Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

11 October 2012

Ahli Parlimen BN Sabak Bernam dipenjara 6 tahun dan denda RM400,000


Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman yg dibuat pada 1 Mac lalu iaitu penjara 6 tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri,47 thn dan pembantu khasnya, Rosli Busro, 44 thn kerana membuat 8 tuntutan palsu berjumlah RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan 4 tahun lalu. Hakim juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan program motivasi pelajar di peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, program mesra rakyat dan hari keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nokhoda Omar (BNO), program perdana peringkat mukim BNO, program mesra rakyat dan sambutan Maulud Nabi serta program mesra rakyat hari keluarga guru kemas. Setiap tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000.

Semua perbuatan itu dilakukan Abdul Rahman ketika berkhidmat sebagai Adun Sungai Tawar di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

30 August 2012

Amaran! gambar ngeri. Nasib perogol kanak kanak di Brazil

Di Malaysia perogol budak perempuan bawah umur dilepaskan dengan syarat berkelakuan baik. Di Brazil, perogol budak dipenjarakan. Yang buat banduan penjara marah sangat kerana perogol berkenaan merogol bayi berusia 4 bulan. Ini makan dia!. Dengan kepala, dengan kemaluan kena potong. Beruntung sungguh perogol budak bawah umur di Malaysia. Apa nak jadi negara ku....

Berita rogol budak bawah umur di Malaysia baru baru ini:
Sumber 1 - http://www.harian-metro-online.com/mengaku salah
Sumber 2 - http://mstar.com.my/berita/mahkamah



* Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
* Earn Money from Home by Inviting some Friends to referral link
  http://iearn123.com/ref.php?page=act/ref&invcod=56945

29 August 2012

Bersalah rogol gadis bawah umur, Juruelektrik dibebas terlepas Hukuman Penjara & sebatan

Hukuman yang dikenakan ke atas juruelektrik berusia 22 tahun, Chuah Guan Jiu (gambar), Selasa, adalah sama seperti yang dikenakan terhadap bekas pemain boling skuad kebangsaan Noor Afizal Azizan yang melakukan kesalahan sama dua tahun lalu

GEORGE TOWN: Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya. Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah. Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.

Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya. Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit. "Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan. Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya," kata Lim.

Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik. "Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang," katanya. Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.

Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Aku cuma nak kata: 
"Apa sudah jadi ngan HAKIM-HAKIM di Malaysia ni. Nak tunggu mak, isteri, anak atau cucu mereka kena rogol baru nak jatuh hukum penjara & sebat. Rogol budak bawah umur patut hukuman berat lah lagi. Kalau macam ini lah hukuman melakukan sex & merogol budak perempuan bawah umur, nampak gaya nya akan datang perogol2 akan menjadikan budak2 pulak sebagai target mereka."


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

13 August 2012

Terlepas hukuman walaupun mengaku salah rogol gadis bawah umur

Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan.

PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman. Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik. Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009. Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya. Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu. Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama
Sumber - http://www.harian-metro-online.com

Aku cuma nak kata:
Melakukan hubungan sex dengan budak perempuan bawah umur tak kira sama ada suka sama suka atau paksa tetap dianggap merogol.

AktaPerlembagaanMalaysia:-
Mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mengapa hakim hakim tak guna seksyen ini?. 


Sabit kesalahan hanya perlu berkelakuan baik Sebab ada potensi untuk menaikkan nama negara dan mempunyai masa depan yang cerah. Bagaimana pulak nasib budak yang di rogol??? Mengapa lah bukan anak2 atau adik kakak perempuan hakim hakim kes ni yang kena rogol.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

07 December 2011

Waspada dengan "kaki sembelih" yang menyamar di lebuhraya!



ARTIKEL ini merupakan pengalaman sebenar blogger penarik beca @ Pak Bakar, mohon sebar jika dirasakan ada manfaat.

Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.

Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!

Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.

Sumber: [Penarik Beca]

Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

15 November 2011

Apa lagi yang kita boleh katakan? SPRM, apa JAWAPAN kamu?




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

23 August 2010

Murid nyaris diculik depan sekolah



TELUK INTAN – Tindakan bijak dua orang murid sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini yang memaklumkan kepada pihak pengurusan selepas curiga dengan dakwaan seorang lelaki mengatakan datuk salah seorang daripada mereka terlibat kemalangan dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada diculik.

