~suami idaman hati~


assalamualaikum....salam pembuka bicara

emm tajuk kali ini suami idaman hati.....sebenarnya tulipss baru je lepas menonton halaqah..
Tajuk yang bez...bab kata pengacara sesuai lah bagi penonton yang masih 'single' / belum berkahwin / sedang mencari / tercari-cari....

Suami idaman hati....
terngiang-ngiang di telinga.....
ciri-ciri nya macam mana?
terfikir-fikir sejenak...

suami ibarat nakhoda.....bagaimana dikemudi bahteranya agar belayar teguh....
belayar maju ke depan...walau kadangkala dipukul ombak...
tetap tidak mengalah...tidak goyah...
sentiasa teguh.......

jangan dipilih sang suami pada rupa semata-mata..
kerana ianya akan hilang tidak kekal selama-lamanya....
pilihlah yang mempunyai pegangan agama yang kuat....
tidak kisahlah belajar aliran agama atau tidak...
yang penting memahami agama itu sebenarnya

suami adalah khalifah...
khalifah yang akan mendidik memimpin isteri dan keluarganya....
yang sentiasa menjaga dan memelihara....
setelah ijab dan qabul
maka suami memegang amanah
amanah untuk menjaga isteri dan kelurga

buat kaum hawa....
kita impikan suami idaman hati begitu dan begini...
baik akhlaknya...
elok budi pekerti....
sejuk mata memandang............
jangan pula kita lupa dan alpa......
kita binalah budi pekerti yang elok.....
kita berakhlak baik...
maka sejuklah mata memandang...
insyaAllah....

hakikat berpasangan....
perlu ada tolak ansur....
kerana dua insan yang berbeza jantina tidak mungkin sama.....
pasti wujud perbezaan...
maka hormati hak masing-masing.....
jangan dipaksa untuk dituruti segalanya dalam memastikan semuanya sama.....

cinta pada rupa hanyalah cinta nafsu semata-mata
cinta amah mahal takrifnya
itulah yang difitrah Allah kepada hambanya
cinta hanya terlihat pada perkataan tetapi tidak pada zahirnya
kerana cinta wujudnya kesetiaan dan kejujuran

kita inginkan yang begitu dan begini....
jangan pula kita lupa
Allah berikan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu
fikir-fikirkanlah

C.I.N.T.A
C INTA
I TU
N IKMAT
T API
A WAS

SAMA-SAMA KITA MENJAGA CINTA
CINTA KEPADA-NYA
CINTALAH KEPADA PENCIPTA CINTA
MAKA LAHIRLAH CINTA YANG SEWAJARNYA BAGI KITA
INSYAALLAH....