Sila Kemaskinikan Pautan Kamu!!!
Ya, aku sudah berpindah ke www.akutakpeduli.com!
Sila kemaskini pautan kamu ya para pembaca semua?? Aku tidak akan kemaskini blog di sini lagi. Dan jangan lupa sertai 'Google Friend Connect' di sana juga ya?
Ya, aku sudah berpindah ke www.akutakpeduli.com!
Sila kemaskini pautan kamu ya para pembaca semua?? Aku tidak akan kemaskini blog di sini lagi. Dan jangan lupa sertai 'Google Friend Connect' di sana juga ya?
Nukilan ditulis jam 12:04:00 PG 0 orang ada pendapat sendiri
Jenis Nukilan— sila tolong kemaskini pautan kamu sekarang juga
Di dalam kehidupan seharian, aku jumpa banyak jenis manusia. Dan di antara manusia yang aku jumpa, sudah pastinya aku terjumpa mereka yang benar-benar percaya tentang sesuatu, sama ada ianya mentaliti tentang sesuatu, cara hidup, aliran politik atau agama dan macam-macam lagi.
Tetapi ramai juga yang cakap bahawa mereka berasaskan sesuatu yang penting di dalam kehidupan, tetapi tidak mengamalkannya 100%. Contohnya macam Mamat konon punk tetapi makan di McDonald's (misalnya). Ini tidak termasuk lagi mereka yang mengikut membuta tuli, yang melakukan sesuatu tanpa memikirkan atau menyelidik sebabnya. Seperti mengaku 'straight-edge' atau 'vegan' tetapi tidak tahu asal-usul 'pergerakan' tersebut dan hanya menurut 'gaya' pergerakan tersebut, dan sebagainya.
Tetapi aku tabik dengan Ingrid Newkirk, salah seorang pengasas PETA (People For The Ethical Treatment of Animals) yang telah menyediakan wasiat yang benar-benar melambangkan dedikasinya terhadap pergerakan anti-kekejaman serta hak haiwan yang dimulakannya.
Antara kandungan wasiatnya ialah.
1. Daging mayat aku dibarbekukan untuk mengingatkan manusia bahawa semua daging mayat tidak kira manusia atau haiwan adalah daging semata-mata, dan makanan berasaskan daging sebenarnya tidak diperlukan.
2. Hati aku dibungkus dengan vakum, semua atau sebahagiannya, dan dihantar ke Perancis dan digunakan sebagai protes kepada aktiviti perusahaan foie-gras yang menggunakan hati angsa yang dipaksa makan.
(Gambar dicilok dari tempat biasa. Sila baca nukilan-nukilan awal.)
Apa Yang Tidak Kena. (Lihat Rajah 1.)
• Tolonglah. Aku tak tahu hendak mula dari mana. Seperti biasa, gambar-gambar sebegini di ambil di dalam tandas. Tetapi ini mungkin bilik air, tetapi aku rasa tidak salah jika dikategorikan di dalam jenis Gambar Tandas (tm). Wahai perempuan Melayu sekelian apa salahnya keluar dari kepompong tandas kamu dan mula bergambar di ruang tamu, misalnya. Atau di kawasan rekreasi air terjun.
• Aku hendak ceritakan sedikit tentang pakaian bercorak cetakan haiwan. Ia hanya sesuai dipakai oleh a) Datin separuh umur yang ingin mengembalikan 'keremajaan'. b) Barisan pelakon 'Cats' c) Haiwan sebenar. Kalau manusia kelihatan bagus dengan belang-belang rimau sudah tentu Tuhan jadikan kita berbelang. Kalau pakai dari atas ke bawah dengan pakaian bercorak sebegini, memang salah dan bakal ditahan Polis Fesyen atas jenayah terhadap manusia. Kalau hendak pakai pastikan ianya tidak lebih dari 10% jumlah permukaan pakaian atau aksesori kamu. Lebih dari itu kamu boleh keluar padang.
• Potongan pakaian yang jelas kelihatan seperti dipotong sendiri atau oleh rakan serumah. Sekeping kain serta sebilah (?) gunting tidak menjadikan kamu seorang pereka fesyen secara otomatik. Kalau kamu sebenarnya membeli/membayar untuk pakaian seperti mereka berdua ini, kamu sudah ditipu jadi sila ke Kementerian Perdagangan dan buat aduan.
• OK-lah, perempuan yang disebelah kiri ini sebenarnya agak menawan. Raut wajahnya (jika kamu dapat lihat matanya dan dibandingkan dengan perempuan di sebelah kanan) pada aku memang menarik, tapi alihkan fokus mata kamu ke bawah sedikit...
Perut gagal. Tuhan memang maha adil.
• Sebagaimana mentaliti gadis yang suka memakai pakaian lengan panjang ala catsuit berwarna hitam di bawah baju singlet, (ala-ala penyanyi nasyid wanita yang ingin tampak seksi tetapi menutupkan aurat. Maaf, tetapi menampakkan bentuk badan yang tertutup 100% bukan menutup aurat. Ataupun senang cerita fesyen Erra Fazira) perempuan di sebelah kanan sepatutnya lebih berani. Alang-alang kamu berani berpakaian sebegini tetapi akhirnya akur kepada sifat malu dengan memakai coli (hitam) dan seluar spandex hitam sukan lumba basikal, lebih baik kamu go all the way. Hambar.
• Tidak silap aku kedua-dua perempuan ini juga memakai stocking berwarna kulit. Terus terang aku bencikan stocking berwarna kulit jika dipakai wanita. Warna hitam (yang memang seksi), malah warna-warna cerah dan terang juga memang sedap mata memandang. Stocking berwarna kulit, terutamanya jika dipakai dengan pakaian senteng sebegini hanya akan merimaskan orang-orang seperti aku yang ingin melihat kulit terdedah tetapi runsing dengan tona warna perut yang terdedah dan kaki yang berstocking. Stocking warna kulit yang paling bagus sekali ialah kulit kaki anda. Siapa setuju?
Von bertanya...
Hello MM.
1. Bilakah bermulanya darjat/nasib manusia di nilai melalui sehelai kertas?
2. Dalam 5-10-20 tahun akan datang, prospek dalam bidang apakah yang diramalkan meluas(demand tinggi)? (Kerja)
3. Boleh buat slot 'Apa Yang Tidak Kena' tentang muzik?
1. Mudah. Bila manusia pertama yang boleh menulis sedar nilai dirinya sebagai manusia lebih bermakna dari manusia yang tidak boleh menulis.
2. 'Consulting Tastemaker'. Iaitu orang yang tahu tentang budaya, trend serta pergerakan semasa dan tahu bagaimana untuk mengeksploitnya untuk keuntungan. Ini mungkin akan menjadi lebih relevan memandangkan budaya-budaya yang digolongkan di dalam subculture semakin hari semakin kuat pengaruhnya bukan sahaja di dalam bidang sosiopolitikal malah ekonomi dan mungkin kerohanian. Mungkin.
3. Tidak boleh.
amp bertanya...
Hi,
Soalan saya ialah kenapa dalam drama CSI asal nak siasat tempat kejadian (dalam rumah) mesti dilakukan dalam gelap??
Sebab suis lampu mungkin mengandungi cap-cap jari serta bukti-bukti lain seperti air mani dan cecair vagina.
Kurie bertanya...
1 - Apa pendapat ko tentang program "camSpace?" Aku dah try, sangat menarik cuma susah skit nak biasakan diri.
2 - Apakah ko rasa ini permulaan untuk 'virtual realiti' sebenar seperti dalam movie Minority report?
