Sunday, October 17, 2010

Bisa Berbisa

Beliau ialah Well, ex-gitaris kumpulan Ukays ketika album "Bisa Berbisa" dan untuk dua album sebelumnya. Dia jemput aku ikut dia buat show kat perlis program KTM-DBP-RTM kalau tak silap. Naik kereta lipang lebih kurang 12 jam. Memang aku dan dia berhikayat 1001 malamlah hari itu. Tahniah kepada Ukays sebab pernah menjadi band pop rock nombor 1 Malaysia satu ketika dahulu, dan rasanya sudah banyak menghiburkan jiwa-jiwa luka hehe. Tapi nasib aku tak berapa baik malam itu. Aku ternaik salah gerabak (selepas berhenti transit). Giler, berbelas gerabak aku kena redah sebelum sampai kat katil aku haha sambil aku nyanyi lagu hits Ukays, "Seumur hidup aku, ini yang pertama".
Aku dan Well kena berdiri di belakang, sebab tinggi.

3 comments:

  1. seb bek salah gerabak..klu salah ketapi lagi haru.

    ReplyDelete
  2. kakaka btul tu, skli jage dah smpai myanmar, cmne? haha

    ReplyDelete
  3. smpai myanmar takpe...jgn smpai bangla cukup.

    ReplyDelete