Meh kita cite pasal produk "makanan kesihatan" yang dikeluarkan oleh Dr Rozmey "Aku Dah Kena Gantung" Che Din.
So, apekebendanya scam MLM berasaskan produk kesihatan yang di-mastermind-kan oleh mamat perasan neh? Herba Prima Marketing nama syarikatnya - cuma takde satu pun produknya ada nampak umbai-umbai daun pokok rumpai batang kayu, or whatever. Semua main claim "herba", tapi produknya adalah dalam bentuk tepung bancuhan yang kena dikocak dalam air - jadi, apemendenya yang herba bang? Apa yang dimaksudkan dengan "herba" dalam definasi bzns-bzns scam MLM yang wujud di luar sana adalah jauh bercanggah dengan maksud "herba" yang sepatutnya. Kalau dah produknya ada dalam paket/sachet, dan ianya dalam bentuk tepung, serta ada perasa, dan bewarna-warni - baik cakap aje, produk tu adalah "makanan artifisial" dan ianya dikilang di Sungai Petani, dan bahannya ntah hape-hape punya pokok, dah siap dikisar jadi tepung, dan dah dicampur dengan pewarna, pengawit dan bahan-bahan kimia lain. Meh la korang semua minum produk kesihatan yang merepek neh. Dan jangan lupa sedekah duit free banyak-banyak kat doktor erk. Korang pengguna meleis kan ramai ya amat dungu gilabab? Sedekah aje leee.
Isi kandungan produk seperti keluaran Herba Prima Marketing ni (sama gak macam Herbalife dan lain-lain scam MLM yang bersepah di luar sana) boleh diproses daripada bahan apa sahaja... herba ke, rumpai laut ke, karbaid ke, batu kerikil ke, taik kucen ke.. Sapa yang tahu sebenarnya bang? Kelentong aje sesedap rasa buat promosi gah, sudah pasti mesti ada mangkok low IQ tak sekolah yang akan beli. Especially kalau ko pasarkan cara MLM @ "skim piramid berproduk" - Huhuhu! Kencang seh!
Meh, aku kasi korang perspektif Aidid Mu'addib tentang apabendanya yang "HERBA":
Lepas tu, kalau korang pergi survey kat website promosi Herba Prima Marketing ni, cuba korang fahamkan konsep promosi yang dilakukan dengan penuh amatur dan dengan penuh sengkat akal. Gunakanlah model cun ke, balak hensem ke... ini tidak. Semacam betul hotak Dr Psycho neh - ah you all figure it out.
OK, not gonna elaborate further about some creepy stuff about the doc-scammer. What is really wrong about this freaky guy's business anyway? It is an MLM, sure, and he sells health supplements that promise the sky and the moon, but what kind of scam is it? Here are some examples:
Di manakah pusat perubatan yang diiktiraf oleh KKM yang telah menjalankan kajian terhadap produk Jus Diet 5 ini? PPUM, PPUKM, HUSM, etc? Kat mana der? Perkara ini penting sebab promosi di atas mengetengahkan fakta-fakta perubatan yang berbunyi semacam ianya telah dikaji dan didapati mempunyai kesan-kesan kepada kesihatan manusia yang sangat spesifik. Ini bukan cara makanan kesihatan dipromosikan di Malaysia. Ini namanya kelentongan perubatan buta-buta yang dilarang tegas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. "Boleh "merawat" masalah kemurungan, susah tidur, migraine dan gastrik" - Aiyaaaak! Pernyataan yang sebegitu sempoi sahaja sudah bulat-bulat melanggar Akta-akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976. Tarak otak ka apa? Or just plain greedy?
Pastu, ada satu-dua perkara lagik. Kepada pengguna-pengguna yang pernah bersedekah duit free-free pada mamat perasan neh - dengan membeli produk Jus Mate 5 di atas - meh abang Aidid Mu'addib kasi tahu satu-dua perkara kat korang: Kalau ko pagi-pagi makan cekodok bilis barang 4-5 ketul, lepas tu makan tengahari makan ringan (sup sayur, tomyam atau sandwich), dan petang pulak makan sebijik epal hijau - apekebenda perbezaannya dengan amalan pemakanan seperti saranan Dr. Rozmey kat atas tu? Seriously? Kalau ko pulak makan nasi lemak sepinggan waktu sarapan, lepas tu ko ikut saranan makanan di atas, ada beza ke bang/kak? Lain la kalau dia cakap mimun JM5 waktu sarapan, pastu makan 1 lb steak dgn 1 kilo french-fries waktu lunch, pastu makan 2 kilo daging khinzir macam khinzir untuk makan malam - tapi ko kurus jugak - itu baru namanya produk magik. Lepas tu pulak, apa punya jenis doktor sepaling psycho yang menyarankan manusia supaya tak payah bersenam? Masalah tak bersenam ni la punca utama manusia zaman ini mati awal kiri-kanan atas-bawah. Gila ke apa menyuruh orang tak payah bersenam? Gilos!
Kelentongan: Formulasi canggih apa yang mamat scammer ni boleh buat pemerhatian dan penyelidikan? He is not a physician or an endocrinologist, and definitely not an epidemiologist. He's just a non-practicing Obs & Gyn doctor, that left his practice for quite some time now. Mamat ni hanya penjual produk kesihatan (produk yang datang ntah dari mana), dan tanpa ada kajian terperinci (double-blind, case-control, etc.) tetapi sewenang-wenangnya melakukan promosi berbau medikal kepada pelanggan-pelanggan yang kebanyakannya tak tahu hujung-pangkal, yang mungkin akan menyebabkan diabetes mereka jadi bertambah teruk (dan mungkin boleh membawa maut jugak tu)... dengan kaedah scam MLM pulak tu bang. Haiya! Perkara sebegini terang-terangan telah melanggar etika perubatan dan "code of conduct" Persatuan Perubatan Malaysia. Dia bukan ahlinya - maka dia tidak boleh "claim" sebarangan. Last sentence: "Anda kini mula berasa kenyang dan bolehlah mula amal makanan yang kurang kalori dan manis".... duh! Isn't that obvious? Aiyoooo, kelentong tak abis la ko ni bang erk?
Oh snap! All three products above are scam products straight-up, and they are all based on non-existent science. PSEUDOSCIENCE! Hai-O nak buat scam bengkong magik made-in-China (beli RM100, jual RM2,500), si mamat Jugah ni pun nak buat scam yang sama jugak. Tarak idea lain ka? Elektrostatik terapi Al-Jabbar/Alpha-One style... kah kah kah! Pastu, ada pulak penapis air siap ada batu kerikil aura boleh kasi bunuh kuman bagai. Aiyoo ane! I really wonder if this guy a real doctor or not. Apa jenis doktor ntah? Kalau Kamaruzzaman Che Hussain barua Al-Jabbar nak scam orang buat terapi elektrostatik, itu aku boleh faham - sebab mamatnya hanyalah si scammer tak beragama dan tarak kesah makan duit scam dan takde latar-belakang medikal langsung - hidupnya hanya bertujuan untuk mengelentong manusia demi dapat duit sket untuk bawak bekalan ke liang lahad. Tapi ini doktor ni der, sudah ada MBBS, sudah ada Masters, what the heck man? Duit punya pasal - terus gelap mata ka Rozmey wei? That is purely unethical man.
Ini lagik satu terang-terangan melanggar Etika Perubatan Malaysia - siap pakai stethoskop tu ha... this guy is just plain stupid. Greedy stupid. Agaknya tak pernah tahu apa makna "Etika Perubatan". Silap-silap, perkataan "etika" pun dia tak pernah dengar kut.
What a vain, pretentious kinda guy huh? But, I digress.
Anyway, kiranya mamat ni banyak buat "photo session" gilabab jugak la erk? Posing begini, posing begitu, pakai pakaian ini, pakai cawat itu, tunjuk kereta mewah kasi species meleis-dungu tangkap leleh, tunjuk gambar kapal-terbang ntah copy daripada Google ke, atau dari mana-mana ntah. Memang seronok ya amat ber-posing agaknya. Mahu kasi dunia tengok dirinya tu puas-puas gitu. Kasi semua manusia nampak si scammer yang ini telah berjaya gilababat jadi kaya buat MLM mengelentong anak bangsa sendiri. Gilos.
Anyway, kiranya mamat ni banyak buat "photo session" gilabab jugak la erk? Posing begini, posing begitu, pakai pakaian ini, pakai cawat itu, tunjuk kereta mewah kasi species meleis-dungu tangkap leleh, tunjuk gambar kapal-terbang ntah copy daripada Google ke, atau dari mana-mana ntah. Memang seronok ya amat ber-posing agaknya. Mahu kasi dunia tengok dirinya tu puas-puas gitu. Kasi semua manusia nampak si scammer yang ini telah berjaya gilababat jadi kaya buat MLM mengelentong anak bangsa sendiri. Gilos.
Walaupun benda ni memang MLM, dengan bzns menjajap produk yang takde kajian perubatan whatsoever, dengan promosi yang melanggar Akta KKM sesuka hati dia orang... frankly, sapa-sapa yang join MLM Dr Scammer ni memang tak faham sangat la pasal bzns MLM la jawabnya tu. Hanya MLMers yang amatur join bzns Dr Rozmey ni. Daripada pelan pemasaran yang dicanangkan oleh Herba Prima, sapa-sapa yang join bzns ni hanya akan dapat habuan daripada hanya 2 level ke bawah, dan sebagaimana ramai scammers MLM yang cari makan dengan kaedah sebegini tahu (you know, MLMers yang terer yang memang kerjanya ngompol duit haram-laknat MLM, sure tahu apa yang aku cakapkan ni) - kalau ada potensi habuan datang daripada downline bertingkat-tingkat - lagi banyak level, lagi besar ekponensialisme yang akan berlaku - dan lagik besar potensi pendapatan laknatnya. Kalau hanya boleh dapat habuan daripada downline 2 level kat bawah - jawabnya kalau nak kaya, kena la jual produk banyak-banyak - takleh la pulak cari downline banyak-banyak pastu goyang kaki melepak kat rumah kira duit yang datang daripada beratus kulibatak downline kat bawah.
Generasi anak dan generasi cucu - hahaha! Kampong gilabab. Not that kampong is a bad thing... I live in a kampong now. "Kampong" as in - tarak class langsung punya pelan pemasaran. Tak canggih langsung pelan pemasaran Herba Prima ni. Tarak chance nak kaya-raya untuk sapa-sapa yang berharap nak kaya buat MLM kalau pelannya macam kat atas. Yang betul-betul kaya hanya sorang sahaja - itu doktor parasite scammer. Orang lain? Kena la jual la produk cokia' tu banyak-banyak wei. 20 tahun lagik buat kerja yang sama pun tak tahu boleh kaya ke tidak. Itu pun kalau si mamat ni punya bzns tak lingkup awal.
Ingat apa Aidid Mu'addib ajar kat blog ni scammers woi: Kalau ada korang yang tak kesah jadi orang tarak beragama, tak kesah menganiaya sesama bangsa, takkan ada rasa bersalah makan duit haram-laknat daripada sanak-sedara dan kengkawan, dan nak kaya-raya buat MLM mengumpul duit daripada kerja downline sebanyak mungkin, supaya boleh beli BMW 2nd/3rd hand bulan depan - korang kena cari bzns MLM yang ada plan pemasaran yang boleh kasi habuan daripada sepaling banyak level downline - THAT"S THE TRICK TO GET STINKING RICH IN THIS MLM BZNS BRADER!
Apa bzns MLM yang ada sekarang, ada habuan daripada lebih daripada 5 level ke bawah? Korang study benda ni, dan kalau dah jumpa, pastikan ko join bzns tu seawal mungkin, aku janji ko akan pasti hit-the-jackpot. Contoh aku boleh kasi kat sini: 4Life Transfer Factors ada habuan 10 level ke bawah, HR Goat Susu Kambing Scam sampai 8 level, geng apek punya Elken pun 8 level gak... tapi yang paling aku takleh tahan - HPA. HPA kasi 13 level ke bawah tuan-puan abang-kakak, adik-adik, dan scammers berserban sekalian. HAHAHAHAHAHAHA! MLM syariah buatan setan namanya tu bang. Bahalol nak mampos mamat-mamat berserban dan berjanggut. Sekoq-sekoq ahli HPA hari-hari sebok menggunakan sentimen agama untuk buat bzns MLM, sedangkan kadar riba' HPA adalah antara yang tertinggi (atau mungkin yang paling tinggi, ever!) di dalam industri MLM di Malaysia. Tak tahu la apa nak jadi pada sesetengah manusia yang perasan dirinya "Islam" kat Malaysia ni. Islam Cap Ayam namanya tu. Hey, now you're getting the hang of it... fast!
Eh! Berbalik kepada Dr Scammer kita neh - pelan pemasaran Herba Prima adalah pelan pemasaran MLM yang haprak, tapi walau bagaimana pun, ianya tetap sama secara dasar dengan mana-mana scam MLM yang lain, di mana disebabkan adanya faktor "TAJAAN" dan "AGIHAN HABUAN BERBILANG TINGKAT", kesan akhir ketepuan pasaran serta kadar kerugian besar-besaran yang akan berlaku kepada majoriti ahli yang melebur duit ke dalam bzns sebegini tetap akan terjadi - like clockwork. Tak kesah la kalau Herba Prima hanya kasi habuan dua level sahaja pun. Eksponensialism dan ketepuan dan collapse pasti akan berlaku sooner-or-later, macam mana-mana MLM lain jugak dik.
OK, I'm already bored with this guy. Btw... why now? I mean, why would this article come out today, and not 12 months ago? OK, here's the clincher:
Aku ingat selama hari ni hanya aku sorang aje yang meluat dan memendam rasa bengang kat doktor scammer pengelentong umat Melayu neh. Rupanya, pihak berwajib pun dah memerhatikannya dah lama jugak bang. There's still hope left in Malaya. I thought all seemed lost for a while there. Well, what goes around comes around. Dengan ini, aku declare mamat ini memang telah dicap kat dahinya dengan title: DOKTOR SCAMMER TAK BERETIKA. Itu 2 tahun kena gantung tu, tapi terasa macam tak cukup la pulak. Seeloknya humban gaung aje mamatnya... atau masuk jail terus. Baru la masyarakat Malaya boleh selamat sket daripada kelentongan berterusan daripada bahalol-bahalol yang tak profesional) dan tak beretika sebegini.