Camspace itu macam permainan sahaja beb. Kalau nak the real deal cuba lihat sistem 'Sixth Sense'. Aku benar-benar kagum apabila melihat video cara sistem ini dikendalikan.
siput bertanya...
pada pendapat MM, nak study architecture, kat Malaysia atau luar negara lagi ok? atau sama je? terima kasih =)
Pada pendapat aku, belajar serta kerja di luar negara mungkin lebih bagus untuk memantapkan diri. Bukan apa, sebab mungkin buat pertama kalinya di luar negara kita akan mampu bersaing di arena antarabangsa tanpa apa-apa 'kelebihan', 'subsidi' serta belenggu istilah bumiputera. Akibatnya jika kamu sendiri tidak mampu bersaing atau tidak mengambil langkah-langkah untuk memastikan kamu itu mampu bersaing maka kamu akan sedar apa itu sebenarnya kegagalan. Cuma kegagalan kamu ini lebih tinggi kosnya.
Magica bertanya...
Halo MM
2 questions:
1) LOMO camera bagus ke ?
2) Mane nak carik kast asics kat lembah klang.
1. Bagus jika kamu inginkan gambar-gambar yang boleh diambil dengan kamera Lomo.
2. Mana-mana cawangan Studio R atau Royal Sporting House di Lembah Kelang.
cHoki2BeSt bertanya...
apa yang perkara yang pertama anda fikirkan ketika bangun tidur?
masa kini teknologi solar agak popular tapi gagal mendapat sambutan oleh pelabur. Tetapi hari demi hari kesedaran terhadap tenaga boleh-perbaharui ini lebih cerah tetapi dalam kadar perlahan. Apakah masa mungkin teknologi nuklear akan lebih diambil serius seperti tika ini selepas pembukaan dua gegarsi teknologi solar di Malaysia? (Melaka dan Cyberjaya)
1. "Ada masa untuk sambung tidur tak?"
2. Tenaga nuklear sebagai sumber kuasa yang dijanakuasakan aku rasa tidak mungkin di Malaysia. Kemungkinan besar kita akan dipandang seumpama pariah antarabangsa sebagaimana yang menimpa Iran. Tenaga solar pula selagi jumlah tenaga yang dikumpul tidak sejajar dengan kos sebagaimana sumber tenaga lain aku rasa lambat lagi untuk diterima umum.
m a girl wanting ur answer bertanya...
nak tanya en mm. if given a chance to choose, which one u would choose:
be lucky in love?
or
be lucky in life?
Lucky in love, semestinya.
ella safina bertanya...
agak2 abang mm, mana piah zadora pegi?
Pergi bertaubat mungkin. Aku pun kurang pasti.
red pill bertanya...
1)adakah MM seorang yang minat bermain sukan? sebab kebanyakan boys they all interested in football misalnya even they don't know how to play it (kaki bangku)
2)MM ada 'elergic' tak? anything tak semestinya for food only..
3) i'm craving for seafood. kat mana paling best seafood area klang valley ni?
1. Tidak minat sukan terutamanya bola.
2. Aku hanya alah kepada perangai burok dan habuk.
3. Hmm susah soalan ini. Cuma nasihat aku satu. Orang yang paling pandai masak makanan laut BUKAN orang Melayu atau orang India.
errk, kenyang bertanya...
1) semacam trend untuk pemilik rumah memiliki dinding berlukis atau bercorak. (aku tak tau term nya) ada yang lukisan muka, urban batik?, bunga dan banyak lagi. adakah itu custom wallpaper atau custom hand drawing. servis tu dah ada ke di arena tempatan? (servis mural taska aku ada jumpa) (aku pernah berbual dengan interior designer tapi dia juga blurr... tak update betol.)
2) lighting art (seni pencahayaan) masih belom berkembang di minda pemilik rumah tempatan. rata rata mengatakan untuk dapat cahaya yang bes perlu lampu mahal. rata rata mengatakan pakai lampu kalimantang sudah. paling hebat pon kata "beli uplight 3 ketol suda cukop apa".
pada aku yang penting adalah lokasi, bouncing, dan light spread cahaya tersebut, oh tak lupa design lampu atau base socket. boring aku mensuggest mereka nih. tapi nak suasana cosy, relaxing dan sexy. tapi modal mau kecik. hahaha. macam mana aku nak educate dorang nih?
3) do you need walking closet for your shoes collection? lu suda kira collector. eh ke peminat saja.
1. Cuba kamu hubungi Munkao. Dia pandai buat mural, malah terkenal di Amerika Syarikat, tetapi malangnya tidak terkenal di Malaysia.
2. Buat contoh pencahayaan di rumah kamu sendiri dan ajak kawan-kawan kamu datang rumah dan lihat sendiri. Kalau tidak cukup juga belanja lebih sedikit, buat rumah yang cantik serta indah yang boleh masuk laman coolhunter.com.
3. Tidak perlu. Aku bukan banyak kasut sangat.
domestobot bertanya...
Apakah pandangan MM tentang prospek pekerjaan dalam bidang kejuruteraan bahan di Malaysia?
Maaf, di luar bidang pengkhususan aku. Aku takut bila ramai bertanyakan prospek itu dan ini serta di mana untuk belajar serta soalan-soalan berkenaan pilihan yang mungkin bakal mempengaruhi masa depan pembaca aku.
Seperti aku kata sebelum ini, 'It's better to have tried and fail than never to have tried at all.' Aku rasa kalau kamu benar-benar percayakan kata-kata ini tidak kisahlah apa yang sesiapa pun kata pada kamu, kamu pasti akan dapat mengejar kerjaya serta impian yang kamu inginkan. Janji jangan hisap dadah.
Mas Mohd Yunus bertanya...
1) kota paris dan jepun sudah sinonim dengan ledakan perkembangan fesyen semasa. Pada pendapat en MM, di Malaysia ini, di manakah port yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai pusat fesyen terkini? Kalau en MM katakan Kuala Lumpur, sebutkan area yang paling sesuai sekali dijadikan fashion centre ini. Ini juga mengambil kira soal taraf sosial, compatible dengan keperluan semasa dan paling senang untuk diakses oleh sesiapa pun.
2) En MM pernah memberi pendapat tentang groupie-groupie tertentu seperti Lolita Goth, Hipster,Shuffler etc etc. Terdapat lebih sedikit tafsiran tentang kekurangan mereka. Bukankah perkara itu menunjukkan mereka merupakan golongan yang berani mencuba, sedikit kreatif walaupun mencedok dari pop culture yang lain.Jauh sangat mahu dibandingkan dengan golongan Barat mahupun Asia Timur yang lebih up to date, tetapi orang kita tidak ketinggalan,bukan? Boleh tak en MM membuat tafsiran / pemerhatian disertakan dengan cadangan-cadangan yang boleh digunapakai?
3) En MM adalah seriuscompact-user. Ada tak url pengguna-pengguna compact cammy ni, maksud saya, url hasil-hasil gambar mereka?
4) En MM penggemar muzik. Adakah muzik rock kapak pernah menarik perhatian en MM. Jika ya, apakah lagu yang diminati?
Sekian.
1. Bangsar Jalan Telawi serta The Curve bukan di hujung minggu. Sila ke laman ini untuk inspirasi.
2. Kalau kamu baca betul-betul semua nukilan-nukilan berunsur fesyen aku bukan sahaja menunjukkan kekurangan sesuatu jenis fesyen, tetapi idea-idea untuk mungkin merelevankan lagi jenis fesyen yang dibawa. Adaptasi itu perlu, bukan peniruan bulat-bulat. Kamu bukan berhidung mancung, berambut perang serta bermata biru. Aku juga bukan.
3. Lihat sahaja flickr dan cari laman 'Camera Finder'. Carilah model-model kamera yang aku sebutkan dahulu.
1412 bertanya...
1. adakah mustahil bagi manusia untuk menggunakan teknologi antimatter sebagai sumber tenaga utama?
2. apa pendapat kau tentang teori evolusi charles darwin?
3. apakah teori-teori sains yang paling kau kagumi?
1. Mustahil dalam seratus tahun ini. Aku rasa semuanya bergantung kepada hasil ujikaji Large Hadron Collider.
2. Dari segi logik aku rasa memang logik. Aku pun semakin lama semakin berevolusi kepada seorang yang semakin tua tetapi berotot.
