik. Nak lagi jijik sila masuk ke Beach Club di Jalan P Ramlee tanggal hujung minggu. Macam pantai.

Hujung minggu lalu juga ada parti besar-besaran nun jauh di atas bukit sana di Genting Highlands. Dengar cerita habis panas satu Genting. Boleh pakai kemeja-T berjalan-jalan jam 2 pagi, tidak sejuk langsung.

Tetapi aku tidak pergi pun kedua-dua parti ini. Walhal 6-7 tahun dahulu mungkin aku orang yang pertama sampai di sana. Mungkin aku sudah tua.

Tetapi sudah tua tidak bermakna tidak boleh keluar dengan orang muda, bukan? Apa pendapat kamu? Sila beri komen.

(Gila tak bernas nukilan hari ini. Nukilan terpaksa.)

Haih.





Maaf kerana ketiadaan nukilan baru. Ketiadaan komputer serta tangan dan jari yang lenguh akibat Guitar Hero menyukarkan keadaan.

Haih, kata si dia.

Rabu, Mei 14, 2008

Majlis Tengok Skrin Beramai-Ramai.



Telah ditunda ke bulan Julai, harap maklum.

Ingat Brenda Walsh?



Malam semalam, ketika bosan menonton Astro kerana ketiadaan John Hafiz Jr., (yang akan aku jadikan pemberat di atas meja), aku telah mendengar lagu tema yang aku selalu dengar dahulu, tetapi yang aku sudah lama tak dengar.

Lagu tema 'Beverly Hills 90210'.

Nampaknya saluran 8TV akan kembali menyiarkan rancangan tv ini, yang aku betul-betul minat ketika di sekolah menengah dahulu.

Nama-nama seperti Brandon dan Brenda Walsh, Dylan McKay, Kelly, Donna, Steve, Andrea memang sudah tentu tidak asing bagi kamu yang suka 'Beverly Hills 90210'. Sampaikan malam tadi aku sempat berborak dengan kawan aku, yang mengaku pernah memiliki baju t-shirt Brenda Walsh, tentang episod-episod kegemaran dari siri tersebut. Yang aku paling ingat ialah episod ketika watak yang dilakonkan Brian Green iaitu David Silver kehilangan kawan baiknya yang tertembak kepala sendiri dengan pistol. Juga episod ketika Brandon Walsh berjaya membeli kereta convertible Ford Mustang impiannya setelah penat lelah bekerja di sebuah diner. Jangan lupa pula episod ketika bapa Dylan McKay dilepaskan dari penjara dan kemudiannya mati ketika keretanya meletup.

Memang macam-macam.

Kalau kamu semua sudah lupa, sila lihat klip Youtube di bawah, ya?




Jangan main-main. Mamat poyo ini (David Silver lakonan Brian Austin Green) sekarang teman lelaki si Megan Fox, ala.. perempuan panas gila dari filem 'Transformers' tahun lalu.

Selasa, Mei 13, 2008

Kehidupan Tanpa Komputer Di Rumah.

Semenjak pemergian John Hafiz Jr. tanggal Jumaat lepas, hidup aku kesepian. Tiada Wicked Weasel, tiada Skype dan tiada Bit Torrent. Jadi aku terpaksa mencari aktiviti lain untuk meluangkan masa di rumah.

Pada masa yang sama, aku terpaksa menulis blog di tempat kerja, dan ya, tempat kerja bukan tempat yang optimum untuk mengeluarkan nukilan-nukilan bernas.

Jadi sekarang aku nekad, nekad untuk mengumpul wang untuk membeli komputer riba baru dalam 2 minggu terdekat ini. Ya, aku memang mampu, dan aku memang yakin boleh. Walaupun dana Melayu Minimalis buat masa ini menunjukkan hanya RM3.20 sahaja yang terkumpul. Macam mana Jeff Ooi boleh kumpul lebih RM100,000 dari blognya, ya?

Dan untuk dua minggu ini, aku akan hanya menulis tentang misi aku untuk membeli komputer riba, sampai kamu semua bosan. Sebab aku memang begitu. Aku selalu wujudkan matlamat, dan aku obses untuk mencapai matlamat tersebut. Itu kekuatan, dan kelemahan aku.

Kurangkan pengeluaran wang, jimat berjimat dan hidup berikat perut. Aku boleh! Aku boleh!

Hari ini juga aku ada satu permintaan. Ditujukan khas kepada semua pengusaha cineplex yang bertaburan di Lembah Kelang.

Tolong tunjuk semua filem hingga habis 100%.
Jangan buka lampu sehingga semua kredit untuk filem itu habis ditayangkan.
Jangan tukar muzik sehingga semua kredit untuk filem itu habis ditayangkan.

