Assalamualaikum...
Habis dah weekend......
Nak cerita kawen-kawen macam takde pape pon.Ntah. ^^
Cerita hujung minggu pulakla...mmm..ok.
Semalam ada pergi kenduri kahwin member.Ni cite len kali bila dah ada gambar.
Nak cite semalam punya kisah selain tu.
Alhamdulillah..
Haritu aku apply BR1M 2.0.Sebenarnya applykan En B aku tu ha...Ada ke dia suruh diriku ini jugak yang apply.Padahal dah ada tab kat tangan kot.Nak orang lain jugak yang buat.Lelaki =.=!
Hari khamis dapat surat kat rumah sewa ni.
...Sukacita dimaklumkan anda layak memperoleh bla..bla..bla...dan bla...
Ni untuk En B punye jer.Aku pon macam patah hati gakla ...apesal dia dapat,aku yang buatkan ni tak dapat?...hahaha.Nampak tak 'keikhlasan' ye di situ.hahahaha.Rupanya Hari Jumaat tengok surat kat office,ada jugak nama aku untuk benda ni.Letak alamat lain,nak salahkan orang lain.Perempuan =.=!
Yes...Tunang kesayangan turun KL untuk selama 4jam!Padan muka...sape suruh nak letak alamat sini.hihihi.
Pagi Ahad tu,beria aku usha tempat nak amik BR1M ni.Amik dekat Pejabat UMNO,Taman Dato' Harun.Fine.Aku gigih naik motor pergi carik.Siap sampai tukar bateri motor sebab takut signal tu dah macam hidup segan mati tak mahu kan.Gigih jugak budak ni kan.hahaha.Jumpa!
Malam kejadian.
Aku lambat balik dari jemputan kahwin.En B dah hangin.Kalau dia lambat takpe pulak kan.Lelaki =.=! Aku rempit naik motor kot dengan aku bawak dia memalam sebab dia tak tahu jalan.Aku bawak perlahan.En B dah bising.Kalau macamni bila nak sampainya.Rileksla bro.Tak fikir aku nak amik dia tu nak accident bagai.Lelaki =.=! Kalau la aku tak pergi usha pagi tu tempat ni,mau lagi hangin dia agaknya.hahaha.
Akhirnya...
Tak sampai setengah jam pon kat situ..
En B dapat...Aku dapat.Alhamdulillah.
Dah puas pendam perasaan gaduh-gaduh naik motor, lepak untuk makan-makan sebab jap lagi En B nak balik dah malam tu jugak.See.Gigih tak gigih budak ni.hahaha.Jumpa ada je tak puas hati.Pastu buat pulak adegan merajuk kan.Perempuan. =.=!
Tapi ok jer.Lepas dah duduk borak-borak,gelak-gelak balik ^^ Ikut hati nak la lelama gak lepak.Tapi takut nak balik nanti naik motor dah malam.En B pulak nak jumpa kawan dia nak balik.Tak kira kena balik awal jugak.Lagipun kan kerja esoknya.Pukul 11.30 sampai rumah,En B pergi naik teksi jumpa kawan dia.Sebab aku tak nak sesorang naik motor sampai umah kat Petaling Jaya ni.Seram ok.Dia la kena hantar.Tak kira.Kalau tak hantar memang tak sayang tunang la tu namanya.Dia pon dah selamat sampai Lumut semula dengan kawan dia awal pagi tadi.
Pertemuan 4 jam yang singkat di hari Ahad.mmm.
Pagi Isnin terpaksa la dengan secawan kopi sebab dah kepenatan.
Ahad yang memenatkan.Perempuan kan.Letih cepat =.=!
Prefer lagi kopi O daripada Nescafe.
Sekian!
p/s: tak berbaloi kalau naik kereta semata-mata benda ni.selamat ada 'motor buruk'ku itu.mmm.