Sunday, October 24, 2010

Din Dapat Nama Lagi

1991. Sekolah aku mengadakan kenduri (sudah lupa nama majlis itu sebab aku lebih ingat Din daripada majlis itu sendiri). Sedikit tentang Din, Din adalah salah satu manusia di dunia ini yang layak digelar profesor, sebab dia tahu serba-serbi daripada kejadian air hinggalah asal-usul Abraham Lincoln. Nama Din sendiri selalu bertukar mengikut ayat terakhirnya. Kalau paginya dia berbahas tentang ikan, maka waktu petang namanya menjadi Din Ikan dan begitulah seterusnya.
Di majlis itu setiap pelajar diberi tugas masing-masing seperti kenduri di kampung, dengan kata lain tiada istilah 'datang makan'. Aku dan rakanku dilantik sebagai pemarut kelapa. Rasanya lebih lima mesin kelapa yang disediakan. bukan sedikit kelapa yang akan diparut, bayangkan sahaja satu sekolah yang akan dijamu. Din pula dilantik tugas lain, mungkin bomoh hujan agaknya.
Ketika kami sibuk dengan tugas, tiba-tiba Din datang mengkritik hasil kerja kami. "Salah tu, mana boleh parut kelapa macam tu, kita kena tekan sambil lawan arah, barula keje cepat siap! Bak sini aku tunjuk," aku beralah, aku serahkan tempat duduk aku kepada Din. Baru sahaja Din letakkan kelapa ke mata parut ... zasssss!!! aku lihat sendiri kelapa itu melayang, aku juga nampak banyak darah terpercik ke kelapa parut. Dan petang itu Din dapat nama baru. 'Din Lawan Arah!'


Alangkah bagus kalau 'Din Lawan Arah' ada ketika ini, sebab dia masih tak sempat ajar skill parut kelapa yang sebenar.

Antaitel

Laluan kehidupan
kadang kala di luruskan
hingga tak terlihat simpang.

Laluan kehidupan
kadang kala penuh likuan
hingga tak terlarat memandang.

Laluan kehidupan
ada ke kiri ada ke kanan
jangan sekali persoalkan
keadilan Tuhan
dengan segala nikmat yang dipinjam.

Friday, October 22, 2010

Perbendaharaan Kata

Sedikit kisah tentang bapak aku. Mungkin sesuai juga dinamakan habit. Dia suka gunakan ganti nama 'periuk' untuk apa jua benda yang ingin disebut. Sebagai contoh:
"Dah makan simpanla kicap ni dalam periuk". (ayat sebenar: dah makan simpan la kicap ni dalam peti sejuk). "Tolong bukak periuk tu, nak tengok berita". (ayat sebenar: tolong bukak tv tu, nak tengok berita).
Dan rupanya sewaktu bertandang ke rumah adik bapak aku, habit yang sama juga ada pada adik dia. Tetapi objek lain pula yang jadi mangsa. Dia lebih selesa menggunakan 'basikal'.
"Makan, makan, makan, jangan malu-malu, banyak lagi basikal tu". (ayat sebenar; makan, makan, makan, banyak lagi nasi tu). Dan aku memang makan, tapi dengan terkekek-kekek hahaha aku tak tahan, aku perasan dia perhati aku, mesti dia cakap dalam hati, "basikal apa la yang dah sampuk budak ni."

Semasa kecil, semua kawan aku dapat BMX, aku seorang dapat chopper, dan aku mula memberontak, seminggu lepas itu, aku terlantar di rumah selepas terlanggar batang ubi. Balasan Tuhan tu hahaha.

Thursday, October 21, 2010

Datang dan Pergi

Setiap perkara dan benda itu
didatangkan berpasangan
malam dan siang
pasang dan surut.

Adam dan Hawa
hitam dan putih
dengan air dan tanah
diciptakan makhluk seindah ini.

Suka dan Duka
marah dan tawa
walau diingat masih terlupa
datang dan pergi juga dipasangkan.