Sebab kalau kamu semua tidak tahu, banyak filem sekarang ada babak tambahan ataupun mesej tersembunyi betul-betul di penghujung kredit filem. Contohnya filem 'Cloverfield' dan 'Iron Man'. Dua-dua aku tidak dapat lihat di panggung wayang sebab pekerja panggung yang tidak sabar untuk balik ke rumah.

Tolonglah.

Isnin, Mei 12, 2008

Parti Liar Lagi.



Jangan Lupa.

Bala Hujung Minggu.

Untuk seorang blogger, apakah bala yang mungkin paling malang yang boleh menimpa?

Ya, kematian komputer riba.

Setelah lama berbakti kepada tuannya iaitu aku, komputer riba iBook aku (ya, aku hanya mengguna iBook di rumah) telah selamat pulang ke rahmatullah, membawa bersamanya segala kenangan manis dan pahit, serta beribu-ribu fail jpeg.

Jadi, sebagai menghormati dan mengenangi segala jasa iBook yang aku gelar John Hafiz Jr., aku di sini ingin mengumpul derma bakti sebagai proses terakhir kehidupannya yang penuh warna-warni dan dedikasi. Segala bentuk dermaan (dalam nilai matawang USD) boleh dibuat dengan pautan berlabel 'Paypal: Donate' di sebelah kiri atas laman ini. Segala bentuk dermaan akan disumbang ke tabung Macbook Hitam Baru Melayu Minimalis.

Jadi kita ambil peluang di sini untuk bertafakur selama seminit untuk mengenang jasa beliau.





Ok.

Ahad, Mei 11, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 20.











Malam yang penuh kekecewaan, akibat komputer riba yang akhirnya menyerah kalah. Aku perlukan Macbook Hitam baru! Sila beri derma kepada dana Macbook aku di pautan Paypal di sebelah kiri sana, terima kasih!

Jumaat, Mei 09, 2008

Dilema Pengangkutan Awam.

Aku sebenarnya tidak memandu. Bukan tak reti memandu, tetapi aku sekarang tak mempunyai kereta untuk dipandu. Kalau ada pun, kereta kawan-kawan yang suka suruh aku memandu sebab aku pengamal defensive driving.

Jadi, untuk ke kerja tiap-tiap hari, aku biasanya akan menumpang rakan sekerja, dan tiap-tiap pagi aku akan menunggu di kedai mamak sambil minum teh 'C' ais sebelum dia datang mengambil aku.

Tapi kadang-kadang, atas sebab-sebab tertentu, aku tiada kenderaan untuk ditumpang. Jadi pada masa-masa tersebut, aku terpaksalah naik teksi, monorel, LRT. Aku tak pandai naik bas. Bas terakhir yang aku selalu naik dahulu adalah Bas Mini Wilayah Nombor 12 untuk ke Universiti Malaya, tempat aku buat sarjanah muda dalam Pengajian Nuklear.

Jadi, masa aku terpaksa ambil pengangkutan awam, macam-macam aku fikir. Dan lihat. Dan bau. Jadi hari ini aku tuliskan tentang pemerhatian aku tempohari bila aku balik naik monorel dan teksi.

1. Orang Kita Bodoh.
Macam-macam notis ada. Cuma kita tak pandai patuh. Paling banyak notis adalah yang berbunyi seperti "Sila Beri Laluan Untuk Penumpang Turun." Kita di sini masuk pintu macam pelir masuk puki. (Maaf, carutan.) Masuk cepat-cepat, keluar cepat-cepat. Semuanya kurang sabar. Kasihan orang yang hendak keluar dari monorel, tersepit di celah ketiak basah akibat sifat orang yang tak reti nak tunggu penumpang dalam monorel yang ingin keluar.

2. Teksi Kita Busuk.
Dengan bau bedak untuk keringkan ketiak basah, dan yang paling menjengkelkan, bau bunga rampai. Bunga rampai untuk letak di hantaran kenduri kahwin ok? Bukan untuk letak dalam teksi.

3. Orang Kita Memang Malas Membaca.
Aku pernah tinggal agak lama di sebuah negara di mana ramai penumpang keretapinya (boleh kata 95% ke atas) akan membaca ketika dalam perjalanan. Suratkhabar, buku, komik, tak kisah-lah, asalkan membaca. Kita di sini amalkan hobi tenung muka orang di dalam keretapi. Yang maju sedikit akan tenung muka orang sambil mendengar mp3 curi dari telefon bimbit.

4. Pemandu Teksi Tidak Cukup Gaji.
Akibatnya mereka suka meminta lebih. Tambah RM2 dari jumlah meter, ataupun mereka yang melintah duduk lepak beramai-ramai di depan kompleks membeli-belah dan hotel. Senang-senang sahaja hendak minta tambang RM20 untuk perjalanan yang biasanya bernilai RM8. Kasihan tau pemandu-pemandu teksi yang jujur yang seramai 187 orang tu.

