My heart, my soul, my joy & my happiness!

Showing posts with label My Children. Show all posts
Showing posts with label My Children. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

Ajar anak berpuasa

Alhamdulillah hari ni hari ke-15 Aleesya Sumaira berpuasa. Ini tahun pertama Aleesya berpuasa. Mungkin sebab tahun ni dia dah mula bersekolah tadika (kat Genius Aulad Subang Bestari), teacher kat sekolah pun ada explain pasal berpuasa, niat puasa, doa berbuka dan sebagainya, jadi dia rasa bersemangat. Sebelum mula Ramadhan hari tu, kat sekolah dia teacher suruh buat poster "Welcome to Ramadhan 2014" ramai2 dgn kawan2. Balik rumah, terkezut tengok baju kena color air... hoho...

Pada hari pertama berpuasa, tough la jugak. Dia asyik tanya "dah malam ke belum?... lama lagi ke?". Masa bukak puasa, happy sangat, makan sampai 3 pinggan. Pastu ayah dia cakap "Esok kena puasa lagi tau..." Dah macam babak dalam citer Upin & Ipin tu... terkejut dia bila kita kata kena puasa sebulan... haha...

Dia faham kalau puasa tak boleh makan dan minum dari Subuh sampai malam, lepas tu kena bangun sahur. Tiap kali bangun sahur nak nasi & ayam goreng. Layan je la. Ada sehari tu kami terlewat bangun sahur, so tak sempat dah nak kejut Adrianna & Aleesya. Pagi tu saya kejut dia utk pergi sekolah. Soalan pertama dia tanya "Tak sahur ke? Aleesya nak sahurrr..." Alahai sian... Saya kata, kalau tak larat nak puasa tak payahla puasa...

Yang senangnya sebab teacher dia dah explain kat sekolah, kalau taknak puasa, tak boleh pura2 sakit. Berdosa. Kalau sihat kena berpuasa. Okla tu... dia balik rumah, terangkan kat saya... tersengih2 saya mendengarnya. Bayangkanlah budak 5 tahun bagi explanation, dengan sambil tarik2 nafasnya... adorable sungguh!

Minggu lepas Aleesya kena batuk & selesema. So, saya suruh dia minum banyak air. Dia cakap "Ibu, kan puasa, macammana nak minum air?"... haha... So, minggu lepas banyak hari la dia tak puasa. Saya takut dia sesak nafas je sebab tengah banyak kahak. So, saya FORCE dia minum banyak air masak. Sebab Aleesya ni senang kena bronchitis, sampai masuk hospital berhari2. Tak larat la saya nak tidur kat hospital. Last dia admitted bulan January lepas kat KPJ Damansara Specialist Hosp. Dah macam 2nd home lak.

Sebenarnya, kami tak paksa pun dia berpuasa. Lebih kepada kerelaan hatinya sendiri. Cuma ada 2-3 hari yg dia tak tahan dgn godaan gula2. Time tu pun dah pukul 4-5 ptg, so kami suruh dia tahan je la. Sebabnya time tu bila saya & ayahnya tanya, "Bukak puasa Aleesya nak makan apa?" Dia jawab "lollipop". Huh! Tak berbaloi langsung.

Ini embah dia (mak saya) la punya pasal *(^_^)*
2 minggu lepas kami pergi Ipoh, rumah abang saya. Mak saya ada kat sana. Sebelum balik tu, dia bekalkan lollipop... banyak pulak tu. Saya memang jarangggg sangat bagi dia makan gula2. Selalunya gula2 yg anak2 saya makan tu sebab org bagi kat kenduri. Sebabnya anak2 saya ni sensitif, ada asma, so lebih baik mencegah dari mengubati. Gula2 kan tinggi dengan kandungan gula, coloring, perisa tiruan etc. Sekali diorg kena sesak nafas, takut tau tengok... especially Aleesya. Bunyi macam ayam tu. Kelam kabut bawak gi klinik, pakai nebulizer.

Bila berpuasa ni, suka sangat tengok anak2 makan masa berbuka. Full of passion... dan lebih menghargai makanan. Saya masak ala kadar je. Adalah 4-5 kali je ke pasar Ramadhan dalam sebulan ni. Susah nak jumpa yg menepati selera kita. Harga pun mahal. Tapi kalau tak larat nak masak, cari pasar Ramadhan jugak :-P

Masa saya umur 5 tahun dulu, sehari pun tak puasa...haha... Aleesya dah puasa 14 hari, InsyaAllah kalau cukup hari ni 15 hari, kira OK sangat la tu. Adrianna (8 thn) pulak baru ponteng 2 hari tahun ni. Dua2 hari tu sebab tak bangun sahur. Adrianna pun mula berpuasa masa umurnya 5 tahun, few days je la, a good start jugak anyhow.

Saje je la nak share cara saya ajar anak berpuasa, lain org mungkin lain caranya *(^_^)*
1) Kejut bangun sahur. Suruh diorg makan nasi & minum air masak paling kurang 2 gelas.
2) Bagi info tentang puasa dan keseronokan raya. Yg cikgu ajar kat sekolah lebih berkesan
3) Pantau anak2 supaya tak terlalu aktif, takut dia penat & dahaga. Suruh tengok tv je atau baca buku cerita.

Friday, November 18, 2011

Adrianna is 5 years old today!

Syukur Alhamdulillah, Adrianna dah 5 tahun hari ni, 18 November 2011. Maintain tembam. Orang tak percaya dia baru 5 tahun. Selalunya orang ingat dia dah 10 tahun dah, sebab saiz badannya yang berbidang besar dan tinggi. Baju kurung yang dia pakai dalam gambar tu saiz 14 tahun punya. T-shirt, jeans, pants semuanya saiz 14 yrs jugak.

Dari awal tahun 2011 hari tu, kami dah ajar dia tidur di bilik sendiri. Masa tu baru 4 tahun lebih. Dia suka. Kami letak katil queen size dalam bilik dia sebab kalau katil single, takut jatuh tergolek pulak... hehe...

Ayah dan ibu sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk Adrianna dan Aleesya, selagi kami mampu dan terdaya. InsyaAllah, semoga Allah swt murahkan rezeki kita.

Harapan semua ibubapa, tak lain tak bukan nak melihat anaknya berjaya dalam hidup. Adrianna baru 5 tahun. Masih ada banyakkkk lagi liku-liku kehidupan yang perlu Adrianna tempuhi. Ibu dan ayah mendoakan semoga Adrianna dapat menempuhi liku-liku tu dengan penuh kesabaran dan harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Be a good girl, berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Wednesday, November 16, 2011

Adrianna's First Show - Genius Aulad

Tarikh : 29 Oktober 2011
Tempat : Tropicana Golf Club, Tropicana
Waktu : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi

Show ni disertai oleh pelajar-pelajar dari tadika Genius Aulad Kota Damansara dan Genius Aulad Bandar Sri Damansara. Actually tujuannya untuk tunjukkan kepada ibubapa apa yang telah anak-anak pelajari di sekolah. Apa yang bagusnya, sukatan pelajarannya balance antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, teacher pula sehabis baik menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara.

Masa kat rumah, saya tanya Adrianna... "Adrianna nak buat show apa esok?"
Dia cakap "Tak taulah, nanti ibu dan ayah tengoklah".
Bunyi skema sikit jawapan dia pakai 'dan'... hehe...
Sabar je la, dia boleh cakap "Tak tau...". Sebenarnya dia malu...

Masa mula-mula naik stage, saya dan Mr.Husband tengok Adrianna rileks habis. Tak nervous langsung. Kata orang tu, selamba badak je. Yang kelakarnya, ada budak lain yang siap cakap kat member sebelah (depan microphone pulak tu), "eh... tu papa kite..." Satu dewan dengar. Semua orang gelak. Takpelah... budak-budak lagi kan.

Mula-mula tu Adrianna and friends nyanyi lagu Negaraku. Pastu Al-Fatihah... 3-Qul, diiringi doa untuk ibubapa, pastu ada beberapa poems yang teacher diorang ajar. Kemudian, nyanyi lagu... yang saya ingat diorang buat aksi "quack quack". Lawak habis. Aleesya melompat-lompat atas kerusi sebab excited sangat tengok kakak dia atas stage.