Dia telah pergi seperti dia datang.
 

Sunday, October 17, 2010

Amanat

Haji Man bagi aku iPod hehe jgn jelezzzz. Dia cakap benda itu bagus untuk kau layan sambil-sambil siram bunga. Hari ini aku dah tunaikan amanat dia. Kira aku sejiwa dengan Fergie. Fergie ikat kat tangan lepas itu pergi jogging. Kalau nak rasa siram bunga sambil layan iPod, jemputlah datang rumah ye hihi

Gosok

Zaman sekarang ini gosok menggosok sangat penting, sudah kembali seperti zaman lampau, kalau pandai gosok, lagi senang dan cepat naik ke atas. Kadang-kadang bila deal dengan client dan kita tanya, "Kenapa nak buat macam itu? dan mereka cakap, "Sebab boss suruh," haha senang je alasan diorang, mereka tak akan sesekali bertekak dengan boss diorang untuk make it better, kang kena senarai hitam pula kan. Dan jadilah produk itu yang seadanya. Sebab itu aku lebih suka gosok gitar aku sendiri, takkanlah gosok gitar pun boleh menjadi bahan gossip kat makcik-makcik juga haha.

Hobi

Apabila keadaan budak-budak sudah tak terkawal, aku suka panggil aiskrim datang rumah, siapa nak aiskrim, mintak je, makan sampai puas, dan bukan aku pun yang bayar. Mak bapak korang kan ada hahaha. lainlah aku, aku yatim piatu. Sedihnya.

Mangkuk

Aduhh, Sabtu Ahad je siang malam ada knduri, itulah kampung namanya.

Abg aku: Beras 9 mangkuk, air 10 mangkuk.
Aku: Berapa tadi Mang?
Abg aku: Beras 9 mangkuk, air 10 mangkuk. Jangan lebih, nanti melimpah!

Lepas itu aku ada dengar makcik kat belakang tu jerit "Mat, kau cari daun pandan sudah! Sediakan cepat!"
Cihhh nampak sangat diorang tak percaya aku pandai masak nasik hahahaha.

Bisa Berbisa

Beliau ialah Well, ex-gitaris kumpulan Ukays ketika album "Bisa Berbisa" dan untuk dua album sebelumnya. Dia jemput aku ikut dia buat show kat perlis program KTM-DBP-RTM kalau tak silap. Naik kereta lipang lebih kurang 12 jam. Memang aku dan dia berhikayat 1001 malamlah hari itu. Tahniah kepada Ukays sebab pernah menjadi band pop rock nombor 1 Malaysia satu ketika dahulu, dan rasanya sudah banyak menghiburkan jiwa-jiwa luka hehe. Tapi nasib aku tak berapa baik malam itu. Aku ternaik salah gerabak (selepas berhenti transit). Giler, berbelas gerabak aku kena redah sebelum sampai kat katil aku haha sambil aku nyanyi lagu hits Ukays, "Seumur hidup aku, ini yang pertama".
Aku dan Well kena berdiri di belakang, sebab tinggi.

Gabra

Aku pernah buat silap mase atas pentas, silap yang amat besar hingga menyebabkan lagu terhenti tiba-tiba haha. Dan semasa di belakang pentas, FM datang sambil tepuk tangan plap3 bravo3. "best jank, diorang minta lagi satu slot lepas ini untuk korang, korang ada lagu stanbykan?" aku, Man dan Pesot betul-betul tak sangka haha, rupanya orang tak tau apa pun yang kita dah buat. Sehingga sekarang, peristiwa itu sangat membantu untuk menghilangkn gabra bile nak naik pentas lagi. Semasa berjalan nak masuk pentas lagi sekali, Man jerit manja kat aku, "Jom kita tipu diorang lagi sekali!"
(gambar di atas tiada kena mengena dengan cerita).

