Friday, May 1, 2009

KONSERT ANTARA DUNIA


KONSERT ANTARA DUNIA

TARIKH : 1 OGOS 2009
MASA : 7-11 MALAM
TEMPAT : STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM.

PERASMIAN OLEH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN OLEH :KUMPULAN SOUTUL HARAKAH DAN UNGU DARI INDONESIA, RABBANI DAN MEET UNCLE HUSSIN.


ANDA DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama kumpulan nasyid Rabbani akan mengadakan Konsert Antara Dunia yang akan berlangsung pada 1 Ogos 2009 bertempat di Stadium Melawati Selangor.

Konsert Antara Dunia ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau dipilih setelah melihat beliau kini menjadi ikon dan idola kepada artis.

Pengarah konsert, Abdul Muhaimin ketika mengulas perkara ini menyebut, “Ternyata Tuan Guru MB Kelantan telah berjaya menjadi contoh ikutan kepada artis era baru. Satu Malaysia mengetahui penyanyi wanita popular Siti Nurhaliza, Amy Search dan Renggo telah terpikat dengan Tuan Guru”.



“Malah Tuan Guru telah mempelopori cara berfikir baru kalangan ulama apabila menjemput Mawi ke Kelantan suatu ketika. Bagi saya, para ulama yang lain mesti berfikiran terbuka sebagaimana Tuan Guru,” tambah beliau lagi kepada Krew GAMIS.

Konsert Antara Dunia akan dihadiri oleh kumpulan nasyid terkenal Indonesia iaitu Soutul Harakah yang akan menghidupkan suasana malam tersebut dengan semangat jihad. Dalam masa yang sama, kumpulan Ungu dan Meet Uncle Hussin serta Rabbani turut akan memberikan persembahan.

Wan Zahidah, Timbalan Pengarah Konsert berkata, “Kami tidak akan menyimpang daripada tujuan asal kami untuk menyemarakkan semangat dakwah. Dalam masa yang sama, kami ingin mendekatkan kumpulan artis dengan Tuan Guru yang kami yakini mampu memberikan inspirasi yang baru untuk artis”.

Beliau turut menyatakan kekesalan beliau terhadap pandangan masyarakat yang lebih suka menyalahkan artis tanpa mengenali dan merapati mereka lebih dekat. Mereka adalah golongan seniman yang harus diberi peluang berbakti kepada negara dan agama mengikut keupayaan mereka.

Beliau turut menafikan adanya unsur politik dalam konsert ini. Bagi GAMIS, menjemput Tuan Guru bukanlah bermakna membawa agenda politik sebaliknya membawa unsur dakwah.

Sumber <GAMISDAILY>



(Klik untuk baca selanjutnya)

5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!” Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.



(Klik untuk baca selanjutnya)
Related Posts with Thumbnails

DOWNLOAD BAHAN ILMIAH

حيا بالعربية

محادثة
@ يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ

& Dengan segala senang hati.

MARI BELAJAR BAHASA ARAB =)

BERSAMA MYKRK

ARAB MADINAH

ARAB INDO