DIA JODOHKU ! PART 1

09:54 PM | SATURDAY | 23 OGOS 2014
Assalamualaikum semua..jemputlah baca..xtahu menarik ke tidak :)

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI

Hidup tak selalunya bahagia adakalanya suka adakalanya duka. Sebanyak mana pun kita manusia cuba mengelak Allah itu Maha Kuasa. Jika itu sudah takdir kita ia tetap akan terjadi . sama jugak dengan hidup aku , aku mencintai seorang lelaki tetapi tidak direstui keluarga.mereka sudah ada pilihan untukku . nak mengelak kang kata aku anak kurang ajar.lagipun diorang dah besarkan aku dari kecil telapak tangan sampailah aku dah besar macam nih . kalau bukan sebab adik aku semua nih takkan terjadi. 3 bulan lepas adik aku Hilya Sofea lari dari rumah gara-gara taknak bertunang sedangkan itu pilihan hati dia katanya dia masih belum bersedia lagi. Kalau belum bersedia kenapa buat keputusan terburu-buru sekarang nih aku pula jadi mangsa untuk menggantikan tempat dia. Kenapa? Aku tak sanggup nak hadapi semua nih. Lelaki yang bakal ditunangkan dengan aku pula senang-senang jewp setuju sedangkan kami tak pernah pun berjumpa. Bohonglah kalau aku kata aku langsung tak kenal dia. Muka aku kenal tapi nama dia. Family dia satu pun aku tak tak tahu. Kalau aku terima pinangan tuh macam mana pula dengan kekasih aku . kenapa sorang pun tak faham perasaan aku.
Bila aku beri alasan yang aku tak tahu apa-apa pasal bakal tunang aku tuh, family aku suruh kami berjumpa. Aku tak boleh nak mengelak lagi terpaksa jugak berjumpa. Dari jauh lagi aku dah nampak dia sedang membaca akhbar.. dalam hati aku nih Tuhan jewp yang tahu .. berdebar, kalut semua ada.
“ assalamualaikum. Dah lama tunggu “
Bila aku tegur dia, dia terus letak akhbar yang dia baca tadi diatas meja.dia dongakkan kepala dan terus pandang muka aku macam aku nih orng asing pon ada. 2 minit jugak aku berdiri macam patung di depan dia. Jangan kata nak ajak aku duduk salam yang aku beri pun dia tak jawab lagi.. apehal tenung aku macam tuh. Pelik sangat ke muka aku nih . rasanya biasa jewp.. tetiba aku sentuh pipi kot-kot makeup aku tak menjadi ke .. elok-elok kepala nih tak gatal tetiba jadi gatal.  ‘ apehal mamat nih . nak makan kaki ke apa nih . adoii 
“ awak , boleh saya duduk tak nih ? dah lama tunggu ke ? “
Dia yang masih terkedu tetiba bangun. “ waalaikumussalam ,maafkan saya. jemputlah duduk”
Aku yang memang tengah berang nih ape lagi duduk lah ... sakit kaki aku berdiri.bukannya nak ajak duduk terus siap mengelamun lagi adalah..
“ dah lama tunggu ke ? tanya aku lagi . rasa nya ini dah kali ke 3 aku tanya soalan yang sama.
“ takdelah. Saya pun baru sampai jugak.sambil tunggu awak datang saya baca akhbar nih dulu”
Nampak muka macam macho jewp .. tapi perangai blur.. adoii macam mana nak buat laki nih. Tak pasal-pasal aku nih jadi orang gila dalam rumah nanti ..bercakap sorang-sorang dia plak sibuk mengelamun.macam mana lah Sofea nih boleh tertarik dengan mamat macam nih.
“ okey , saya nak jumpa awak nih sebab nak bincang pasal wedding kita.saya nak awak batalkan semuanya. Boleh kan ? “
Dia tenung muka aku nih macam nak telan aku hidup-hidup , 1 minit berlalu barulah dia buka mulut “ kenapa tiba-tiba jewp. ? bukan ke awak dah setuju nak kahwin dengan saya.kita pun dah buat persiapan kan ? “
 Bila aku dengar ayat dia tuh aku rasa macam nak penyet-penyet jewp mulut dia buat sambal belacan.geram betul aku takkan tak faham lagi yang aku nih tak suka dekat dia.
“ awak sendiri pun tahu yang saya nih langsung takde perasaan dekat awak . cinta dan kasih sayang mana boleh dipaksa.tak pernah sikit pon terdetik dalam hati saya nih nak terima awak apetah lagi kahwin memang taklah “
buat ape pura-pura lagi kan . baik aku terus terang. Masalah pun boleh selesai dengan cepat ..
“ awak mungkin tak cintakan saya,tak sayangkan saya. Tapi saya ikhlas cinta dan sayangkan awak.”
Apehal mamat nih . tolonglah jangan nak buat perangai macam tuh ..
“ awak langsung tak kenal saya.macam mana awak boleh sayang dan cintakan saya. Selama nih bila awak datang rumah saya.kita mana pernah bertegur sapa ke apa. Awak sendiri sedar perkara tuh kan ? “
Tetiba jantung aku berdegup dengan kencang.takut,marah ,sakit hati semua ada.
“ tak semestinya saya kena kenal awak betul-betul baru saya boleh cinta dan sayangkan awak. Orang dulu-dulu pun tak kenal jugak . boleh jewp hidup bahagia. Zaman sekarang nih bercinta bagai nak rak . kehulu kehilir bila kahwin setahun dua tahun bercerai .. buat ape macam tuh Nessa. Berkahwin bukannya nak bercerai tapi nak bahagia dunia dan akhirat.”
Amboi mamat blur kau bagi ceramah dekat aku eh .geram nya aku dekat kau nih . rasa macam nak pijak-pijak jewp.
“ yang awak mengarut sampai ke situ kenapa? Tak semua yang kahwin dengan kekasih akan bercerai ya. Kebanyakkan yang bercerai tuh jodoh yang diatur keluargalah . dan lagi satu yang nak kaitkan zaman sekarang dengan zaman 90’an 80’an tuh kenapa. Diorang lain . sekarang nih zaman baru semua dah majulah .. mana ada lagi perkara macam nih berlaku”
Tak kira ape pun yang dia kata aku tetap akan pertahankan hak aku.ingat aku nih perempuan kena ikut dia jela. Hey sekarang nih zaman modenlah .. kau guna family aku okey sekarang nih aku guna family kau .. nak sangat eh kahwin dengan aku . okey kita tengok macam mana nanti .
“ saya taknak gaduh dengan awak lagi nessa. Apa yang keluarga kita rancang tuh akan menjadi . jangan memandai nak bantah.. titik “
Dia terus meninggalkan aku.toleh belakang pon tidak.lantak kau lah mamat blur.bila aku cakap taknak maknanya taknak.jangan nak paksa aku .
Aku pulang kerumah dengan perasaan yang marah dan sakit hati .senang cerita sakit semualah...
“ Iya, macam mana tadi jumpa dengan Raimi ? semua okey ke ? “
Pulang jewp ke rumah mama aku plak soal aku macam-macam . nak jawab pun rasa malas. Kenapa kau buat macam nih dekat aku Sofea. Kau sengaja nak dera aku ke ape nih . baliklah kahwin dengan tunang kau tuh.
“ takde bincang benda serius pun mama. Benda biasa-biasa jewp . kenapa mama tanya ? “
Mama tenung aku .. “ Raimi ada call papa tadi. Papa yang beritahu dekat mama . kata Raimi kamu setuju nak kahwin dengan dia.dalam masa terdekat plak tuh.. betol ke nih Iya ? mama betul-betul bersyukur kalau kamu terima pinangan Raimi tuh.. dia budak yang baik.  Boleh bimbing kamu jadi isteri yang solehah.”
Aku yang dengar mama kata macam tuh ape lagi terkejut monkey lah .bila masa aku cakap macam tuh ... berani betul kau Raimi si mamat blur. Kau memang cabar aku eh .. tahap kesabaran aku dah kemuncak dah nih. Dah nak meletup. Muka aku merah padam menahan marah .. niat dihati nak berehat bila sampai rumah ... niat tuh aku batalkan .aku terus berlari keluar . mama yang tengok reaksi aku tuh terpinga-pinga.
Aku terus hidupkan enjin kereta dan memandu laju menuju kesyarikat dimana Raimi bekerja.
Setibanya aku dekat sana.aku tengok papa aku,papa mamat blur tuh dan mamat blur tuh ada sekali dekat lobi ,macam mana aku nak serang mamat blur nih.. adoii papa buat ape plak dekat sana.alang-alang datang takkan aku nak balik macam tuh jewp. Serang jela...kang tak serang sekarang aku menyesal plak. Yang lain tuh belakang kira.yang penting sekarang nih aku kena berterus terang yang aku nak batalkan pernikahan nih.
BERSAMBUNG ............

