Monday, March 21, 2011
Enjit-enjit Semut
Hari ini main untuk majlis Abang Gopa. Kenal tak Gopa? Kalau siapa-siapa suatu ketika dulu pernah baca buku 'Bercakap dengan Jin' karya Tamar Jalis. Haa Gopa ini la ilustratornya. Tak sangka boleh berjumpa dengan dia, suatu ketika dulu, dia la yang banyak menakut-nakutkan hidup aku dengan lukisan hantu hitam putih dia tu. Ok, banyak yang nak cerita sebenarnya, tapi aku tak larat nak fikir, penat tadi pun tak habis lagi. Nanti aku sambung kemudian ye haha.
Saturday, March 19, 2011
Kisah Si Kiambang
Satu Tengah Malam, kau menangis menceritakan kisah cinta kau yang tak kesampaian. Ya, aku sentiasa di situ, mendengar kisah-kisah duka kau, sememangnya aku sentiasa ada, bukan sekali. Dan, apabila air mata kau telah kering, kau kembali semula kepada kehidupan kau yang bahagia. Aku? sila jangan kisah kan tentang aku, aku sentiasa menetapkan bahawa bahagia itu tidak datang daripada sesiapa, kebahagiaan itu tetap datang dari dalam diri, dari Allah. Kau, sedar atau tidak, apabila kau bahagia, jarang sekali kau bercerita kepada aku. Dan masa memaksa aku untuk terus menghubungi kau, hanya untuk bertanya khabar, risau kalau-kalau kau masih hidup dengan kisah-kisah semalam. Tapi, aku sedar aku sangat tidak dialu-alukan dalam ruang itu. Alasannya kau sibuk, tidak mengapa, aku faham. Mana mungkin aku tahu erti kesibukan kau, bukannya kita 24 jam duduk bersebelahan. Dan setelah sekian lama, kau hanya akan datang kepada aku untuk bercerita tentang kisah Satu Tengah Malam.
Monday, March 14, 2011
Inai di Jari
#1. Menyediakan lauk pauk untuk kenduri bukan kerja mudah. Serba-serbi kena ambil kira, sebab kita nak menjamu tetamu. Apa yang kurang silap-silap bleh jadi umpatan. Aku teringin sangat belajar masak nasi kawah. Mana tau satu hari boleh jadi pengganti orang tua. Aku duduk dekat Apong, dia tukang masak nasi, aku nak belajar step dia, aku tolong curah 3 kampit beras, sambil itu aku bersembang dengan Lan (sahabat sebaya aku bercerita tentang zaman kecil-kecil mencuri durian). Tengah rancak membuka hikayat, ada budak hantar tong suruh isi nasi, oooo dah siap masak rupanya haha kena tunggu kenduri lain kali la baru belajar kot.
#2. Hari ini ada 4 kenduri kahwin, biasalah cuti sekolah, semua orang ambil tarikh-tarikh camni, jadi, keadaan lokasi agak lengang. Sehingga tengah hari bilangan tetamu boleh dikira. Petugas semua duduk melangut tiada apa nak buat. Peluh pun masih tak menitis. Tiba-tiba Lan bergerak pantas ke arah bangsal, dia dapat 1 cawan bekas tetamu. Sambil tersengeh Lan berkata "Akhirnya dapat gak aku keje hehe."
#3. Dulu masa duduk kat bandar, jiran-jiran jemput pakai sms je. Dan kalau aku reply, "Sori bang, hari tu saya keje laaa," setel, takde siapa akan tanya lagi. Tapi sekarang kat kampung, jemput mulut, hantar kad, datang rumah, jumpa kat pasar, kat masjid, akan dijemput berulang-ulang. Bahaya tu tak datang, silap-silap esok mati kene gali sendiri haha.
#4. Aku jumpa Irus di kenduri. Lama tak jumpa, aku pun tak tau status dia camne. Tiba-tiba Wak Sirat yang baru sampai tepuk bahu Irus, "Haaa macam ni la lelaki yang berjaya!" Aku terfikir, wah dah jadi usahawan ke Irus ni? Lepas tu Wak Sirat sambung lagi, "Nak jadik lelaki yang berjaya kena ada tiga ni, pertama waras, kedua beras, ketiga keras!" Caittt Irus dah kahwin dua rupanya.

Thursday, March 10, 2011
Rock
Yeahh Rock, seingat aku sejak aku sekolah rendah lagi aku digelar Mat Rock, dan hingga hari ini pun aku masih confuse kenapa. Padehal masa tu aku bukan berambut panjang pun. Dan bapak aku kalau hantar aku pergi gunting rambut, kompem dia suruh barber tu potong tempurung haha, zaman tu mana ada fesyen cam sekarang lagi. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, mesti ada cikgu yang memanggil aku Mat Rock. Bila menginjak dewasa ni lagi la, dan sejak aku tak reti nak potong rambut ni bertambah-tambah lagi la. Suatu ketika dahulu, member pinjam kereta aku, dan sewaktu dia pulangkan kunci, dia dah terbahak-bahak, "Ada kaset (zaman tu masih pakai kaset) Ramlah Ram! Sapa punye jangg? Hang dengaq Ramlah Ram kaa?" Aku jadi bahan dengan dia buat beberapa hari kih3 hampeh ko Aie. Sungguh, aku dengar semua muzik, bila aku pasang iTunes, aku random je.
Dan baru-baru ini 26 Februari, member aku composer, call suruh ambil dua pass vip untuk World Final Battle of the Band, aku cakap aku bz malam tu dengan macam-macam kerja rumah, padehal sebenarnya aku pi lepak kat MASKARA (Rumah PENA) tengok sahabat-sahabat baca puisi dan mempersembahkan karya masing-masing. See! Betul tak aku tak Rock hihi? Tapi aku pernah jual lagu kat syarikat rakaman, ada 10 lagu, 8 ballad, 2 hard rock, dan yang terpilih ialah yang Hard Rock. Kira betullah aku Rock, cuma tak berapa nak ngaku je kot haha. Rock pun rock lah janji masih kenal asal-usul ye tak.