Kejadian pukul 4 petang kelmarin itu berlaku ketika kanak-kanak perempuan berusia 11 dan 12 tahun tersebut didatangi seorang lelaki dengan menaiki sebuah kenderaan ketika mereka sedang menunggu ahli keluarga masing-masing untuk pulang.

Ketua Polis Daerah Teluk Intan, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, ketika itu kanak-kanak tersebut berada di pekarangan sekolah dengan suspek terus datang dengan wajah cemas mengatakan datuk salah seorang mereka terlibat kemalangan berdekatan sekolah.

“Suspek mengatakan yang dia sanggup membawa kanak-kanak itu ke hospital untuk menemani datuk mereka hingga membuatkan salah seorang mangsa mempercayainya.

“Bagaimanapun, selepas berfikir sejenak, rakannya telah mencadangkan supaya hal itu dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah dan mereka kemudian telah menemui seorang guru di pejabat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.- kosmo.com.my

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

03 August 2010

Bekas ADUN BN & pembantu mati dengan kesan tembakan. Siapa tembak siapa dulu?


updated gambar dari myMetro online 4/8/10




TERKINI @ 05:02:48 PM 03-08-2010
August 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan ketika dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.

Kereta dipandu Abdul Aziz, wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya pagi ini.

Polis juga menemui pistol .38 dalam kereta itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.

Abdul Aziz merupakan wakil rakyat Permatang selama dua penggal dan digugurkan pada 2008.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam Facebooknya memberitahu, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa ditembak di bahagian kepala.

Tembakan dipercayai datang dari dalam kereta yang mereka naiki. “Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa,” kata Khalid.

Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut.

Katanya polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta Abdul Aziz.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh. - THE MALAYSIAN INSIDER

Lagi Gambar:
Bekas Adun, Dato Abdul Aziz Mohd Nor dan Pembantu Peribadi Mati Ditembak


Updated
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Polis tidak menolak kemungkinan kematian bekas wakil rakyat Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat di sini pagi ini akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Katanya, polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz.

Khalid berkata hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Ketika dihubungi Bernama, Khalid berkata kereta jenis Toyota Caldina berwarna putih itu dimiliki oleh Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu oleh Abdul Aziz.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang yang berusia 64 tahun itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi.

Kereta tersebut terbabas dari bahagian kiri ke bahagian kanan jalan.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Abdul Aziz, menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997.

Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang. — Bernama

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

http://www.emailcashpro.com


30 July 2010

Skandal PKFZ: Tangkapan hanya Sandiwara PRU13?


Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya, semalam bagi menghadapi tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) – utusan / hanafi khamis

Apabila Tun Dr. Ling liong Sik didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, aku langsung tidak merasa terkejut. Hanya media pro kerajaan saja yang melebih lebih terkejut nya dengan tangkapan yang juga dianggap seorang yang berprofil tinggi. Tinggi apa benda nya?. Beliau cuma bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden MCA. Kalau masa beliau masih dalam jawatan tersebut, baru lah betul berprofil tinggi.

Dari persepsi aku, mengapa tangkapan ini berlaku ?

1. Sudah pasti untuk membuktikan bahawa kerajaan telus dan tidak memilih bulu. Inilah peluru kepada BN untuk menyerang balas sebarang tuduhan bahawa DS Najib tidak komited untuk memerangi rasuah.

2. Sudah terlalu banyak skandal yang tidak boleh ditutup bau busuk nya. Mau tidak mau tindakan perlu diambil untuk mengurangkan 'damage' dalam menghadapi PRU13 yang semakin hampir.

3. Kerajaan pimpinan DS Najib sebenar nya semakin tidak popular dan dibenci. Kenaikan harga minyak dan gula semakin membuat rakyat benci kerana bukan saja harga naik tapi juga rasa ditipu dengan istilah yang ramai rakyat tidak faham. Oleh itu penangkapan dan dakwaan terhadap 'jerung yang dah tak ada gigi' ini diharap dapat lah sedikit sebanyak mengalih perhatian rakyat.

4. Tun Dr. Ling dituduh menipu Kerajaan Malaysia. Siapa ketua kerajaan masa itu?. Mengapa orang boleh kena tipu?. Sama ada penipu itu orang pandai dan yang kena tipu itu bodoh? atau bersetongkol?. Mungkin ada orang sudah bosan dengan bekas ketua yang masih lagi nak bercakap walaupun sudah tidak jadi ketua. Sendiri fikir lah.