Aku Tahu Itu

Satu hari di petang Sabtu, Sahabat dari KL telefon.
Nua: Jang, buek apo tuh?
Aku: Siram bunga la. (aku dengar dia terkekek-kekek). apsal, tak caya ke?
Nua: Hahaha macam tak caya lak, hang tengah pakai kain batik ke tu? (haha aku pun sudah mula gelak sekali).
Aku: Tengah buat apa tu?
Nua: Takdak apa, malam ini camne? Turunlah sini jamming.
Aku: Malam ni tak bolehlah, ni pun baru setel kenduri tahlil mak aku, malam ni lak ada miting untuk minggu depan punya kenduri.
Nua: Amboihhh bizi betul hang ye, takpa aihh saja tanya. Hari tu aku nampak hang datang sana, aku nampak je dari tingkap, tapi malas nak panggil hang.
Aku: Cihhhh aku tau dahhh.

Mentang-mentanglah bini dia baru balik selepas lama bertugas di luar. Aku bayangkan, kalaulah kahwin, lepas tu duduk kerja asing-asing tempat, seminggu sekali baru jumpa, mesti setiap minggu jadi pengantin barukan hehe.

Tak Salah Rasanya

Asalnya aku ajak dia sebab, aku tengok dia macam bosan dengan kehidupan harian dia. Nyesal aku ajak dia sekali, sebab dia tak nak lepaskan getah paip itu, aku suruh dia pegang sekejap je asalnya. Setelah melalui beberapa kegagalan proses rundingan, dan dia sendiri tak berpaling walau aku dah jerit nama dia berkali-kali, dan sebelum ada nyawa tebusan yang terkorban, maka aku terpaksa bertindak bawah arahan dan getah paip bertukar tangan dengan kasar sambil aku sembur air itu kat muka dia. Aku buat macam itu sebab, takkanlah masuk penjara kot sebab sembur muka anak sendiri dengan air.

Yago

Ini bukan Yoga, jauh sekali kumpulan rock, mereka ini hanya insan-insan malap yang suka "try and error". Harap-harap tiada siapa yang akan "shut down" kami haha. Malam itu kami buat demo dari pukul 10 malam hinggalah, 8 pagi kami berhenti, bukan sebab sudah berjaya, tapi sebab sudah mula terfikir, betul ke apa yang aku buat ni sebab cam hampeh je haha, lepas itu mandi-manda terus bersiap standby untuk pergi MASKARA waktu malamnya pula, dan ...
 kelihatan 'Naga' seperti menyesal menjemput kami hahaha.

Lelaki Budiman

1. Tidak sampai hati melihat seorang wanita membawa talam berat-berat, maka segera diringankan akan bebannya itu.
2. Sambil memberi akan kata-kata pujian moga dia bersyukur dengan kerjanya itu.
3. Sambil terlepas kata "kalau saya boss, dah lama saya ambil awak kerja dengan saya."
 - cuba bayangkan yang hidang tu jantan haha pastilah "ezy come ezy go".

Saturday, October 16, 2010

Boss GT-8

Hanya kongsi untuk yang tak tau, yang dah tau, takpe, juz ignore this. Aku bukan mahir sangat pun main gitar, tapi entah kenapa aku suka sangat nak guna pakai Boss GT-8. Bila monitor dia keluar amaran 'battery low', kalau lambat tukar bateri, "memory" boleh hilang, giler ahh kalau nak setup balik 34 bank kuasa 4 tu haha. Aku pergi Bentley, salesman dia cakap kena order bateri, sebab sekarang sudah zaman GT-10. Tapi aku tak percaya sebab aku pernah dengar sebelum ini orang cakap bateri dia RM5 sahaja. Kebetulan ada seorang uncle kat situ dengar dan dia mnyampuk, "owh, itu battery aaa, you pigi kedai jam, you calik itu lithium battery Sony 2032, boleh pasang sendili punye, nanti masa mau pasang, you pasang plug kasi hidup dulu, baru replace battery." Betul, aku pergi kedai jam, RM15 je harge dia (Sony 2032). Sekarang, Boss GT-8 aku sudah dapat bateri baru, moga dia terus berjasa pada aku lepas ini. Kalau ada siapa-siapa yang ada masalah tentang itu, sile roger gua. 24j harus ihih

