Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, April 04, 2011

:: That Lazy Breakie ::

2 comments:
This entry is dedicated to Ms. Dory. It's simple and yes, you need to have an oven la dear. Or else, how to get it done and melt the cheese?






I am not good in sukat menyukat ni cuz my style is buh je janji sedap dan lazat. haha! So Dory, bare with me!

What u need :
6 slices of bread - Gardenia if possible
2-3 slices of chicken loaf - supermarket banyak
1 capsicum - slice it or dice it
5-6 cherry tomatoes - can cut to half / quarter
1 union - dice or slice
Tomato ketchup
Mozzarella cheese

What to do:
1. Chicken loaf + Capsicum + Union + Cherry tomatoes + 3 table spoon of tomato ketchup in one bowl. Mix them. (Item A)

2. Take one tea spoon of tomato ketchup for each slice of bread and spread it well.

3. Once done, put the Item A on top of your bread. At this stage, the smell of pizza will filled ur kitchen.

4. Sprinkle some mozzarella on each slice of bread. Its really up to you on how much it should be. For those who love cheese like me, we opt for more n more cheese. try moderate, for more healthy.

5. Bake it in ur oven for max 10 minutes. Take it out and voila, u r done.

Simple isn't it?

Wednesday, September 15, 2010

:: Gushmuk ::

No comments:
Sesungguhnya pada masa dan ketika ini saya amat mengasihani perut saya.Setelah dia berehat sebulan, sekarang dia didera dengan aneka juadah. Yang manis, berminyak, berlemak, pedas, masin dan pendek kata segala macam rasa. Saya tahu bukan salah dia kerana sebagai unit yang menurut perintah, dia cuma menerima segala-galanya dengan redha. Sesekali ada unsur protes bila dia melakukan lonjakan angin yang menyebabkan segala isi kandungannya terpaksa diluahkan semula. Kesian dia!

Saya memang salah. Tapi, takkanlah saya nak menolak mentah-mentah. Almaklumlah, juadah ni dapat setahun sekali dan saya agak malas untuk memasaknya sendiri. Ambil lemang sebagai contoh. Mana ada bulan2 lain orang jual lemang berderet2? Ketupat pulut pun camtu gak. Kalau ada pun, mungkin boleh jumpa di sesetengah pasar tani terpilih. Just that feel raya tu takde lah. Another bonus point,  makan2 di bulan  raya ni mostly FOC. Maka, its hard to resist okie.

Antara hasil yang berenang-berenang di dalam perut saya
Sekarang, saya berhadapan dengan dua masalah besar. Yang pertama : kebarangkalian penambahan jisim saya adalah melebihi pengurangan lemak ketika berpuasa. Hoh...scary kan? Kalau posing nak bergambar tu, rasa cam takmo amik side tepi je. Rata sangat. Takde lekuk ke curve or apa2 yang sewaktu dengannya. Oh tidak!
Masalah kedua : Segala input yang masuk dalam badan saya tidak diproses atau lebih tepat lagi dihadam dengan sempurna menyebabkan jadual pelaburan terganggu. Yelah, sebulan rehat tiba2 kena kerja keras. Tak ke sawan? Secara tak langsung, ianya amat berkait rapat dengan permasalahan saya yang pertama. Bila dah isi penuh2, tapi pengeluaran takde...bertambah-tambahlah jisim. Dipam-pam umpama mak buyong peknen gamaknya. Nehi!

Maka dengan ini, saya perlu mengambil langkah drastik untuk memulakan ops mengganti puasa secepat mungkin. Secara tak langsung mengambil berkat puasa enam di bulan Syawal. Mampukah saya? Yes, u can!

Sunday, May 09, 2010

:: Nasi Sudah Menjadi Bubur ::

No comments:
"Nak makan apa ah?"
"Hurm..nasi bubur mau ka?"
"Lama gak tak makan tu.."
"Boleh la boleh la.."

Maka, inilah hasilnya....Jeng jeng jeng....


