Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

2013; Untuk saya dan anda

Assalamu'alaikum wbt







Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan memasuki tahun baru Masihi 2013. Berlalu sudah 2012 yang memberi beribu (infinity saya kira) kenangan suka dan duka dalam hidup kita semua. Mudah sahaja sifirnya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Move forward. Jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Tapi kalau nak flashback boleh la. Lepas tu senyum sorang-sorang. Hehehe :")

2013; dah 24? Owh, bertambah satu angka unofficially. Apa harapannya ye? :P

2012; terlalu banyak untuk saya kongsikan. Tak tertulis mungkin. Biarlah ia tetap bersemadi di hati dan sanubari.



2012; kenangan itu memang manis :)


Bertambah ahli keluarga dengan kedatangan insan-insan baru. 2012 Meriah dengan kedatangan 2 little nephew dan sorang little niece (Yusuf, Haqeemi dan Dhiya) berserta new brother in-law. Welcome to this family.

 Family day bulan 6 hari tu. saya tengah final exam masa tu, tetap pergi memeriahkan walaupun tak penuh. T___T

Owh ya, awal tahun 2012 yang lalu, saya sempat meluangkan masa bersama Kak Long yang balik bercuti. Hmm, sempatlah kami melawat ikan-ikan di Aquaria KLCC :")

Bergembira bersama keluarga, itu yang terbaik. Sentiasa diingatan :")
[Ini lah 'pakej' saya;Ma, kakak-kakak dan abang-abang, ipar duai berserta satu 'batalion' anak saudara (yang saya harapkan dapat diterima oleh 'bakal' orang baru nanti) ]

Dapat lesen L setelah kali ke-2 test JPJ. Hehehe. 

Menghadiri perkahwinan sahabat-sahabat. 4 orang sahabat saya kahwin 2012. 2 daripadanya bakal ibu. Insha-ALLAH. Rasa nak melompat bila dapat tahu. Gembira untuk mereka. Semoga sentiasa sihat :")

"Dating" bersama sahabat baik, kenal masa sekolah dulu, deskmate masa form 3. Bermalam di rumah dan sempat kami berjalan-jalan ke KB. Juga beliau tak lupa ole-ole dari Japan untuk saya. TQ Gee. Rindu nak jumpa awok lagi :")

Practical di HUSM. Kenangan pahit dan manis.

Kenangan bersama sahabat-sahabat yang osem di abad ini [n3 khas untuk mereka nanti]. TQ so much!

Apa lagi ye. Banyak sangat ni. Mungkin tu je kot. The rest is history :")



2013; welcome to my life. please be nice for me 

Hari pertama 1.1.13; busy study untuk second paper this Thursday. Tapi buka laptop jugak. Hailah!

Ramai sahabat-sahabat bakal mendirikan masjid tahun ni. my schoolmate merangkap classmate (SCIPP-UIA 2002-2013) bakal kahwin. Barakallah Za.Tak lupa juga naqibah saya yang osem itu. Hmm, kena pegi pillow talk ni before beliau kahwin :")

Tahun terakhir sebagai undergraduate student. Insha-ALLAH. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan untuk menghadapi dunia luar yang super duper hebat.

Mahu isi cuti dengan perkara faedah sebaik mungkin.

Nak habiskan buku-buku yang tak sempat dibaca 2012. Mesti habiskan!

Sampaikan saya ke Jeju Island. Insha-ALLAH :")

Untuk diri sendiri yang perlukan lebih mujahadah, kekuatan dan kesabaran. Mahu lebih alert mengenai mutaba'ah amal. Jangan pandang sebelah mata sahaja. Kalau balik rumah terus jadi 'raksasa gorgon'. Malu lah T___T

Perubahan itu bukan sahaja di tahun baru, tetapi setiap masa dan setiap hari.Siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk merubah diri sendiri melainkan diir sendiri.





Semoga tahun ini lebih baik dan bertambah baik daripada sebelumnya. Perbetul dan perbaharui niat berserta azam yang teguh untuk mencapai apa yang dihajati. Tidak lupa juga memohon doa kepada DIA supaya diberikan kekuatan untuk melaksanakan apa sahaja urusan kebaikan dan diringan untuk meninggalkan apa sahaja keburukan. Insha-ALLAH :")


"Watazawwadu Fainna Khoirazzadittaqwa-Berbekallah, sebaik-baik bekal adalah taqwa"
[Al-Baqarah:197]












Sunday, December 9, 2012

IKOD '12; Kenangan Sebelum Grad :")

Salam 'Alaik





Alhamdulillah, baru tadi berakhir IIUM Kuantan Open Day (IKOD) 2012. Acara yang saya kira paling grand yang pernah saya hadiri :")
At least before saya grad.