3. Paradoks temporal.
perempuan plan to get married bertanya...
why do marriages fail ? anak skrg bukan sbg lockage kpd married couple lg so yea, ways to avoid cerai. i really need that. does kawin awal akan galakkan cerai? i'm 22 yrs old right now,plan to get married akhir tahun ini.
Perkahwinan sebenarnya bukan menggalakkan cerai, cuma membolehkan cerai dari segi undang-undang. (Sebab kamu tidak boleh bercerai sebelum berkahwin, bukan?) Dari pemerhatian sekeliling aku, ramai orang bercerai sebab belum bersedia.
Belum bersedia dari segi kewangan, emosi, fizikal dan macam-macam. Taktik ibubapa kita ialah sama seperti melontarkan budak yang tidak tahu berenang ke dalam laut, tetapi dengan peningkatan kesedaran, hak, serta keperibadian sendiri cara ini mungkin kurang sesuai di zaman sekarang.
Apa yang penting ialah kenali diri sendiri dahulu sebelum mencuba untuk mengenali orang lain. Itu aku rasa nasihat yang paling penting. Jika kamu sendiri tidak boleh menerima diri kamu sendiri, masakan orang lain akan dengan mudah menerima diri kamu.
Kalau malas fikir sila serah kepada takdir dan suruh ibubapa kamu carikan jodoh seseorang yang ada bau-bau bacang yang akhirnya akan menyebabkan anak-anak kamu 'kurang bersinar'. Kalau tidak, rajin-rajinlah buat tinjauan, cuba sikit perisa ini, kemudian perisa itu, dan bila sudah cukup rasa goreng semua. Tetapi awas jangan sampai hangus.
OK, sessi soalan sudah ditutup. Sehingga bulan depan!
Lopo bertanya...
1.Boleh tak MM beri cadangan dan idea kat aku IPTA atau IPTS mana yang terbaik untuk aku sambung belajar didalam bidang seni bina,aku dah tak tau nak pilih yang mana?
2.Apa perkembang kereta MM? Ok kah?
3.Tak ingin buat 'Petang/Malam Semalam Di Luar Negara' pulak?? Itu sahaja untuk kali ini!
Maaf, untuk soalan pertama aku benar-benar kurang pasti, jadi aku tidak akan menjawab. Untuk soalan kedua setelah lebih 6 bulan memandu Satria Neo aku, sampai sekarang masih tidak ada masalah. Aku memang akan sarankan kepada kamu semua yang ingin membeli kereta di dalam julat harga RM40,000-RM50,000. Minyak pun tak 'makan' banyak.
Aku pernah buat apa... Baca nukilan ini dan ini. Mungkin tahun ini aku akan berpeluang pergi lebih jauh lagi, jadi tunggulah sahaja, ya?
mizzy N bertanya...
dear encik minimalis, kenapa semua orang dalam drama menangis tak lap air mata macam tisu tak wujud dalam dunia drama tv? aku geli tengok air mata lekit2 tu.
ps: Aku tau dia nak tunjuk efek menangis hebat tapi saja nak tanya pendapat encik sebab encik akan komen dengan menarik.
Sebab itu dipanggil drama. Sebab drama harus dramatik. Kalau tidak nampak airmata itu namanya Berita Jam 10 atau Berita Perdana.
Weed and Bandages bertanya...
Ms Weed minat juga Moloko, Moby, Beck dan apa pendapat MM tentang mereka? Pernah ke konsert mereka?
Jika MM diberi peluang menjadi seorang guru di sekolah menengah, sanggupkah sahut cabaran itu? (boleh jawab 'ya' atau 'tidak' - jimat masa :)
Dari senarai yang kamu beri aku pernah minat Beck satu masa dahulu, terutamanya lagu 'Devil's Haircut'. Malangnya sekarang Beck sudah semakin kurang relevan dengan aku, jadi aku sudah kurang mendengarnya. Aku tidak pernah ke mana-mana konsert tiga artis yang kamu sebut.
Ya, aku sanggup. Sebab boleh tengok awek comel berpakaian seragam.
Tipu Tapi Benar (TTB) bertanya...
MM, Tak lama lagi siaran televisyen di Malaysia akan didigitalkan. Dan pengguna televisyen perlu membuat sedikit perubahan dalam menghadapi perubahan ini.
Soalan : Apakah pentingnya pertukaran kepada sistem digital ini dan bagaimanakah ia dapat memberikan kebaikan kepada kita, terutamanya kepada penerbit filem, penerbit program dan individu yang meelibatkan diri dalam industri yang seangkatannya di Malaysia?
Lama lagi. Proses pendigitalan siaran TV Malaysia dikatakan akan mengambil sehingga tujuh tahun. Malah di Amerika pun yang sepatutnya melakukan pertukaran ke siaran digital secara besar-besaran pada Februari 17 tempohari telah ditunda kepada Jun 12 akibat kekurangan kupon bantuan kotak 'converter' analog/digital serta kelembapan rakyat Amerika untuk menerima secara penuh konsep TV digital. Kalau di Malaysia aku rasa akan lebih kecoh sampai kena berkumpul di bawah pokok sambil protes tunjuk lurah dada. Mungkin.
Aku rasa medium digital akan memaksa pembikin siaran TV serta filem menjadi lebih terperinci dengan kerja mereka, sebab setiap inci skrin akan terang benderang tanpa sebarang kekaburan. Bukan imej serta gambaran sahaja, penataan bunyi juga akan jadi lebih jelas. Jadi tiada ruang untuk malas atau berkarya sambil lewa. Paling kurang pun aku rasa dengan sistem digital yang lebih jelas mungkin kita semua boleh melihat apa sebenarnya 'kekurangan' kita dan mengambil iktibar.
the blackpaper bertanya...
Kehadapan Saudara MM,
Apakah langkah-langkah atau penyelesaian yang saudara MM biasa ambil ketika menghadapi tekanan kerja ditahap yang agak teruk. dan adakah langkah yang diambil itu berkesan mengurangkan tekanan itu.
terima kasih,
Kertas Hitam
Salah satu yang penting bagi aku ialah untuk merehatkan mata yang penat merenung skrin komputer. Cara paling senang ialah memfokuskan mata ke arah objek yang lebih jauh sebab sudah berjam-jam berkonsentrasikan objek-objek di dalam skrin komputer. Salah satu lagi hobi aku ialah masuk ke dalam kereta dan memandu tanpa arah tujuan. Tetapi kena pastikan yang tangki minyak serta poket 'penuh'.
roket bertanya...
mm sudah ad ramai pengikut,dh aku kira sudah boleh mempengaruhi pemikiran pembaca dalam certain issue,so penah x terpk nk wat mcm dalam cite fight club,kumpulkan pengikut n p letupkan klcc ke, parlimen ke, atau pokok demokrasi mungkin?
haha
Sudah pun bermula. Sila baca nukilan ini. Cuma tiada banyak sambutan. Mungkin tiada sistem undian melalui SMS. Lagipun aku percaya yang penting bukan manipulasi politik, cuma peluang untuk merubah mentaliti.
fadzlie bertanya...
tahu tak di mana ada menjual kamera polaroid? bukan kamera digital, tapi yang instant tu. sudah mencari di lelong.com.my dan ebay.com.my.. tapi tak jumpa.. hanya jumpa yang digital..
Cuba cari di cawangan-cawangan Cash Converters. Aku pernah jumpa beberapa kali.
Neys bertanya...
apa perkembangan terbaru muzik tanah air kita?
Soalan ditolak kerana berbentuk terlalu am.
Ummu Qaish bertanya...
boleh aku tanya pasal cinta?!
sukar untuk memilih mana satu yang patut aku kahwini... kedua2nya aku suka dan kedua2nya punya keperibadian yang aku mahukan...