5. Bas RapidKL Kita Gagal.
Sebab hanya tunjuk destinasi terakhir. Aku tak tahu pun bas-bas tersebut singgah dan lalu mana. Ingat aku ada telepati ka?

6. Mesin Tiket Kita Menuju Kegagalan.
Paling pasti mesin membeli tiket di LRT selalu sama ada tidak berfungsi atau tidak berfungsi. Kalau berfungsi pun, hanya boleh guna sekeping wang kertas dan bakinya perlu dipenuhi dengan duit syiling. Akibatnya barisan untuk membeli tiket panjang berjela-jela. Aku sampai sekarang tak faham kenapa mesin tiket LRT hanya boleh terima sekeping wang kertas. Itulah, kononnya nak berjimat beli mesin tiket yang sub-par, akibatnya terpaksa mengupah lebih ramai orang yang tak pandai senyum untuk menjual tiket secara manual. Syabas!

7. Rupa Kad Touch N Go Buruk.
Hanya rekaciptanya. Macam kad nak masuk Zoo Negara.

8. Teksi Kita Tak Cukup Suspensi.
Semuanya bagaikan kereta yang bersuspensi besi tebal macam Perodua Rusa. Kalau nak yang selesa pastinya harus membayar lebih. Kalau tidak, terpaksalah merana bagaikan naik kenderaan pacuan empat roda zaman-zaman Camel Trophy. Apa jadi ya agaknya Camel Trophy tu?

9. LRT Kita Tidak Cukup Panjang.
Akibatnya selalu sesak. Aku dah hilang kiraan berapa kali muka aku terpaksa bersentuh dengan lengan berpeluh, atau awek kurang lawa yang cuba raba aku sikit-sikit. Kalau John mesti suka. Zerupppi katanya. Lebih baik kurangkan trip gerabak LRT tetapi panjangnya jumlah gerabak untuk tiap-tiap lawatan. Cuba tengok MRT di Singapura. Panjang nuuuuuh...

10. Aku Memang Perlu Beli Kereta.
Maaf, bukan Kereta Nasional. Aku bekas pemilik Kereta Nasional. Tiap-tiap bulan membazir duit. Itu patah, ini cair, itu tertanggal, ini tercabut. Siapa ada saranan untuk kereta yang aku patut beli? Ataupun sesiapa di sana ada banyak sangat kereta dan sanggup sewakan sebuah kereta untuk dipandu aku? Aku bayar-lah...

Khamis, Mei 08, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 19.

















Malam baru di tempat yang janggal, kurang emosi keruh dan Siti Koko bt. Abdul Kaina!

Selasa, Mei 06, 2008

Akibat Makanan Segera.

Ketinggalan Zaman.


(Rajah diambil dari Hipster Runoff. Idea untuk nukilan hari ini diambil dari laman yang sama.)

Innovation. Dari apa yang aku lihat, kita semua tiada banyak sumbangan jika dilihat dari sudut inovasi yang relevan untuk aku. Sebab kita semua peniru. Peniru dan kemudian mengaku hak sendiri.

Tak kisah-lah dari segi mana. Dari segi muzik, fesyen, gaya, pengangkutan, semua. Malas aku nak senaraikan di sini, aku rasa semua sudah tahu, bukan?

Kita tak banyak idea yang boleh dikatakan berasal 100% dari minda-minda terpelajar kita, dari trendsetter atau tastemaker kita, dari orang-orang yang betul-betul mempunyai pengaruh untuk mengubah minda dan persepsi awam. Kalau ada pun, kurang relevan.

OK, baiklah. Satu cabaran. Namakan satu inovasi Melayu/Malaysia (selain dari batik dan songket, yang mungkin kita ambil dari budaya negara lain pun), yang berjaya mempengaruhi minda secara global. Satu sahaja. (Maaf, Mee Rebus Johor bukan inovasi.)

Kalau kamu lihat rajah di atas, sebilangan besar kita mungkin termasuk di dalam golongan "Late Majority" dan "Laggards". Dalam erti kata lain, kita ketinggalan zaman.

Tapi jangan resah, ke'ketinggalan zaman' itu semestinya akan menjadi segar semula satu hari kelak, sebab citarasa dan trend hanya boleh bergerak dalam satu bulatan, bukan?

Jadi pakailah t-shirt polo kamu dengan kolar naik menegak.
Pakailah kasut but Timberland kesayangan kamu.
Pakailah cerminmata Oakley kanta kuning kamu ketika kamu memandu atau naik basikal.
Lunturkan warna rambut kamu supaya nampak keperangan.