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

9 ulasan:

Dunia Zumal berkata...

Best gak nie. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Hehe ^_^

Aisya Ieyka berkata...

@Ahmad Zu Mal Md Rayi hehehe thanks zumal . nanti aisya sambung aisya tag okey :)

adkdayah berkata...

salam perkenalan :) x sbar tnggu next ep ni..hehe

Shalimar Yusof berkata...

salam kenal...
hmm...menarik..next...:D

www.notashalimar.blogspot.com

Aisya Ieyka berkata...

@adk dayah thanks ya.. aisya dah buat pon sambungannya.. jangan lupa baca dan komen sekali ya :)

Aisya Ieyka berkata...

@shalimar yusof sala kenal jugak dear ... yeke ? hehehe thanks ya >.< jangan lupa baca sambungan yang kedua .. aisya dah update pon :)

Unknown berkata...

permulaan..amboi nak jadi penulis novel ker adik manis akak nih :) Good Luck !!!

Aisya Ieyka berkata...

@Princes Yuyue hehehe .. bkn kak.. saje nak mengisi masa dengan benda berfaedah sikit.. menulis pon benda berfaedah jugak kak syang. hehe thanks akak. love u :D

mama iman berkata...

Ahaha tejebak sudah gak nih


Small Cute Purple Pointer