Kalau lu tahu update blog itu satu perkara yang cilaka susah lu akan paham kenapa gua dah lama tak update blog. Kalau update blog itu semudah jelingan gadis pada gua, dah tentu berpuluh post gua update setiap hari.
Memang benar dah lama gua tak menulis kerana gua dapati pada satu ketika, tak guna menulis saja kalau gua tak ada bahan untuk gua paparkan kepada pembaca gua. Nantinya lu orang semua kata gua ni banyak cakap dari buat. Memang sengaja gua ambik masa yang lama untuk update semula blog gua yang dah usang ni. Bukan gua tak peduli pun, kadang gua bukak approve komen dan gua tutup semua. Kering idea bro, takkan gua nak tarah tulis macam karangan budak sekolah, bikin malu.
Pernah gua cerita tak yang gua sebenarnya lebih minat gadis bertudung dari gadis yang free hair. Dari dulu lagi, dari zaman remaja kalau tak salah gua. Gua tak tau saka mana yang merasuk gua, hati gua lebih tenang melihat gadis yang bertudung, tambah-tambah yang bertudung labuh. Gua akan tenung, agak lama sampai gua tenang. Itu yang gua terpaksa lakukan selepas gua nampak gadis lentik. Tapi gua tak sampai ke tahap kena ketuk lutut, gua masih boleh kawal. Ini perkara biasa untuk setiap lelaki.

Gua ingat lagi macam mana gua boleh jadi lemah, selemah umpama Superman bertemu dengan kryptonite ketika berhadapan dengan gadis bertudung labuh. Sewaktu di matrikulasi dulu, ya gua dulu agak pandai tapi tak ada la bodoh sangat dan itu sebab gua tak layak jadi menteri. Ok gua sambung cerita gua. Gua pernah sekali terlibat dalam benda-benda yang tak sepatutnya menjadi kerja gua pun. Buat IT presentation untuk persembahan apa bala itu gua tak ingat pulak. Yang penting event tersebut penting sebab melibatkan satu kolej matrikulasi. Perkara yang penting jugak adalah orang yang membuatkan gua terjebak dan terlibat dalam kerja-kerja tersebut. Menjadi kurang penting pulak gua melibatkan kawan gua untuk buat muzik background untuk presentation tersebut. Dia mixed dan combine lagu-lagu untuk matchkan dengan presentation gua tersebut menggunakan pita kaset dan radio sahaja. Atan nama dia, gua ingat lagi.
Gua hentikan cerita betapa grand dan bestnya presentation yang gua buat dengan kawan gua tersebut sebab gua nak fokuskan kepada cerita gadis bertudung labuh tadi.
Dialah insan yang pertama yang membuatkan gua yang baloq liat ini menjadi rajin tanpa bersebab untuk join event yang mana gua yakin seumur hidup gua, gua tak akan join event-event tersebut. Masa tersebut gua tengah lepak dekat library, bukan nak study sangat pun cuma lebih kepada gedik kepada nak usha awek study dalam library. Yala, mana lagi tempat lu nak jumpa awek-awek kat kolej matrik ni selain cafe dan library selepas kelas. Lagipun, jumpa dekat library lebih cost saving, tak perlu keluar duit. Gua pada masa tersebut bukan loaded sangat pun, mengharapkan duit biasiswa ja.
Gua jenis tak duduk diam, dah niat pun serong pergi library tersebut gua akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang mana gua cuba mencari pemandangan indah-indah untuk membantu gua menelaah. Sampailah gua end up dekat bahagian komputer. Gua yang dah gamak bosan sangat hari tu, tak banyak pemandangan yang indah-indah dalam library. Gamaknya ramai tidur kot. Gua mula berjalan dari satu barisan komputer ke satu barisan yang lain, berjalan perlahan-lahan umpama pengawas yang sedang menjaga peperiksaan. Sambil melihat apa yang manusia lain sedang buat semasa menghadap komputer.
Gua tak perasan pulak yang gelagat gua pulak sedang diperhati oleh sekumpulan gadis. Mulanya gua tak perasan sampai la pada satu ketika salah seorang daripada mereka approach gua dan berkata.
"Assalamualaikum encik, nak mintak tolong sikit boleh?"
Gua toleh kiri-kanan dan belakang mencari encik yang dia maksudkan tersebut. Yala gua bukan encik mana sangat pun, gua student jugak kot. Akhirnya gua menggunakan jari telunjuk kanan gua dan gua menunjukkan diri sendiri dengan mimik muka penuh persoalan dan berkata "Saya ka?"
"Ya encik la!" dia mengiyakan "Kami nak mintak tolong encik sikit" sambil dia menunjukkan kepada kumpulan gadis-gadis bertudung labuh dia yang sedang menghadap satu komputer beramai-ramai.
Gua telan air liur. "Ada apa yang boleh saya bantu?" soal gua sambil mengikut dia dari belakang berjalan menuju ke tempat mereka sedang berkumpul.
3 comments:
eh eh..kita tgk dia...dia tgk kita pulak ~
plz follow my blog
roda79.blogspot.com
Saya dah follow blog ini. TQ atas bantuan anda !!
eh gantung cerita ke?
btw saya singgah disini Pak Lan ^^
Post a Comment