Orang semuanya boleh berkata wang itu bukan segalanya, tetapi percayalah, wang itu kalau bukan segalanya, akan menjadi sebab yang agak besar untuk sesuatu yang baik mahupun yang buruk berlaku. Jadi, pilih yang lebih banyak wang atau sekurang-kurang berada di dalam posisi yang lebih berupaya untuk mendapatkan wang. Cinta bukan segalanya, itu semua kisah tahyul dalam siri drama dan wayang gambar. Kalau hidup kamu kurang selesa, secara automatiknya kamu akan lihat semua benda di sekeliling kamu sebagai kurang menyelesakan, termasuklah si dia yang kamu cinta tunggang-terbalik.
StingRay bertanya...
Gambar kat atas tu kat damansara?....dekat jalan PJU? =}
macam kenal....=)
Ya.
KumbangKhayal bertanya...
kau rasa cutting jeans mana yg cun kalau padan dengan puma 917 atau puma first round?
Potongan yang sesuai dengan bentuk badan kamu.
hac01 bertanya...
apa yang kau rasa patut dilakukan agar gejala samseng atau kebinatangan para pelajar di sekolah menengah dapat dikurangkan?
Hantar semua masuk penjara atau letakkan semua yang bermasalah di atas sebuah pulau dan suruh mereka bunuh sesama diri. Kalau kamu pandai jual hakcipta konsep ini sebagai rancangan TV realiti dan sediakan undian SMS.
Kalau tidak boleh juga mungkin sudah tiba masanya sistem pendidikan kita mula kurangkan perhatian terhadap pencapaian akademik di dalam peperiksaan dan ujian dan mula tumpukan usaha untuk mendidik kerohanian dan moral sebagai tunjak utama pendidikan.
Belajar pandai-pandai pun tetapi apabila pegang ijazah tidak pandai mencari kerja apa gunanya bukan?
komentar tidak bernama bukan dari bernama bertanya...
a. jason mraz live in malaysia (dh lepas)
b. sunburst 2009 (dh lepas)
c. sarah brightman live in malaysia (dh lepas)
d. jamiroquai live in malaysia
e. rachael yamagata live in singapore
f. coldplay live in singapore
which one do you likely will be goin? why?
Jamiroquai. Sebab aku suka Jason Kay. Dan Coldplay. Sebab aku suka 'Yellow' dan 'Fix You',
Pengandung bertanya...
cara cara mencegah kehamilan apabila sperma telah berjaya berenang kedalam vagina secara berkesan selain dari amalan memakan nenas,berjumpa doktor, atau apa saja amalan tipikal lain. Mengikut pengalaman sedia ada encik minimalis, atau boleh berikan nama ubat yang amat mujarab yang boleh didapati di farmasi berhampiran,sekian terima kaseh
Kamu ingat aku doktor? Inilah masalahnya. Apabila satu pasangan yang aktif seks tidak sedar tanggungjawab yang dipikul. Akibatnya terpancut sini, termengandung sana, terbuang sini, terbuang sana.
Tiada ubat yang mujarab. Yang penting tanggungjawab dan kesedaran. Kalau kamu tidak sedar tanggungjawab tersebut sila melancap atau mengamalkan seks yang tidak melibatkan vagina. Aku seorang pro-lifer, dan aku sedih setiap kali terdengar kisah tentang kenalan yang terpaksa menggugurkan kandungan akibat kelalaian.
Jadi fikirkan betul-betul ketika membuat aktiviti yang melibatkan sperma.
Nama dena_r bertanya...
do u think Soundscapes will only bring in post-rock / math rock bands or do you think i still have a chance to watch freak-folk/ americana/ naturalismo bands in malaysia?
btw what do you think of leica d-lux 4 and c-lux 3. ingat nak angkat satu dari pavilion.
Aku rasa ada peluang, cuma buat masa ini Soundscapes mungkin lebih tertumpu ke genre-genre yang kamu sebutkan sebab mungkin lebih senang dipasarkan. Aku pun hendak melihat Sufjan Stevens, Bonnie 'Prince' Billy dan mungkin Animal Collective.
Hanya beli Leica jika kamu cukup duit dan tidak perlukan duit lebih untuk membeli kasut dan sebagainya. Sehingga itu berlaku, aku rasa Panasonic Lumix FX-37 (sebagai model sama dengan Leica C-Lux 3) dan Lumix LX-3 (sebagai model yang sama dengan Leica D-Lux 4) sudah mencukupi. Tiada banyak beza kecuali logo bulatan merah Leica. Apa-apa pun jangan angkat di Pavilion. Sila cari pengedar besar Leica di Plaza Pudu. (Tak silap aku.) Lebih murah di sana. Oh ya, bakal-bakal pembeli Leica tidak akan bertanya pendapat orang lain apabila ingin membeli kamera. Mereka hanya beli.
zarticcus bertanya...
Hallow...
aku sangat rasa heppi kerana ada jumpa peminat Smshing Pumpkins... lagi2 pada material awal2 sekitar era Gish... bagiku Gish sangat spesial kerana ke"raw"an/ke"garage"an, bits of psikadelik, balada yang menyusuk kalbu dan solo yang thundering serta interlude yang feelnya sangat "high" bagiku(seperti lagu Bury Me)...
ok berbalik kepada soalan...
MM ada rasa tak band2 lain serta albumnya yang MM boleh kasi rekemen yang agak2 boleh dapat feel yang sama/lebih kurang dengan album Gish, Smashing Pumpkins ini...
thenkiu...
Soalan yang baik tetapi sukar untuk dijawab. Kalau untuk aku apa kata kamu cuba dengar album Deftones 'Deftones', Jeniferever 'Choose A Bright Morning'. Susah soalan ini. Terus terang aku katakan karya-karya awal Smashing Pumpkins memang tiada tandingannya. Sebab itu sampai sekarang aku masih minat.
XMaTaPeJAmCeliKX bertanya...
En MM
MM penah melalui zaman kegemilangan Skateboarding di bulat-bulat kan?MM penah skate ngan ariff budiman,helmy afro tak pon boy ipoh?
En MM
Apa pandangan MM mengenai contract sosial..!Adakah dier masih relevan?
Tidak pernah.
Untuk soalan kedua jawapan aku tidak relevan. Aku rasa kita semua sudah mampu bersaing di tahap yang sama. Kalau tidak mampu sekurang-kurangnya yang benar-benar ingin bersaing tidak akan ketinggalan.
cHoki2BeSt bertanya...
kalau kamu betul ada anak (tak salah jika kamu beri pendapat walau kamu tiada anak tidak bukan?).
Apa pendapat kamu tentang status dan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia pada masa kini? Dan dari aspek mana perlu di titik beratkan?
Sila lihat jawapan aku bagi soalan tentang gejala samseng di sekolah di atas.
Lola bertanya...
"If you've been given a chance to further up study on MSc. Technology Management in a top Engineering School located in Australia, will you take the offer and leave your very cool NEW job (u're there for less than 3 months) at a world-class GLC which is listed in KLSE Main Board and give out annual bonus up to 6x of your basic salary.
Would you stay or rather go?
Saya akan tinggal. Tetapi seperti kata mereka, 'It's better to have tried and fail than never to have tried at all.' Jadi terpulang kepada kamu.
Tunggu episod ketiga pula ya?
Aku rasa mungkin ramai yang tak tahu beza tentang jenis-jenis barangan yang tergolong di dalam kategori di atas. Mungkin definisi aku salah, tetapi aku akan cuba terangkan berdasarkan maklumat industri yang aku tahu, OK?
Apa Kejadahnya 'Replicas'?
Katakan kamu sebuah syarikat produk terkemuka seperti Supra. Mengikut trend pemasaran sedunia, agak munasabah untuk sebuah syarikat pengeluaran sekarang mengeluarkan atau mengilangkan produk mereka di benua Asia di atas sebab-sebab kos. Kos pengeluaran, buruh, pengurusan dan lain-lain pastinya lebih murah jika dibandingkan dengan kos pengeluaran di negara pengasas seperti Amerika misalnya.