5. Kemelut PKFZ akan hilang dari pantauan dan diperkatakan umum, seperti kes-kes yang lepas, bahawa sebarang perbincangan kes sebelum dan semasa mahkamah bersidang adalah dianggap bersalahan, kerana perbincangan rakyat akan menjejaskan sebarang penghakiman mahkamah. Itu lah nanti alasan yang digunakan.



.....dan agak agak apa kesudahan nya ?

1. Perbicaraan akan berlarutan sehingga lepas PRU13. Kalau BN masih menang, Tun Dr.Ling akan bebas. Alasan boleh bagi macam macam sebab tak ada sesiapa boleh mempertikaikan hakim, nanti akan di tuduh menghina mahkamah. Ada sesiapa masih ingat kepada kes Perwaja yang melibat kan mendiang Eric Chia. Akhir nya Eric Chia lepas dan duit yang hilang tak tahu siapa yang ambil. Begitu juga dengan kes Perlantikan hakim (Video V.K Linggam @ Correct, correct, correct). Bila saksi dipanggil beri keterangan, senang saja jawab "saya lupa".

2. DS Anwar Ibrahim meminta supaya jemaah menteri masa itu juga disiasat. Beliau menjelaskan bagaimana mungkin jemaah menteri mengizinkan Tun Dr Ling Liong Sik mengeluarkan surat jaminan untuk projek PKFZ, walhal undang-undang menetapkan bahawa hanya menteri kewangan yang boleh berbuat demikian. Menteri Kewangan pada masa itu, adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Buat lah andaian sendiri. Aku tak nak kata apa apa.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

22 June 2010

Berhati hati bila menggunakan lift, anda mungkin disamun....

Dapat email seperti dibawah ni dah 2 minggu lepas, tapi sibuk kenduri kahwin sana sini terlupa langsung. Aku paparkan gambar gambar dari email tersebut untuk semua adik, kakak, abang, emak, ayah, kawan dan semua kecuali peragut, penyamun, perompak agar lebih berhati hati dan waspada tahap tertinggi. Kena boh dalam kepala bahawa keadaan di luar sana sudah tidak selamat macam dulu dulu.

Ada ustaz yang dalam kuliah agama nya menyatakan bahawa kejadian samun, rompak, ragut, curi dan seumpama nya adalah termasuk didalam bala yang Allah turun kan. Ini kerana Allah telah menarik 'rahmat' aman damai dan diganti dengan keluh kesah dan tidak tenteram. Oleh itu kepada umat Islam. selain dari berhati hati jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah agar kita terhindar dari 'bala' ini.

Sekian

-----------------------------------------------------------------------

Date: 05/18/2010 10:02AM
Subject: Fw: ROBBERY IN LIFT


Lift pun dah tak selamat...moralnya.
...jgn naik lift kalau rase cam keadaan tak selamat especially bila orang kurang ramai..































Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

29 April 2010

Shahril Azlan, mangsa tembakan polis tahun lepas bernasib baik masih hidup

Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman

KLANG, 29 April: Bapa kepada mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Ahmad Kamil Abu Hassan menyanjung tinggi hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor yang bersedia menghulurkan khidmat guaman kepada keluarga pelajar Aminul Rashid Hamzah yang menjadi mangsa kejadian serupa pada 26 April 2010 sehingga membawa maut.

Ahmad Kamil, 55, berkata, dengan bantuan itu sudah pasti dapat meringankan bebanan pihak yang terlibat memandangkan mereka sudah ditimpa dengan musibah kejadian yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja tanpa pernah disangka.

Beliau tertarik dengan sikap kerajaan negeri yang sudi menghulurkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga terbabit seperti dilaporkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini, juga berharap agar nasib anaknya mendapat perhatian pihak tersebut.

“Seperti saya sebut semalam, pihak kami sedang menunggu masa sesuai untuk memfailkan saman terhadap pihak tidak bertanggungjawab dan lebih ringan jika isu anak saya ini juga mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya mengalu-alukan dan ucapkan terima kasih jika ada pihak bersedia menghulurkan bantuan guaman yang memerlukan sumber kewangan yang besar ini,” jelasnya.