Nyamuk

Aku singgah Selayang, jumpa jiran-jiran lama, makan-makan minum-minum kongsi serba sedikit apa yang berlaku selama ketiadaan aku. Sekali Pak Man Raja Lawak (dia pernah masuk Raja Lawak) buka cerita pasal nyamuk. Dia cakap nyamuk di Genting sudah imun (dia kerja di Genting). Dia cakap lagi, nyamuk di Genting kalau setakat kita sembur dengan racun biasa memang nyamuk tu tak lari. Ada pula kutu sudah tanya, kenapa?
Pak Man: Sebab, nyamuk tak lari, dia terbang!!

Macam Naik Kapal Terbang

Sudah memang kesukaan aku, bila ada konsert ke apa majlis, aku tak suka duduk tengok di dewan, aku lebih suka duduk belakang pentas, seronok tengok betapa kelam kabut dan susah payahnya segala krew jaga sistem masing-masing. Show tengok kat monitor kecil cukuplahkan. Tapi yang best sekali sebab kat belakang pentas kita boleh berasap, makan minum, pergi tandas sebanyak kali bangun pun boleh haha. Macam brader soundman tu cakap, "Kau duduk je sini, sini best, boleh makan-makan macam dalam kapal terbang."
Aku: Apalah nasib kita kalau kapal terbang ni kena rampas bang?

Thursday, October 14, 2010

Tayar Botak

Abg long aku sibuk cerita pasal pokok getah dia yang nak kena tebang, aku dah mula nguap, mungkin kalau dia terus cerita, nguapan aku akan bertambah laju. Aku tunggu juga mungkin dia akan cakap, "Mat, bak ni nombor akaun bank ko, abang nak masukkan hasil jualan kayu getah tu, abang pun tak berapa pakai duit, abang kan dah tua." Tapi, haram! Dari cerita getah, berlarutan pula pada kisah tayar kereta.
Abg: Kau agak la Mat, bunga tayar apa yang sesuai untuk kereta?
Aku: Entahla bang, aku biasa beli ikut badget je, aku pun tak reti sangat pasal best tak best tayar tu.
Abg: Tayar botak!!
Aku: Yeke!?
Abg: Ye! Sebab bila tayar tu takde bunga, geseran antara tayar dan permukaan jalan tu kurang, gerakan akan menjadi lebih mudah dan beban enjin menggerakkan kereta pun kurang. Penggunaan minyak pun akan lebih jimat.
Aku: O cmtu ekk (masa bila pula abang aku belajar pasal tayar nih dan aku mula terbayangkan kuih gelang yang bergula manis tu, bentuk macam tayar juga tu). Abis tu kenapa tak pakai tayar botak je bang?
Abg: Kau pernah ke tengok tayar yang ada rambut?
Aku: Cihhh (kena aku).

Wednesday, October 13, 2010

Senyum Itu Bukan Untukku

Aku teringat lagu itu seperti tajuk di atas, yang dinyanyikan oleh Andy Flop Poppy. Itulah yang aku rasakan sangat. Sedih, geram luzesss semua ada. Siapa yang tak Sedih, rupa-rupanya semua itu bukan untuk aku. Kisah bermula di HUKM, aku dan Tok Deanz melawat kibodis aku yang patah kaki sebab kemalangan (dia melekat kat Avanza). Kami masuk ikut depan, nak sampai ke wad 4G trauma itu akan melalui lorong yang sangat panjang (jangan gelak: sebenarnya aku dan Tok tersalah masuk pintu). Dari jauh ada seorang wanita yang melambai-lambai sambil tersenyum. Aku: Tok, dia lambai kite ke? Steady tok, tak sangka ada orang kenal kita." Aku pun nyaris nak angkat tangan, nasib baik aku teringat nak toleh belakang, syilake, ada kawan dia kat belakang aku rupeanya. Cihhhhh betullah Senyum Itu Bukan Untukku. (Tok dah tersengih-sengih)