Alhamdulillah, cuaca elok sepanjang IKOD (bermula Khamis malam). Cuma pagi tadi hujan renyai-renyai. Menandakan 'kesedihan' IKOD bakal berakhir.

Begini sebenarnya. Setiap tahun open day diadakan di UIA Kuantan. Kalau di UIA Gombak sudah sebati dengan Convocation Festival (Convest) yang saban tahun diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang grad. Pelajar di UIA Gombak dan Kuantan. Jadi, di UIA Kuantan,kami mengadakan Open day. Walaupun tak semeriah Convest :")





Namun, Open Day kali ni paling meriah. Ada I-Baz, exhibition, Book fair, Chocolate fair dan aktiviti-aktiviti lain. Opening Ceremony IKOD '12 diserikan lagi dengan kehadiran Saudara Mat Luthfi, Vlogger yang famous dalam kalangan remaja. Erk, ye ke? Agak la famous. Sayang sekali saya tak sempat untuk ke opening ceremony.

Chocolate fair, sikit je tak macam dekat Gombak hari tu. Tapi okey la dari tak ada langsung kan? Hehehe. Sempat juga saya consult dengan students dietetic di booth mereka. Hmm, I was suggested
to consume more fat
. Kenapakah? Rasa dah terlebih fat dah ni T___T
"Akak makan nasi, kemudian makan roti pulak."
Hmm, itulah makanan ruji saya. Roti!Kalau tak makan nasi saya hanya makan roti :")

Open day tahun ni juga sahabat saya yang juga mengendalikan jualan tudung online membuka gerai jualan tudung-tudung. Maka, kami pun turun padang, tolong jaga gerai. Sambil-sambil 'cuci mata' di IKOD, yang tak sempat saya lakukan semasa Convest baru-baru ini.










International food festival, bersempena Ummatic Week :")
Tapi saya makan sikit je. Anak tekak kurang untuk menerima. Hehehe. Memang perut purely Malay la katakan. Eheh!
Macam mana orang makan sushi yek?


 Cik Tipah bertudung cantik. Comel dia. Hehehe :")
Ini dia. Gerai Hijabaheera. Untuk anda semua, boleh la tekan butang like di page Hijabaheera, atau boleh buat tempahan tudung secara online.
 Insha-ALLAH berpuas hati. Saya pelanggan tetap Hijabaheera :")


 Fruits Festival. 
Bayar RM5 anda boleh makan sebanyak mana durian, rambutan dan manggis yang anda suka.
Memang heaven! Tapi saya makan 3 ulas je durian. Yang lain bantai manggis. Oh, sedap sekali!



Yummy! Alhamdulilah :")


 Inilah dia durian crepe yang pakat dok cerita semenjak dua menjak neh. Hmm, for me, saya tak boleh makan. Hehehe. Tak boleh nak terima oleh si anak tekak :(



Sebelum tutup gerai :")


Semalam closing ceremony Ummatic Week diikuti dengan persembahan Shoutul Harakah, yang tidak asing lagi di bumi Malaysia. Subhanallah! Bersemangat sekali mereka. Teruskan perujuangan kalian. :")



IKOD 2012, yang paling menarik kalau nak compare dengan IKOD 2010, mahupun I-FEST 2011 yang agak kurang memuaskan. Nasib ada Ustaz Ridha je :")
Walaubagaimanapun, tahniah untuk semua Committee members yang bertungkus-lumus menjayakan IKOD 2012. Thumbs up saya berikan. Five stars. Untuk tahun-tahun mendatang, semoga lagi baik. Insha-ALLAH :")



" Setiap hela nafas adalah isyarat untuk rindu, cinta dan kasih. Izinkan hela nafas itu menjadi nikmat untuk aku bersyukur"
[Jalaluddin Al-Rumi]


~The best moment  made off~




Nota 1: Berakhir sudah IKOD 2012. Esok kelas bermula kembali. Berbaki 2 minggu untuk lecture. Tak lupa juga presentation proposal. Semoga ALLAH permudahkan. Insha-ALLAH :")