Tempat ni first time cK pegi ngan Ijurk. Pergi atas dasar recommendation Leq. Nuri Seafood namanya, kat Kg. Baru ya kawan-kawan.

Ya, lauk pauk kat atas tu semuanya untuk 3 orang jelitawan yang kuat makan. Kitaorang order daging masak kicap pepper, sayur kangkung goreng pedas (tapi tak pedas sangat pun), sotong nipis goreng (rasa cam sotong salai), telur masin dan ya bihun tomyam (yang patutnya kensel tapi abang tu serve juga). Semua ni dicomplement ngan jus buahan2 tembikai, mangga ngan apa ntah air ijurk minum. Hahaha..
Tak cukup ngan tu, Leq ngan Ijurk sempat lagi belasah semangkuk besao kerang bakar. Maaf ya kawan2, cK memang tak baper minat kerang ni. So dorang je la yang bedal sampai licin. Dorang kata kerang kat situ besor2. cK tengok biasa je kot, besar daripada siout sedut tapi tak lah lebih besar daripada tiram. Miahahah...


Ha...yang tu mangkuk cK ya. Amat sesak sekali pengisiannya. Makan sambil mengupdate gossip memang menyeronokkan. Di samping sama-sama menggodak iPhone Ijurk yang dibeli hasil bonos berbulan-bulannya, tau tau makanan dah licin. Huhu. Memang megik!

Kata-kata hikmah "Korang, aku rasa perut aku dah nak terkeluar dah"

Monday, April 05, 2010

:: I've Met Carl's Junior, But Where's The Senior? ::

2 comments:
Ok, admit. A bit jakun as it was the first time i tried Carl's Jr. Previously i heard my ex-boss was mumbling about how hard for him to finish his bite. Dah kalau lelaki pun susah nak habiskan, yang femfuan-femfuan anggun cam me ngan Leq ni lagi la parah. 


So we ordered the combo meals. If im not mistaken, it was number 6 and 11 on the menu. Cant recall whats the name of the meal. Being a real carnivore, mine would be beef and Leq settled with her choice of chicken sandwich. Yang pasti, medium set ye kawan-kawan. 

When we get our order, rasa nak pengsan pun ada. How on earth we gonna eat all that. Lucky, after a long walk from LRT to PWTC then to KTM then tawaf Mid Valley for like 3 floors..we manage to finish our meal. Senak perot beb. Tercungap-cungap pun ada. I thought Burger King's Whooper is tough, Carl's even worst ok. Ngan patty yang tebal, cheese yang melted beria...pickles yang korang leh buh sesuka hati, plus the union rings...Gosh! Ni makan ke melahap!?


Ni kalau memang berlapo dari pagi, besarlah kemungkinan nak menyantap sesedap rasa. Tapi, kalau rasa nak gi dating manja-manja sambil makan Carl's ni...toksahla weih. Buang tenaga. Mau hilang cun korang. Silap-silap, lagi dua tiga tahun..mau masuk Biggest Looser Asia. Ohh, so not me. I am so not going to Carl's Jr ever again. 

Cuma, bila orang kata "Ko pernah makan Carl's?". Sedap la sikit bila jawapannya "Ha, penah. Kenyang giler". Taklah rasa jakun sangat kot? Selain dari serving yang memang tahap lapar maksima, harganya juga tidaklah murah. Jadi, jika difikirkan sedalam-dalamnya, mengapakah kita harus membayar dengan harga yang tinggi semata-mata untuk menggemukkan badan? So, better spent your money on salad ke fruit ke...or else, McD pon ok. Lepas la 2 kali makan...


Apa-apa, tepok perut masing-masing sambil jeling kocek. Hiks!

Tuesday, February 23, 2010

:: Bila Barat Bertemu Timur ::

4 comments:
Saya suka makan. Sangat-sangat suka. Tapi, tak semua benda saya makan. Yang dah sahih tak halal tu memang lah saya tak makan ataupun minum. Saya paling menggemari masakan Mama saya. Memang boleh tambah berpinggan2 nak pula kalau memang lauk kesukaan saya. 