Yang saya perhatikan, karakter anak ni tak sama bila di rumah dan di sekolah. Masa dengan kawan-kawan, saya tengok dia lebih matang di antara yang lain. Kalau kat rumah, toksah cakapla mengadanya... hehe... Teacher dia sendiri cakap yang Adrianna ni pendiam tapi agak advance berbanding yang lain. Dalam buku reading "Adam and Dina", dia selalu dapat "Good" dan "Excellent". Alhamdulillah...

Tahun 2012, ada branch baru Genius Aulad akan dibuka di Subang Bestari. Dekat je dari rumah. So, tahun depan untuk kelas 6 tahun, kami hantar Adrianna dekat sini je la.

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha 2011

Actually saje nak tunjuk gambar anak2 saya dan sepupu2nya ni. Excited sangat. Sebenarnya time raya ni, budak2 yang paling seronok. Se-dua-tiga menjak kami beraya di KL ni, ada rasa kureng sikitlah feel raya. Memang berbeza sangatlah beraya di bandar dengan di kampung. Actually dengan kata lain, semuanya berubah sejak arwah ayahanda sakit teruk. Start raya haji tahun 2009 kami berkampung kat Subang je sebab condition ayah yang tak berapa ok. Kalau balik kampung susah pulak kalau ada emergency. Hospital Jengka tak reliable langsung.

Berbalik kepada kemeriahan raya tahun ni... tak meriah mana pun. Raya Haji tahun ni giliran kami adik-beradik lengkap. Maksudnya, semua turn family sini, bukan mertua. Jadi, penuhlah anak-anak sedare. Termasuk anak-anak saya, ada 15 orang kesemuanya. BARU 15!!! Amirul je yang miss sebab balik Semanggol.

Kali ni Adrianna dan Aleesya pakai jubah. Jubah lama dah tu, mak beli kat Mekah dulu.

Menu wajib kami masa raya, kalau kat Jengka, mesti buat lemang, ketupat yang anyam tu & tapai tapi kat sini leceh sikitlah, so mak dan kakak2 chef buat nasi impit Adabi, kari ayam, kuah kacang, rendang daging, pulut dan ada menu tambahan ikut selera keluarga. Kali ni kakak chef buat mee rebus... sebab celebrate birthday anak2 dia sekali yg lahir bulan November. Aktiviti wajib ialah MAKAN, dari pagi sampai malam. Satu perut jadi tiga. Kembang tak hingat :-D

Since beraya kat Subang, memang tak pegi ke mana pun. Lepak je la ngadap TV sambil MAKAN. Lupakanlah seketika pasal diet, lepak tepu, kolestrol dan makanan seimbang sebab kalau fikir sangat, tak enjoyla makan sup gearbox... hehe... dan sejak anak menantu Cik Sharrah ni berkecimpung dalam dunia bisness, kami kalau berkumpul adik-beradik, talking about business tu... ececehh... Alhamdulillah, ikut sunnah Rasullullah.

Salam Aidiladha. Semoga mak ayah Wardah dan Abg Atan (sepupu kami) dipermudahkan dalam segala urusan di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanahair.

Saturday, July 30, 2011

Mead Johnson, please reconsider the price of Enfagrow and EnfaKid

Baru-baru ni Mead Johnson telah menaikkan kandungan DHA dalam susu Enfagrow A+. Maka dengan itu, regenya pun naik jugak le. Banyak pulak tu, dalam RM10/tin! Gambar tu kat Giant Kota Damansara. Kalau sebelum ni regenya 2 angka aje. Sekarang ni dah jadi 3 angka.

Tiap-tiap bulan kami akan shopping susu anak dalam 10-15 tin. Enfagrow A+ untuk Aleesya dan Enfakid A+ untuk Adrianna. Perisa original sebab anak-anak saya sensitif (asma) dan tak digalakkan minum susu yang berperisa coklat, vanilla apatah lagi honey.

Bulan ni punya expenses still ok lagi sebab stok baru je dibeli pada harga lama. Bulan depan naiklah 10% untuk susu anak-anak sahaja. Dugaan. Yang kaya tokei susu tu la. Saleswoman Enfa suruh saya tulis note sebagai pengguna Enfa. Most of Enfa consumers tulis apa dalam tu tau? "Too expensive"... hehe...

Ini dia stok terbaru kat rumah kami. Cukupla sampai bulan depan. Boleh bukak kedai susu gayanya. Masa mula-mula beli susu ni dulu masa Adrianna baby, harganya dalam RM80+ je. Lepas tu naik, naik, naik dan naik lagi. Dulu-dulu berat 1 tin tu 1.8kg. Sekarang ni cuma 1.7kg je. Harga naik, tapi berat berkurang. Nak ngomel pulak... Sendiri pilih brand ni kan. Sendiri mau ingat la... hehe... Tin foils ada banyak tak hantar lagi. Nanti saya nak tulis surat lagi la kat Mead Johnson Malaysia. Kali ni nak buat ayat bunga-bunga sikit nak mintak voucher. Macam boleh?

Dear Mead Johnson, ooohh please la reconsider the price of Enfagrow and EnfaKid.

Sunday, June 19, 2011

Antara keluarga dan kerjaya

Tadi saje jenguk-jenguk album lama. Jumpa gambar budak chubby ni. Very the montelest masa ni. Bikini tu kak ina (babysitter) yang bagi. Tu pun anak dia pakai masa dah sekolah dah. Cik Aleesya ni pulak pakai masa umur setahun lebih aje.

Sekarang ni Aleesya dah kurang sikit chubbynya. Siiiiikitla :-P

Dua minggu lepas baru je admitted 4 hari kat Damansara Specialist Hosp. Pada usia 2 tahun 2 bulan sekarang, dah 8 kali keluar masuk hospital. Bayangkan berapa kali saya ambik emergency leave? ...dan setiap kali admitted, ambik masa dalam seminggu kecuali yang baru-baru ni je 4 hari. Dan company tu takde Compasinate Leave!

Kan start awal tahun ni saya satu-satunya manusia dalam IT Product Development team untuk MNC Wireless. So, bayangkan bila saya ber-EL, apa yang terjadi di office... Antara keluarga dan kerjaya... saya pilih keluarga.

Sebelum saya resign aritu, sempat juga saya bertanyakan soalan cepuemas kepada HR Manager yang nak meletup tak lama lagi tu. Anak pertama baru... tak faham lagi kot. Boss saya (IT team) pun baru nak menimang cahayamata pertama jugak. Lebih kurang macam ni, tapi saya cakap elok-elok la:

"If u see your baby having difficulty in breathing... would u just leave her and go to the office as usual... or would u bring her to the hospital and take care of her?"

Dia tak jawab la soalan saya, dia konar ke benda lain. Memang what the h...hampeh.

Begitulah... saya tender resignation letter. Saya kata saya dapat better offer *(^_^)*

Yang bestnya, hari saya submit surat tu, pagi-pagi lagi masa sampai office, laptop saya terus keluar blue screen, tak dapat diselamatkan. Laptop saya dah protes dulu la. Tak kisah pun, laptop company. Beberapa hari lepas orang Media Prima sms saya suruh standby sebab ada final Ultimate Power Superstar kat 8TV. Saya senyum je baca. Sorryla, saya dah tak kisah dah!

Teringat kisah Wardah, masa anak dia sakit akibat tragedi dulu, company dia sangat flexible dan supportive.

Berbalik kepada kisah gambar tu... anak-anak saya suka sangat mandi laut. Kalau balik kampung opah dia kat Seri Manjung, mesti nak ajak pergi Teluk Batik. Opah dan atuk pulak rajin bawak cucu-cucu dia jalan-jalan.

Walauapapun, semoga anak-anakku Adrianna dan Aleesya sihat selalu. Sihat dalaman tau. Sebab luarannya memang sentiasa 'sihat', chubby, montel dan tembam... hehe...

