ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Showing posts with label suke. Show all posts
Showing posts with label suke. Show all posts

Monday, June 20, 2016

UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum....

Last week, i had chance to go to UiTM Pucak Alam.
With who? Kakwan of course.
Dah lama rancang sebenarnya...baru je tercapai.
Hehe



So, the plan was to buy any food from the pasar malam.
Then kakwan suggested for us to eat at UiTM..
Aku? Teruslah setuju. Hehe..


Yang paling best, bila sampai tu...
Terbayang semua kenangan lama..
Rasa seronok sangat.
Beli nasi ambeng, sate, keropok lekor dan air jagung.


Dah siap beli, Kitorang jalan jalan kat area umah sewa dulu.
Umah sewa kitorang ada orang duduk dah.
Ingat nak turun amik gambar kat playground depan umah tu, tapi ada orang pulak.


Lepas tu terus gerak ke UiTM.
Dengan muka yakin, main masuk je.
Guard tengok dengan muka garang tapi kitorang buat selamba je.
Bak kata kakwan 'muka kita kan nampak macam student'.. Hehe


And....
Banyak sangat dah berubah.
Yela, dah lebih 4 tahun tak jejak.
Dah ada fakulti baru...
Library pon dah besar and ada bangunan sendiri.
Kafe pon sama.
Lepas tu dah bnyak jalan baru kat dalam UiTM.
Sambil masuk tu, borak pasal kenangan masa belajar.
Pasal tangga tinggi, pasal asrama and pasal kitorang balik jalan kaki dari fakulti ke asrama.
Hehe...
Okay, terasa dah tua sangat.
Hahaha...


Kitorang berhenti kat kafe kat kolej angsana.
Buat muka selamba duduk kat meja.
Ada tempat tengok tv, kedai makan pon ada banyak dah.
And aku tak tau kat mana diorang solat terawikh.
Dulu kat tengah tengah kafe tu.
But now, the area clear je.
So we assumed there is masjid dekat dekat situ...
Ah, dah ada coolblog ok kat situ.
Jealous much okay. Hehe..


Habis makan..kami berangkat pulang.
Sempat la bergambar kat library sebab cantik...
Sanggup u-turn tau...

Kat kawasan PTAR..Cantik kan...


Selfie depan library!!!



Whatever it is....
Happy sangat sebab dapat ke sana..
Next time, kitorang plan nak datang sana lagi...
Tapi bawak tun junior!! Hee






Well, till the next entry...stay safe and healthy ya!!



Much love,
NJ~~


Tuesday, April 28, 2015

Gua Batu Maloi

Assalamualaikum...
Hai blog...




Sabtu lepas, 25 April 2015, aku ikut trip student ke Gua Batu Maloi...
Gua tu terletak di Johol, Negeri Sembilan. Dekat dengan tampin.
Jangan tanya jalan ke sana sebab aku tak tahu.
Masuk bas, aku tidur saja. Haha...



Satu part yang kelakar adalah...
Aku ikut sebab ingatkan trip ni sekadar jalan2 tengok gua...
So dengan excitednya aku daftar nama...
Dah bagi nama and bayar, baru lah search kat google pasal gua ni...
Terkejut la.. bila baca review and tgk pic...
Satu benda je aku terfikir.. lepas ke tak aku nak masuk lubang kecik2 ni...
Haha...



So bila da baca review,
I know that I need to bring headlamp...
and since I don't have suitable shoes, Jumaat malam tu pergi la beli kasut...haha
Headlamp beli kat mr.diy je. Harga x sampai 10rggit...huhu

My new baby pink!!


Sabtu, lebih kurang pukul 7.30 pagi kitorang bertolak.
Seramai 38 orang peserta terlibat termasuklah aku dan seorang lagi pensyarah...
Kami berhenti di RnR Seremban untuk sarapan...Kemudian bergerak semula.
Lebih kurang pukul 11 sampai johol.
Disebabkan bas tak boleh masuk ke base camp..
Kami terpaksa berjalan kaki masuk.
Tak jauh mana pun...lagi jauh aku jalan dari taman permata ke kolej...
Rasanya laaa...haha


Students posing depan bas and aku interframe...
haha...