Jadi berdasarkan kelebihan ini, Supra misalnya mengambil keputusan untuk mengeluarkan kasut-kasut mereka di China. Setelah memeterai perjanjian, dan mengambilkira proses latihan, penelitian kualiti/mutu serta proses-proses pengeluaran lain, sebuah kilang kasut di China dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan semua kasut Supra.
Jadi Supra pun membuatlah pesanan untuk 5000 pasang kasut Supra, yang akan dibuat oleh Kilang Ah Boi (misalnya) di China. Pekerja-pekerja kilang Ah Boi pun bertungkus-lumus membuat 5000 pasang kasut Supra.
Setelah selesai membuat 5000 pasang kasut, wakil Supra dari Amerika pun datanglah ke kilang untuk membuat pemeriksaan kualiti. Teliti punya teliti, ada 500 pasang kasut yang logo Supranya senget sedikit. Berdasarkan sistem kawalan mutu Supra yang terperinci, 500 pasang ini tidak diterima untuk dijual di bawah nama Supra sebab tidak menepati tahap kualiti yang ditentukan.
500 pasang kasut ini akibatnya terpaksa dimusnahkan. Tetapi Ah Boi si pengurus Kilang Ah Boi ini pandai. Dari dia membazir 500 pasang kasut ini, dia bercadang untuk menjualnya kepada ejen yang sanggup membeli secara pukal dengan harga murah. Tetapi Supra beri syarat yang kasut-kasut ini tidak boleh dijual dengan label rasmi Supra, atau logonya harus dicabut, misalnya.
500 pasang kasut inilah yang dinamakan 'Rejects'.
Ejen-ejen ini kemudiannya mengedar dan menjual 500 pasang kasut ini di premis-premis seperti Reject Shop, Factory Outlet Store dan lain-lain dengan sedikit keuntungan. (Sebab itu kamu semua boleh beli t-shirt jenama 'Junk Food' dengan harga yang amat murah!) Malah ada kilang yang membuka sendiri premis jualan yang menjual barangan-barangan 'Rejects' ini.
Oleh sebab menurut perjanjian Kilang Ah Boi sepatutnya membekalkan 5000 pasang kasut, dan yang menepati piawaian hanya 4500 pasang, Kilang Ah Boi terpaksa mengeluarkan 500 pasang kasut lagi untuk memuaskan hati Supra.
Tetapi Ah Boi si pengurus ini memang pandai. Dia berfikir, "Dari aku buat lagi 500 pasang sahaja, lebih baik aku buat lagi 5000 pasang... Aku tolak pada Supra 500 pasang, yang lagi 4500 pasang lagi aku jual sendiri."
Jadi pekerja-pekerja Kilang Ah Boi ini bertungkus-lumuslah untuk membuat 5000 pasang kasut Supra lagi.
Tanpa pengetahuan wakil Supra ini, Ah Boi telah memberikan baki 500 pasang kasut, dan si wakil Supra ini pun gembiralah balik ke Amerika sebab proses membuat 5000 pasang kasut ini sudah selesai. Tapi sebenarnya pekerja si Ah Boi ini bukan berhenti di setakat baki 500 pasang sahaja, mereka pun berkerja keras menyiapkan 4500 pasang kasut Supra yang si Ah Boi tadi mahukan.
Ah Boi pun terfikir, "Baik aku jimat kos sikit. Aku tak payah buat kotak, aku guna padding yang nipis sedikit, kurangkan jahitan sikit... Alah... orang bukan tahu pun."
Setelah siap 4500 pasang kasut ini, Ah Boi pun telefonlah ejen lagi seorang ini untuk mendapatkan pembeli. Memang untung besar dia ini, sebab Ah Boi sedar dia tidak perlu tanggalkan label atau logo Supra seperti bila dia mahu menjual kasut 'Rejects' ke ejen terawal tadi. Lagipun wakil Supra itu bukannya tahu pun, bukan?
4500 pasang kasut inilah yang dinamakan 'Replicas'.
Ah Mei, pengurus besar Kilang Ah Mei yang kalah kontrak Supra dengan Kilang Ah Boi memang tidak puas hati melihat keuntungan besar yang diraih Ah Boi. Dia menyuruh konco-konconya untuk membawa balik sampel kasut Supra yang dikeluarkan Kilang Ah Boi. Setelah meneliti kasut itu, Ah Mei berkata, 'Hek eleh kasut buruk ni. Aku pun boleh buat!'
Jadi berhempas-pulaslah pekerja kilang Ah Mei merobak dan merabik kasut Supra ini untuk mengetahui cara-cara kasut ini dibuat. Malah si Ah Mei mengupah bekas pekerja Kilang Ah Boi sendiri untuk bekerja di kilangnya. Mungkin si Ah Mei fikir mereka ada keupayaan untuk membuat kasut ini berdasarkan pengalaman mereka di Kilang Ah Boi.
Tetapi Ah Mei tidak sedar proses pemilihan bahan-bahan membuat kasut ini dahulunya dilakukan oleh Ah Boi bersama wakil-wakil Supra dahulu. Ini sebabnya kualiti kasut di Kilang Ah Boi memang tinggi. Yang si Ah Mei ini pula hanya main hentam, beli kulit murah dari kampungnya, guna fabrik murah untuk jimat kos dan lain-lainnya.
Kilang Ah Mei pula bertungkus-lumus untuk mengeluarkan 5000 pasang kasut Supra mereka sendiri. Setelah siap, Ah Mei senyap-senyap menjual semua 5000 pasang kasut ini kepada ejen-ejen penjualnya. Dan di antara ejen-ejen ini semua mungkin termasuk ejen-ejen yang juga digunakan Kilang Ah Boi.
5000 pasang inilah yang dinamakan 'Fakes'.
Ah Chan, pemilik Kilang Ah Chan di hujung bandar tempat Kilang Ah Boi dan Kilang Ah Mei beroperasi terdengar ura-ura mengatakan kedua-dua kilang ini untung besar dengan kasut Supra. Memang dia tidak puas hati.
Dia perintahkan kesemua 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun yang bekerja di bawahnya untuk mengeluarkan kasut Supra juga. Tetapi Ah Chan takut kilang kanak-kanak bawah umurnya itu kantoi dengan pihak berkuasa, jadi dia terpaksa buat kerja senyap-senyap. Sebagai langkah keselamatan (atau kerana budak 12 tahun yang bekerja sebagai perekanya itu tidak pandai mengeja), ejaan 'Supra' ditukar menjadi 'Sapra'.
Ah Chan berfikir kalau mereka boleh menjual 5000 pasang kasut ini, Kilang Ah Chan pun boleh. Jadi dia pun keluarkan 5000 pasang kasut Sapra ini untuk menumpang untung yang dibuat dua kilang terawal tadi. Setelah siap, 5000 pasang kasut Sapra ini diagihkan kepada ejen-ejen jualannya di seluruh dunia.
5000 pasang kasut inilah yang dinamakan 'Knock-Offs'.
Secara mudah, inilah perbezaannya. Kalau salah harap maafkan, tetapi menurut apa yang kau tahu, inilah realitinya...
Qasiyh bertanya...
Tempat paling bagus nak pursue belajar dlm bidang Multimedia, i mean abroad...
Aku tidak pasti untuk Multimedia (mungkin di Malaysia pun sudah agak bagus sebenarnya) tetapi untuk jurusan rekabentuk pergi ke Central Saint Martins College Of Art And Design di UK.
RebelHeart bertanya...
i cant put my nuffnang adv at my blog. dah ikut step dia bg but still cant. how?
Aku rasa jawapan kamu mungkin boleh diperolehi di sini.
xeem bertanya...
Do you like classical music?
If so, the following questions apply:
Have you been to an orchestral performance?
What was the best classical performance you've seen? (Mine was witnessing Zubin Mehta conduct the VPO for Bruckner's 9th)
Do you have a favourite piece/performance?
Do you play any musical instruments?
