Followers

Wednesday, October 13, 2010

Datuk Ibrahim Ali kembali muda...bukan Datuk dah...


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah di lucutkan gelaran Datuk oleh sultan kelantan...sebab ape?tidak pula dinyatakan...lagipun itu adalah hak sultan untuk memberi atau menarik balik gelaran yang di beri,tanpa memberi alasan apa2....adekah sebab ini...macam xde kaitan pulak..

namun beliau masih lagi mempunyai gelaran datuk utk digunapakai,iaitu drpd selangor dan melaka...so,Datuk Ibrahim ALi masih orang tua la....tapi tetap gagah Perkasa....takpe datuk..kami akan tetap sokong datuk dalam hal mempertahankan institusi Melayu ini!!!

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'datuk'nya itu telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripa budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya. dipetik dari biaqpila.http://biaqpila.blogspot.com/2010/10/sultan-kelantan-lucutkan-gelaran-datuk.html


No comments:

Post a Comment