Followerku..

Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

4 bulan telah berlalu...

Assalamualaikum. ..

Genap 4 bulan harini bergelar isteri kepada Mohamad Hafizal.Alhamdulillah. 

Perubahan?
1- Berat bertambah.Oh tidak!
2- Muka makin bulat.Cane ni?!
3- Makin sibuk kerja. Cepatlah 3tahun!!!


Suami yang ucap dulu. :) Semalam dia dah tanya dah pasal tarikh. Beringatla tu kot. Akhirnya memang dia la yang ingatkan. Pukul 11.24am pon takpela. Aku pon lupa sebenarnya walaupun semalam ingat dah jugak.huhuhu.

Tiada perubahan banyak pon yang kitorang hadapi dalam menjangkau usia 4 bulan perkahwinan ni. Masih mood honeymoon je lagi. Masih berdua belom ada yang ketiga. Masih mengenali dan memahami walaupun nampak macam dah kenal je gayanya. Masih banyak lagi kena belajar nak menghadapi alam rumahtangga dan menjaga suami ni. :)

Masih berjauhan. Sorang kat Batu Pahat. Sorang kat Semporna. Menangis darah kalau jiwa tak kental.hahaha. Apa pon doa kami moga Allah permudahkan segala urusan dan keadaan rumahtangga kami terpelihara serta dilindungiNya.Amin. Moga diluaskan jalannya bukan disempitkan. Moga murah rezekinya dan bukan sebaliknya.Amin.

Mungkin berjauhan perasaan tu macam suam-suam kuku je bila ingat tarikh penting macamni. Ada depan mata bolehla jugak masak ke...borak ke...pergi candlelight dinner ke.hohoho.oh...rindu suami!






2 Months!

Assalamualaikum. ..


Alhamdulillah....
Semoga ikatan kasih sayang yang terbina antara Mohamad Hafizal dan Noorhidayah atas nama Allah ini akan terus terpelihara dan berbahagia hingga ke Syurga.Amin.....

Ok..tak clear :p

Syukur telah cukup 2 bulan bergelar seorang isteri kepada Mohamad Hafizal.Alhamdulillah. Masih belajar untuk bertoleransi bersama.Masih cuba untuk belajar erti sabar dan redha.Biasalah kan hidup berjauhan ni cabarannya lain macam sikit.hahaha.Berkomunikasi tanpa bersua muka kan.Sedangkan ada depan mata pon merajuk hati bermasam muka.hihi.Terasa comel kalau jadi macam tu..Boleh??

Ok..clear dah!

Masih terbiasa dan terleka dengan merasakan diri masih bujang.Ikut kepala sendiri je. aku la tu. Tanpa sedar kan.Astagfirullah...Moga Allah pelihara dan menjaga hati kami untuk terus berkasih sayang.Amin...


Sayang kat suami kita!
Jaga diri ye hubby kat sana!
^___*


1 month!!!

Assalamualaikum...

21.12.2013 - 21.01.2014
Enough 1 month!! Alhamdulillah.

Semalam hubby kita cakap...'asyik teringat hari selasa jela'.Aku dah pelik.Jarang dia nak ingat hari-hari ni.Rupanya today is our 1st month anniversary.Sayang hubby kita.hahaha.Penat dia ingat hari :p

Suamiku.....Mohamad Hafizal.Entry ni untuk kamu.Tahu dah nanti baca jugak.hihi. ;)

Hehehe...

Suamiku,walaupun hanya baru 17hari kita bersama bertentang mata dan selebihnya hingga ke harini kita hanya berjumpa kat telefon (jumpa ke??),isterimu ini tetap bahagia.Sentiasa tersenyum.Sentiasa tenang.Pastinya atas keredhaanmu dan berkat doamu kepada Allah, suamiku.Bukan senang untuk kita kan.Insya Allah,kita akan sentiasa bahagia.amin.

Terima kasih kerana menerima isterimu seadanya.Terima kasih menjaga diri ini sepanjang 1 bulan dan hari-hari seterusnya.Terima kasih meredhakan isterimu ini berjauhan denganmu.Maaf segala kesilapan yang dilakukan dan yang akan dilakukan.Moga Allah sentiasa melindungi kamu di sana, Mohamad Hafizal.

Hohoho...

Moga Allah sentiasa murahkan rezeki dan menjaga hati kita bersama untuk terus sayang-menyanyangi hingga Syurga yer.Amin.Nak buat apa ek anniversary 1 month ni?eerrr...nak mkn kek boleh??!Sorang pon jadila kan.hihihi. :) Hubby,kita nak buat apa la agaknya 1month anniversary ni.Mesti gayut 24jam gan isteri tersayang ni nanti kan. :) Kena pastikan bateri full macamni.hahaha.

Macamni la korang bila Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).Telefonlah pengantara buat kami.Telefon 24jam kat sebelah.Tido pon telefon kat telinga.hahaha.Hebatkan penangan PJJ.hahaha.Aku je kalau kerja letak jauh sikit telefonnya.hihihi.Ada manisnya bila berjauhan tapi tidak tinggal juga masamnya duduk berjauhan.haha.Apa pon doalah untuk yang terbaik bersama yer.Moga sama-sama mendapat keberkatan Allah. ;) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...