KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Saifuddin Nasution Ismail untuk menuntut ganti rugi RM2 juta setelah mendakwa memfitnahnya.
Pada Mac lalu, Saifuddin Nasution yang juga etiausaha Agung PKR, mengeluarkan kenyataan dalam Malaysiakini menuduh Ibrahim Ali mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports.
“Saya terperanjat dengan tuduhan yang bersifat jahat, biadap dan tidak berakhlak itu", kata Ibrahim.
Menurut Ibrahim kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.
“Saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi dan sedia junjung al-Quran bila-bila masa untuk membuktikan saya tidak ada kaitan, tidak ada saham, langsung atau tidak langsung (menguna proxi) dalam syarikat judi Ascot Sports milik Vincent Tan,” Katanya lagi.
Ibrahim juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan akan mengarahkan peguamnya untuk bertindak.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) adalah wakil rakyat bebas di parlimen.