Thursday, April 14, 2011

Durian Oh Durian Lagi

Kat jalan Subang Bestari ni ada sorang pakcik jual durian. Duriannya semua sedap-sedap dan tak pernah mengecewakan. Pakcik tu dah kenal dah muka-muka kami yang selalu sangat membeli durian dari dia. Ini yang terbaru, weekend lepas. Sekali beli 7 biji. Semua isi kuning. Sedapnya tak terkata... hehe...

Sebut pasal durian, saya agak pantang nampak durian apatah lagi terrrbau aroma durian. Tambah-tambah pulak bau durian yang sedap punya. Terus kecur liur.... hehe... dan secara automatik akan rasa craving sangat-sangat nak makan durian.

Sebelum operasi makan, cik Adrianna dah menunggu dah sebab dia pun hantu durian jugak, sama macam ibu dia. Mr.Husband buat dono aje pasal tak geng. Aleesya tak ambik port, sibuk main basikal.

Adrianna kena posing dulu sebelum operasi makan durian. Ibu siap suruh tunduk kasi rapat lagi dengan durian. Inilah rupe durian yang reganya RM70. Isi terbaik!

Ala, gambar tadi serius sangat. Kena paksa posing lagi sekali... kali ni ibu suruh senyum tapi macam 'senyum tak jadi' je tu... hihi...

Disebabkan ibu tak puas hati dengan 'senyum tak jadi' tu, so ibu suruh Adrianna posing lagi sekali. Tapi kali ni langsung masam mencuka jadinya... haha...

Sebabnya Adrianna cakap "Ibu cepatlah, Adrianna dah lapar nak makan durian ni..." (sambil buat muka sedih tahap gaban). Terus jatuh kesian. "Oklah, oklah... kita bukak sekarang..." hehe... Aleesya makan jugak seulas... Ayah pulak, bila ibu dah siap bukak semua baru dia datang. Tak aci!

Aritu ada baca satu entri cakap pasal ghairah makan durian kat sini. Pape je la. Janji sedap *(^_^)*

Thursday, March 31, 2011

Aleesya is 2 years old today

Syukur ke hadrat Ilahi, our little chubby baby ni dah genap 2 tahun hari ni. Baby yang suka buat hidung seketul... Dua tahun yang penuh cabaran untuk anak kecil yang bernama Aleesya Sumaira. Cabaran yang mungkin lebih berbanding baby-baby yang lebih berusia darinya. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat kebahagiaan untuk kami. Semoga Aleesya sihat sejahtera selalu. Besar harapan setiap ibu dan ayah ingin melihat anak-anaknya berjaya di dalam hidup. Saya juga manusia biasa yang mengharapkan semoga Aleesya Sumaira Mohd Shaizwan menjadi seorang insan yang solehah, dengar cakap ibu dan ayah, rajin belajar, menjadi insan yang berguna kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Ayat yang agak cliche tapi yang nyata, itulah apa yang saya dan Mr.husband harapkan. Ibu dan ayah sayang Aleesya. Sepuluh tahun akan datang, entri ini dan gambar ini kan menjadi sejarah dan memori yang tak ternilai harganya... tulus kasih dari seorang ibu untuk anaknya *(^_^)*

Tuesday, March 22, 2011

Majikan Yang Sukar Memahami

Tahun lepas, 5 kali Aleesya masuk hospital. Disebabkan itu, saya terpaksa on-off ambil emergency leave (EL) dan MC. Tak pernah terjadi dalam sejarah career saya di mana cuti tahunan exceeded dan MC pun exceeded. Terpaksalah ambil unpaid leave hampir setiap bulan, menyebabkan gaji dipotong dengan tak bestnya! Dan lagi tak best bila HR langsung taknak faham.

Annual leave kat company saya ni 14 hari je. MC pula 14 hari juga. Leave pun sikit sangat!!! My previous company cuti 21 hari. Mr.Husband lagi best... 30 hari.

Leave juga menjadi semakin exceeded disebabkan arwah ayah yang menghidap Nasalpharangeal Carcinoma (cancer) di mana pada saat2 genting, we have no choice, other than in desire need to take EL as well.

Dan kebetulan tahun lepas saya kena chicken pox pula. Tau-taula chicken pox bukan sikit-sikit hari MC. Tension memang tension, tapi nak buat macammana kan. Tiap kali Aleesya admitted sampai 6-7 hari. Kalau dah 5 kali admitted, u do the Maths ye... hmm... tu pun saya dan Mr.Husband gilir-gilir jaga dia di wad. Baby mana boleh main tinggal-tinggal macam orang dewasa. Apa ke gil* itu pun susah sangat nak paham!

Those are such uncertain things that might happen to anyone. Tahun 2010 memang banyak dugaan. Pasrah je la. Mujur ada Asterisk Boutique yang menampung segala perbelanjaan di saat gaji ditolak sebab ambil unpaid leave. Diharap pengorbanan ini diberkati olehNya dan menguatkan semangat kami untuk menempuhi setiap dugaan dan cabaran.

About Aleesya, she was a very-very sangat chubby dulu. Lahir 3.01kg je. Lepas sebulan terus jadi 5.1kg. Masa dia 6 bulan, scale bacaan jadi 10kg! Start umur dia 7 bulan, Aleesya menghidap bronchiolitis. Same as her elder sister but hers is worse. Sensitive. Sejak itu, kami berulang alik ke hospital. Damansara Specialist Hospital dah jadi second home... Oh ya.. nasib baik ada insurans. Penting sangat tau ada insurance!

Berat Aleesya pun makin susut. Tapi tu pun orang masih cakap dia tembam... hihi... At two years old, now beratnya 16.5kg.

We are glad she is fine now. Alhamdulillah.

Awal tahun ni, ada tumor growth di badan saya. Lepas satu-satu dugaan. Alhamdulillah dah selamat operate. Cuti lagi!... kihkihkih... gelak je la. HR dah meroyan! Ate... nak buat macammana, saya pun taknak tumor-tumor bagai... tapi dah tetiba je tumbuh dan terjonjol dari kulit, tak ke scary... Alhamdulillah takde yang serius. Hasil ujian biopsy tu doktor cakap non-cancerous.

Bermula awal tahun ni, organization chart telah dirombak. Service and Product Development team tinggal saya sorang aje. What the h... (hancus...). Media Prima projects asyik masuk aje. Lagila susah nak cuti, so kalau ada emergency, boleh bungkuslah MNC.

Voting System untuk Mentor 'kami' yang buat which is actually I am the only one in the development team, so in another word...sayalah yang buat. I know all the result... all the percentage for each and every contestant. Salma in leading great!

Last year, wife CTO saya baru meninggal disebabkan leukemia. So, dia faham situasi kecemasan yang menyebabkan dia juga perlu kerap mengambil EL. Cuma HR ni je... haih!

Saya rasa sedikit kecewa dengan HR sekarang ni... haih! Tak tau la nak cerita macammana... story ends here je la :-P

Thursday, March 17, 2011

A for Adrianna, Aleesya, Ainul.. and Ayah

Pertama kali saya tunjukkan gambar ni pada Adrianna, ayat pertama yg keluar "Ibu, macam huruf A la..."

"Eh.. a'ah la... hihihi..." response spontan saya.

Saya gembira selepas sebulan bersekolah, Adrianna sudah kenal huruf dan nombor walaupun ditunjukkan tanpa mengikut susunan atau secara random. Sudah menghafal doa2 sebelum makan, selepas makan, naik kenderaan dan sebelum tidur dengan baik sekali beserta translation in English. Dia juga sudah menghafal Al-Fatihah... walaupun masih perlu diperbetulkan sebutannya here and there.. dan dia juga sudah boleh baca niat untuk bersolat.

"Usolli..." habis dia baca, dengan betul pulak tu, terharunya saya :-P Bila masuk bab maksud... "Sahaja aku solat fardhu zohor 2 rakaat kerana Allah taala"

Alamak. Salah rakaat la... hihi... macam masa saya kecik2 dulu jugak! Segera saya betulkan "Empat rakaat!" Tapi takpe, Adrianna budak baru belajar, kalau salah, ibu tunjukkan.