Tuesday, March 8, 2011
Pelangi Petang
Hari ini, seawal subuh tadi, sahabat sekampung aku, yang lebih muda daripada aku telah ditimpa kemalangan. Dia jadi mangsa langgar lari. Dia juga menunggang motorsikal ke tempat kerja seperti aku. Aku cuma lewat 15 minit untuk melalui tempat itu. Jalan yang digunakan untuk aku juga pergi ke kuala Lumpur. Siapa yang tidak sebak melihat bekal nasi yang diberi isterinya bersepah atas jalan, dan juga ada anggota badannya yang terpisah. Isterinya yang datang hanya duduk di dalam kereta, orang kampung tak sampai hati untuk membenarkan dia melihat suaminya. Aduh, Hisyam Haji Musa sudah tiada, al-Fatihah
Tuesday, March 1, 2011
Paranormal
Seronok pula baca kisah Abg Samad tentang makhluk misteri yang dia jumpa dalam perjalanannya. Ok, aku pun ada beberapa kisah macam itu. Tak yah la mukadimah panjang-panjang ye, ok, terus je la aku cerita.
#1
Berlaku di sebuah hotel di Perak. Ketika itu aku dan rakan-rakan sepejabat berbengkel di sana. Masing-masing ada pasangan sebilik berdua. Dan aku pula di pasangkan dengan boss, takkan la boss nak duduk hotel murahkan? Jadi malam itu dia cabut tidur hotel mahal. Budak-budak dah mula sakat aku bukan-bukan. "Takpe ko rilek je, malam kang ada la yang datang teman ko" kata Bob. Aku tak kisah pun, sebab biasalah dorang kalau nyakat memang tak kalah. 12:30 am kami masuk bilik masing-masing. Aku pun tidur macam takde apa-apa. 5:30 am aku terbangun, aku terasa macam panas sangat bilik tu, meruap-ruap sampai bengang sangat aku rasa, jadi, aku syak mesti ada benda-benda yang paranormal ni. Aku pun mula la cakap, "Apahal ko nak kacau aku ni, aku datang sini nak buat keje, ko nak blh, blah je la!" Dengan tidak semena-mena aku nampak bayang hitam, dia melintas atas kepala sambil tekan muka aku, macam tak bagi aku tengok muka dia. Aduhh baru la aku goyang, camne ni? apa nak buat? takkan nak lari keluar bilik kot? Aku bersila atas katil sambil baca je la apa yang patut. lepas tu tergerak lak aku nak tengok sebelah ...... huhhhh terus meremang bulu tengkok aku!! katil sebelah dah terbongkang! Rupanya malam tadi aku tidur sama-sama dengan benda tu. Siang tu kecoh pasal kes aku tu, seharian aku ngadu kat kaunter minta tukar bilik, hotel buat tak tau je. Dan malam tu kami tidur 1 bilik 6 orang! Bob termasuk sekali.
#2
Satu hari. Entah kenapa tiba-tiba je aku nak pergi iCity. Dan entah kenapa tiba-tiba gak aku boleh kontek member sekolah lama yang terpisah sejak 1991, 20 tahun tak jumpa. Tapi pertemuan tu takde la mengghairahkan sangat pun sebab dia pun lelaki macam aku jugak haha. Sembang punya sembang sampai cecah pukul 2:00 am. Dia ok la balik Kampung Jawa, aku nak balik Selayang. Tanpa air mata yang menitis, kami pun beransur pulang. Nak sampai ke rumah aku (sekarang bekas rumah aku) akan lalu Kolam Air Panas Selayang. Aku sampai kat situ lebih kurang 2:40 am, kolam air panas pun dah lengang. Aku nampak dari jauh macam ada budak tengah lepak kat flyover tu, aku perlahankan kenderaan takut terlanggar pula nanti. Semakin dekat semakin perlahan semakin aku perhati budak tu. Terkejut aku sekejap bila tengok 'perempuan rambut panjang pakai baju putih' tengah bersidai atas divider. Sungguh, dia lambai kat aku sambil tersenyum. Disebabkan dia buat aku terkejut, spontan je aku cakap, "Celaka budak ni nyakat orang pagi-pagi camni." 10 saat melepasi dia, aku rasa macam takde apa-apa, tapi tak lama tu, aku mula la meremang gila, aku rasa darah aku pun dah berebut-rebut naik kepala nak nyorok kat otak gak. Ponti la tu kot!! otak aku dah mula pandai menjawab yang bukan-bukan tanpa disuruh! Padahal kalau terima signal pasal sifir lambat lak otak ni nak bagi respon! Masa tu aku cuma teringat Mr David Teoh Cakap, "Jangan pandang belakang maaaa." Memang aku tak pandang pun, tapi gigil tetap ada. Lega, sampai kat lampu isyarat, ada lagi 1 kereta. barulah hilang segala perasaan tadi. tapi aku masih tak berani nak pandang, mana la tau kereta tu takde driver, mau tak aku buat spontan drift!

Subscribe to:
Posts (Atom)