Selain daripada juadah2 dalam negara, saya amat menyukai masakan / makanan orang Itali. Oh, tidakkk...saya tidak bercadang untuk menjadi menantu orang Itali tapi kalau tak jodoh, saya tak menolak. Hiks. Dalam usaha untuk memvariasikan makanan yang sedia ada, saya sekeluarga memang suka mencuba pelbagai idea-idea baru dalam penyedian makanan.

Jangan risau, kawan2. Setakat ini, tiada percubaan yang menyebabkan perot kami memulas-mulas atau lebih tepat, tidak ada perkataan cirit birit dalam kamus makanan kami. Jangan ketawa. Ini kenyataan ya? Bertitik tolakkan tahap kekreatifan yang melampau inilah, adik saya telah pun berjaya menghasilkan satu kombinasi unik yang berjaya mempertembungkan dua budaya - timur dan barat.

Dengan segala hormatnya, dipersembahkan Angel Hair Bolognaise Al D'Peria ..............


 Baik untuk penghidap kencing manis yang gemarkan makan peria katak (yang bersaiz kecil) dalam usaha mengawal paras gula dalam badan. So Malaysian! Cubalah!

Thursday, February 18, 2010

:: AWAS!!! ::

1 comment:
AMARAN:

Mereka yang berada di dalam senarai dibawah adalah dilarang sama sekali untuk meneruskan pembacaan kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri dan pihak ketiga. Meraka yang dimaksudkan adalah:

1. Isteri dan bakal ibu yang sedang mengandung yang amat tinggi tahap selera makan dan mengidam kerana dikhuatiri akan menelan air liur yang berlebihan gara-gara inginkan hidangan yang sama.

2. Bapa dan bakal bapa yang memperisterikan seorang ibu mengandung yang menerima tempias mengidam seperti perkara diatas.
3. Individu yang mempunyai tahap jeles gila gaban dan tidak boleh menerima bahawa saya bersarapankan hidangan yang lazat dan mungkin akan mengaruk dengan orang keliling.

Terimalah, hidangan sarapan pagi yang berjaya membuatkan saya senyum lebar sepanjang hari :


Nota kaki : Hidangan ini didatangkan bersama segelas air Ribena yang sejuk. Ahhhh...yey!

Monday, January 25, 2010

:: Tofu Sedap ::

No comments:
Ha, amik ko. Lagi satu entry pasal makan-makan. Ini semua Mama punya keje. Dia tahu tak, anak dia ni nak slim, montokkan badan? Yang dia masak sedap-sedap sampai takleh kata NO tu pasai apa? Heheheh...

Ni boleh dikira satu lagi hasil menonton AFC terlalu lama. Mula la tekak tu nak rasa je segala mala yang nampak dorang tu masak. So, kali ni Tofu sedap ni dijadikan lauk rasmi untuk malam Ahad yang lalu. Dek gara-gara Tofu ni juga la cK terpaksa postpone nak masak spagethi (alasan lagi!) . Hiks!

Nak prepare juadah ni taklah sesusah mana pun rasa cK. I dun really observe how Mama do it, but i guess it should be like this. Tofu tu korang stim kan, bukan korang yang stim...Tahu ok, tahu...Pehtu tumis daging cincang, bawang kasi kuning2. Then, masukkan kicap manis ngan sos tiram. Korang boleh tambah pepper ngan minyak bijan nak bagi naik bau lagi. Plus, kita ni kan orang Malaysia...terkenal lah ngan rasa pedas2 kan? Tak gitu? Pastu masuk daun ketumbar yang dihiris. Kot tak suka, buh je daun sup ngan daun bawang. Ya, garam jangan lupa. Setel!

Last sekali, curah je semua yang korang tumis tu kat atas tahu yang korang dah stim awal2 tadi. Make sure tahu tu dah siap sedia kat atas mangkuk / pinggan untuk dihidang. Selamat mencuba!