Sampai di base camp, guider kami dah siapkan sarapan..
Sarapan dulu and kemudian kami diberi sedikit taklimat.
Kami dipandu oleh seorang guider perempuan berusia 25 tahun tapi berpengalaman lebih 10 tahun di gua ni.
Tak ingat nama guider ni tapi dia anak kepada founder gua batu maloi.
Hmmm nak tulis pasal gua ni tapi aku dah lupa la apa yang pakcik Jo cakap... haha...



Habis taklimat, baru la kami bergerak masuk...
Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke base camp semula..
Lama?? Yup sebab laluan bukan mudah...
Kami masuk gua batu granit yang mana kami perlu memanjat, melompat, merangkak, mengesot and banyak lagi...
Kebanyakan pergerakan menggunakan kekuatan lengan dan kaki which I dont really have that...
And despite of my big figure, I still could enter that small hole and climb the big stone...
Terima kasih kat sorang pak cik ni yang sudi bg pinjam paha untuk bantu aku panjat batu yang tinggi.
Dan aku hampir hampir lemas bila menyeberangi satu kawasan yang dalam...
My mistake, salah teknik... haha...
Oo lupa nak bagitahu... masuk gua ni, memang 100% kita akan basah...huhu




Sepanjang perjalanan, kami masuk gua kelawar, gua perahu and jumpa batu putera puteri maloi....
Kenapa nama putera puteri maloi? Sebab terdapat bentuk yang seakan2 sepasang lelaki dan perempuan terbentuk di atas batu. Memang nampak dengan jelas ada figure tu...
Gua perahu pulak sebab ade batu yang memang bentuknya seperti perahu cuma ia hanya separuh perahu...
Kat bawah ni gambar yang sempat dirakam... and masa ni baru separuh perjalanan...











Sampai hujung gua dalam pukul 3 petang, guider bertanya sama ada kami ingin ke batu maloi atau tidak...
Aku and a few student, give up. Serius letih..
Kaki tangan semua dah menggigil.
So students yang lain naik untuk tengok batu maloi tu.
Sampai di base camp, aku mandi, solat and makan.
Kemudahan di base camp lengkap. So, tak ada apa nak risau...
Lepas makan, and solat asar.. pukul 5.30 petang kami bertolak balik...

Muka letih tapi masih nak posing...
waktu ni baru sampai ke base camp...

Gambar di bawah adalah gambar kami nak balik...








In short, aku puas hati and happy sangat join this trip,...
Sakit badan, bengkak and lebam memang ada...
Bak kata guider tu, kenangan...haha
Lain kali nak pergi lagi and naik Batu Maloi sekali....
In case sesiapa nak ke sini, boleh la hubungi no yang tertera di dalam gambar di bawah....






So till the next entry, take care...
S.A.R.A....

Thursday, March 19, 2015

Jalan-jalan ke Kelantan...

Assalamualaikum..
Sedikit excited nak menulis...
Hehe...


Last weekend, aku ke kelantan...berdua dengan kakwan...
Pertama kali berjalan jauh tanpa mak ayah dan merancang semuanya sendiri...
Kami ke kelantan kerana menghadiri majlis perkahwinan fiza...
Bila dapat jemputan kami da sedikit excited..hehe...



Kitorang survey bilik hotel...Hmm, since this is our first time...
So agak nervous jugak..
Nasib baik ada satu laman web yang membantu... agoda..
Boleh la try guna kalau nak melancong...huhu...
So kitorang tempah bilik kat Ridel Boutique Hotel kat Wakaf Che yeh...
Murah jugak la. RM99 untuk satu malam...tapi sebab guna agoda, dapat murah sikit...
Ingatkan malam kedua nak tidur kat rumah abang apun, tapi sebab dia takde...so we decided to spend our night at Pantai Cahaya Bulan...
Using Agoda jugak, kitorang book chalet kat PCB Resort. RM121 semalam berserta sarapan...



