Wednesday, January 15, 2014

Your list of love songs

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... exam baru habis. Ni barulah ada masa nak tulis blog hihi.
Entri kali ni macam cintan cintun skit. tapi jangan muntah dah la baca hehe.

Well, ceritanya petang semalam otw balik dari USM pasang la Sinar fm. Sekali keluar la lagu Aishah - Kasih Kita. Lagu nya mcm ni.



Telah lama ku lalui
Perjalanan penuh ranjau
Dan berduri
Kini tiba cahaya cinta suci
Menerangi
Diriku yang sepi

Meskipun ada yang mengeji
Memang lumrah insan di dunia ini
Hasad dengki
Usah didengarkan
Bersabarlah
Menempuhi

Pertama kali
Aku bahagia
Kau menerima diri ini
Insan biasa
Punya kelemahan
Dalam menempuhi
Cabaran

Aku juga tak mengharapkan
Intan permata
Kemewahan
Cinta yang murni
Keikhlasan hati
Semoga berkekalan
Kasih kita

Hati berkuntum harapan
Agar hidup takkan sendiri lagi
Doa restu dari yang tercinta
Fahamilah
Cinta mulia

Bila dengar lagu ni feeling masa nak kawin dulu tetiba datang balik hehe.. (walaupun dah 3 tahun kawin hahaha)

Pastu mula la teringat-ingat lagu yang selalu dimainkan atau suka gila masa tengah preparation kawin dulu. 
Pelik tak? hehehe... macam tak penah di buat orang. 

Ok, ini list of my love songs yang bila dengar balik sekarang feeling masa nak kawin dulu datang balik hihi... 

1. Ramlah Ram - Diam-diam Jatuh Cinta
   Lagu ni sebenarnya selalu dinyanyikan oleh one of my best friend Shazeela untuk mengusik saya masa 
   nak kawin dulu. So everytime dengar lagu ni teringat la asyik kena sakat, pastu hati berbunga-bunga hehe.

 


2. Colbie Caillat - Fallin for You



3. Colbie Caillat - I Do


4. Altimet feat Adeep Fabulous Cats - Chantek
    Actually lagu ni keluar masa kami first time official date hahaha.. keluar kali pertama and hubby said lagu 
    ni described all the words yang dia nak cakap pada saya masa tu.... He said he is serious thinking about 
    bina keluarga with me. hehehe... lagu ni sangat bermakna pada kami... :)


5. Lee Seunggi -Will you marry me
    Lagu ni bukanlah lagu yang saya selalu pasang dulu. Tapi discover tahun lepas. tapi bila dengar lagu ni 
    dalam hati ada taman hihi. All the excitement nak kawin pun datang balik. 



Itu lah list lagu saya yang membuatkan dalam hati ada taman. Rasanya sekarang ni mesti sapa yang baca ni pon teringat balik lagu-lagu yang buat korang happy kan hehe... 

So list your love songs and feel the excitement inside you hihi... (right now tengah seronok sensorang tengah-tengah malam... :D )

Till then

XOXO

Ifah

2 comments:

  1. 'feeling masa nak kawin dulu tetiba datang balik'..
    Perasaan sebegini lah yg.mesti sentiasa dijaga, kemuncak kita nak sangat hidup disisi seorang lelaki yg.kemudiannya digelar suami.Jangan hilangkan perasaan itu kerana inilah senjata kuat untuk menghadapi hari2 mendatang yg.penuh dugaan. Kekalkan perasaan bercinta dalam hati dan kemahuan utk.sentiasa intim walau musim berlalu..kerana ada masanya seorang perempuan akan rasa terpingir oleh pasangannya, walau pun bukan begitu sebenarnya. Ok sekadar perkongsian..takecare..hihihi.

    ReplyDelete
  2. Very nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to mention that I have truly enjoyed surfing around your
    weblog posts. In any case I'll be subscribing in your rss feed and I am hoping you write once more very soon!



    Here is my web blog :: brave frontier hack

    ReplyDelete