Share |
Showing posts with label Candu Murahan. Show all posts
Showing posts with label Candu Murahan. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Canabis


Sayang...
kau mungkin Belum pun menjadi kekasih ku...
yang dimana, belum layak pun kau
untuk ku panggil dengan pangilan sayang
apatah lagi sebagai seorang kekasih....
Sedangkan Baby, Hubby atau apa saja
pangilan manja belum pantas untuku
panggilkan kepada mu

Sayang...
namun pun begitu...
kau telah membekas dalam Khayalan Ku
seperti khayalnya jiwa aku
membaca setiap sms yang kau kirimkan
ke dalam peti masuk telefon Bimbit ku
yang dimana, telefon Bimbit inipun Merupakan
Eshan daripada rakan sekerja aku.....
Syukurlah, Kerana Ini la juga yang membantu aku
untuk mengirim kembali setiap sms kau kepada ku

Sebagaimana Seronoknya Canabis
membawa aku terbang melayang
dan sebagaimana Banjir dan Hanyutnya
aku dibawah aliran deras arak dan Liquer
Begitulah Juga Khyalan Ku kepada mu Kekasih Ku,
Yang Belum Pun Sah Menjadi kekasih ku....
Mungkin Saja sebentar lagi kau akan menjadi kekasih
atau Mungkin saja Tidak....

Sayang...
Dikesempatan Ini....
ya, Di ruangan dan rantaian tulisan yang
tidak aku ketahui akan arah tuju dan penyudahnya
Ingin aku sampaikan kepada mu
bahawa masa,kenangan dan disetiap
babak-babak yang pernah aku habiskan bersama mu
akan sekejap lagi ditelan dan diperkosa oleh masa
hadapan yang telahpun menunggu kita
Untuk kita jalani seperti hari-hari yang sudah

Sayang...
Tiada lagi yang mampu bicarakan
kepadamu apabila Bulan Julai Mulai Menjelang dimana,
Ketika itu Kau Pun telah Hilang dari
penglihatan ku, Hanya Lagu ' Time is running Out''
Dendangan Kumpulan Muse Ku iringkan Di Kepergian Mu....

Nota: ''Dengan Tidak Memberi jawapan kadang-    
          kadang itulah jawapan''   - Ayam Fared-




Wednesday, May 18, 2011

Pada Yang Belum Tersettelkan



Alex Simon bin Katinggang
Kampung simpangan
P/s 73 89908
Tenom sabah,
Malaysia

(Perkataan Malaysia  seperti yang tertera diatas
sama sekali tidak mempunyai perkaitan dengan Cogan Kata 'One Malaysia'
seperti yang diwar-warkan kepada kita di Mutakhir ini)

19 May 2011

MEMOHON WAKTU DAN KESABARAN DARI PIHAK ANDA (BENDAHARI UMS)

ke hadapan Bendahari Ums,

Saya seperti penama diatas, yang juga merupakan bekas pelajar Di Universiti Anda dalam Bidang Hs 20 Sains sukan ambilan tahun 2007/2008. Memohon waktu, masa, ruang dan kesabaran daripada pihak anda untuk menjelaskan hutang yang masih membelit jerut pinggang saya sehingga pada hari ini, Malahan pada saat saya menulis surat ini pun saya masih belum mampu melunaskan baki hutang saya kepada pihak anda.disini, saya dengan rendah hati bersertakan jiwa yang penuh rasa malu,kesal dan hiba seperti ultraman yang kehilangan kuasa ketika sedang asyik bertarung menumpaskan musuh ingin menyertakan sebab ataupun musabab mengapa dan kenapa saya masih belum menjelaskan hutang saya kepada pihak anda.

1) Tidak saya sangkalkan, mahupun untuk menafikan atau memandang sebelah mata akan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar untuk menjelaskan hutang saya kepada pihak anda. Namun ingin saya kongsikan bahawa, situasi ataupun keadaan kewangan saya ketika ini adalah sangat tidak menentu sehinggakan saya sendiri pada ketika ini masih lagi tidak putus-putus mengais-cakar  ruang, liang dan lubuk untuk mendapat/kumpul  wang seperti yang dituntut oleh pihak anda. Walaupun pada ketika ini, saya mempunyai perkerjaan Part time disebuah cafe dan bar, namun gaji ataupun upah yang saya perolehi tidaklah seperti gaji yang diterima oleh seorang akauntan bank ataupun seorang pegawai perubatan yang mempunyai slip gaji yang tertera nombor-nombor 2000 atau 3000 ringgit malaysia.

2)  Sebagai seorang anak lelaki di dalam 7 orang adik beradik pada keluarga yang sentiasa berserderhana ini, tentu saja adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyalurkan bantuan kewangan atau apa saja jenis bantuan kepada keluarga saya ketika ini dan sehingga nafas yang terakhir sekalipun. Oleh itu,  ingin saya nyatakan serta share dan sharing kan kepada pihak anda bahawa keadaan serta situasi keluarga saya juga turut tidak menentu Buktinya, saya tetap saja akan memberi dan membank in kan hampir keseluruhan upah dari titik keringat saya berkerja untuk keperluan keluarga saya terutama sekali kepada 5 orang adik saya yang masih bertungkus lumus di bangku sekolah menuntut ilmu. Walaupun ini bukanlah masalah daripada pihak anda malahan mungkin saja pihak anda  tidak ingin melayan alasan seperti ini. Tetapi, disini saya sekali lagi dengan hina sambil menista kan diri memohon sedikit pengertian dan akal waras daripada pihak anda untuk menimbangkan permohonan saya yang bukan lah mengelak atau pun cuba keluar daripada permasalahan yang ditimbulkan oleh saya sendiri, tetapi hanyalah ingin sedikit waktu dan kesabaran daripada pihak anda sebenarnya.

3) Adapun Individu yang mungkin boleh membantu saya menjelaskan hutang piutang saya kepada pihak anda , tetap saja lah bapa saya iaitu,Katinggang Bin Akai. Walaubagaimanapun seperti yang telah saya nyata dan kongsikan pada perkara (2), bapa saya pada ketika ini juga merupakan seorang lelaki kebanyakan yang tidak mempunyai perkerjaan tetap, jauh sekali mempunyai slip gaji bulanan malahan bapa saya juga ketika ini sentiasa mengharap taut kepada saya untuk meringankan beban bagi menampung kehidupan keluarga. oleh itu, saya entah untuk berapa kali entah, sekali lagi ingin memohon pertimbangan daripada pihak anda untuk saya bagi menjelaskan hutang saya kepada pihak anda.

      Berdasarpandukan kepada keadaan dan situasi yang telah saya nyatakan diatas, saya Alex Simon Bin Katinggang bagi pihak diri saya sendiri ingin memohon seberapa banyak pun pertimbangan yang disertai dengan pembuatan keputusan yang telah didukung melalui pemikiran secara positif dan waras memohon kepada pihak anda untuk meluluskan permohonan saya untuk mendapatkan waktu dan kesabaran dari pihak tuan/puan, kerana jika tidak ada aral yang akan melintang saya akan melunaskan hutang saya kepada pihak anda selewat-lewatnya pada penghujung september ini, Mudah-mudahan.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Anda saya susuli dengan jutaaan terima kasih disertai dengan pekikan TERIMA KASIH TUAN!
betul-betul pada ruang persisiran gegendang telinga pihak tuan puan.

Sekian Terima Kasih,

yang benar,

(Alex Simon Bin katinggang)


Nota Kaki: Surat seterusnya kepada yang berbahgia PPTPN....
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger