Monday, March 9, 2009

Keputeraan Nabi SAW

Keputeraan Nabi Dan Penyusuannya

Adapun nasabnya Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam, ialah; Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib, ‘Abdul Mutalib dipanggil dengan nama Syaibah Al-Hamd bin Hashim bin ‘Abdul Manaf, nama ‘Abdul Manaf ialah Al Mughirah bin Khusai, dinamakan Zaidan bin Khilab bin Mur rah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Mu’ad bin Adnan.


Setakat itulah sahaja apa yang telah disepakati mengenai Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Adapun yang ke atas dan itu ada bersalahan pendapat, yang payah hendak dipegang. Tetapi tiada sebarang khilaf atau bersalahan pendapat mengenai Adnan itu adalah di antara anak cucu Nabi Ismail ‘alaihissalam anak kepada Ibrahim ‘alaihissalam, dan Allah telah memilihnya dan sebaik-baik kabilah dan suku, tidak pernah diresapkan sesuatu daripada kecemaran jahiliyyah kepada sesuatu dari nasabnya.

Diriwayatkan oleh Muslim dengan sanadnya, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam:

“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dan Kinanah, dan dipilihnya Hashim dan Quraisy dan dipilihnya saya dari Bani Hashim”.

Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Al-Ka’bah. Namun demikian percubaannya tadi telah menemui kegagalan yang amat pahit di mana Allah Subhanahu Wata’ala telah mengutuskan sekumpulan Burung-burung Ababil mencedera dan memusnahkan angkatannya itu. Kejadian ini telah diterangkan di dalam Al-Qur’an dengan jelas sekali. Mengikut pendapat yang paling hampir dengan kenyataan, Baginda telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 haribulan Rabi’ul Awal.

Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika Baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah lahir Baginda dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Muttalib yang kemudian disusukan kepada seorang perempuan dari puak Sa’d Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Ini adalah mengikut adat resam orang-orang ‘Arab di kala itu.

Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa’d ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam ke rumah Halimah dan menyusu darinya ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dulunya kering tandus mulai menghijau, kambing ternakan yang dahulu kelaparan kini bila kembali dan ladang ternakan kelihatan riang dan uncang-uncang susunya penuh dengan susu.

Mengikut apa yang diriwayatkan oleh Muslim (salah Seorang Imam Hadith Nabi) bahawa Rasulullah telah dibedah perutnya semasa bersama Bani Sa’d. Ketika itu Baginda baru berusia lima tahun. Selepas itu dihantar kembali ke pangkuan ibunya. Bondanya telah wafat ketika Baginda berusia enam tahun. Ini membawa Baginda menjadi seorang yatim piatu. Dengan itu maka datuknya pula yang mengambil peranan mendidik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam tetapi tidak berapa lama datuknya pula berpindah ke alam baqa’. Masa itu Baginda berusia lapan tahun dan dipelihara oleh bapa saudaranya pula Abu Talib.

Pengajaran Dan Renungan

Dengan segala apa yang berlaku di peringkat ini bolehlah kita mengambil beberapa kesimpulan pengajaran dan pengiktibaran:

1. Mengenai nasab keturunan Baginda Shallallahu ‘alaihi Wasallam seperti yang telah kami jelaskan, kedapatan beberapa dalil yang jelas yang menunjukkan bahawa dalam semua bangsa manusia, bangsa ‘Arab yang telah dipilih oleh Allah, dalam semua bangsa ‘Arab, kabilah atau suku Quraisy pula dipilihnya, dalilnya itu jelas kedapatan dalam hadith riwayat Muslim seperti yang telah kami sebutkan, malah banyak lagi hadith yang sama maksudnya, antaranya ialah hadith riwayat Tirmizi:

“Bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi Wasallam berdiri di atas minbar lantas berkata: “Siapakah saya ini?” Para sahabat menjawab: “Engkau utusan Allah, selamat atas engkau”. Ujar Baginda lagi: “Saya Muhammad anak Abdullah anak Abdul Muttalib, sesungguhnya Allah telah jadikan makhluq (manusia), kemudian Ia jadikan mereka dua golongan, maka Ia jadikan saya dalam golongan mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan mereka beberapa kabilah, maka Ia jadikan dalam kabilah mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan beberapa rumah (rumahtangga) maka Ia jadikan saya dalam rumah yang paling baik, dan saya adalah orang yang paling baik di antara mereka.” (Tirmizi: J. 9. H. 236. Kitabul Muflaqib)

Dan ketahuilah bahawa konsep kasih kepada Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam, ialah kasih kepada kaum yang dalam kalangan mereka lahirnya Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam, juga kasih kepada kabilah yang dalam kalangan mereka diputerakan Baginda. Ini bukan kerana fanatik kepada orang-orang bangsa itu, tetapi adalah kerana semata-mata hakikat, kerana pada hakikatnya bangsa ‘Arab Quraisy itu telah mendapat kemuliaan dan penghormatan disebabkan hubungan mereka dengan Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam, dan ini tidak boleh disangkal sama sekali.

Namun demikian, tidak juga boleh dinafikan bahawa adanya keburukan pada orang-orang ‘Arab atau orang Quraisy itu kerana penyimpangan mereka dan jalan Allah Subhanahu Wata’ala atau menyeleweng dan garis-garis panduan yang telah dipilih oleh Allah untuk hamba-hambanya, kerana penyimpangan dan pemesongan dan garis panduan tersebut bererti tersingkir terputus dan hubungan dengan Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam.

2. Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam dilahirkan dengan keadaan yatim piatu. Sesudah itu datuknya pula meninggal. Peristiwa ini menyebabkan Rasulullah hidup di peringkat kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dari ibu, dan jagaan serta perhatian yang sewajar dari bapa. Kesemuanya ini bukan berlaku secara kebetulan sahaja tetapi segala-galanya ini adalah mengikut apa yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk masa depan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dan ini adalah sebahagian dan hikmat Ilahi, agar tidak sesiapa pun menaruh sangkaan buruk bahawa seruan Nabi Muhammad ini adalah dan ilham dan latihan ibunya semasa menyusu ataupun hasil dan tunjuk ajar dan bapa dan datuknya, kerana datuknya ‘Abdul Muttalib adalah manusia yang terkemuka di kalangan kaumnya, lebih-lebih lagi soal pembekalan makanan dan minuman untuk jama’ ah haji adalah di bawah kelolaan dan tanggungjawabnya.

Sudah menjadi adat dan resam alam, datuk atau bapa akan menurunkan warisan kepada cucu atau anak di bawah jagaan mereka. Tetapi suratan Ilahi tidak membiarkan kesempatan kepada mereka yang engkar dan bertujuan jahat, kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam telah dibesarkan dan dipelihara jauh dan jagaan dan peliharaan ibu bapa. Demikian juga di masa Baginda masih bayi. Sebagai satu lagi hikmat Ilahi ialah Baginda telah dikirimkan ke kampung di bawah peliharaan Bani Sa’diah. Selepas datuknya meninggal dunia maka tanggungjawab memelihara terserah kepada bapa saudaranya pula, Abu Talib. (Umur ‘Abdul Mutalib pun tidak panjang buat memelihara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam). Datuknya sempat memikul tanggungjawab itu hanya buat masa tiga tahun sahaja.

Sebagai kesimpulan kepada hikmat Ilahi tadi, disudahi dengan penolakan dan keengganan Abu Talib menerima dan memeluk agama Islam, agar tidak disyaki orang lagi bahawa Abu Talib sedikit sebanyak memain peranan penting dalam usaha mengasuh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam ke arah da’wahnya itu kerana semuanya ini merupakan plot perkembangan yang berjangkit antara satu sama lain, yang membawa kedudukan dalam puak kepada kedudukan di dalam kaum dan seterusnya kepada penganjuran yang lebih luas dan pangkat kedudukan yang lebih tinggi.

Beginilah arus hikmat Ilahi yang mahukan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam hidup dengan keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat men jauhkan tangan-tangan yang cuba memanjanya, menjauhi wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat. Oleh itu segala-galanya tidak mendorongkan Baginda ke arah kepenganjuran, yang mana mungkin mengelirukan di antara kenabian dengan pengaruh dunia, yang akan disangka orang kelak sengaja dibuat-buat yang pertama (kenabian) demi untuk mencapai yang kedua (pengaruh).

3. Mengikut apa yang diceritakan oleh ahli sirah, bahawa rumah dan perkampungan Halimah As Sa’diyyah telah dilanda kemarau yang dahsyat. Namun kedatangan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam telah merombak segala-galanya. Tanaman kembali subur menghijau, biri-biri dan unta yang kurus kering dengan hanya kulit yang melekat di tulang-tulang berubah menjadi binatang yang sihat dan gemuk berlemak.

Kesemuanya ini menunjukkan kedudukan martabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam di sisi Allah semasa Baginda masih bayi lagi. Sebagai contoh penganugerahan Ilahi yang nyata kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam ialah pengurniaan dan limpahan rahmat kepada Halimah As Sa’diyyah yang telah memelihara Baginda. Ini tidaklah menjadi suatu perkara yang pelik dan ganjil. Tidakkah pernah kita meminta supaya Tuhan menurunkan hujan di musim kemarau dengan berkat para salihin dan berkat keluarga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, agar do’a dan permintaan kita itu dikabulkan Tuhan? Maka bagaimana pula kalau satu tempat itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam sendiri berada di dalamnya, perkampungan tadi sudah sewajarnya menerima ganjaran dan rahmat Ilahi yang telah sanggup menerima, memelihara dan menyusu Rasulullah. Kehijauan rumput dan tanah menyubur adalah berkat Baginda yang lebih berkesan daripada hujan.

Kalaulah sebab-musabab itu di tangan Tuhan, maka sudah sewajarnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam mendahului segala sebab-musabab dan limpah kumiaNya. Lebih jelas lagi Rasulullah ini adalah rahmat Allah untuk manusia sejagat. Tegasnya Allah sendiri telah menyebut di dalam Al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk ‘alam sejagat”. (Al-Anbiya’: 107)

4. Peristiwa pembedahan perut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam semasa Baginda tinggal bersama Halimah As-Sa’diyyah merupakan salah satu tanda kenabian dan tanda pemiihan Tuhan terhadapnya untuk sesuatu yang mulia. Peristiwa ini telah diperihalkan dengan betul dan benar melalui beberapa orang sahabat. Antaranya Anas bin Malik radhiallahu ‘anh. Perihalnya terdapat dalam kitab Hadith Muslim yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam telah didatangi Jibril ketika Baginda sedang bermain-main dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibril ‘alaihi salam telah merebahkan dan membelah betul-betul dengan hati dan mengeluarkannya. Kemudian dikeluarkan seketul darah sambil berkata, inilah sasaran syaitan ke hati engkau. Lepas itu dibasuhnya di dalam tas dan emas dengan air zam-zam, barulah dimasukkah semula ke tempat asalnya dan kanak-kanak yang lain berkejaran la menemul ibu penyusunya Halimah melaung laung; Muhammad telah dibunuh dan mereka semua meluru ke arab Nabi Muhammad dan didapati pucat lesu.”

Hikmat llahi di sini bukanlah membuang buli-buli kejahatan. Allah sahaja yang lebih mengetahui dan tubuh badan Rasulullah kerana kalaulah di sana terdapat buli-buli kejahatan yang merupakan sumber kejahatan maka sudah tentu boleh dirubah manusia jahat menjadi baik dengan cara pembedahan. Tetapi hikmat Ilahi yang jelas di sini ialah mengiklan dan mengisytiharkan kerasulan Baginda dan menjadikannya ma’sum dan mempersiapkan Baginda untuk menerima wahyu dan kecil lagi dengan cara yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana dengai jalan ini membawa orang percaya dan beriman dengan risalah pengutusannya dengan mudah. Pembedahan tadi adalah pembersihan rohani dengan suatu cara yang boleh dinampakkan oleh pancaindera supaya ini menjadi canang Ilahi kepada manusia seluruhnya dengan boleh dilihat dan didengar.