Lagu 'Anak nabi kita' dan '25 Rasul' sentiasa meniti di bibir. Saya pun ter-fail nak ingat betul2 nama 25 nabi mengikut susunan yang betul. Malu sendiri dengan budak 4 tahun 4 bulan ni. Dia juga sudah mampu membaca beberapa perkataan in English seperti yang diajar di sekolah... which is amat menggembirakan hati saya dan suami.

Tak sia2 kami hantar dia ke Genius Aulad.

Adrianna sangat bersemangat nak ke sekolah.. Even demam pun nak pergi jugak-jugak. Menangis2  minggu lepas bila saya kata "Adrianna kan demam, tak payah la pegi sekolah. Pergi rumah mak ye. Tidur. Rehat"

Tiap2 malam dia pasti akan buka buku dan 'study'. Yang comelnya, Aleesya pun akan turut serta. Lead by example!

Bila orang luar tanya apakah cita-citanya bila dah besar nanti, jawabnya "Adrianna nak jadi Dr.Adrianna..." jawabnya dengan penuh bersemangat even kami memang tak pernah pun ajar atau suruh dia jadi doktor. Mudah-mudahan, InsyaAllah... tapi doktor takde life la sayang...

Hehe... actually just nak share tentang perkembangan positif terbaru dari Adrianna since dia masuk sekolah ni. Alhamdulillah nampak keseimbangan ilmu fardhu kifayah dan fardhu ain yang diajar di sekolah. Kalau kita sendiri yang nak ajar rasanya takut tak terajar sebab constraint masa. Tambahan pula kami sentiasa sibuk dengan Asterisk Boutique.

Tiada apa yang lebih MENGGEMBIRAKAN dan MEMBAHAGIAKAN dari mendapat zuriat yg comel, pandai, berkelakuan baik, mendengar kata dan menyayangi kita dengan setulus ikhlas hatinya.

Friday, February 11, 2011

Curiosity is dangerous

Teringat satu kisah... Pada suatu hari, ketika di rumah kak ina (babysitter Adrianna dan Aleesya), Adrianna masuk ke bilik anak lelaki kak ina (Along). Dia duduk senyappp je dalam tu. Tetiba bila kak ina cari "Manaaalah Adrianna ni?"

Last2 jumpa kat bilik Along tengah buat operasi. Adrianna sedang bermain dengan pisau cukur. Dia cukur bulu kening belah kanan. Operasi terhenti apabila Adrianna terkezut kerana disergah oleh kak ina. Jadilah macam ni rupanya. Nasib baiklah kak ina sedar, kalau tak, mau seluruh kening dicarasnya. Oh tidakkk...

Agaknya dia sangat curious nak tahu bagaimanalah rasanya menggunakan pisau cukur tu. Tak pasal2 bulu kening 'botak' sebelah. Adoyaii... Sekarang dah tumbuh balik semuanya, dah nampak elok balik dah.

Curiosity is dangerous.

Curiosity itu penting tapi bila tiba bab2 yg negatif, ia jadi merbahaya. Curiosity jugak boleh menyebabkan orang jadi penyibuk, suka jaga tepi kain orang, suka bergosip dan macam2 lagi lah.

Masa saya kecil2 dulu, arwah ayah suka hisap rokok daun. Nampak best je. Dek kerana sifat ingin tahu yg sangat menebal dalam diri which is aka curiosity, saya sangat teruja untuk mencuba. Arwah ayah suka letak rokok daun + tembakaunya kat atas para dinding. Satu hari tu bila ayah takda, saya pun main2 la dengan rokok tu. Digentel2lah, diletakkan tembakau sikit, dan digulung2. Taraa, jadilah sabatang rokok yg sedia dihisap.

Dengan rasa curiosity yg menebal, saya pun nyalakanlah lighter dan berasaplah rokok tu. Sekali sedut terus wengg... terbatuk2. Sangatlah tak sedap. Pelik, kenapalah orang dok hisap!

That's it lah. Ini bab rokok, ada maafnya lagi. Tapi kalau bab dadah, janganlah sesekali nak mencuba even once. Confirm jadi ketagih. Alhamdulillah tak ada rasa curiosity ke arah itu :-P

Sama seperti kes masa ke Genting Highland. Dek kerana excited sangat sebab 1st time pergi Genting Highlands, saya rasa nak sangat naik Solero Shot. Nak rasa macammane rasanya. Selalunya tengok dalam tv aje.

Masa tu tengah berdating lagi dengan boypren (Mr.Husband). Saya dan encik boypren pun terus naik. Benda tu bawak kita naik ke atas perlahan2 sampai ke puncak. Tingginya! Masa tu kabus tebal sangat, so rasa macam dah naik ke awan. Pandangan putih. Tak nampak langsung kat bawah.

Bila Solero Shot tu mula bergerak turun ke bawah, saya rasa macam punggung dah tertinggal kat atas. Nak kata tengah duduk, tak rasa duduk langsung. Rasa macam nyawa tak berharga. Adrenalin memancut2 keluar. Menyirap ke seluruh badan. Masa tu rasa "Nak turunnn.. nak turunnn... pleasee..."

Of course la tak boleh. Kenalah lalui sampai habis. Bila sampai je kat bawah. Terus rasa tak berpijak di bumi yg nyata. Ketaq lutut! Tapi control cun la sebab tengah dating kan. Taubat taknak naik dah. Tapi encik boypren tersangatlah suka. Dia naik lagi... dan lagi. 3 kali. Saya jadi pemerhati je kat bawah. Idok ler teman nak join!

Itulah... nak sangat rasa. Rasakan. Kata orang, sendiri cari penyakit *(^_^)*

Tuesday, February 8, 2011

Adorable moments

From all the albums that we have, I really love this picture. It is adorable, isn't it? Adrianna kiss ayah sebelah kiri. Aleesya kiss sebelah kanan. Sweet sangat. Tu baru 2 orang anak. Kalau 3, 4, 5... hahaha... abis hidung ayah, dagu ayah, dahi ayah...

Sekarang ni, Aleesya, our 1 year 10 months 'big baby' dah mula ada extra demand. Selalunya kalau salam, Aleesya akan kiss pipi sebelah kiri atau kanan, kemudian pipi satu lagi. Lepas tu dia cakap "One more..."

Masa mula2 tu pelik jugak, so sua je la muka kat dia. Rupa2nya nak kiss dahi pulak. Kat situlah "one more" nya.

Compared to Adrianna, Aleesya agak lambat dapat mulut. Kalau Adrianna dulu, nak masuk 2 tahun dah petah dan clear ucapannya. Aleesya baru combine 2-3 perkataan. Contohnya:

"Nak aner?" = nak pergi mana? (pelat lagi)
"One more" = One more (clear)
"babai abu" = bye bye ibu (ibu jadi abu daa...)
"babai ayah" = bye bye ayah (tak pelat)
"nyenyum takpa takpa" = senyum, tak perlu kata apa-apa (lagu favourite dia, tak tahan!)
"dah abishh.." = dah habis

Adrianna pula, since dah sekolah ni asyik nyanyi lagu "Anak nabi kita ada 7 orang, 3 lelaki 4 perempuan... " sampai habis.

Sebelum makan, dia baca doa makan dengan kuat sekali beserta translationnya in English. "Thank you Allah for giving us food..." kat hujung2 tu merapu sikit, ibu pun tak faham. Tak habis hafal lagi tu, takpelah baru sebulan sekolah.

Belum masuk bab "Swear" yg teacher ajar. Saya pun tak ingat sangat, aritu ada baca kat sekolah, lebih kurang bunyi macam ni: "I am the khalifah of Allah, Nabi Muhammad is the messenger of Allah..." panjang lagi tapi tak ingat :-)

Syukur Alhamdulillah apa yang teacher ajar di sekolah dipraktikkan di rumah.

