Assalamualaikum...
Salam sihat semua!! Setakat harini masih belom lagi nak bercerita pasal produk shaklee. Sampai masa nanti ada la 2 atau 3 kali aku akan post entri pasal produk shaklee ea. Orang cakap,tak kenal maka tak cinta. :)
Bercerita pasal tak kenal maka tak cinta ni,aku nak kongsikanla sikit cerita dari Sabah yang terbaru. Seingatnya,macam takde dah aku update kan pasal suamiku yang nun jauh di Sabah tu. Heeee... Baikla. En B aku sekarang duduk kapal dan tak duduk dekat base dah. Alhamdulillah. Nama pon navy mestila kena duduk kapal.Kalau tak,tak navy la.hehehe.
Untuk aku,ini pengalaman pertama. Yes,aku rindu! Hahaha. Pengalaman pertama dia berlayar selama 9 hari. Ala...tak lama pon.hahaha. Saje kan aku ni ( ok tak nak kawan korang). Sewaktu aku tulis entri ni pulak pengalaman kedua dia belayar. 7 hari. Masih belom balik lagi.Errr...masih rinduuuuu!!! Hahahaha.
Waktu pengalaman pertama benda pertama dia kongsi masa balik adalah, "sayang!!!dapat ikan besar!!!" Hahahaha...ok.suami saya pemancing tegar.( tepuk dahi! ) Benda kedua yang dia kongsi,"sayang!!!muka dah gelap!!. Hahahaha.ok..suami saya masih handsome. (Siapa lagi nak puji kan) :p
Okla. Perasaan bila suami jauh memang bercampur baur. Risau ada. Sunyi ada. Bosan ada. Semuala ada. Tapinyaaaaaa.....masa ni la kita muhasabah diri. Ingat tujuan berkahwin. Ingat siapa kita. Ingat pesan dia. Semua kena ingat. Bila ingat semua tu secara automatik,"aku redha,ini pilihan aku dan pastinya ini yang terbaik.insya Allah".
Apa pon moga Allah merahmati kami dan kalian semua pembaca blog ni. Tetiba rasa penghujung entri sayu pulak.hahaha. okla ye. Itu je yang aku nak kongsi dengan korang. Kehidupan seorang isteri navy. Berdikari itu pasti.
See ya!!