Saturday, March 19, 2011

Kisah Si Kiambang

Satu Tengah Malam, kau menangis menceritakan kisah cinta kau yang tak kesampaian. Ya, aku sentiasa di situ, mendengar kisah-kisah duka kau, sememangnya aku sentiasa ada, bukan sekali. Dan, apabila air mata kau telah kering, kau kembali semula kepada kehidupan kau yang bahagia. Aku? sila jangan kisah kan tentang aku, aku sentiasa menetapkan bahawa bahagia itu tidak datang daripada sesiapa, kebahagiaan itu tetap datang dari dalam diri, dari Allah. Kau, sedar atau tidak, apabila kau bahagia, jarang sekali kau bercerita kepada aku. Dan masa memaksa aku untuk terus menghubungi kau, hanya untuk bertanya khabar, risau kalau-kalau kau masih hidup dengan kisah-kisah semalam. Tapi, aku sedar aku sangat tidak dialu-alukan dalam ruang itu. Alasannya kau sibuk, tidak mengapa, aku faham. Mana mungkin aku tahu erti kesibukan kau, bukannya kita 24 jam duduk bersebelahan. Dan setelah sekian lama, kau hanya akan datang kepada aku untuk bercerita tentang kisah Satu Tengah Malam.

8 comments:

  1. waaaaaa.... mcm novel cinta... huhuhu.

    ReplyDelete
  2. aku pun nak nangis ni abg jonni...huhuhuhu..
    teringat awie baca novel cinta dalam filem 'cuci' kot.. hahaha..
    jgn marah jank..!

    ReplyDelete
  3. sbb d cakap "sila jangan kisah",malaslah nak kisah mcm 2.hu3

    ReplyDelete
  4. hahaha jonni 1 para pun sampai sehari nk siap, kalau 300 hlmn mau 3 tahun tak kua umah

    ReplyDelete
  5. kih3 bang samad sesekali kena luahkan gak rasa blues dlm diri ni, kang kalau idak boleh sakit dibuatnya hahaha tak marah pun sungguh ni

    ReplyDelete
  6. uhuhuhuhkkkkkkkkkkkkk.....uwAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    ReplyDelete
  7. nape nanges tok, jonhny ko dah ilang ke

    ReplyDelete