Orang tua2 bagi petua, kalau nak bagi hubungan adik beradik tu baik, kita kena satukan tali pusat diorang yg tertanggal tu. Maknanya, tali pusat anak pertama yg tertanggal masa baby kita kena simpan. Then, bila anak no.2 lahir, bila pusatnya tertanggal, letak dan simpankan sekali dgn tali pusat anak no.1 yg dulu tu. Wallahulam. Kami pun ada buat jugak. Tapi semacam je si kakak dgn si adik tak ngam. Kadang2 tu kamcing pulak. Biasalah budak2. Tapi selalunya kakak yang buli adik :-P

Bila kakak buli adik, ayah dan ibunya pun jadi Incredible Hulk. Arghh..Grrrr!!!

Tuesday, January 4, 2011

Adrianna and Genius Aulad

Esok adalah hari pertama persekolahan our 4 years 2 months Adrianna di Genius Aulad, Kota Damansara.

Perasaan Adrianna, tak terbendung ke-excited-tan yang ditunjukkan. Perasaan ibu dan ayah sangatlah gementar. Bagaimanakah reaksi dan penerimaan Adrianna esok. Masa sessi Open Day aritu, dia nampak sangat happy bila ditunjukkan kelasnya, 5 Kaherah (5 years old class sebab dia lahir tahun 2006). Hopefully kegembiraan itu berkekalan... InsyaAllah.

Genius Aulad ada 2 sessi. Sessi pagi pada pukul 8.30 ke 11.30 pagi. Sessi petang pula pada pukul 2.30 ke 5.30 petang. Ada waktu rehat, makanan disediakan.. dan ada kelas fardhu ain dan kelas mengaji untuk setengah jam yang terakhir setiap hari. Adrianna masuk kelas sessi pagi pukul 8.30 ke 11.30 pagi. Ish, kalau petang mau mengantuk agaknya. Kelas pagi cepat penuh tapi kami antara yang terawal mendaftar. We booked as early as April 2010. Walhal dia start registration bulan October 2010. See, how excited we are.

Adrianna keep reminding her ibu and ayah that she'll go to school NEXT YEAR. Yes, dia sangat tak sabar menunggu 'TAHUN DEPAN' tu. Even yesterday pun dia cakap "Tahun depan Adrianna nak sekolah". 'Tahun depan' dah jadi 'minggu depan'... dan dah jadi 'esok' sekarang!

Yuran pendaftaran mengalahkan yuran kami masuk UiTM dulu. Total yuran 1st + 2nd term + materials (setahun) ialah RM738. Uniform pula RM38 sepasang. Kami ambil 4 pasang (RM152), boleh tahan sampai tahun depan kot. Planningnya 6 tahun nanti pun kekal di situ. Yuran bulanan RM238. Baru bayar yang bulan January je. Kena bayar tiap2 bulan. Transportation pula RM42 untuk registration, RM42 lagi untuk bulan January (one way je), sebab pagi2 saya hantar. Balik je naik van sekolah, hantar ke rumah babysitter tak jauh dari situ. Dijangka ada beberapa tambahan bulanan seperti buku2 bacaan yang baru, baru beli satu buku RM6.90.

Total spent baru2 ni untuk Adrianna di Genius Aulad - RM1,218.90

Dan setiap bulan kena prepare RM238 yuran bulanan + RM42 van sekolah + misc = approximately RM300.

Agak lama juga kami survey tadika mana yang sesuai. Last2nya, terpikat dengan Genius Aulad jugak.

Mereka menggunakan 100% English di sekolah.

Disebabkan saiz badan Adrianna yg agak tinggi dan chubby, dia perlukan uniform saiz XL tapi sekarang ni takde stok... Baju saiz L agak muat2 tapi cawat seluarnya agak pendek. Cikgu suruh dia pakai baju lengan panjang dan seluar temporarily... tapi kesian la kat dia nanti lain dari yang lain. Everyday asyik tanya uniform dia, tup2 tak dapat2 lagi... Sebagai alternative, saya beli juga 2 pairs saiz L, InsyaAllah boleh pakai esok, cuma seluar mungkin kena pakai yg lain... but at least tak differ from other sangat kan... not obvious!

Last week balik Jengka, Adrianna picked 2 tupperware kat kedai, satu tu color kuning gambar Pooh, satu lagi color kuning gambar spongebob. Adrianna cakap "Adrianna nak bawak pergi sekolah. Nanti ibu masak, letak dalam ni..."

Wahhh... besarlah harapan Adrianna supaya ibu masakkan breakfast untuknya setiap hari.... hehehe... Chaiyuk Adrianna. You can do it! As brave as ibu, as smart as ayah... You are our 'big' girl. Loveeee Adrianna *(^_^)*

Tuesday, December 14, 2010

Shaizwan's 30th Birthday

Selamat Hari Lahir kepada Mr.Husband terchenta, Mohd Shaizwan bin Mohd Saffian. Semoga bahagia dengan Ibu, Adrianna dan Aleesya. Moga dimurahkan rezeki kita. Murah rezeki suami maka murahlah rezeki isteri *(^_^)* Dah masuk angka '3'... hihi...

Malam tadi Mr.Husband ada dinner Maybank. Balik pukul 12.30am. Masa buka pintu, Adrianna jerit "Selamat Hari Jadi Ayah". Bagi kad Mickey Mouse yang ditulisnya sendiri. Adrianna baru nak sekolah tahun depan tapi dah mula belajar menulis. Mr.Husband bawa balik banyak belon hidrogen. Melompat-lompat dua puteri itu. Rasa 'gegar' & gamat rumah akibat lompatan tanpa henti dua orang budak montel. Tidur lambat pulak tu.

Aleesya suka cium bunyi meletup-letup kat pipi ayah.. dan meninggalkan amilase segar di situ. Basah habis. Pagi tadi di rumah babysitter, Adrianna cakap, "Mak, hari ni birthday ayah". Semoga Mr.Husband dikurniakan olehNya kesihatan yang baik, peningkatan dalam kerjaya dan happy happy happy, dirahmati oleh Allah swt.

Friday, December 10, 2010

5th Wedding Anniversary

Lima tahun yang pertama adalah tahun yang penuh cabaran dalam sebuah rumahtangga. Back to last 5 years, kami diijabkabul pada 10 Disember 2005 di Masjid Jengka 16, dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan rakan taulan kedua belah pihak. It was a very simple majlis indeed. Kenduri diadakan sekali dengan pemberangkatan mak dan ayah saya ke Tanah Suci. Kami nikah gantung, kalau ikut istilah orang Melayu. Lepas mak ayah balik dari Mekah, baru buat majlis resepsi.

Kenal tahun 1999 di UiTM Arau, tapi awal tahun 2001 baru coupled. Saya konvo di UiTM Shah Alam pada April 2005. Sebulan lepas tu bertunang, dan Disember nikah. Dah jodoh. Cinta Kampus. Dating pun kat library. Ececehhhhh! Kami lawan dalam study walaupun dua-dua course lain-lain. Saya jurusan Intelligent System (AI), boypren masa tu ambil Accountancy. Kami lawan pointer. Bila sama-sama dapat Dean List (DL), kitorang celebrate la. Bestnya masa tu.

Tapi tentulah dia lebih pandai dari saya :-P Mr.Husband dulu pemegang Anugerah Khas batch kami di UiTM Arau tahun 2001. Dari semua student dan semua courses, dia sorang je terpilih. Best student untuk satu kampus jurusan Diploma. Wahh, betapa bangganya saya selaku girlfriendnya... hihihi...

Lepas tu kami sambung Degree di UiTM Shah Alam. Cintun tu cintun jugak. Study tetap no.1. Dalam pelajaran kami fight. Kadang-kadang saya menang. Kadang-kadang dia menang. Eh tak... selalunya dia yang menang. Buktinya, dia dapat Anugerah Biasiswa Maybank, saya pun apply juga masa tu, tapi tak terpilih :-P

Kalau nak cerita bab couple ni, saya sangat naif. I have no experience at all. He is the first. Dia pun, I am his first too. Pertama yang membawa bahagia. Jodoh pada yang pertama. Alhamdulillah.