Dalam kejadian setahun lalu, anaknya, Shahril Azlan, 25, ditembak dari sipi kiri menyebabkan bahunya ditembusi peluru terus membocorkan paru-paru dan terhenti di tulang belakang T8 dalam kejadian tengah malam di satu simpang yang dikatakan dilakukan oleh anggota polis berpakaian biasa.

Menurut Azlan, sehingga kini kesan dari kejadian itu menyebabkan sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh serta telah setahun terpaksa mengambil ubat saraf dan tahan sakit menerusi rawatan susulan di hospital setiap bulan.

Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertanggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian berlaku di simpang Seksyen 7, Shah Alam menghala ke I-City sekitar jam 12 tengah malam selepas bersama empat rakan lain termasuk seorang anggota polis, mereka pun pulang dengan menaiki tiga kereta berasingan, cuma beliau ketika itu pulang dengan seorang rakannya menaiki kereta Wiranya.

Sebaik sampai di tempat kejadian sekitar 100 meter sebelum persimpangan itu, beliau berhentikan kereta selepas ternampak papan tanda sekatan jalan raya memandangkan cukai keretanya telah tamat tempoh.

Katanya, kejadian itu berlaku tiba-tiba, kerana dalam tidak sedar dan tanpa sebarang soal jawab, terus berlaku tembakan yang terkena bahu melintasi paru-parunya dan peluru menerobos masuk ke tulang belakangnya.

Setelah itu, muncul tiga lelaki berpakaian biasa yang memegang sejenis kayu mengaku sebagai anggota polis dalam keadaan panik namun masih tidak percaya beliau terkena tembakan rambang mereka.

“Saya kesal kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka membiarkan saya menanggung kesakitan di situ selama dua jam manakala rakan saya terus dibawa dari situ,” tegasnya serius.

Beliau masih ingat kata-kata seorang polis senior berpakaian seragam yang berkata kepadanya, “minta banyak-banyak bersabarlah, mereka itu adalah anggota baru yang baharu pegang pistol”.

Setelah menunggu ambulan selama dua jam, beliau dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini untuk rawatan segera, suntikan hilangkan bisa peluru dan x-ray dan esoknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)

(Gambar: Azlan menunjukkan parut pada badannya. Sehingga kini, peluru masih melekat pada tulang belakangnya. Ia sukar untuk dibuang kerana bimbang implikasinya)

Azlan berkata, beliau diberitahu polis menggunakan pistol jenis revolver untuk menembaknya dari sisi kiri badan, dari bahu terus ke rusuk itu dan doktor yang memeriksanya menyatakan, sebutir peluru telah berhenti di tulang belakang T8.

Sejak itu, beliau dirawat selama dua minggu di HKL, mendapat MC selama dua bulan dengan mendapat gaji bulanan seperti biasa.

“Berdasarkan nasihat doktor dengan persetujuan anggota keluarga, tiada pembedahan dibuat untuk mengeluarkan peluru itu kerana dibimbangi menyebabkan lumpuh pula,” ujarnya.

Satu perkara lagi yang sangat dikesalkan adalah, pihak terbabit memaksa beliau membuat pengakuan tentang kononnya terdapat senjata di dalam keretanya sedangkan beliau tidak pernah memiliki atau membawanya.

Bercakap tentang sikap anggota polis itu, ibunya, Normadiah Sidek, 47, berkata siap dengan sanggup bersumpah bahawa beliau disogokkan untuk membuat pengakuan itu dengan wang sebanyak RM200.

“Meskipun saya kesuntukan wang ketika itu yang berkejar datang dari Sabak Bernam sejak subuh hari namun saya tidak memandang jumlah itu kerana paling utama adalah maruah kami sekeluarga,” tegas Normadiah. - http://www.selangorkini.com.my/

Aku cuma nak kata:
Bos bos polis mesti menafikan dakwaan bahawa polis paksa suspek buat pengakuan. Polis mahu kita rakyat ini percaya 100% bahawa pihak polis adalah seperti yang digambarkan dalam drama drama kepolisan terbitan Skop Production yang tuan punya nya ialah Datuk Yusof Haslam. Tidak ada polis jahat dalam drama drama tersebut. Apakah itu realiti sebenar nya pihak polis ?. Apa kah persepsi sebenar majoriti rakyat apabila bercakap tentang polis?. Cuba buat satu pungutan suara dan tengok apa keputusan nya.

