~cupcakes~

~cupcakes~

'thanks ' ..kpli 1.04....
aktiviti yang menyeronokkan....... :) sebab masa tu terasa tak tahu nak buat apa.... tulipss & kawan-kawan ke tapak pameran anjuran kpli.... pameran tentang kanak-kanak berkeperluan khas...

banyak info yang kami dapat dan aktiviti sebegini sepatutnya kerap diadakan agar warga IPG lebih peka dan tahu tentang kanak-kanak berkeperluan khas....



aktiviti paling menarik..................JOM HIAS CUPCAKES & DONUT.....




~assembly~251010







~tahniah buat semua penerima Anugerah Hari Q

bittaufiq wannajah fil imtihan.. insyaAllah...

Berkahwinlah Kerana Agamanya


MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

• Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ;


“ Satu keturunan yang sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34)

• Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ;

“Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”

• Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian .”



Dalam riwayat lain ada disebutkan ;

“Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”

• Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w.


“ Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )



• Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya ,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan.Siapa yang mengahwininya keran hartanya,perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya,memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim ,Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya” (hadits riwayat Abu Nuaim)

Ingin penulis berkongsi bersama kalian dengan kata-kata ini dari Dr. HM Tuah
Iskandar Al-Haj yang menyatakan ;

“ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi sepenuhnya” dan “Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang”


Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada kali ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika bersama kalian …Wallahu’alam..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …
Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya…
Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya…
Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya…
Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN…

sumber : asasian.net

KEK BATIK :)

MUDAH & CEPAT DIESDIAKAN ... :)
(thanks to cik dewi cz sharing dis recipe)

bila terasa nak makan...buat jer.....jangan beli kat kedai.....air tangan kita lagi terjamin dan bersih... :)



BAHAN..

1 paket biskut marie ~ 1/2 tin susu pekat ~ 1/2 buttercup ~ 3sudu air / susu segar ~ 1 paket milo ( paket kecik )

cara - cara ....

sangat mudah....

-cairkan buttercup + susu + milo + air / susu

~tutup api

~patahkan biskut ~ gaul sehingga rat

~ padatkan di dalam bekas......

ready to eat........

p/s :bg yg tinggal kt hostel, gune rice cooker pn ok....
: lagi sedap., simpan dalam peti sejuk... :)

~puding trifle~




bahan :

1 kek gulung / kek coklat / dll.... 1/2 paket kastard 1 paket jeli ( nona ) gula ( secukup rasa ) 1 tin susu cair coctail / nata de coco

cara-cara : layer 1 : potong kek dan susun dalam bekas ~ kemudian basahkan kek dengan air coctail

layer 2 : panaskan api / guna rice cooker :) ~ panaskan susu cair + gula + kastard ~ kemudian tuang atas lapisan kek...

layer 3 : larutkan jeli ~ kemudian tuangkan atas layer 2 ( lapisan kastard )


~ siap~ready to eat

* untuk elakkan kastard berketul, kacau di dalam gelas dengan menggunakan air panas / air suam....

* kurangkan manis ~ lebihkan air sedikit yer........ jeli dalam paket sangat manis....

JAGA KESIHATAN~ :)

P/S : KURANG MANIS DALAM MAKANAN~ TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN :)

SENYUM SELALU :)

perhimpunan kebangsaan guru 1 malaysia


~16 oktober 2010 ~

~ stadium putra, bukit jalil ~










panggilan keramat 'cikgu'
menggamit rindu..pada kita yang pernah berguru...
budimu yag diapungkan di dulang ilmu...
dikenang dan diingati selalu....
segunung budimu selaut kasihku.....

..............nukilan...........
hj megat md salleh md arshad, 11 sept 2010 / 2 syawal 1431 h...

ya rabbi.....


YA RABBI...

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.

Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu.

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.

Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.

Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.

Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta...

Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.

Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.

Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.

Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.

Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.

Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan, ''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''

Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan

nasi goreng kerabu

jamuan raya anak klate....( 100 orang )

bahan-bahan:

beras-10 kg

( sambal kelapa )-kelapa 7 biji + ikan selayang 6kg + bawang merah + ...

(ulam-ulaman )- timun batang + serai daun + kacang panjang + taugeh + kubis + serai......

(sambal lada ) - cili burung 2 genggam + cuka + garam + gula + bawang bakar + tomato

(budu tumis )-budu + gula melaka + bawang putih + cili


alhamdulillah~selesai majlis hari raya dengan menu nasi kerabu~
hari berikutnya nasi goreng kerabu~
terima kasih kepada semua chef2 yang terlibat :)

puding roti

~puding roti~

simple dan mudah untuk disediakan...

bahan :
10 keping roti ~1 tin susu cair ~ 2 sudu buttercup 1 sudu kastard ~ kismis ~ gula

cara-cara....

potong roti / carik ~ sapu buttercup pada roti ~ panaskan susu + gula + kastard
~tuang ke atas roti ~ tabur kismis

bakar ( 45 minit ) / kukus ( 30 minit )

siap untuk dihidang... :)

Bismillahirrahmanirahim...alhamduliallah kali ini saya berpeluang untuk mencoret sesuatu..terasa lama tidak mengetuk kekunci untuk post entry.....kesibukan bukan menjadi alasan...tetapi mungkin ada sesuatu perkara yang menyebabkan blog tidak di'update'....

syawal berlalu pergi~hari ini masih lagi menghadiri dan memenuhi undangan raya~
alhamdulillah rezeki~ :)