Nota 2 :Hati dah jadi tak sabar untuk berjumpa semua orang. Insha-ALLAH, semoga semuanya dibawah perlindungan ALLAH :")

 Nota 3 : koleksi Cecelia Ahern, Julia Quinn sudah ada. Sedang berkira-kira mahu membuat koleksi buku-buku Salim A Fillah yang bisa menerbangkan saya ke awan. :")















Monday, October 8, 2012

Convest 2012; sebagai pembakar semangat :)

salam 'alaik



Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Alhamdulillah, Thummalhamdulillah. Berpeluang ke Convest 2012 di UIA gombak. Senyum panjang-panjang :)
Tahun lepas plan nak pergi, tapi ALLAH tak mentakdirkan untuk ke sana.Tahun ni, walaupun hanya sekejap, tapi cukup berpuas hati. :)

Convocation di UIA hanya diadakan sekali setahun iaitu sekitar bulan Oktober sahaja. Sabtu lepas saya berpeluang  ke tapak konvo dan tak lupa juga ke Chocolate Fair di bangunan KAED berdekatan dengan CAC tempat dimana  saya bakal melangkah tahun hadapan. Insha-ALLAH :D

Sekadar berjalan-jalan dan berjumpa sahabat-sahabat di sana yang memang dah lama tak jumpa. Rindu sangat-sangat. 


 Gina. engineering :) Tengah buat FYP. All the best:)



 Eh, ade Zamarul Hisyam. Tapi biasa je. :P


 4 of us. hanya saya yang tersesat di UIA Kuantan  T__T

 
 saya kira bangunan yang tercantik diantara kulliyyah-kulliyyah lain :)



 I'll always waiting for this moment. And soon, it'll be mine. Insha-ALLAH, Wa biizdnillah :)
tanpa segan silu juga saya berimaginasi sendirian.
ada Ma, kakak-kakak dan abang-abang di sana.



Mirah, ini kulliyyah dia. hehehe. juga tengah buat FYP :)


itu sebenarnya bunga pinjam. hehehe. pemiliknya si tukang pengambil gambar :) 


untukmu duhai sahabat:
seandainya pertemuan itu seperti satu ikatan batu bata yang kukuh, 
sudah tentu begitu sukar untuk ia dipecahkan yakni begitu jualah perpisahan






Semoga ALLAH mempermudahkan urusan. Dan semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir

"Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi cabaran dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan"
[ HR At-Tarmidzi]

Sesungguhnya setiap kesuasahan akan ada kemudahan. dan kepada Tuhanmu bertawakkal lah :)







Friday, October 5, 2012

Catatan Perjalanan; Kelantan 2012 (mewakili sahabat-sahabat)

Assalamu'alaikum wbt




Semoga semuanya di bawah perlindungan ALLAH :)
Alhamdulillah untuk semua kurniaan-NYA yang tidak terhitung banyaknya. Maka nikmat tuhanmu yang mana yang engkau dustakan?

Alhamdulillah, presentation saya berakhir semalam. Hilang semua persaan gundah gulana yang hanya ALLAH sahaja yang tahu :) Takutnya sekiranya soalan yang ditanya evaluator tak dapat jawab. Result yang sepenuhnya tak tahu bila.

"Dah bulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada ALLAH. ALLAH suka orang yang bertawakkal" :)

Dan yang pastinya colorectal cancer research yang saya jalankan bukan perkara yang sia-sia. :)
Kalau tidak masakan saya membaca berkenaan colorectal cancer hanya sebagai free reading. eheh!

Okey, berbalik kepada  tajuk di atas, mewakili sahabat-sahabat saya yang berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang, tanah tumpah kelahiran saya. Kalau saya sendiri tidak perlu untuk catatan perjalanan kalau setiap bulan balik rumah. hehehe :)

Khamis minggu lepas kami pergi Kelantan. Disebabkan mereka bertiga nak ke sana, maka saya balik sekali lah. Hehehe. Walaupun hanya hari Sabtu saya join mereka berjalan-jalan :)

Ermm, biasanya kalau orang luar pergi Kelantan, apa yang mereka beli? Menurut pengalaman saya, mereka gemar membeli toto, selimut dan periuk belanga. Itu yang sudah berkeluarga. Tak lupa juga kain tudung dan baju. Hehehe. Dan memang tak dinafikan, kat Bazar Tok Guru boleh rambang mata dan tidak mengecewakan siapa sahaja yang berkunjung ke sana. Tak terkecuali saya :)





Hari Jumaat saya hanya di rumah. Hari Sabtu baru join mereka. Kami ke Karnival Mahabbah IKIM dan sepertimana yang dirancang ke Bazar Tok Guru untuk shopping :)
Memang terbaik. Nak mai Klate lagi dok?D









Bersama DJ Fairuz :)
tak sempat plak jumpa Ustaz Erwan yang suara sedap terr :(



:)


Hari Ahad bertolak balik Kuantan. Sempat juga mereka ke rumah saya. Nanti senang la nak datang lagi :P
Sampai ada yang sempat tanya Ma, bila nak bekwoh (kenduri)?
Insha-ALLAH tahun depan. Eheh ^_*



ehem2, room mate saya. Satu bilik dari 2nd year lagi. hee~





Ni masjid kat Jerteh yang 100% kayu. 
Lalu Terengganu untung sebab banyak masjid dan cantik-cantik plak tu :)





Itu sahaja catatan perjalanan saya. Eh kami. Terima kasih kerana berkunjung Diba, Qilah dan Kak Syima. Jangan serik untuk datang lagi. Tapi kalau kenduri wajib tau datang. Hehehe :D





Nota 1 : Tahniah untuk yang bakal convo :) 
Minggu ni akan ke UIA Gombak sempena Pesta Konvokesyen 2012. Pergi jalan-jalan dulu sebelum tiba hari sendiri tahun depan. Insha-ALLAH. Mohon doa semua smeoga dipermudahkan :)



Monday, September 10, 2012

ehem ehem akak SS ^^

Assalamu'laikum wbt....




Untuk menjadi 'super saiya' adalah terlalu sukar bukan? Untuk tahap saya dan anda juga boleh menjadi 'super senior'. Hehehe. :D


Bismillah.
Alhamdulillah, Thummalhamdulillah,
officially a fourth year/ final year student of Mathematical Science (Majoring Statistics) :)

Untuk hari ni, tiada kelas yang berlangsung. Dekat department tadi pun sunyi.

Junior masih ramai yang tidak dikenali. Mungkin tertukar mana satu 1st year, 2nd year and 3rd year. classmate sendiri mungkin tak tertukar :P

Semester ni pun macam last semester, 4 subjek bakal di hadapi. Insha-ALLAH :)

Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang. Insha-ALLAH, Ameen!






" Bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan sekiranya kamu tidak mengetahui"
[AL-Nahl;43]

Thursday, September 6, 2012

Alhamdulillah ^^

Salam 'alaik



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thummalhamdulillah.
report IT sudah dihantar. berserta CD untuk soft copy. Evaluation form dan log book juga sudah ditandatangan oleh supervisor. Allahu Akbar! lega, rasa macam submit FYP plak. hehehe.

yes, officially graduated form University Science Malaysia! hehehe.

Intern paling lama saya kira. kebanyakan sahabat-sahabat dah habis minggu lepas. kami berdua sampai hari ini, kerana selagi report tidak dihantar, SV tak akan tandatangan.


that's the output. Alhamdulillah ^^


A special appreciation goes to my supervisor and co-supervisor for helping me a lot. Not too forget my my course-mates and other friends who helped me to collect the data, especially you :) A special thank you goes to my beloved mother, who always ask "bila nak habis practical?".
Also, to all respondents for your cooperatives. Thank you so much. may ALLAH bless you.^^

Minggu depan dah start semester baru. Fourth year, atau lebih dikenali dengan final year. Insha-ALLAH. mohon doa semua :)



"jika ALLAH menolong kamu, maka tidak ada siapa yang dapat mengalahkanmu. jikan DIA tidak menolong kamu, maka siapa akan menolongmu setelah itu. Maka, kepada ALLAH jua lah orang-orang mukmin bertawakkal"
[Ali 'Imran:160]





meneruskan misi di UIAK....
Insha-ALLAH..:)





Wednesday, August 15, 2012

lawatan terhormat daripada "daddy' from Kuantan :P

salam 'alaik



ALhamdulillah, masih lagi dalam fasa terakhir Ramadan. Beberapa hari sahaja lagi Mr.R bakal meninggalkan kita. Bagaimana, sedih, gembira? Tepuk dada tanya iman.