Selesai persiapan, hari Jumaat kitorang bertolak pukul 7 pagi...
Of course la kakwan yang drive...hehe
Berhenti rehat jap kat temerloh rasanya pastu teruskan perjalanan...
Kitorang lalu LPT 2....dan disebabkan aku lupa nak bagitahu kakwan yang RnR kat highway tu takde stesen minyak, kami keluar ke telemung semata-mata nak isi minyak...
Kelakar la kalau ingat balik...sebab tak tahu kawasan tu, nak cari stesen minyak kemain la susah...
Tapi alhamdulillah, kami selamat sampai kat Wakaf Che Yeh pukul 2 petang.
Check in, pastu terus masuk bilik...
Mula-mula risau sebab hotel ni kat rumah kedai and kawasan sunyi je.
Tapi sebenarnya bila masuk, bilik memang okay sangat...
And sebenarnya hotel kitorang memang betul-betul depan pasar Wakaf Che Yeh tu...
Puas hati la dengan condition hotel...

Ridel Boutique Hotel..






Masuk je bilik, kitorang rest...penat kot. Haha...
Tengah rest tu erma call, tanya kat mana semua and she said she's going to come after asar.
So I said ok and continue to rest.
After that, Melin called...she asked why I didn't tell her that I'm in Kelantan. Then she asked me and kakwan to come to Pian's house on Saturday..
Terkejut la kitorang.. aku dah la bawak sepasang je baju cantik..
Tapi fikirkan dah sampai kelantan, kitorang pon ok je la...
Then lepas asar Erma sampai, dia bawak kitorang jalan and makan...
Of course makan!!! Hehe..
Kitorang makan nasi kerabu kat Yati Ayam Percik...
Sedap!! Tapi takde gambar sebab tengah lapar masa tu... hehe
Lepas makan, kitorang jalan kat Billion...cari hadiah fiza..
Before maghrib kitorang balik hotel and masa tu erma memang tak boleh masuk da. Sebab diorng tutup jalan untuk pasar.. ala macam uptown kat danau kota tu..
Lepas isyak, kitorang pon jalan kat pasar tu..
Memborong la ape lagi...
Aku beli jubah and shawl...hehe.. kekonon sebab nak g umah Pian...heheh..
Pukul 1030 kitorg balik hotel....
Tengok tv sampai tertido....



Hari kedua bermula agak lewat...
Plan asal, nak bangun dan cari sarapan tapi... disebabkan keletihan, kami hanya keluar dari hotel hampir jam 12 tengah hari.
Berdasarkan location yang fiza hantar, kami pon bertolak ke rumah dia... tak jauh pon...
Sayangnya, kami sesat.... waze menunjuk arah yang salah. Haha.
Nasib kami baik bila terserempak dengan erma.
Lalu dengan bantuan dia dan mak dia, kami selamat sampai ke rumah fiza...
Masa sampai tu, agak awkward sebab aku sangatlah tak pandai beramah mesra dengan orang yang aku tak kenal...nasib baik ada erma...huhu...
Nampak si pengantin yang baru selesai akad nikah sedang makan...
Cantik sangat... nampak seri pengantin...
Selesai makan, kami pon berjumpa dengan pengantin dan amik gambar kenangan...









Destinasi seterusnya ialah, Pasar Siti Khadijah.
Oh, lupa nak cakap.
Kali ni, erma menjadi pemandu pelancong kami...
Sampai kat pasar yang terkenal ni, azan zuhur berkumandang...
Apa saja yang kami beli entah...tapi banyak jugak la...
Masih nampak kesan banjir besar awal tahun hari tu...
Dan aku dapat bayangkan keadaan semasa banjir melalui cerita erma.
Selesai membeli belah, erma belanja kami aiskrim yang ada macam2...sila refer gambar...
Orang belanja, lagi la rasa sedap...hehe
Sambil makan aiskrim, kami menuju ke destinasi seterusnya.
Muzium adat istiadat diraja kelantan.
Tak tahu la, aku ni memang suka masuk muzium kot..haha..
Bayaran masuk hanya RM2 sahaja...
Berdekatan muzium, ada landmark lain tapi aku lupa nama dia...
Hahaha.
Ada jugak Masjid Sultan Muhammad..er, tak sure nama masjid ni sebenarnya...so, sila refer gambar...
Habis melawat, singgah kedai jahit and terus hantar erma balik umah kakak dia...
Rumah2 kat sini semua besar dan cantik...
Dan menurut kata erma, murah sangat kalau nak banding dengan kuala lumpur...
Huhu...