:: Terbaik Dari Ladang ::

No comments:
Saya sedar satu perkara yang telah melanda diri sana semenjak dua ini. Aktiviti makan amat menjadi-jadi apabila hari cuti. Kenapa? Mengapa? Biarlah ia menjadi misteri.

Yang penting, sekarang cK dan keluarga dah mula menjadi peminat tetap Restoran Md Chan Abdullah. Restoran masakan cina muslim ini ada beberapa cawangan dalam negara antaranya di Manjung, Wangsa Maju dan yang paling dekat my hommie Melawati.



Kiranya, memang berbaloi-baloilah bila datang makan kat sini. Ala-carte yang memang puas hati. Tak kedekut isi, ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Itu bab makanan. Kalau cerita bab air pula..kegilaanku yang baru haruslah Limau Asam Boi dan Kedondong Asam Boi. Memang pekat, likat hingga juling mata.

Fresh oren tu dua biji oren digunapakai. Yang epal juice plak, macam kita buat kat umah. Takde kedekut2 atau manis gula melampau. Sedang2 sedap je nak telan. lagi satu kesukaan family cK teh bunga - chrysanthemum tea kata orang kampung sebelah. Sejuk je tekak menelan. Pendek kata, memang malatop! 



Kali ni kitaorang try Mee Wantan with BBQ Chicken- yang Daniel makan tu.Mama ngan Dekdek share Kantonis Kue Toew. cK makan Char Kue Teow - tak sempat amik gambar sebab dah masuk perot awal-awal. Heheheh...Cuba tengok air muka Mama menyantap tu, memang selera kan? Ha...syiook oo!

Harga dorang standard je ngan mana-mana kedai kat Melawati ni. Kot kalau rate gerai-gerai tu..mungkin up sikitlah. Still, puas hati dan kenyang hingga menjilat jari. Itu yang penting tu. Korang datang la penuhkan restoran ni. Dibuka pukul 11 pagi hingga 10.30 malam. 

Oh yeah, ada dimsum dan pau juga sedia untuk disantap para pelanggan. Asyik asyik asyik! Tak rugi wooo...Mai sepinggan!

Wednesday, January 20, 2010

:: Makan...Makan....Makan ::

No comments:
Ehem. Gila lama tak update aktiviti kat sini. Tak mengapa, janji FB saya masih bernyawa! Cewaaah! Ok, entry kali ni ada kait mengait ngan entry sebelum ni. Ya, bab makan-makan ni mana boleh miss beb! Hiks!




Dengan berbekalkan semangat waja, cK ajak Ayu, En.Isa ngan Emin memanjangkan langkah ke Mid Valley nun untuk menyantap Kenny Rogers. Sampai sana dalam pukul 7 lebih kurang. 7 malam yer, bukan pagi ok. Lepas solat Maghrib tu, dapatlah kitaorang membedal Quarter Set yang sedap itu.



Seriously, ramai orang lah! Masing-masing dengan baju merah. Macam-macam merahlah yang ada - merah cili, merah menyala, merah darah, merah jambu pun ada. Kiranya memang full house Kenny Rogers malam tu. Perasan juga status kawan2 dalam FB menceritakan hal yang sama. Sini penuh, sana penuh. Apa nak buat...Buy 1 Free 1 punya penangan, sapa tak nak kan?




cK sempat tanya kat staff sana, "Penat tak?". Jawapan yang cK dapat "Sikit lah.." sambil diiringi senyum sempul penuh makna. cK pun cakap lagi "Buat lah selalu ye camni?". Jawapan mesra "Oh memang pun. Setahun sekali lah tapi..."



Setahun sekali je? Iskk...takperlah..something than nothing. Kan? Nanti gwe roger2 lagi na tahun depan!

Wednesday, January 13, 2010

:: For One Day Only! ::

3 comments:


Red is for love, joy and happiness that one should feel of one’s life. Red is for the blood that courses through our body and keeps us alive. Kenny Rogers ROASTERS launching of RED  (ROASTERS Eating Day) will ignite the meaning of ‘red’. Advocating on healthy eating since day one, KRR understands the meaning of a healthy body that equals to a happy person.

KRR celebrate RED on 13 Jan 2010 - marking it a significant day by giving out a *complimentary Kenny’s Quarter Meal with purchase of a Kenny’s Quarter Meal for those who visit KRR restaurants with any element of the colour red (you could have red lipstick, red cap, red shirt or red head band). It will be a day that people can mark on their calendar to remind them to take the opportunity to eat healthy!

Come to Kenny Rogers ROASTERS restaurant nearest to you and enjoy this gift of health! Forward this message to as many friends as possible to show that you care for them!

*Terms & Conditions apply

Monday, January 04, 2010

:: Jom Mamam Cekelat! ::

No comments:
Wahai sekalian rakyat jelata, dengan rasa rendah diri dan lapar perutnya hamba ingin menjemput seluruh warga pergi beramai-ramai melaburkan duit dengan menggunakan sistem barter yang berjaya.Tak percaya? Tengok ni :



So, sapa nak pergi angkat kaki sila naik kenderaan sendiri. Miahahah!

Saturday, December 26, 2009

:: Hijau Daun ::

No comments:
Ya, daun memang selalunya berwarna hijau melainkan ianya daun kering atau daun plastik buat hiasan. Tapi! Ini bukan sebarang daun. Not the type who gave us O2 and consume the CO2 during the process known as photosynthesis. Masuk kelas sains la plak.

Hijau Daun - Band

Yang ini grup cowok-cowok yang datangnya dari kejiranan Malaysia, Indonesia. I was there at Ayam Penyet AP, Sunway Mentari for their Meet the Fans session arranged by Sony, Era and Murai. Expecting nothing much. Just wanna try out the Ayam Penyet and listen to a good music, i hope.
Ehem-ehem. Lalaaa...~!

Masa mula-mula dengar lagu band ni, cK terbayang muka Airel Peterpan. Dah lama-lama dengar baru perasan perbezaan suara. Type of music? Sama. I guess, shouldnt be a problem for them to reach out our Malaysian fan. Five members altogether - . Oh, did i mentioned i get free CD? And yes, with their signature on it lah!

Pinggan seorang yang sangat lapar

Well, ayam penyet? Hurm, i guess thats not the best place to have it lah. A friend once told me, there's a place in Sunway Mentari serves the best Ayam Penyet. So i thought Ayam Penyet AP is the one lah. Turn out in Sunway Mentari alone..there are 3 restaurants serves Ayam Penyet. I need to find the one that he mentioned lah. Sabar....the time will come. Woohooo!

Meh dengar lagu group ni ye, kawan-kawan.



:: Ana Lafar, Ente ? ::

No comments:
cK tengok2 balik archive bulan ni, sungguh tidak produktif! Gile lah! Total number of entries for December was less than half of the total days of the month. Tapi takper, ini semua gara-gara kesibukan tahap melampau. Hiks!

Lagipun, kang kot semua menda buh dalam blog ni, mau muntah darah pula orang membaca. Still, i blog for my own pleasure. Why? So that i can remember all the good, bad things happened in my daily life. I welcome your POV but first rule - read it at your own risk. Tak suka, jangan baca. Its as simple as that.

I love food so much. Let it be eating or preparing it. Maka, satu malam yang senyap sunyi ni si Anggun itu telah mengajak cK ke sebuah restoran Middle East yang terletak nun di Jalan Damai. I never had my meals there though sometime i do find it facinating to see how 'lively' can the place be speshly at nite.


There we are, at Al-Rawsha. Ada sejarah disebalik nama restoran ni. Ia dinamakan sempena sebiji batu besar setinggi 60 meter di tengah-tengah laut yang ada kat Beirut, Lebanon. Batu ni ada lubang kat tengah2 tempat laluan kapal2 dan bot. Maka, dalam realitinya, pengunjung restoran Al-Rawsha ni umpama pedagang2 tu lah kot, kekdahnya.