Sebab yang membawa kita percayakan peristiwa pembedahan ialah kerana kebenaran dan sahnya cerita ini. Kalaulah perkara ini sudah jelas bak di tengahari maka tidak ada sebab-sebab yang boleh kita larikan dan kebenarannya. Tetapi bagi mereka yang lemah iman kepada Tuhan, perkara ini membawa kepada kelemahan iman mereka terhadap kenabian dan kerasulan Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Orang yang seperti ini tidak ada bezanya sama ada mereka mengetahui atau tidak akan hikmat-hikmat Ilahi dan sebab-sebabnya.

- Fiqh as-Sirah, Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi


--> keputeraan Nabi SAW memberi erti yang sangat besar kepada kita umat yang dicintainya. sehubungan itu, marilah sama2 kita menggandakan selawat ke atas baginda sempena kelahiran i baginda ini...isi lah waktu ntum dengan perkara yang bermanfaat dalam mencari Redha Allah..insyALLAH...Amiin..

wALLAHu Taala a'lam



(Klik untuk baca selanjutnya)

Wednesday, February 18, 2009

Al Fatihah

BismiLLAH walhamduliLLAH

Assalamualaikum warahmatuLLAH wbt...

"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"

Al-Fatihah buat arwah Nurlina Abd Halim (classmate-AT14 UPSI)

Ajal tidak mengenal usia.... Arwah mengidap penyakit buah pinggang dan kembali ke RahmatuLLAH pada 6.45 pm 17 februari 2009 di hospital penang...

Al-Fatihah..

Moga dicucuri rahmat Ilahi...Amiin..


(Klik untuk baca selanjutnya)

Sunday, February 15, 2009

Panduan Kesihatan Secara Islam

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

  1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
  2. Mandi setelah makan.
  3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
  4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
  5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
  6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum
    Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

  1. Memakan daging.
  2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
  3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
  4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
  5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
  6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

  1. Bercakap banyak.
  2. Tidur banyak.
  3. Makan banyak.
  4. Banyak jimak.

4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

  1. Banyak jimak.
  2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
  3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
  4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

  1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
  2. Sentiasa bersugi.
  3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,
MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ia tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

  1. Melihat pekara-pekara yang haram.
  2. Melancap.
  3. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
  4. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
  5. Tidak membaca Al-Quran.
  6. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
  7. Mengumpat dan mengata.
  8. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
  9. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
  10. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
  11. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

  1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
  2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
  3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :

  1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
  2. Selepas berjimak.
  3. selepas makan atau sebelumnya.
  4. Ketika sedang makan.
  5. Selepas memakan buah-buahan.
  6. Selepas keluar dari bilik mandi.
  7. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH
RASULULLAH S.A.W.

  1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
  2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
  3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
  4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

  1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
  2. Selepas masuk waktu Asar.
  3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

  1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
  2. Merosakkan warna kulit.
  3. Melemahkan jantung.
  4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
  5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
  6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

  1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
  2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
  3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
  4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
  5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
  6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

  1. Banyak melakukan jimak.
  2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
  3. Banyak minum air di waktu pagi.
  4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

  1. Merokok yang berterusan.
  2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
  3. Kurang tidur.
  4. Sentiasa mandi di tengah malam.
  5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
  6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

  1. Melihat kepada benda-benda kotor.
  2. Melihat kepada palang +/salib.
  3. melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
  4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
  5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
  6. Banyak menangis.

Semoga mendapat manfaat, ws..


(Klik untuk baca selanjutnya)

Saturday, February 14, 2009

Pemergianmu

Ya Habibi Ya Muhammad

Pemergianmu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu






(Klik untuk baca selanjutnya)

Wednesday, February 11, 2009

VALENTINE DAY???

VALENTINE DAY???

Tidak akan selama-lamanya redha orang2 yahudi dan nasrani ( ke atas kamu) sehinggalah kamu ikut mereka. Katakanlah : “sesungguhnya petunjuk Allah itu petunjuk yang benar”. “Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. ( surah A-Baqarah : 120)


Kisah disebalik valentine day.....................