Pasar Siti Khadijah...


Sila abaikan aku yang gemuk ni..huhu




Aiskrim yang super sedap...
semua ada dalam ni...




Lepas hantar erma, kami terus ke Pantai Cahaya Bulan!!!!
Jarak perjalanan setengah jam tapi sebab ikut waze dan kami sesat, sejam jugak la sampai...
Kami menginap di PCB Resort....
Betul2 tepi pantai...cuma pantai dah ditambak sebab hakisan yang sangat kuat...
Check in dan berehat.
Kali ni, kitorang dapat chalet. Boleh tahan besar sebab semi-d. Cuma mungkin sebab chalet lama, so ada la beberapa defects.
Sementara berehat aku pon menjahit...jubah yang baru dibeli... jahit apa???
Potong sikit, kalau tak sapu tanah la jawabnya...
Siap menjahit, kami pon berjalan ke tepian pantai.
Aku makan mee udang dan air kelapa, manakala kakwan makan mee kungfu dan abc kelapa....tak cukup dengan tu, kami order jugak cucuk-cucuk...
Sedap wei... tapi memang kenyang gila.






Lepas makan, jalan2 kat pantai...duduk kat batu, amik gambar banyak2...gelak2...
Pastu balik bilik.
Mandi2 and siap2...lepas maghrib kami bergerak ke rumah pian.
Dan sekali lagi, location dan waze buat kami sesat.
Rumah pian dekat je dengan wakaf che yeh tapi waze bawak kami kemana-mana entah...
Sejam baru sampai.
Kesian kakwan, penat memandu.
Selamat sampai, jumpa melin dan pian....
Makan-makan, borak-borak... tanya perkembangan masing-masing...hampir 10.30 kami meminta diri...
Sampai bilik pukul 11 lebih...
Bersihkan diri, dan terus tidur....


Adik pian...pelamin dia cantik sangat...




Hari terakhir, aku bangun awal...sebab nak tengok sunrise...hehe
Kakwan tak ikut sebab dia penat, so aku keluar sendiri je.
Tak takut sebab dekat je kan dengan pantai and ramai je yang tengok sunrise.
Cantik sangat sunrise....hehe..





Pukul 7.30 masuk bilik, kemas barang.pastu mandi and bersiap.
Pukul 9.30 kami bersarapan. Sarapan percuma cumanya, tak sama la dengan hotel 3 4 bintang tu.
Tapi kenyang la jugak.
Lepas sarapan, kami selfie for the last time dan check out.
Untuk perjalanan pulang, kami mengambil keputusan untuk lalu jalan tepi pantai.
Sebab nak singgah terengganu dan beli keropok lekor....hehe...
Berpandukan papan tanda arah, kami memulakan perjalanan...
Dan dengan bantuan faris, kami selamat sampai ke pantai kelulut...
Beli keropok lekor yang goreng dan rebus...
Sedap giler...serius...tak tipu...
Dan aku rasa nak lagi....huhu...
Sepanjang perjalanan kat terengganu tu, kami lalu sebelah pantai, dan pantai dia serius cantik...
Sungguhlah, alam tak pernah membosankan....






Kami selamat sampai ke KL balik pukul 7 lebih sebab jem sikit kat genting sempah.
Aku kesian kat kakwan sebab dia drive sengsorang...
Huhu...sorry kakwan...
Tapi aku sangat happy dengan percutian kali ni...
kakwan, lain kali kita bercuti lagi ea. Lepas ni, kita paksa tun ikut....hahaha


So, tu je untuk kali ni...
Agak panjang entri kali ni...
And till the next entri, take care...













and awak...saya rindu...
but you wont know...haha