Cheers.
Aku memang suka dahulu, tetapi malangnya aku tidak pernah menonton persembahan muzik klasikal dengan mata sendiri. Piece kegemaran ialah 'Le Quattro Stagioni' atau 'The Four Seasons' hasil karya Vivaldi. Paling aku minat ialah 'Spring I'. Itu pun kerana Nigel Kennedy. Aku pernah beli CD ini ketika di zaman sekolah. Aku pandai main serunai sahaja. Tetapi saya nak belajar main buah.
marzuki bertanya...
kenapa kau tak follow sesiapa kat Twitter?
aku rasa sebagai tanda terima kasih kepada followers kau, kau patut follow dia orang.
oh, and adakah kau rasa UFO/Alien itu wujud?
Aku berterimakasih kepada followers aku dengan meneruskan penulisan. Aku rasa itu sebab yang cukup utuh. Untuk soalan kedua aku rasa wujud atau tidak bukan persoalannya, tetapi kalau difikirkan alam semesta ini dengan berbillion-billion jumlah bintang yang seakan-akan matahari kita dan dikelilingi planet-planet, kebarangkalian wujudnya kehidupan lain selain dari manusia memang agak tinggi. Cuma aku rasa kebarangkalian untuk kita sebenarnya berhubung dengan spesis kehidupan di planet lain mungkin agak tipis, itu sahaja. Ini tidak masuk kehidupan-kehidupan yang mungkin wujud di dalam dimensi lain lagi...
Kwaidan Tarmizi bertanya...
amacam brov? semoga sharp cat sihat sentiasa.
nak tanya sikit soalan.
1)apa buku yang last MM baca
2) apakah "unknown treasure" untuk-mu di sekitar kuala lumpur atau selangor, tak kira cafe ke, restoran ke, kedai cd ke, kedai dvd haram ke. tempat undiscovered gem la kira
3) jika terdapat tempat di malaysia aku nak jadikan "creative capital" setuju kah anda terhadap subang jaya sebagai candidate utama?
sekian BRUV!
1) Buku Panduan Kamera Panasonic Lumix LX-3
2) Wah. Ini soalan bagus. Hmm. Pertama, kedai majalah import murah di Amcorp Mall. Di tingkat 3, tak silap aku. Pilihan majalahnya memang bagus. Kedua, kedai Wondermomo di Plaza Mont Kiara. Penuh dengan barangan 'replika' jenama Marc Jacobs, Cheap Monday dan Supra Yang Kamu Benci (walaupun aku hanya beli yang asli.) Ketiga, Restoran Bawal Power di Medan Selera Kota Damansara, bersebelahan Starbucks. Memang kau.
3) Kurang setuju. Aku rasa Damansara Perdana yang paling dekat. Malah ketika pemaju MK Land mula-mula membangunkan kawasan yang dahulunya terkenal dengan buah durian bukit ini, mereka telah memasarkan kawasan ini sebagai pusat kreatif. Sebab itu di kawasan ini penuh dengan agensi kreatif, rekabentuk, pengiklanan, acara dan macam-macam lagi.
Aku dengar ketika mula dibangunkan dahulu, terdapat skim khas untuk pembeli-pembeli rumah yang bekerja di dalam industri kreatif. Malah, ada dari mereka yang mendapat tajaan rumah secara percuma. Dari segi infrastruktur juga, cukup aku katakan di Damansara Perdana sudah ada sokongan untuk talian internet 10mbps. Tidak silap aku hanya ada 2 atau 3 tempat lain yang mempunyai keupayaan yang sama. Malah di rumah aku pun sudah 4mbps.
Danial Fa-iz bertanya...
Soalan aku:
Memandangkan aku tak menetap di tanah air sekarang, kau boleh tak suggest online source untuk aku/sesiapa mencari dan membaca review muzik-muzik terbaru dari Malaysia yang kau rasa patut orang tau/dengar? Macam Pitchfork/DiS versi Malaysia la..
Aku rasa untuk waktu ini hanya www.junkonline.net yang benar-benar berfungsi seperti apa yang kamu maksudkan. Mungkin dalam setahun dua lagi akan wujud banyak lagi sumber bebas yang boleh memberi peluang band-band baru Malaysia untuk menonjolkan diri. Untuk radio pula aku cadangkan XFresh FM.
ajiz cabalero bertanya...
apa kabar..
saya nak tanya ni..
saya akan abis study degree bulan 5 ni..masalahnya sekarang saya tengah berfikir sama ada untuk bekerja di sini (kawasan lembah klang) ataupun balik ke kampung saya yang terletak di kota kinabalu sabah.apa pendapat saudara mm berdasarkan peluang pekerjaan dan ekonomi sekarang..(saya graduan dari business studies(finance))
Soalan yang bagus, tetapi aku rasa aku tidak mampu untuk menjawab. Semuanya bergantung kepada industri yang kamu ingin ceburkan diri. Tetapi pada waktu yang sama aku rasa kamu sekarang tidak mempunyai kesenangan untuk menjadi terlalu pemilih berkenaan kerja. Aku sarankan terkam peluang keemasan pertama yang kamu dapat, dan biarkan kemelut ekonomi berlalu dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan drastik. Apa yang perlu kamu ingat ialah tentang kos kehidupan di bandaraya jika dibandingkan dengan bandar-bandar yang lebih kecil. Terpulang apa yang kamu pentingkan. Macam aku, rangsangan kreatif media memang perlu, jadi aku perlukan hiruk-pikuk metropolitan untuk mencari inspirasi ketika membuat lakuran nuklear sejuk.
offJack bertanya...
betul ke lx4 akan keluar in a few months time? apparently its coming out in june.
Aku rasa lama lagi. Menurut kebiasaannya, model kamera baru (terutamanya di dalam kumpulan serious compacts) akan diperkenalkan selang dua/satu setengah tahun sekali. Ini mungkin disebabkan jumlah pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat kamera ketika membuat penyelidikan dan proses rekabentuk dan pengujian melibatkan kos yang tinggi. Dan aku rasa menurut trend pemasaran dan pembelian, pelaburan ini hanya mungkin dapat diperolehi semula dalam sekurang-kurangnya tempoh masa yang aku sebut di atas. Jadi tidak mungkin. Dan dengan keadaan ekonomi sekarang aku pasti Panasonic tidak akan tergesa-gesa untuk mengeluarkan model baru tetapi sebaliknya berusaha untuk menghabiskan stok LX-3 yang sudah atau akan dibuat di kilang. Mungkin. Sebab tidak mustahil untuk mereka mengeluarkan model LX-4 berasaskan sistem Micro Four Thirds setahun lebih awal.
syuxx bertanya...
Encik MM,
apakah pendapat anda terhadap musik scrunk? Yakni musik ala-ala brokencyde, dotdotcurve, dropping a popped locket dan seangkatannya?
adakah satu musik yang kreatif ataupun sekadar sampah saja?
Wow. Aku sebenarnya tidak tahu pun genre muzik gabungan 'screamo' dan 'crunk' ini wujud. Terima kasih kerana mengajar aku sesuatu yang baru. Sepertimana banyak lagi genre serpihan yang lain, aku rasa semuanya terpulang kepada peminat setia mereka. Selagi ada permintaan, selagi itu akan wujud muzik sebegini. Memang agak menarik, mungkin. Lihat video ini untuk pembaca-pembaca yang ingin tahu.
suparman bertanya...
antara jenama air fresh oren yang terbaik di supermarket local, yang mana ko suggest ?
Jenama Marigold Peel Fresh. Murah dan enak.
Tunggu jawapan-jawapan selanjutnya di Episod 2, ya?
Wacom tiba-tiba keluar benda ini pula. Aku rasa boleh bunuh orang ni. (Dicilok dari engadget.com)
Semenjak dua menjak ini aku kerap menerima e-mel bertanyakan bermacam-macam soalan. Dari soalan tentang persekolahan, tentang masalah komputer hinggalah ke masalah negara.