Kami sempat menyewa setahun sebelum memiliki kediaman sendiri. Masa tu saya dalam pantang lepas lahirkan Adrianna, our first baby. Bagi kami rumah no.1, kereta no.2. Takpelah pakai kereta cabuk pun asalkan ada rumah sendiri. Giler punya struggle nak beli rumah. Masa tu saya baru 25+ tahun, suami 26+. Kami bukannya orang senang. Kereta yang kami ada tu dibeli pada tahun pertama suami saya berkerja dan masa tu saya masih study di tahun akhir. Saya guna pergi kelas. Dia pakai motor je pergi kerja. Sweettt.

Dah 7 tahun tak tengok wayang. Since kitorang serius bercintun, memang dah tak jejak panggung wayang. Kononnya nak berjimat. Sangat berjimat hokeh! Jimat membawa berkat.

Guess what, tiket pergi Kuching pun dapat free dari Air Asia. Kami booked betul-betul lepas kawin. Kira honeymoon la. Pastu boss saya bagi hadiah kawin berupa 3 hari 2 malam kat Strawberry Park Resort. Best sangat! FREE beb... Bukankah sangat indah bila honeymoon anda ditaja. Walaupun bukan ke Paris, London atau New York tapi Kuching dan Cameron Highland pun best apa.

Itu kenangan masa sebelum dan awal-awal perkahwinan. Indah. Hari-hari pun indah. Kalau tanya bab gaduh.. well.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ayat standard.

Lima tahun yang berlalu mematangkan kami. Kelahiran 2 puteri penyeri hidup, tambah mematangkan. In fact, mengeratkan. One word that every couple adores: BAHAGIA. Hope we will live happily ever after. InsyaAllah, moga Dia mengizinkannya. Moga Allah murahkan rezeki kita.

Thursday, November 18, 2010

Adrianna is 4 years old today


Alhamdulillah hari ni 18 November 2010, our chubby girl Adrianna Sofea binti Mohd Shaizwan genap 4 tahun. Tahun depan dah nak sekolah. Tak sabar dah tu. Tiap-tiap pagi dia cakap "Adrianna nak pegi sekolah". Huh, sangat excited dan bersemangat habis. Keterujaan itu mendorong Adrianna untuk menyiapkan kerja-kerja penulisan yang kami assign padanya. Actually kitorg ada beli buku tulis ABC. Dia memang suka sangat. Malam-malam buat 'kerja sekolah'. Willing sangat-sangat.

Syukurlah. Harap-harap semangat itu marak sehingga Adrianna besar, masuk U (InsyaAllah) dan berjaya menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. OK, bunyi stereotype, tapi yes it's true.. itu impian semua ibubapa :-) kan kan...

Gambar di atas masa Adrianna 1 tahun. Chubby... and even now, still! Atas timbangan 30kg. Saiz baju 14. Saiz seluar 13. Sangat panjang, jenuh kena lipat.. tapi pada bahagian pinggang dan pinggul memang ngam. Terfikir sejenak, syarikat pengeluar baju kanak-kanak ukur saiz budak yang sangat kecik ke untuk dijadikan standard saiz? Jauh sangat angka 4 dan 14. Saiz 4 tu Aleesya yang pakai sekarang.

Soalan standard oleh salegirl/promoter di shopping complex: "How old?"
Jawapan saya ialah soalan: "What is the biggest size?"

Definitely 14. Most of branded children attires paling besar 14 tahun. Tanyalah Miki, Hush Puppies, Poney, Disney...

Adrianna lambat lagi nak 14 tahun :-P

Lepas ni Adrianna sudah tidak layak untuk shopping di bahagian baju kanak-kanak lagi. Sudah tak relevan. Kami perlu ke bahagian dewasa. Saiz S dewasa mungkin.

Memangla sama macam ibu dan ayah masa kecik dulu. Chubby dan CUTE kan. What a genetic... Perkataan CUTE itu sengaja di-capital-letter-kan... muahaha...

Monday, November 15, 2010

Penting tau ada insurans!

Alhamdulillah Aleesya dah discharged semalam. Kali ni 6 hari 5 malam kami berkampung di Damansara Specialist. Nurses kat situ dah kenal dah. Tiap kali masuk mesti ambik masa paling kurang 5 hari. Oh Aleesya, please ye... no more after this. Yang admitted masa raya puasa aritu pun belum claim lagi, ni dah datang claim baru pulak. Pengsan la ko Prudential. Oh ya, segala bil semasa admitted telah ditanggung sepenuhnya oleh Maybank. Terima kasih Maybank. Itu akan menjadikan suamiku lebih setia kepadamu. Maybank sangat baik hati sebab cover unlimited.

Claim Prudential tu untuk personal insurans, hospital allowance. Lihat betapa pentingnya ada insurans. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada anak-anak kita. Kami ambil insurans untuk anak-anak since mereka dalam pantang lagi. So, if anything happen, tak worry sangat. Bab bil memang tak risau pasal Maybank akan cover; company insurance. Pergilah hospital mana pun. Cuma bab personal expenses. Duit makan, fuel keta ulang-alik rumah-hospital, duit gaji ibu yg kena tolak sebab ambik unpaid leave sebab annual leave dah abis, entertainment untuk Aleesya sebab kena beli toys/bears kasi dia ceria sikit sebab tekurung dalam wad etc... tu semua kita claim la kat Prudential.. ngengenge...

Untung bukan? Hidup anda ditaja bila anda sakit.

Terpulang la insurans mana pun. Kena bayar RM100 je sebulan, but even for uncertain... tapi kalau anything happen, memang sangat berbaloi-baloi. Yang penting untuk education plan dia nanti sampai umur 18 tahun. Insurans Adrianna RM100, ayah RM150, ibu RM170... plus Aleesya RM100, total untuk sebulan, ermmm... boleh tahan...

Just sharing je...

Kalau admitted sehari, boleh claim RM300. Kalau seminggu = RM2100. Terpulang kepada polisi anda, macam suami saya boleh claim RM400 sehari. Kalau macam Adrianna dan Aleesya dah masuk hospital 8 kali, tiap kali masuk at least 5 hari. So, approximately dah earned RM... Memang dah cover duit premium insurans tu untuk bertahun-tahun.. sampai umur diorang 5-6 tahun FREE.

So, carilah mana-mana ejen insurans dan sign up la sekarang untuk anak-anak anda. Jangan nanti bila terhantuk, baru terngadah.

Oh ya, ni ejen Prudential pilihan kami, sangat berdedikasi dan jujur dalam kerjanya. En.Shukor ni kawan sepejabat saya masa kerja kat Dagang Net dulu, lepas tu dia resign dan buat full time Prudential. No handphone En.Shukor 019-2746911. Info boleh dibaca di website prubsn2u.

Oh ya, cakap pasal ejen, En.Shukor ni ejen insurans suami saya, Adrianna dan Aleesya. Bukan ejen saya. Kenapa pulak? Sebab saya yang mula-mula ambil insurans dulu, saya tak tahu yang En.Shukor ni ejen. Saya dah ambil dengan orang lain. My agent is the worst agent on earth. True. Pemalas dan pemalas dan suka tukar no telefon, jadi clients dia susah la nak call. Nak tukar ejen dia tak layan. Wah, sangat worst. Segala claim saya, saya usulkan kepada En.Shukor walaupun dia bukan ejen saya, tapi sangat baiklah sebab willing to help me. "Kalau ada anak lagi (InsyaAllah), kitorang ambik dengan ko lagi yer". Kembang semangkuk kah En.Shukor jika dia terbaca posting ini? Biarkanlah dia kembang dengan Mercedes barunya.

Again, just sharing je...

Wednesday, November 10, 2010

5th time in year 2010

Ni kali ke-6 Aleesya admitted. Kali ke-5 untuk tahun ni. Tahun lepas sekali. Aleesya memang sensitif. Kelmarin, masa nak ambik kat rumah babysitter, Kak Ina cakap Aleesya muntah 2 kali. Banyak. Balik tu kami terus bawak pergi klinik. Masa sampai depan klinik, Aleesa muntah lagi dalam kereta.... dan cirit sikit.