Bos polis jangan asyik nak salahkan rakyat kerana mempertikai kredibiliti polis. Kita sebagai rakyat pun faham betapa sukar nya pihak polis dalam menjalankan tugas mereka menjaga ketenteraman. Yang rakyat pertikai ialah apabila ada segelintir anggota polis yang cuai dalam tugas yang membabitkan orang awam, pihak atasan polis akan cuba untuk 'cover up'. Tindakan keatas anggota kebanyakan nya hanya diambil kepada yang terlibat kes disiplin, jenayah dan dadah sahaja. Kalau selain dari itu mereka seboleh nya akan 'cover up'. Contoh paling jelas ialah kes mata lebam DS Anwar Ibrahim. Kalau tak tubuh Suruhanjaya DiRaja, jangan mimpi Ketua Polis Rahim Nor pada waktu itu dapat diheret ke mahkamah. Ini sebenar nya persepsi rakyat teramai.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

27 April 2010

Kes polis tembak remaja: mereka berada pada waktu, situasi, tempat dan tanggapan yang salah?



Al-Fatihah untuk arwah Aminulrashid Amzah, budak 15 tahun yang mati ditembak polis awal pagi Isnin (26/4/10). Mula nya malas nak cerita kerana dah banyak posting yang menyentuh isu tersebut. Yang buat aku nak tulis ni, selepas aku bertekak dengan 1 orang sebaya aku pasal kes ini semasa menonton berita 8.00 malam di tomyam belakang masjid Kapar. Bertekak biasa, tak lah sampai bertumbuk.

Yang buat aku tak boleh terima ialah dia menyalahkan pihak polis 100%. Bagi aku kes seperti ini sebenar nya boleh berlaku kepada mana mana anggota polis dan kepada anak sesiapa sahaja. Memang mudah kita untuk menunding jari kata dia salah atau dia betul.

Bagaimana kalau kita sebagai anggota polis berada pada situasi berkenaan ?. Tidak mustahil anggota polis menganggap semua orang berpotensi untuk memberi ancaman semasa mereka menjalankan tugas. Mereka pun tidak mahu mengambil risiko terhadap nyawa mereka kerana mana mereka tahu yang mana satu penjenayah atau bukan..

Bagaimana pula kalau kita sebagai budak itu pada waktu itu?. Akal singkat seorang budak, sudah pasti nak lari kerana tak ada lesen. Dia tidak mahu ditangkap. Kalau aku ditempat budak itu sebagai orang dewasa, aku mungkin akan mencongak sama ada itu polis betul atau polis menyamar yang nak menyamun aku dan kalau polis betul, mungkin mereka tahan kerana mahukan wang sogokan. Itu tanggapan dan persepsi aku.

Aku dan rakan pernah ditahan polis peronda kerana langgar lampu merah jam 3 pagi. Kita orang baru lepas kena teh tarik di NLK Bistro kapar. Tengok kereta tak ada, kitaorang redah saja lah. Dipendek kan cerita polis yang tahan kami itu marah marah kata kami berlagak dan kurang ajar kerana tak mahu keluar dari kereta dan tak minta maaf kerana dah buat salah. Aku bagitau polis itu bahawa kami sebenar nya takut kalau kalau polis itu adalah penyamun yang menyamar. Kes penyamun@perompak menyamar polis memang telah banyak berlaku.

Nanti ada pulak orang kata mengapa tak minta kad kuasa polis untuk sah kan dia menyamar atau tidak?. Aku akan jawab, berani ke orang awam macam aku ni nak tanya. Bukan kah ini akan menyebabkan ego seorang polis akan jatuh kerana ada orang mempertikaikan sahih atau tidak ia nya seorang polis. Silap silap dituduh nya kita menghalang kerja penjawat awam. Berani ke orang awam mengambil risiko ini?.

Bila cerita bab menyamar jadi polis ini aku teringat pada cerita betapa mudah nya untuk mendapatkan pakaian seragam polis dan tentera. Tak payah tunjuk kad kuasa pun boleh beli. Yang ini salah siapa pulak? dan dah ambil tindakan ke belum?. Ikuti berita dibawah.



SUASANA sebuah kedai jahit yang dikendalikan oleh warga Bangladesh di pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 4 Mac 2010 - Anda tidak perlu menjadi seorang pegawai polis atau tentera untuk menempah pakaian seragam yang segak dipakai oleh anggota kedua-dua pasukan keselamatan itu. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengunjungi sederet empat buah kedai jahit yang dikendalikan oleh warga Bangladesh di pekan Sungai Besi di sini yang sedia mengambil tempahan tanpa meminta kad kuasa polis atau kad pengenalan anggota tentera untuk pengesahan. Berita penuh baca sini.