Nama ‘valentine day’ diambil sempena nama seorang paderi iaitu st. Valentino. Dikisahkan bahawa st.valentino adalah kononnya memahami jiwa remaja. Pada zaman itu peperangan sedang melanda kerajaan rom. Bagi menyediakan kelengkapan ketenteraan serta pahlawan2 yang gagah, kerajaan rom telah mengeluarkan arahan melarang pemuda2 rom berkahwin dan memaksa pemuda2 rom menyertai latihan ketenteraan. Dalam keadaan yang menekan, pemuda2 rom telah mengadu kepada st.valentino, satu2nya paderi yang dikira rapat dengan golongan ini. Berikutan itu, st.valentino telah mengahwinkan ramai pasangan di rom yang terdiri dari pemuda-pemudi tersebut dengan senyap2, tanpa pengetahuan kerajaan rom. Dipendekkan cerita, perbuatan mereka akhirnya diketahui oleh kerajaan rom. St.valentino telah ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan mengingkari arahan raja rom. Dan pada tarikh 14 feb st. valentino telah dijatuhi hukuman bunuh oleh raja rom atas kesalahannya. Berikutan itu, sambutan valentine day telah diadakan bagi memperingati peristiwa tersebut dengan menganggap st.valentino sebagai wira remaja2 di rom.

Kisah ini diceritakan oleh bekas seorang paderi roman katholik yang sekarang telah menganut islam (Tn hj Ayob bn Abd. Rahman ).

Wajarkah kita sebagai seorang yang mengaku umat islam turut memperingati kematian seorang paderi?????? Sudah tentu seorang yang beriman menjawab tidak....................




PERINGATAN BAGI YANG LUPA!!!

AMARAN BAGI YANG BERDUA-DUAAN DAN BERSENTUHAN DENGAN ORANG YANG BUKAN MUHRIM




1. Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka janganlah ia bertemu muka bersendirian disuatu tempat yang dengan wanita/lelaki yang tidak beserta mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu adalah iblis

2. Nabi bersabda : barangsiapa yang berjabat tangan/salam dengan seorang lelaki/wanita bukan mahramnya, maka diakhirat kelak ia akan dirantai denagn rantai api neraka.

3. Nabi bersabda : Jikalau ia menciumnya (wanita /lelaki yang bukan muhrimnya), maka di akhirat kelak kedua2 bibirnya akan digunting dengan gunting api neraka.

4. Rasulullah bersabda : sesungguhnya jika kepala seseorang kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. (H.R.Baihaqi, Tabrani)

5. Sesungguhnya sekiranya seseorang lelaki menyentuh (berpelukan) dengan seekor babi yang berlumuran darah @ lumpur, itu adalh lebih baik dari ia menyentuh bahunya pada bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. (maksud hadis nabi, H.R Tabrani)



(Klik untuk baca selanjutnya)

Thursday, February 5, 2009

Puasa

BismiLLAH walhamduliLLAH..
Assalamualaikum warahmatuLLAH…

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانت
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Hadis di atas merupakan hadis yang biasa kita dengari apabila menyentuh pada amalan kita seharian. Apakah ikhlas kepada Allah, ataupun untuk menunjuk semata-mata?? Dan sesungguhnya setiap amalan yang dikerjakan adalah bergantung kepada niat.

Ana petik hadis daripada Umar ibn khattab yang mendengar RasuluLLAH bersabda sedemikian, daripada kitab hadis 40 ( Imam Nawawi). Teringat kepada persoalan seorang rakan yang ana kira perlu “bermain dengan kata-kata” supaya tidak mengguris mana-mana pihak, sekaligus menyampaikan kebenaran. “kalau kita niat puasa(sunat) sebab nak diet, cmna?”.

Berdasar hadis di atas Rasulullah sudah pun menyebut, setiap amalan bergantung kepada niatnya. Puasa berniatkan liLLAHi Taala mendapat ganjaran ibadah di sisi Allah, sebaliknya puasa kerana diet, dietlah yang dia dapat, dan ganjaran pahala puasa hanyalah kembali kepada ALLAH.

Apa yang kita mahu sebenarnya?