Masa masuk bilik doktor, 1st doktor cakap "Eh.. dah kurus sikit ye". Bukan saya! Aleesya lah. Cuma makin meninggi kot, sebab berat 15kg untuk baby berusia 1 tahun 7 bulan dikira besar la jugak kan. Doktor cakap maybe Aleesya salah makan. Itu early diagnos dia katanya. Time ni dia tak demam lagi.

Balik rumah, Aleesya cirit lagi. Kali ni banyak sangat sampai meleleh2 macam air kencing tu tahap kecairannya. Very3 watery. Masa saya buka diaper dia, cirit dia tumpah... habis lantai bilik air. Boleh bayangkan betapa cairnya?? Lepas tu kami bagi Aleesya makan ubat. Minum air ORS. Muntah lagi. Perut pun kembung. Kami force dia minum susu pakai syringe. Malam tu saya test kat tangan dia, macam dah mula nak dihidrat.

Saya dah mula risau dah tapi suami cakap tengokla esok macammna.

Bangun pagi pukul 5.30am. Ada bau. Aleesya cirit. Banyak sampai tumpah2. Cairnya. Taknak minum susu. Makan pun taknak. Lepas tu ayah bagi minum Milo. Itu je yg dia nak. Ok la tu. Lepas je minum Milo dalam setengah kotak, dia terus wekkkk... sudden giler. Takde batuk2 langsung. Tiba-tiba je keluar. Whatever yg masuk, semua keluar samada muntah atau cirit. Perut kosong. Lepas muntah tu, dah lap-lap dan tukar baju, dia pergi ambik balik kotak Milo tadi dan minum baki lagi setengah tu sampai habis dan pergi kat saya dan cakap "Dahhhhh...". Alahai kesiannya, lapar tapi perut taknak terima.

Saya dan suami dah pakat-pakat tak pergi kerja sebab nak bawa dia pergi klinik lagi. Tangan dia pun dah mula pucat. Sampai kat klinik, doktor terkejut sebab muka ni lagi, malam tadi baru datang... hihi. Suhu dia masa tu 37.7oC. Doktor terus refer ke hospital sebab nampak lebih teruk berbanding malam tadi. Pagi ni dia pasif walhal Aleesya ni tersangatlah aktif sebenarnya.

Kami terus hantar Adrianna pergi rumah Kak Ina dan terus ke Hospital Pakar Damansara, emergency unit. Suami hantar dulu sampai ke emergency sebelum dia cari parking. Masa tunggu kat emergency tu saya letak dia kat kerusi tempat budak2 main sebab dia insisted nak duduk kat situ. Saya biarkan dia main-main sambil tengok tv. Tiba2 ada bau. Hidung saya ni memang peka gaban. Kalau yg berbau please la jangan duduk dekat saya, deria bau saya akan aktif dan naik ke otak. Aduhh sakit tau! Tapi ni bukan bau body odor tapi macam bau poo.

Saya tengok Aleesya ok je. Lepas tu dia bangun dan nak pergi ke kerusi satu lagi. Masa tu la saya nampak ada poooo (cair) kat tempat dia duduk tadi. Alamak! Saya terus panggil nurse. Hehe... Sorila ye, anak saya terkincit.

Aleesya nak jalan-jalan, tapi dengan poo yg sarat tu tentulah saya tak benarkan. Saya kata kat Aleesya "Kita tunggu ayah ye". Lepas tu dia terus jerit-jerit kat emergency area tu panggil "Ayahhhh.. ayahhhh.. ayahhh..". Comelnye la! Ayah tengah cari parking la.

Procedure biasa, nurse akan check dulu, lepas tu baru masuk bilik doktor. Masa nurse check tu, suhu dia dah naik ke 39.9oC. Walhal kat klinik tadi baru 37.7oC. Cepatnya naik! Lepas dah basuh poo dia, nurse masukkan ubat kat bontot dan lap seluruh badan Aleesya sebab terlampau panas. Menangis2 dia sebab tak selesa dipegang. Then, baru masuk bilik doktor. Doktor tahan wad. Aleesya dah dihidrat.

Bila dah kena tahan wad dan dihidrat, tentulah kena cucuk drip dan ambil sample darah. Ni yg thrill ni. Nurse pegang tangan kiri Aleesya. Tepuk-tepuk, tekan, sembur liquid dan tepuk lagi dan lagi dan lagi. Tak jugak nampak-nampak urat si Aleesya yg montel ni. Hmm... tu pun doktor cakap dah kurus sikit... hehe.. Lepas gagal dengan tangan kiri, nurse beralih pula ke tangan kanan. Again, ditepuk-tepuk, direnjis-renjis, dipilis... ditekan2, jenuhla jugak... jumpa la satu urat ni. Lepas cucuk je, darah dia keluar sikit je. Dapat satu sample je. Nak kena ambil 3 samples. Lastnya, keluarkan balik drip tu sebab tak sampai ke urat, cuma menembusi daging je. Fuhhh.. Thrill kan! Nurse tu cakap, takpelah mintak doktor buatkan. Dia surrender nampaknya.

Memang tiap kali masuk hospital, Aleesya mengalami masalah susah nak cari urat... tembam!

Masa kat wad, dia cirit dan muntah lagi. Dr.Musa yg cucukkan drip. Itupun setelah jenuh ditepuk2, ditekan, direnjis-renjis dipilis lagi :-) dan siap pasang spotlight. Kena masuk air. Tapi machine tu asyikkkkk berbunyi, sebab air tak dapat masuk. Ishh. Memang rimas betul la bunyi dia, bingit. Air tak masuk sebab drip dia dekat joint pergelangan tangan (dah tu kat situ je jumpa urat!). Kalau dia bergerak, dagingnya akan berlipat, jadi air tak masuk, maka 'menjeritlah' machine tu. So, machine tu dah kena OFF. Maka tak masuk la air. Kesian Aleesya tak bertenaga.

Hari ni ayah dia yg jaga. Saya kena kerja. Kalau tak, kena potong gaji. Cuti dah habis. Cuti semalam tu pun unpaid leave. Pagi tadi Dr.Musa cakap, ada kuman dalam perut Aleesya. "Kuman tu kuat!" Hah, kuat???

Diaper dari malam tadi kering. Aleesya tak kencing. Masih dihidrat. Alhamdulillah dia minum susu 120ml pagi tadi dan tak muntah. Rasa berat hati nak tinggalkan Aleesya tadi, tapi apakan day, tuntutan kerjaya. Ini menguatkan cita-cita saya nak berhenti kerja la rasanya. Arghhh...

Wednesday, September 22, 2010

Berbuka puasa di Saloma

Pada bulan Ramadhan baru2 ni, kami sempat berbuka puasa beberapa kali di luar. Tempat yg kami tak boleh miss seperti tahun sebelumnya ialah Saloma Theater Restaurant. Frankly speaking, juadah tahun lepas lebih sedap dari tahun ni. Kecewa sikitlah hari tu. Cuma saya suka sangat dengan apam balik dia, sedap! Teringat arwah ayah suka makan apam balik.

Sebelum ke Saloma, kami jalan2 di sekitar taman KLCC dulu. Bawa anak2 tengok air pancut yg lama dan tinggi tu. Cantik. Excited budak2 tu. Aleesya macam nak terjun dalam air. Jenuh ayah kejar. Ni la tempat kami dating dolu2.