Keesokan nya pegawai polis pergi ke premis tersebut jam 10.30 pagi tetapi ditutup dan yang gelak nya premis itu kembali beroperasi jam 6.30 petang.(baca sini)


Pendapat aku, ibubapa dan kaum keluarga budak yang kena tembak itu serta pihak polis bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Aku tidak mengatakan siapa betul siapa salah. Aku cuma kata tanggungjawab.

Alasan aku:
1. Ibubapa bertanggungjawab penuh keatas anak dalam hal penunggang motorsikal atau memandu kereta. Aku memang tak pernah bagi anak anak aku memandu kereta (aku tak ada motorsikal). Kalau nak, dapat kan lesen memandu dulu. Sekarang anak aku tu dah ada lesen dan aku tidak risau sangat kalau dia memandu.

2. Pihak polis pula bertanggungjawab mematuhi prosedur yang ditetapkan kerana prosedur itu dibuat untuk menjaga kepentingan awam dan juga kepentingan pihak polis. Polis tak boleh lah tembak sesuka hati hatta kalau orang tak ada lesen pun.

Akhir sekali, aku lebih bersetuju seperti apa yang ditulis di blog Mazidul Akmal Sidik "Kita tidak berada di lokasi kejadian, wajar mengelak daripada melontarkan komen rambang, bimbang tanpa butiran tepat, penghakiman kita tersasar dan berkemungkinan mempengaruhi pandangan pelbagai pihak berhubung tindakan si mati mahupun polis"(baca disini).

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

16 April 2010

Berhati hati, pemberian barangan percuma oleh sindiket di Stn. Minyak Petronas

Dapat email pekeliling dari Petronas dan rasa nya elok dikongsi untuk kita sama sama berhati hati dengan sindiket seperti ini. Bagi pendapat aku sindiket seperti ini juga mungkin beroperasi di stesen minyak lain dan juga dimana sahaja.

Apa yang penting perlu di ingat ialah berhati hati dan berasa curiga apabila kita dapat barangan percuma atau 'free gift'. Jangan lah asal dapat benda free saja suka nya bukan main. Tahu tahu rupa nya penyamun yang bagi untuk mengesan dimana kita tinggal sebelum samun kita. Sekian



ms.1 (klik gambar untuk paparan lebih jelas)



ms.2

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


21 March 2010

Omar Atan di tahan di Laos tanpa pendakwaan


Omar Atan menunjukkan paspotnya yang dibatalkan pada saat akhir dan ditahan ketika hendak menaiki pesawat pulang ke Malaysia dari Laos. - Foto THE STAR Oleh RAYMOND OOI

ALOR SETAR 21/3/10: Omar Atan, seorang peniaga, dipercayai menjadi mangsa penganiayaan apabila merengkuk dalam penjara di Laos hampir 10 bulan tanpa mengetahui sebabnya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata penahanan Omar, 59, di Penjara Punthong, Vientiane, sejak 13 Mei tahun lalu adalah meragukan kerana belum ada pendakwaan terhadapnya.

Menurutnya, Omar dibebaskan sementara, selepas isterinya meninggal dunia tiga hari lalu dan pulang ke tanah air semalam. "Omar sendiri tidak diberitahu mengapa beliau ditahan," kata Muhd Khairun ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dekat sini, hari ini.

Katanya, Omar pergi ke Laos atas dasar menolong kawan dengan menjadi jurubahasa, dipercayai untuk urusan pengambilan pekerja asing, kerana dia fasih berbahasa Thailand tetapi ditahan ketika hendak pulang selepas berada di negara itu selama tiga hari.

"Penahanannya itu sangat meragukan kerana dia telah dibenarkan melepasi pintu keluar Laos dan pasportnya juga telah dicop, namun sejurus selepas itu dia ditahan semula oleh badan berkuasa negara itu," katanya.

Muhd Khairun berkata, pembebasan sementara Omar selama 10 hari adalah kebenaran khas daripada Perdana Menteri Laos dan ia pertama kali dalam sejarah tahanan diberi pembebasan seumpama itu.