Apa-apapun, citarasa itu subjektif, bukan?

Isnin, Mei 05, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 18.









Malam penuh dengan kamera, kawan-kawan di Susu Kagum dan ketiadaan John (?).

Ahad, Mei 04, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 17.



















Lelaki Korea dan Arif, kasut baru dan emosi keruh.

Jumaat, Mei 02, 2008

Tafsiran Lelaki Metroseksual Melayu.

Semalam, ketika berjalan-jalan di One Utama, aku telah terlihat seorang lelaki Melayu yang 'salah'. 'Salah' di sini bermaksud tidak kena, atau janggal, atau terencat. Ketika ditanya, aku cakap kat Pidosan, "Aku tengah cari idea untuk nukilan esok."

Jadi untuk hari ini, aku ingin terangkan pemerhatian aku tentang Lelaki Metroseksual Melayu (LMM). Bukan, tiada kena mengena dengan seks, hanya kerana ada perkataan seksual, tetapi, kalau kamu sudah terperap di bawah tempurung kelapa selama ini, istilah metroseksual ini paling sesuai untuk menerangkan si David Beckham.

Lelaki yang tiada masalah bermesra dengan bahagian femininnya. (Mana Feminin ya?) Masih tidak faham? Baca saja-lah pemerhatian aku. (Nota: Terdapat banyak serpihan LMM ini, tetapi hari ini aku terangkan tentang serpihan asas, iaitu lelaki Melayu dalam lingkungan pertengahan atau lewat 20an, dan masih memandu kereta Nasional. Yang lain semua semestinya Cerita Lain.)

1. Suka David Beckham.
Bukan sebab dia pandai main bola, tapi sebab itulah idola fesyennya. Bukan jersi bola, tetapi pakaian-pakaian yang dipakainya ketika tidak main bola. Sebab itu ramai LMM suka Manchester United jika dibandingkan Chelsea atau Arsenal. Maaf, aku tidak suka menonton bola. Zaman bola aku berakhir ketika berakhirnya zaman gandingan triniti Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards.

2. Suka Rambut Berkilat.
Tak kisah-lah, sama ada disikat ke belakang, atau pun di'gel' sampai terpacak, tetapi rambut mesti nampak berkilat. Istilah Bahasa Inggeris-nya wet-look. Sekarang jarang mengenakan gaya rambut 'Beckham fin' sebab Mat Rempit pun pandai ber'fin' sekarang. Kalau tak tahu apa itu 'fin' sila Google sekarang, terima kasih.

3. Suka Pakai Sweater. Terutamanya yang V-Neck.
Tapi bukan dipakai, tetapi di ikat di bahu. Atau di pinggang. Sebab semua orang tahu apa akan jadi jika kita pakai sweater di Malaysia. Ya, kita akan sweat. Yang V-neck pula tidak terhad kepada sweater. Janji V-neck saja terus diterkam. Tak rela I.

4. Suka Berseluar Pendek Warna Khaki.
Jadi, alang-alang untuk menstabilkan situasi kepanasan akibat sweater tadi, kebanyakannya akan memakai seluar pendek. Bukan jenis yang seluar kargo, tetapi jenis yang macam seluar pejabat, cuma pendek.

5. Tak Pandai Ikat Tali Kasut.
Akibatnya, suka memakai kasut jenis slip-ons atau mocassin. Selalunya tanpa stokin. Dan jualan kasut Crocs di Malaysia juga meningkat sebab mereka ini. Kamu tak tahu ke kalau pakai Crocs kebarangkalian kamu untuk mati akibat dibaham buaya meningkat 300%?

6. Suka Pergi Urut.
Tak kisahlah, sama ada di spa mahal (jarang dikunjungi) atau di pusat mengurut. Paling afdal jika ke spa yang ada perkhidmatan facial sekali. Lagi seronok, dia.

Ehhhh jap jap! Aku rasa ada banyak persamaan LMM dan LAM, iaitu Lelaki Arab Metroseksual.

7. Mengambil Masa Yang Lama Di Bilik Mandi.
Inilah aku rasa ciri yang paling penting. Selesai mandi (mandi di sini bermaksud basahkan badan, sapu body scrub (dan disental gunakan span asli), moisturizer, shampu dan conditioner), kena buat facial scrub, facial moisturizer, facial mask, shaving moisturizer dan kemudian bercukur jambang, aftershave lotion, deodorant, dan akhirnya minyak wangi.

Bila keluar rumah dijamin bau macam tingkat bawah Parkson Grand atau Metrojaya. Alah, tempat jual minyak wangi dan alatan kosmetik semua. Macam John.

Bu-wek.
Aku nak balik bekerja.