Dan disebabkan aku malas untuk melayan soalan-soalan yang diajukan secara peribadi, aku buka balik ruangan 'Tanya Abang Minimalis'. Aku rasa ruangan ini patut ada sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Lagipun, aku rasa kalau aku kongsi soalan-soalan berserta jawapannya sekali pembaca yang lain juga boleh dapat manfaat, bukan?
Jadi, mulalah bertanya, seperti biasa aku tidak akan melayan soalan-soalan berkenaan politik atau agama (yang terlalu mendalam). Sila pergi laman JAIS, JAKIM atau yang sewaktu dengannya. Atau sila Google sendiri. (Kadangkala dengan jenis-jenis soalan yang kamu beri memang nampak sangat kamu semua malas guna Google.)
Kita kembali ke ruangan penuh sensasi dan kontroversi!
(Gambar dicilok dari tempat biasa. Sila baca nukilan-nukilan awal.)
Apa Yang Tidak Kena. (Lihat Rajah 1.)
• Pertama sekali, apa barang tunjuk perut di tempat awam? Aku kurang pasti sebab utuh yang memberikan penjelasan tentang tabiat sebegini. Apa-apa pun nasib baik tidak buncit (ataupun subjek sedang 'sedut' perut kau-kau) jadi dari segi fizikal memang boleh diterima. Cuma aku rasa patut diselak ke atas sedikit lagi.
• Seperti kebiasaan gambar-gambar sebegini, aku pasti yang lokasi gambar di atas adalah berdekatan dengan tandas awam, tetapi kali ini di pusat membeli-belah berdasarkan latarbelakang yang dapat dilihat.
• Sila lengkapkan perapian dengan memakai tali pinggang yang menarik. Aku rasa kurang lengkap memakai seluar ketat sebegitu tanpa bertali pinggang.
• 'Muncung' mulut ( = muncut?) melebih-lebih. Amalkan penggunakan lip balm agar bibir tampak lebih seksi dan menawan.
• 'Akak' di belakang nampak terkejut dengan perlakuan perempuan ini berdasarkan besar mulut yang ternganga. Aku tidak salahkan beliau tetapi kalau terkejut itu pandai-pandailah cover sikit. Apa-apa pun aku rasa 'akak' tersebut sama ada malas bekerja sebab sedang bersandar di atas dinding sambil melihat remaja-remaja yang bergambar di luar tandas awam.
• Baldi merah dan penyembur hijau yang terbiar di sebelah kiri gambar jelas membuktikan 'akak' tadi memang pemalas. Sepatutnya perkakas-perkakas pembersihan diletakkan di dalam stor simpanan, bukan di tempat terbuka seperti di depan tandas awam tempat remaja bergambar.
• Kaki berselipar putih di kanan gambar itu bukan kaki aku. Aku pasti jika dapat melihat gambar mukanya sudah tentu akan kelihatan mulutnya yang ternganga.
• Aku masih tidak faham kenapa gambar ini diambil. Sekurang-kurangnya ambillah gambar sebegini di tempat yang lebih tersembunyi. Seperti di dalam tandas awam dan bukan di luarnya. Sesiapa ada idea tentang gambar ini?
Aku terima e-mel ini tempohari. Seorang pembaca bergelar 'kareer girl' telah menulis dan meminta nukilannya diterbitkan. Disebabkan aku seorang yang pemurah hati dan handal kung-fu, aku makbulkan permintaannya. Maaf, perkara sebegini hanya akan berlaku sekali sahaja. Segala permintaan untuk menerbitkan penulisan selain dari penulisan aku akan dikenakan bayaran yang sepatutnya.
Jadi apa pendapat kamu semua tentang yang ditulis dan tentang penulis? Cerita sikit.aku benci lelaki melayu
Aku bukannye ape. aku sedar diri aku sape.aku ni bese-bese je takla lawau macam pompuan lain tu. tapi aku memang tak suke ngan laki melayu.laki Melayu ni banyak gatal ngan jahat. aku nak tulis luahan hati aku tentang laki melayu.
Laki melayu ni suka pandang pompuan cantik-cantik je. walaupun tak semua, tapi kebanyakannya begitu. jangan nak berdalih la. memang betul pun. aku tau korang akui jugak kan.pompuan yang dahi-dahi licin, putih-putih, seksi meksi je pandang.
Aku pun ade beberapa je orang kawan lelaki. tapi sekejap je. itupun time sekolah. tapi aku rasa tak sesuai nak dipanggil kawan sebab kitorang berborak atas urusan belajar je. aku takde kawan lelaki. tapi aku tak kisah. aku ade ramai kawan pompuan. tapi kawan pompuan aku yang lain selalu still contek ngan member-member laki satu sekolah. sedangkan aku member-member laki tak pernah nak kontek pun. adela sikit. tipula kalo aku cakap takde langsung. tapi itupun boleh bilang dengan jari.
Dalam kelas aku cuba nak berkawan dengan sume orang. dalam kelas tu pompuan tak ramai berbanding lelaki. dengan pompuan memang aku dah rapat. tapi dengan lelaki tak taula. aku cam bese je. tapi memang aku tak dipandang. ketua kelas pun tak kenal aku. ketua kelas tu lelaki. sume orang ade kontek nombor die sebab untuk urusan kelas gantian atau hal-hal lain. aku pernah mesej die dan jugak perkenalkan diri aku time aku nak tanya tentang hal kelas ganti. die pun ok jer. mesej pun die balas. aku ingat die dah kenal aku. tapi tup tup satu hari tu kawan pompuan kelas aku cite diorang sembang ngn ketua kelas tu. ketua tu boleh tanya sape aku. die sebut nama aku dan die tanya aku yg mana. aku pun pelik. sedangkan aku ade gak tanya pasal pelajaran ngan die. sebab ade satu kelas ni tempat kitorang dekat. die pulak pandai. aku salu gak tanya ngan die. aku memang mati-mati ingat die dah kenal aku. rupenye tidak. Adakah die tak dapat ingat aku sebab aku tak lawa?
Tapi dengan pompuan lain die ingat pulak. siap leh lepak-lepak sembang gelak-gelak. bukan die sorang je. member laki kelas aku yang lain pun same. dengan aku diorang tak bercakap pun. macam tak pernah kenal. tapi dengan pompuan lain diorang rapat giler. aku pun pelik. aku pun tak tau ape kurangnye aku. member pompuan yang lain pun takdela lawau sangat pun.
Aku pikir mungkin laki-laki bese cmtu. lelaki alim tak kot. aku pun pikir kalo laki-laki alim macam budak-budak agama ke tak camtu kot. dekat ‘u’ memang tak ramai laki. tapi aku ade kenal laki-laki melayu alim atas urusan tertentu. aku melibatkan diri dalam akitviti di ‘u’. so, adela budak-budak laki pengajian islam aku kenal.
Dalam berurusan dengan lelaki-lelaki alim ni, aku cuba mengubah persepsi aku terhadap lelaki. aku cuba meneutralkan perasaan ku. tapi semakin lama semakin aku perasan yang budak laki alim-alim ni same je. yang aku tak boleh tahan ade satu mase tu time meeting sempena event, aku tak dipandang pun. sedangkan akula paling banyak menyumbang idea dan bercakap.aku dikira penolong bagi ketua unit tu. tapi mase meeting aku perasan yang ketua unit tu mengelak dari memandang aku. die bercakap sambil tertunduk dan belek-belek kertas kerja. Mula-mula mungkin perasaan je. tapi lama-lama aku perasan. memang betul. bila aku bercakap baru die balas. kalau aku tak bercakap die pandang ahli unit yang lain. die pandang ahli unit yang pompuan la sebab dalam unit tu die ngn kawan die je laki. lain sume pompuan. kawan die tu duk sebelah die pulak. senyap je. die banyak bercakap dan bertanya ngan ahli pompuan yang lain. macam aku pulak terhegeh-hegeh nak bercakap ngan die.