"Pihak Pemuda Umno akan memberi pembelaan yang terbaik dalam kes ini supaya dapat dibuktikan kepada kerajaan Laos bahawa Omar tidak bersalah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Laos supaya Omar diberi pembebasan sepenuhnya.

Sementara itu, Omar yang baru sampai dari Kuala Lumpur bersama dengan anak-anaknya, bersyukur kerana hasratnya untuk menziarahi kubur arwah isterinya menjadi kenyataan.

"Saya diberitahu tentang kematian isteri tiga hari lalu oleh Wisma Putra dan sangat terkilan kerana tidak sempat berjumpa dan mendengar suaranya sejak ditahan 10 bulan lalu," katanya sambil menitiskan air mata.

Omar berkata, perkara pertama yang akan dibuatnya apabila sampai di Perlis nanti adalah menziarahi pusara isteri kesayangannya.

"Saya harap Wisma Putra dapat membantu supaya pihak yang menyebabkan saya ditahan dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Bapa kepada empat orang anak itu berkata, tempoh 10 hari yang diberikan itu akan digunakan sepenuhnya untuk melepaskan rindu bersama anak-anaknya. - Bernama.com

Aku cuma nak kata:
Pertama sekali aku bersimpati dengan apa yang menimpa Saudara Omar Atan dan mengucap takziah atas kematian isteri beliau. Aku tak mahu nak berspekulasi bahawa beliau salah atau tidak. Kena aniaya atau tidak. Kalau di Malaysia pun bila pihak berkuasa tangkap orang luar, berbagai alasan yang boleh diberi untuk menjustifikasikan penangkapan tersebut.

Mengikut dari apa yang diberitakan dalam media, aku berpendapat bahawa Omar mungkin ditahan dibawah akta yang kalau di Malaysia dipanggil ISA. Oleh itu tak payah lah Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh dan yang seangkatan dengan nya berpura pura dengan keyataan bahawa penahanan tersebut meragukan kerana belum ada pendakwaan terhadap Omar. Bukan kah ISA di Malaysia adalah penahanan tanpa didakwa dan dibicara ?.

Apa apa pun aku harap pihak UMNO yang nak menolong saudara Omar ini tolong lah dengan ikhlas dan sebaik mungkin dan jangan hanya untuk mendapatkan 'political milage'. Aku cakap sebab aku ada jumpa 1 entry seperti dibawah. Betul ke tidak.... Wallahualam!!!!

Alhamdulillah, akhirnya Omar Johor (panggilan orang kampung) dibenarkan pulang atas ehsan PM Laos sebagai memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menziarahi pusara isterinya yang telah 3 hari meninggal akibat kompilasi pelbagai penyakit. Al Fatihah buat arwah isetri beliau.

Omar Johor merupakan orang kuat politik UMNO di kampung saya, kepulangan mendapat perhatian dari sahabat handai yg memang mengenali beliau. Tetapi sejak penahanannya tidak ada siapa yg memperdulikan nasibnya sehingga anak sulungnya sendiri membuat rayuan kepada pihak media meminta simpati kerajaan menyelesaikan kemelut yg dihadapi bapanya. Setelah kepulangannya diusahakan oleh kerajaan melalui Pemuda UMNO Malaysia, maka hari ini baru saya nampak batang hidung peminpim2 UMNO di peringkat bahagian pun mencelah-celah kononnya mereka begitu prihatin terhadap nasib yang merundung keluarga malang ini. Inilah politik berkala wawasan Bahagian Padang Besar.

Pun begitu, saya harap Pemuda UMNO Malaysia dapat mengambil tindakan tertentu supaya beliau dibebaskan setelah ditahan hampir 10 bulan tanpa pendakwaan. Apatah lagi beliau masih mempunyai anak-anak yang masih bersekolah yang perlu diberi perhatian.- http://cikguazam.blogspot.com

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


05 March 2010

Dramatic moment man holds hostage at knifepoint on Chinese street

By Mail Foreign Service on 04th March 2010

At first glance these dramatic pictures look like a scene from the latest Hollywood blockbuster.

But these incredible images took place as a man held his sister-in-law at knife-point on a street in Wuxi, Jiangsu province in China earlier today. The man was believed to be under the influence of drugs when he abducted the woman.

The woman was eventually rescued unharmed and the man, who had a criminal past was eventually hauled off and taken into custody. - www.dailymail.co.uk/news


The man holds a knife to his sister-in-law's throat as she calls for help

A police officer wrestles a knife away from the man as his hostage tries to escape

The attacker is eventually bundled away by police

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

04 March 2010

Hot spot crime areas in KL - Please Be Careful !!!