Lepas tu kami ke Saloma untuk buka puasa. Adrianna dan Aleesya makan banyak jugak nasi minyak. Aleesya 'suap' sendiri., taknak ibu suapkan. Dah besar, nak berdikari. Adrianna pula tak sabar nak tengok show. Kami sengaja booking meja belah dalam theater restaurant sebab nak tengok pertunjukan kebudayaan. Orang Malaysia sendiri pun tak pernah tengok persembahan budaya macam tu (last year was my 1st time at the same place, kali ni 2nd time la). Seronok jugak. Actually dalam dewan tu tak ramai pun org Melayu, ramai pelancong2 luar dari Timur Tengah, China, Eropah etc. Dishes semuanya tradisional. Sesuaila sebab nak kenalkan Malaysian Food pada tourists. Show memang entertaining. Cuma foods yg last year lagi beshhh... esp bubur pulut durian. Yummy! We expected tahun ni pun ada, tapi takde pun... keciwa. Nasib baik ada apam balik sedap, cover balik kekeciwaanku yg sememangnya hantu durian ni *(^_^)*

Friday, August 6, 2010

Happynya anak2 kami dah 'bebas'

This is not a good entry.. Talking about someone's bad but I am an ordinary human being.. I just shocked meeting these kind of peoples. I rarely update my comment on Facebook but last few days I wrote this:

"Pagi ptg bg 3 anaknya mkn keropok, aiskrim. Kluar rmh x pkai slipar. Biar anak duduk2 @tangga flat yg kotor. Rmbut penuh kutu smpai melompat atas kpala Adrianna. Anak kena HFM, dia kata ChicPox; bjangkit to Aleesya & Afiq. Klo anak sakit,beli ubat @farmasi je, not clinic. Bahasa laser. Pagi tadi, kakIna ckp dia dah x jaga 3 bradik tu lg. Dlm hati sy "Alhamdulillahhh"... Terhindarla sudah anasir2 buruk kpd anak2 sy."

The wording was shorted due to limitation of the words per comment in Facebook.

Sebenarnya saya sangat gembira (muahahahaha...) bila kak Ina cakap yg dia dah tak jaga 3 beradik tu. Tak, saya tak jahat...

Ini kisah benar ye.

Kisah yg pertama:
Satu petang masa nak ambil Adrianna Aleesya, kebetulan si Tutt (disensorkan nama) tu pun ada utk mengambil anaknya. Kak Ina mengadu pada si Tutt "Tghari tadi akak nak suap nasi, si X (anak 1st si Tutt) tepis, habis tumpah nasi"... si X masa tu dah 6 tahun. Saya buat2 tak dengar, taknak masuk campur. Rupanya2 baru saya tau, anak2 si Tutt ni suka melawan.

Kisah yg kedua:
Menurut Kak Ina, anak2 dia yg bongsu (masa tu setahun) selalu demam, selsema, batuk... tapi mak ayahnya tak bawak pergi klinik pun, cuma pergi farmasi je. Yg tak sedapnya, virus2 tu boleh menjangkiti baby2 lain yg kak Ina jaga. Kata kak Ina lagi, pagi2 lagi si Tutt & suaminya bagi anak2nya makan aiskrim... keropok macam chickedees tu. Adoyai...

Kisah ketiga:
Kak Ina tinggal di tingkat 3, si Tutt di tingkat 2. Tiap kali (diulangi... tiap kali.. tiap2 hari), tiap petang masa saya nak ambil anak2, mesti lalu tepi rumah si Tutt dulu. Anak2nya mesti sedang bermain di koridor ataupun di tangga. Tak pakai kasut. Ada sekali tu saya saja2 tegur budak2 tu "Kasut mana?".. dgn nada manja je la, kan tegur budak2... Sekali tak perasan si Tutt ada di muka pintu... huhu... segan gak aku! Dia terdengar agaknya.. terus dia jerit kat anak dia "pakai kasutttt".

Kisah keempat:
Satu hari tu, kak Ina cakap anak si Tutt yg bongsu tu kena chicken Pox, kemudian Afiq (baby lain) pula kena Hand Foot Mouth Disease (HFMD). Tiba2 malam tu naik benjolan2 pada leher Aleesya. Esoknya paginya pula naik pada kaki dan tangan. Aduhai. Terus admitted @ Damansara Specialist. Menurut kak Ina, Symptom pada anak bongsu si Tutt tu bukan chicken Pox tapi HFMD sebab bintik merah tu hanya naik pada kaki, tangan dan muka si bongsu tu, di badan takde, tapi mak ayahnya buat tak tau je. Nasib baik tak berjangkit pada Adrianna. Selepas seminggu Aleesya discharged, saya terserempak dgn si Tutt di tangga. Dia menanyakan keadaan Aleesya. Katanya "Tak tau pun si bongsu tu kena HFM, ingatkan chicken pox.." Dalam hati saya... Aihhh, boleh main 'ingat-ingat' lak... Awak tak bawak gi check kat doktor ke???

Kisah kelima:
Kadang2 masa saya balik petang2 tu, ada pakcik jual roti dan keropok pakai motor. Anak2 si Tutt ni mesti turun dan beli keropok...Apalah khasiat budak2 ni dapat? Adrianna pun nak la jugak, pengaruh rakan sebaya. Tapi kami memang tak bagi anak2 kami makan keropok sebab mereka ni sensitif. Takut kena asma. Nanti siapa yg susah... akakkkkk jugak!

Kisah keenam:
Menurut anak si Tutt yg sulung, anaknya2 yg berusia 7, 5 dan 2 tahun semuanya mandi sendiri, basuh ber*k sendiri... Agak2nya bersih ke? Yg bongsu tu kakak sulongnya tolong basuhkan. Cuma kalau di rumah kak Ina je baru kak Ina yg mandikan budak2 tu.

Kisah ketujuh:
Pada suatu hari, kak Ina call saya. Dia kata, dia ada jumpa 25 ekor kutu atas kepala Adrianna. Terkezut saya. Saya hairan dapat dari mana... rupanya2 menurut kak Ina, 3 beradik tu penuh kutu atas kepala. Kalau budak tu lepas mandi, tekap towel atas kepala pun boleh melekat kutu2 tu pada towel. Eeee... scary giler. Dan dgn jayanya kutu2 itu telah melompat ke atas kepala Adrianna. Yg hairannya, rambut anak2 dia semuanya nipis2 aje. Kalau bagi shampoo kutu, gerenti boleh hilang punya. Saya pun terus beli shampoo kutu, sental2 kepala Adrianna. Tapi kak Ina cakap dia dah carikan atas kepala Adrianna sampai habis. Saya tanya kak Ina, mak ayahnya tak beli shampoo kutu ke... but kak Ina cakap "Mak ayah dia pun ada kutu" ... Hah???

Kisah kelapan:
Pada suatu hari kak Ina pergi ke rumah si Tutt ni. Nak ambil barang keperluan anak2 si Tutt. Si Tutt pergi kerja. Bila masuk je rumah si Tutt... masyaAllah! Cukuplah diringkaskan di sini bahawa kalau dia buat open house, rasanya takde selera la nak pegi. Bayangkan betapa rumahnya dipenuhi virusss/bakteria...

Ada lagi sebenarnya tapi cukuplah 8 kisah tu je. Wahhh, agak mulut tempayan cikit hari ni...

Nak jadi cerita macammana kak Ina dah taknak continue jaga tu, sebab si Tutt ni kerja hari Sabtu. So susahlah kakak tu nak ke mana2, kenduri2 kahwin atau balik kampung. Si Tutt pula jenis susah nak negotiate. Selalunya kalau kak Ina nak cuti, dia akan bgtau awal2 pd kami. Actually si Tutt ni baru lagi tukar kerja. Sebelum ni dia bekerja sebagai guru Pafa (diulangi... guru Pafa! Ustazah ye Tuan2 dan Puan2...), tak kerja pun pada hari Sabtu tapi since dia tukar kerja lain, kena kerja pada hari Sabtu pula.

Memandangkan anak2 si Tutt yg 1st & 2nd tu lebih tua dari anak saya Adrianna, jadi tentulah setiap kelakuan, bahasa dan cara mereka mudah menjadi ikutan Adrianna. Budak2 mana tau baik buruk melainkan kita yg mewarnakannya.

Kini, saya dan suami SANGAT gembira kerana:
1) Anak2 saya tak terdedah kepada kelakuan2 yg "kurang ajar"
2) Anak2 saya bebas dari ancaman kutu
3) Anak2 saya bebas dari ancaman virus2 yg dibawa oleh ke3-3 kanak2 tu

Wahh, entry ni sangat humiliate.... ampunkan saya... saya manusia biasa. Sekadar berkongsi pengalaman dan ceritera hidup yg mewarnai hidup saya, suami dan anak2... haruslah nak raya esok kena gi mintak maap ni *(^_^)*