Hati aku sakit betul. sume laki same je. laki alim pun same je. aku pun pelik ngape ketua unit tu tak pandang aku. bukannye aku seksi pun. yang lain pun tak seksi. sume pakai baju kurung dan tudung.
Yang paling aku sakit hati laki yang selalu mengelak dari pandang aku tu la. pompuan lain die layan pulak. bukan niat aku tulis luahan ni sebab frust takde balak. jauh sekali. aku cume benci dengan sikap segelintir lelaki yang bernafsukan perempuan cantik, tak kira la laki tu alim atau tidak. Paling-paling aku benci laki alim la. depan nampak alim, berkopiah, berceramah bukan main, tapi sebenarnya gatal tak ingat dunia. Pigidahh!!
Lelaki Melayu memang dah tak boleh pakai. nafsu liar. yang merengkok dalam penjara, jadi samseng, kaki pukul, kaki tipu, kaki rogol, pencuri, perompak, kaki pompuan, mak nyah, bapok, pendera isteri, mat rempit, mat gian tu semua sape? Laki Melayu la yang paling banyak kat pusat serenti nun. Laki melayu ni jahat, dah tak boleh pakai. Memangla bukan semua, tapi banyaknye begitu.
Dalam 3 orang lelaki melayu, 0.5 je yang berkualiti agaknye. 100 tahun lagi mngkn 0/3 je yang tinggal. Rotten abis.
Yang menulis,
kareer girl
Salah satu memori terawal aku selain dari mendengar lagu 'Everything Counts' dendangan Depeche Mode di dalam kereta dalam perjalanan ke Singapura ketika berumur 7 tahun ialah perbualan emak aku dengan salah seorang kawannya mungkin ketika aku berumur 4-5 tahun.
Emak Aku — "Dia ini suka menonton 'Happy Days' (lihat video. Ada bonus dengan watak 'Mork' dalam 'Mork And Mindy'). Kalau ada part kelakar tu mesti dia ketawa."
Kawan Emak Aku — "Oh, kiranya macam dia fahamlah apa Mat Salleh tu kata."
Emak Aku — "Itulah. Dia pun dulu belajar mengira dalam English dulu sebelum BM."
Ketika aku masuk tadika pun, dan kemudiannya masuk Darjah Satu aku ingat yang aku suka berbahasa Inggeris dengan ramai rakan-rakan aku. Aku ingat dahulu yang di sekolah aku ada seorang budak Mat Salleh dari New Zealand bernama Mark yang pernah menjadi rakan rapat aku sebelum dia berpindah.
Di sekolah pun seingat aku dari Darjah Satu sampailah ke Tingkatan Lima markah paling rendah yang aku pernah dapat untuk ujian/peperiksaan Bahasa Inggeris ialah 92/100. Pada masa yang sama disebabkan bapa aku seorang guru Bahasa Malaysia (malah beliau seorang ahli Lembaga Peperiksaan Malaysia yang pernah mengeluarkan buku panduan Bahasa Malaysia SPM dahulu), aku tidak pernah lupa bahasa ibunda aku. Lihat sahajalah blog aku ini, bukan?
Tetapi aku ingat dahulu, ketika masuk sekolah, banyak perkara-perkara yang aku belajar dari televisyen (terutamanya dari Sesame Street, 321 Contact dan The Electric Company) akan membingungkan aku akibat dari frasa-frasa berbeza yang aku perlu belajar. Maklumlah, dari televisyen semuanya di dalam Bahasa Inggeris (maaf, aku tidak suka menonton TV Pendidikan ketika itu sebab tiada siapa pun yang menonton TV Pendidikan ketika itu.) tetapi di sekolah aku terpaksa belajar semula di dalam Bahasa Malaysia.
Jadi aku benar-benar cemburu bila diberitahu suatu ketika dahulu yang pelajar-pelajar sekarang boleh belajar Matematik (ketika itu Ilmu Hisab) dan Sains di dalam Bahasa Inggeris.
Sebab, kalau kamu tanya sesiapa pun, realitinya Bahasa Malaysia bukan satu bahasa yang teknikal. Sampai sekarang aku ketawa bila ada orang kata 'papan kekunci' atau 'kayu ria'. Bahasa Malaysia adalah satu bahasa klasik moden. Yang lebih sesuai untuk sastera atau untuk bercinta. Sesuai untuk prosa kata, berpantun dan bersajak. Ianya bahasa yang indah, bukan bahasa yang teknikal.
Dan aku rasa benda ini akan kekal sampai bila-bila.
Aku tabik mereka yang ingin mengenalkan perkataan-perkataan teknikal ke dalam bahasa kita. Tetapi selain dari perkataan-perkataan yang dipinjam, orang-orang yang bekerja di dalam Dewan Bahasa Dan Pustaka dan (penulis skrip) Anwar Ibrahim, aku rasa ramai yang tidak akan faham.
Jangan guna orang Jepun dan Bahasa Jepunnya atau orang Korea dan Bahasa Koreanya sebagai perbandingan. Walaupun bahasa kita dan bahasa mereka memang jauh berbeza, apa yang lagi jauh berbeza ialah mentaliti masyarakat mereka. Tidak kurang penting juga saiz dan bilangan mereka di dalam masyarakat dunia. Senang cerita bahasa dan budaya mereka sudah pun mencapai tahap antarabangsa, dan selagi kita dengan mentaliti kampung kita memang agak sukar untuk kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencapai status sebegitu di masa terdekat ini.
Lihat aku sebagai bukti. Betapa bagus pun Bahasa Inggeris aku (ya, aku lebih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar harian aku), aku masih tidak lupakan Bahasa Malaysia. Pendidikan formal memang ada gunanya. Aku tidak pernah rasa terpinggir, malah segala macam peluang terbuka di depan aku disebabkan Bahasa Inggeris. Dan tidak mungkin aku akan lupa berbahasa dalam Bahasa Ibunda aku, sebab kalau kamu Google 'tits' dan kemudiannya 'tetek', keputusan yang akan keluar memang akan berbeza. Yang penting tidak ada sesiapa pun yang akan rugi bila kamu fasih dengan satu lagi bahasa selain dari bahasa ibunda kamu, bukan?
Little Boots guna Tenori-On main lagu Hot Chip. (Dicilok dari hipsterrunoff.com)
Bila orang Melayu boleh buat camni?
Memang sah.
Salah satu kugiran kegemaran aku, Nine Inch Nails, akan berkunjung ke Singapura tanggal 10 Ogos ini.
Aku masih ingat lagi, sebagai remaja yang mudah terpengaruh, aku telah terjerumus ke dalam kancah muzik industrial. Bermulalah zaman berpakaian serba hitam, memakai jaket plastik berkilat dan mula-mula berkecimpung dengan muzik yang boleh dikatakan ganas. Ya, bermula dengan Nine Inch Nails (terima kasih kepada seorang rakan karib yang mula-mulanya meminjamkan kepada aku CD 'Broken'nya.) dan kemudiannya Ministry, Skinny Puppy dan KMFDM, muzik industrial merupakan pengenalan kepada aku tentang dunia muzik yang lebih luas dari apa yang aku dapat dengar dari radio dan tonton di dalam televisyen.
(Ingat, ini zaman pra-Internet. Memang susah untuk mencari bahan muzik merata-rata.)
Hinggakan aku hampir-hampir membeli seluar jeans kulit selepas menonton video di bawah—
Nasib baik aku tak beli. Apa-apa pun layan video-video di bawah ini. Yang pertama ialah gandingan Nine Inch Nails dan The Dillinger Escape Plan, dan yang kedua ialah video muzik terakhir karya seniman agung Johnny Cash sebelum meninggal dunia.
Arca Gundam setinggi 59 kaki akan didirikan di tengah-tengah bandaraya Tokyo. Kalau di Kuala Lumpur watak apa agaknya yang akan dibina? Cuba cerita sikit. (Dicilok dari gizmodo.com)