Xperimen

Dahulu masa kecil, hujan adalah saat yang ditunggu, pantang hujan, mesti aku dan abang aku sudah bersedia dengan segala alat kelengkapan nak berhujan Tak payah nak minta kebenaran orang tua sebab orang tua kompem tidur sebab tak boleh buka tv, takut petir. Bukan senang nak beli tv baru kalau dah terbakar. Walau hujan lebat manapun tak pula demam, itu yang aku hairan, kalau kat KL baru kena gerimis pun kadang-kadang dah demam. Jadi hari itu aku uji anak aku, demam tak kalau main hujan, "sape nak main hujan boleh, tapi janji nanti tolong lipat baju masing-masing." Aku rasa berejam juga budak-budak tu berhujan. Malam itu aku cek diorang memang tak demam, tapi masing-masing dah kepenatan tidur terus. Sudahnya aku juga kena lipat baju. Cihhhh

Sudah Sampai Sini


Aku sudah lama fikirkan tentang itu, rasanya sudah lebih dua tahun, Hari itu, 23 September, ulang tahun kelahiran aku. Tidak dijangka, 24 September aku dapat hadiah hari jadi yang aku tak pernah termimpi akan dapat, betul-betul kejutan maut. Kalah kejutan maut siri realiti tv.  24 September, dalam masa beberapa jam berfikir, aku tekad, aku terus buat panggilan kepada semua kakak dan abang aku, mereka terkejut, tapi dengar macam ghairah pula atas apa yang aku nak buat. Aku nak balik! Ya, aku nak balik pindah ke kampung! Rumah peninggalan orang tua aku pun sudah tiada siapa jaga.

Bermula 25 September, sah aku menjadi warga felda. Kakak aku dan abang ipar datang tolong angkat barang, dia tanya aku, "Betul ke keputusan kau ni, kau dah buat solat istiharah belum?" Aku: Dah! (tp aku jawab sambil tengok tempat lain, aku tipulah tu haha maaf kak). Dan malam 25 hari bulan itu malam minggu, maka berangkatlah aku ke kampung dengan diiringi jiran-jiran aku yang baik hati. Terima kasih abang Salleh, Ustaz dan Victor.

Pertama kali aku jejakkan kaki di kampung, Lega betul rasa, teringat aku lagu "Semangat Perjuangan Harmoni" oleh XPDC, betul-betul nyaman, nampaknya lepas ini tiadalah lagi nak gaduh pasal parking, nak bayar mentenen, cukai pintu, bil air, bil itu bil ini, betullah segala yang berlaku ada rahmat di sebaliknya, Tuhan tarik sikit tapi kalau kita sabar, pasti Dia bagi lagi banyak.
Aku tak rugi apa tinggalkan KL, aku pernah jadi kartunis hampir enam tahun (walaupun tak terkenal), pernah jadi designer untuk buku dan majalah lebih 10 tahun, pernah buat billboard untuk KLIA dan highway, pernah terlibat dalam produksi teater lebih empat tahun, dalam muzik aku pernah aktif sebagai gitaris backup artis popular, separuh popular, yang tak popular langsung pun ada haha, pernah main muzik dari dalam hutan hinggalah kelab popular, hotel 5 bintang, ok lah itu kan. Ada juga lagu, lirik dan gubahan muzik aku yang dinyanyikan artis popular. Tak salah rasanya untuk aku sambung segala itu di kampung pula, biarlah aku berbakti di sini. Sangat tenang di sini, sesuatu yang aku terlalu nak rasa daripada dulu. Aku rindukan zaman suatu masa dahulu, zaman kecil-kecil. Okeh babai, salam 1 felda hahaha.