Allah menyuruh hambaNya puasa supaya dapat menahan daripada bermacam perkara. Tiga peringkat manusia menghadapi puasa, puasa yang sempurna adalah apabila puasanya dapat menahan rohani dan batin, puasa yang sederhana adalah apabila puasanya dapat menahan lidah, dan anggota daripada perkara-perakar aksiat dan lagha, manakala puasa biasa adalah seperti kebanyakan manusia, hanyalah menahan lapar dan dahaga.. di mana peringkat kita?

Hikmat yang Allah turunkan dengan berpuasa sangatlah banyak, ia mengajar erti kesabaran, mengajar kita berhati-hati dengan tutut kata dan perilaku dan sebagainya. Tetapi apa yang kita dapat daripada puasa?..

Apakah kita mengejar kesempurnaan duniawi sehinggakan matlamat ukhrawi langsung diabaikan..dan mungkin tidak terlintas untuk bekalan di hari yang baqa’ kelak...AstagfiruLLAHal’aziim..

Penghayatan daripada puasa memberi hikmah kesihatan, kesabaran, kecergasan, pencegahan daripada melakukan maksiat. Oleh sebab niat yang bukan kerana Allah, kerana itulah maksiat berleluasa, walaupun dalam bulan Ramadhan..

Ana ingatkan pada diri sendiri dan sekalian, supaya kita sama-sama muhasabah, sejauh mana penghayatan kita dalam ibadah kita..supaya amalan tidak sia-sia, mendapat barakah daripadNYA..Amiin...

Sekian, WaLLAHu TAALA a’lam.


(Klik untuk baca selanjutnya)

Wednesday, January 28, 2009

Muhasabah

BismiLLAH wal hamduliLLAH..

Assalamualaikum warahmatuLLAH

AlhamduliLLAH syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan nikmatNYA, dapat ana terus mengepos diblog ini.

Menyentuh kehidupan seorang daie, kita sedia maklum bahawa daie tidak pernah dihamparkan permaidani merah, tetapi dihamparkan dengan onak ranjau yang perlu ditempuh disaluti iman. Setiap masa didugaNYA, untuk menguji ketaqwaan kepada ILAHI.. realiti cabaran yang harus ditempuhi termasuklah :

1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Nasihat dan pesanan ini untuk diri sendiri dan sekalian yang membaca. Memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna “ perbaikilah dirimu dan serulah orang lain”, menyeru kepada kita agar sentiasa muhasabah diri dan upgrade iman, selari dengan menyeru orang lain dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Sebagaiman Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang makruf, dan
mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah". AliImran:110

Matlamat seorang muslim mestilah tinggi dan paling tinggi kerana umat Islam merupakan umat yang cemerlang dan mesti cemerlang. Untuk mencapai kecemelangan tersebut memerlukan usaha dan pengorbanan yang tinggi. Islam bukan sahaja mahukan umatnya cemerlang dari segi ilmu, bahkan segala aspek, iaitu akhlak, sosial dan sebagainya. Bilamana ilmu dan agama tidak disatukan, akan hancurlah dunia dan sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini, dengan lahirnya polis yang melakukan kezaliman, hakim yang tidak amanah, menteri yang makan rasuah dan sebagainya.

Justeru, peranan setiap muslim mengingati dan menyampaikan apa yang haq dan apa yang bathil untuk memurnikan kembali keadaan dunia yang telah mengalami masalah sosial yang parah yang berkadar songsang dengan kemajuan ekonomi.

Ayuh, sama-sama kita sedar dengan reality yang berlaku di negara kita supaya negara kita Malaysia mampu melahirkan insan yang cemerlang dari segala segi, agamanya, akhlaknya serta ilmunya. Mampukah untuk Malaysia melahirkan guru dalam semua bidang matematik, sains, english yang bersyakhsiyyah tinggi dan mulia?? Peguam dan doktor yang amanah???? Ataukah kurikulum pendidikan perlu dikaji dan dilihat semula supaya dapat menghasilkan pelajar (produk) yang seimbang kecemerlangannya dari segala aspek. Fikir-fikirkan lah.

WALLAHu Taala a’lam..


(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO