Friday, May 9, 2008

MAIPP Hilang Akal...?

Hari ini dalam sejarah:

SITI FATIMAH 'DIBENARKAN' MURTAD-KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH P.PINANG ITU ADALAH KES PERTAMA DI NEGARA INI.

Keratan berita:

"Ketua hakim Syarie Perlis, Osman Ibrahim membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). Alasannya, beliau mendapati Siti Fatimah tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998."

Ya Rabbi... Pedihnya hati ini.

Sungguh kecewa, Majlis Agama Islam kini bukan lagi pembela agama malah perosak. Alasan lepas tangan yang diberikan di atas tu kawan-kawan. Ye la, dah si Siti Fatimah tu nak murtad sangat, bagi je lah.. Tak payah susah-susah nak tahan dia.. Banyak kerja pula jadinya.. Agaknya inilah yang difikirkan si hakim.

Kawan-kawan, kalian tahu tak bahawa dengan keputusan di atas MAIPP telah mengubah satu prinsip agama Islam? Mana ada dalam hukum Islam kebenaran murtad. Seseorang yang murtad akan diberi tempoh taubat, jika enggan Islam menetapkan ia dibunuh. Tidak pernah wujud hukum yang membenarkan seseorang murtad baik siapapun perantaranya hatta Hakim yang paling bijak di dunia.

Ternyata MAIPP telah menggubal agama Islam. Ternyata MAIPP telah menafikan salah satu Maqosid Syar'iyah (matlamat Syariah Islam) iaitu memelihara agama. Ternyata MAIPP sudah mencipta hukum baru bagi agama Islam. Ternyata terang-terang MAIPP melanggar perintah Allah, Rasul dan Ijma' Ulama'. Majlis perosak agama. Ah, sungguh kecewa.

Siti Fatimah.. Dia dengan alasannya lantara kejahilan yang diakibatkan oleh kecuaian kita juga. Tetapi yg ingin dipersoalkan di sini, di mana ketegasan MAIPP? Dengan alasan lepas tangan di atas, kalian jawablah di depan Allah nanti.

Biarkanlah.. Ini baru kes pertama. Sikit masa lagi, kita tunggu kes kedua, ketiga dan seterusnya.

Buat kawan-kawan yang membaca, yang berkongsi kecewa saya. Saya ingatkan di sini. Islam ini agama milik Allah. Telah diatur sebaiknya lalu disampaikan kepada hamba-hamba-Nya melalui Rasulullah. Soal akidah dalam Islam adalah perkara yang putus tidak boleh sama sekali diubah. Ini adalah untuk memelihara agama daripada dipermainkan. Tapi hari ni... Aduh, pedihnya hati kita bila yang diharapkan membenteng agama ini sendiri yang merobohkannya.

Oleh itu, jangan leka lagi. Pandang sekeliling kita kalau ada saudara-saudara baru yang perlu dibimbing jangan di abaikan. Mungkin kita sama-sama menanggung akibat kecuaian ini. Ya Allah, ampunkan kami!

1 ulasan:

alhadee said...

' Seseorang yang murtad akan diberi tempoh taubat, jika enggan Islam menetapkan ia dibunuh. '

Bertahun2 dia tak diberikan sokongan, galakan untuk mendalami Islam. Mana pergi duit Zakat yang sepatutnya dia berhak ke atas nya?

Tapi tiba2 bila dia hendak keluar dari Islam, kita kena tangkap, kurung dan brain wash dia. Kalau dia masih tak nak bertaubat, kita hukum dia mati.

Nanti di hadapan Allah, dia akan kata, orang Islam tak pernah peduli dia tak terima duit Zakat yang dia berhak, orang Islam sibuk berpolitik nak rebut kuasa atas nama Islam, pendakwah yang ada semuanya berebut nak cari duit, terbit buku agama mahal2, masuk tv dapat duit, buat kerja bidaah buat kursus kahwin pastu charge mahal2. Yang ada mengaku pejuang Islam macam Cik Aisyah Humaira cuma nak tengok saya dipancung mati jer wahai Allah Tuhan Sekalian Alam. Jadi mana keadilan untuk saya wahai Allah yang maha Adil?

Rasanya Allah akan lemparkan siapa dulu dalam neraka, Cik Tan yang murtad atau Cik Aisyah Humaira?

Wallahhualam.

p/s. Sokong Sekularisme. Orang Melayu tak berhak nak jadi wakil Allah di muka bumi ini.