Subject: FW: HOT SPOT CRIME AREAS IN KL

1. Lebuh Ampang
Bus Stop Near The Indian Restaurants – Snatch Thief Area, victims are normally Malay and Indian girls who are alone and not aware. Sexy Indian Girls, please be extra careful if you are to say a word, they will insult you with vulgar words or even slap your face if you put up a fight.

2. Jalan Ampang – Menara Great Eastern / Great Eastern Mall
If you are approached by anyone – men or women asking for direction or time, please be ALERT if any cars or motorbike that comes near you. Stop your conversation and run for your for your life, if not be ready to scream or if you have a spray get it ready. Tag Team Ahli Gusti Jahat Gang will either snatch your handbag / handphone or sepak you if they can’t get anything from you. If you are too sexy – they will bundle you into their car or molest you on the spot.

3. Changkat Thambi Dollah
Off Jalan Pudu – Bus Stop and Wisma Shaw Areas Lots of Mat Rempits who hang around the bus stop area to snatch your handbag.
Those who drive to this area and to Wisma Shaw for shopping or Cari Makan, Please park your car at a safe parking area. Tepi Jalan parking areas can be not safe – Taiko Tai might force you to remove your car or they will park to block your car. Any words you say to them might end-up you getting a good bash -up.[They have areas whereby only gang leaders can park their cars]

4. Jalan Pudu From Swiss Garden Hotel to Hentian Pudu Raya and Menara Maybank
Ladies please take care of your handbag and your handphone when you place it near your ears – Mat Rempit Gang will Zoooom near you and roughly snatch it from you. You might just fall down due to the impact of it and hurt your head by hitting the ground.

When withdrawing cash from the bank’s ATM [Ambank or Maybank] Please look around first b4 you do your withdrawal. IF YOU NOTICE someone looking at you or suspicious to you,then you have to be extra careful OR don’t do ATM withdrawal there! There is this GERAK KILAT gang who in a split second would be near you and snatch or point a knife at you to handover the money, some even force their victims to withdraw from their victims other ATM banks.[According to my not so reliable source - theywere one or two female victims who were raped and dumped at Setapak and Kepong area]

Boarding of Taxi or Unkown Person Car – Please take note of taxi registration number and of the route the drivers is taking you, was told if you are taken to a wrong road then you would end-up as a Rape victim or if you are a guy, hehehe… you would be cash strip / burnt in a car. [My best friend lately was a victim, lost his Rolex Watch , Wedding Ring and ATM's Card ].

Ok, Ladies if you think that its safe to be on a motorbike with your Macho Guy that’s fine, but beware of motorbikes beside you, they might be snatchers who will snatch your bag and Zoom away

5. Wangsa Maju Putra
LRT and TAR College Area. A New Gangster Area. This area have now become worst than Jin Jang, Balakong or Puchong .Groups of youths will do anything to harm you for just a matter of cents or dislike personality. Don’t stare or look at them, all you will know is that they will just simply stab you with a penknife or a dagger.

6. Kepong, Selayang
Sentul Timur LRT and Wangsa Maju – Unknown part time taxi drivers or stolen taxi waiting for you to be their victims- Ladies if you are alone, please DO NOT board a taxi if you think the driver is not pleasant. If you have withdrawn money from the bank or that you are sexy please ENSURE that the driver doesn’t use the central locking of his taxi and driving you to a right route. [You have the full rights to ask the taxi driver not to use the central locking - Wind down the windows if he does not obey to you].

Macho Guy you too can be victim cash and valuables.

Advice from PDRM – DO NOT FLASH YOUR LIGHTS

A police officer working with a the DARE program has issued this warning:

If you are driving after dark and see an on-coming car with no headlights on, DO NOT FLASH YOUR LIGHTS at them. This is a common gang member ‘Initiation Game’. The new gang member under initiation drives along with no headlights and first car to flash their headlights at him is now his ‘target’. He is now required to turn around and chase that car, and shoot at or into the car in order to complete his initiation requirements. Make sure you share this info with all the drivers in your family.

Advice from Polis Diraja Malaysia. The message below is from a CID Officer with Polis Diraja Malaysia. Kindly forward it to your colleagues or friends. - source http://albangi.wordpress.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...