pagi tadi mendapat lawatan terhormat daripada lecturer dari Kuantan, "turun padang" nak tengok student dia :) nak tahu apa yang kami dok buat sepanjang 2 bulan lebih kat sini. hehehe. 


saya sebenarnya tak pernah kenal siapa yang nak datang visit. sebab tak pernah belajar dengan beliau.  sekejap je Dr datang. borak-borak dengan supervisor sambil-sambil “mengadu” pasal kitaorang. :D
lepas tu borak-borak dengan kami, dan bertolak pulang. Simple je. kalau tak datang pun ok je. heee~











nota 1: hari ni hari terakhir saya sebelum cuti beraya. disebabkan SV cuti lama, maka kami anak buahnya pun cuti lama juga. so, kena extend practical untuk ganti cuti raya :)

nota 2: tengah berusaha menyiapkan discussion,conclusion and etc. semoga dipermudahkan :)

nota 3: bakal merindui madrasah Ramadan. semoga dipertemukan lagi. insya-ALLAH. Allahumma Ballighna Ramadhan

nota 4: dikesempatan ini, Eid Mubarak untuk semua. semoga hari kemenangan ini menjadi titik permulaan untuk meneruskan lagi perjuangan-perjuangan sepanjang bersama Mr.R. Insha-ALLAH :)

nota 5: untuk semuanya, selamat bercuti, pandu berhati-hati, :)




“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam suyurga-Ku.”[ Surah Al-Fajr:27-30]

Monday, April 23, 2012

sehari bersama seabad terasa ^^

assalamu'laikum wbt



Alhamdulillah, program yang dirancang dah pun terlaksana. Alhamdulillah, ALLAH memudahkan perjalanan kami semua walaupun permulaannya ada sedikit masalah berkaitan bajet dan proposal. sama ada the budget will be approved by students development atau tidak.



pagi Sabtu 21 April program kami berlangsung.

oh ya, sebelum tu. sebenarnya saya dan kawan-kawan mengambil subjek ko-ko iaitu community serivice 2 ber"credit hour" the only and only 0.5 hours. sedikit bukan? untuk skill ke 2 ini kami diminta untuk melaksanakan program dimana budget untuk comm. serv memang disediakan. maka kami memilh untuk melaksanakan program bersama penduduk kampung.

kampung yang terpilih adalah Kg Gong Limau di Kemaman Terengganu. 1 jam lebih dariada UIA.

pertama kalinya saya join program luar bersama penduduk kampung. kalau orang kampung sendiri biasa saja, naik motor pun boleh senyum sambil ditanya "nak g mana tu?" hehehe


nak kata kat sini, orang2 sana memang sporting habis. walaupun lagi tadi kebanyakan mereka bekerja/bersekolah ganti, tapi masih ramai yang datang nak join program. warga ibu2 dan ayah2 berserta anak2 kecil sekali. ^^

masa pendaftaran untuk games, cepat mereka datang ke depan. memang sempoi habis. i like.

dan saya sejujurnya lama dah tak involve dalam program kat kg sendiri. masa ada program saya pulak tak cuti. dan tidak bersebab untuk mengatakan saya sebagai seorang "antisocial". eheh~











jadi, apa yang kami lakukan sebenarnya kt sana? sebenarnya kami main masak-masak. hehehe.
ye, kami memasak untuk penduduk kampung kat sana. disamping dok memasak tu, ada la jugak aktiviti untuk mereka. start dengan colouring contest untuk si kecil.



dan jugak aktiviti2 untuk orang2 dewasa. seriously, makcik2 dan pakcik memang sporting habis. semangat depa semua ni. hehehe.





tengok, semangat bukan mereka. hehehe.


 tukang masak. untung sapa dapat dia. eheh :D










tok ngulu. ^^ isteri pak cik ni ketua kumpulan berzanji tau. hehehe.



 sehari bersama seabad terasa ^^



the programme manager. untungla jadik PM :P



lepas habis makan2 semua bersurai. maka sesi kami pulak untuk mengemas dan basuh pinggan.

rasa macam kenduri betul plak. hehehe. biasanya jadik tukang menyibuk je. :)





okey, itu sahaja updatenya. dengarnya dah ada berkenan nak buat menantu. eheh. kita tunggu la ^^





Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH