Rasanya molek doh Ambo tulis entri ni...raso sapa masa doh...sebab rasanya ramai dikalangan kawan-kawan yang dah bertunang dan bakal berkahwin....
Entri ni..ringkas jer...pasal tips-tips nak menjalankan majlis akad nikah,dan walimatul urus..yang ikut sunnah...
Ada sunnah yang Ambo tak dapat buat..harapnya dengan entri ini..ada kawan-kawan yang dapat buat
Tips@ ilmu yang Ambo nak kongsikan ni...kalau dapat dilaksanakan amatlah molek...
1; Semasa majlis akad nikah...seeloknya diramaikan orang-orang soleh...kalau boleh jemputlah guru-guru agama yang kita belajar dengan mereka..ataupun " sewa" budak-budak yang hafaz Al-quran untuk meramaikan majlis akad nikah.
2 ; Gantikan "banner" ucapan Selamat Pengantin Baru dengan "banner" yang tertulis
"بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير" . Mudah-mudahan denga adanya "banner" tersebut..para tetamu yang hadir ke kenduri kahwin tersebut membacanya dan menjadi doa kepada pasangan pengantin.
3 ; Pilih tarikh perkahwinan mengikut kalendar Hijrah@ Islam...kerana aturan haid seorang wanita
lebih tepat mengikut kalendar Islam.
No comments:
Post a Comment