Disebabkan ianya malam, dan cK amat mengambil berat soal kesihatan (pergh! nak muntah gwe baca!) maka..i just have chicken sandwich lor. Few reasons kenapa cK pilih sandwich. Yang pertama, the serving will never dissapoint u. Tak pernah lagi ada orang komplen pasal sandwich. Well, at least i never heard one. Secondly, i rather eat chicken that lamb. Yea, i am not a fan of lamb no matter how tasty it taste. And knowing how middle east specialties - meat, i believe the serving must be rich / too rich. So chicken, should be less rich i guess.


Turn out, not that bad. Despite looking at the plate and you must be thinking "Kenyang ke aku?", trust me it will. In fact, to finish up the third roll pun dah buat u sesak nafas. The chicken is marinated and grill, wrapped in pitta (bread) with chopped tomatoes and salad with a squeeze of lemon.

For those yang rasa nak tukar selera tu, boleh la pergi Jalan Damai (area belakang Ampang Park, near Vista Damai Condo). Ada few places lagi untuk dicuba - Rahsia (Ning Baizura's fav place), Al-Maghreeb, Al-Amir (only to mention a few). Makan la, apa lagi tunggu!


Monday, December 14, 2009

:: Jom Spoilkan Diet! ::

No comments:
Godaan demi godaan nampaknya harus diharungi bagi me'maintain' kan berat badan yang tak berapa nak ringan ni. Mula2 nampak yang ni :



Pehtu, tengok plak yang ni ha :


Mengapakah? Kenapakah? Mula la rasa tercabar je ni. Makan dimsum ni tak gemukkan badan kan? Kan? Kan? Lagipun, kalau makan ramai2 dapat sikit je bahagian masing2 kan? Ok la tu, buat rasa-rasa ujung lidah je...Bukan nak kasi kenyang bongkang. Isk...isk...masih cuba mencari alasan untuk berada di Penang Village.

Jom lah!

Friday, December 04, 2009

:: Bila Stress Kita .... ::

1 comment:
Shopping?
Rabak duit, calar balar kad plastik.



Dengar lagu kekuat?
Wowo...nanti rosak gegendang tinger.



Sumpah orang?
Haip! Dosa taw!



Nak lempang atau sepak bontot si bodo tu?
Would be nice too. Tapi...nanti jadi kes dera.



So, nak buat apa?
Kita makan dulu!!!!!



Tarraaaaa....Pau Yik Mun sedap!!!!




Nah! Amik ko! Makan sampai kembong. Muntah darah la masing-masing. Lap air liur cepat!

Monday, November 30, 2009

:: Hidup Dengan Lebih Sehat ::

1 comment:

Apa yang terjadi bila Mama anda terpengaruh dengan channel 703 - Asian Food Channel? It has now become her prime station (sebelum cK balik dan control remote la kan...). Dari Iron Chef, Nigella Bites, Saturday Cooks, Jamie Oliver, Chef In Black, Sugar...lagi apa..ha...yang rancangan cina Taste With Jason tu pun Mama tengok gak.
Mama kata dia dah ketandusan idea nak masak hari-hari. So in order to enrich her cooking skills and selection of foods, ni la caranya. Tell u what, Mama memang best! By watching those series je dia dah berjaya merealisasikan masakan2 tersebut ke atas pinggan.

Sapa yang kenyang? Kami anak beranak lah. Contoh paling dekat, kelmarin. Mama buat dinner yang mengenyangkan but still menyehatkan. Ayam bakar yang diperap ngan pelbagai jenis ramuan (belajar dari AFC), jagung rebus, salad and pie kentang. Burp!

Sesungguhnya, makanan itu membuat ku kenyang hingga pagi. Terima kasih Mama, sila buat lagi ye? Malam nanti, anakanda upah ngan avocado sedap tu lagi ya?

Monday, November 02, 2009

:: Jaga Badan ::

3 comments:
Cuba baca title tu...Yelah sangat! Ha ha ha. Harapan je la.

Anyway, semua sedia maklum yang cK ni bekecenderungan menajamkan skil2 penyediaan makanan. Maka, dimana ada ruang dan ketika more or less i will try to prepare sumtin for my dearest. Family dan kawan2 rapat ye tuan2, puan2...Kot bopren tu...belom ada yang betol2 dapat merasa air tangan saya.
So, weekend hari tu bersempena ngan moto mau menjaga badan..cK buat la ceaser salad kononnya. Miahaha..Meriah je ngan mayo n thousand island. Barang2 semua dah ada kat umah, cuma nak beli a pack of mixed salad je.
Dalam pada rasa nak makan salad je...nahh...amik ko...ada plak roti..Maka, dekdek pun tunjuk la skill dia pula..Buat roti bakar yang ditengah2 diselitkan cheese yang bakal cair dimulut. Ya ampun! Ada pula bake bean...tu dia...ke laut la diet cK.


Whats matter most, i'm having it with the people i love the most. Amik roti, kapitkan isi2 salad tu...jadilah sandwich plak. Daniel siap bertambah2 sandwich. Pagi tadi dia request lagi untuk bawa bekal. Plus, my faci pun i bekalkan sandwich. Dia sampai suh i buka kedai (well..its his second time merasa my sandwiches). Apa-apa pun...i take that as compliment...flattered noks!

Friday, October 09, 2009

:: Rindu Sotong ::

No comments:

Sotong bukan sebarang sotong
Sotong dicandat orang kampung
Pergi Bellamy ngan perot kosong
Bila balik perot besao kalah tong!

Tarik pinggan senduk nasi
Top up juga sayur dan kuah
Dapat bedal hai ikan pari
Rasa nikmat sedap sungguhlah!

Burp!

Tuesday, September 01, 2009

:: Main Masak- Masak ::

No comments:
Satu perkara tentang saya yang korang mungkin tak tahu adalah, bila saya pergi makan kat mana2 tempat makan dan saya suka apa yang saya makan, saya akan belajar cara nak sediakan masakan tu. Bagus ke gitu? ok la kot. Mungkin leh jimat belanja. Bila time nak makan tu, pastikan je la barang2 tu ada kat rumah maka in no time leh zaass siap!

Yang lebih seronok bila ianya dapat dikongsi bersama-sama insan tersayang. Insan tersayang? Huwaaa!!! Ah...ok lah...parents, sibling tu kira insan tersayang lah kan? Hik hik hik..The other day, cK minta resepi mashed potatoes dari boss ngan yaya tapi sampai la ni tak buat2 lagi. Bila buka kabinet, tengok lasagna layer tu ada then sos bolognaise pon ada dan juga cheese, ye chedar pon ada. Ermm...membuak2lah rasa nak buat lasagna.

Beli daging cincang, susu segar ngan butter kat Giant. Pehtu nak completekan keadaan minta mama belikan Parmesan plak nak sprinkle kat atas lasagna tu. Berdebar gak masa nak buat tu. First time lah katakan. Tapi dek kerana tegar dan nak belajar, redah je la kan. Nasib baiklah tak terbakar dapur mama..hehehe!

I have to say this, I am proud of myself. Sedap woo lasagna first timer kita. Giler pekat rasa cheesy. Buat satu bekas bake pan je. Bagi kat jiran2 tetangga buat berbuka. Ewok tolong promo kata "Sister kita yang buat, sedap!". Kalau rajin, mungkin lah boleh buat lagi bila raya plak. Yey!

Thursday, July 09, 2009

:: Akar Umbi ::

No comments:
Sepetang bersama keluarga menuju kawasan rumah kedai baru di Setapak Rampai. A week ago, i noticed one kedai cendol ada kat situ. Its a restaurant. Pak Hassan punya kot. I cant recall the name of the owner.

Tak susah nak carik restoren dia ni. Dari tepi jalan lagi dah nampak dah signboard besar. Memang hidangan utama yang ada adalah Cendol dan Pasembor. Selain daripada itu, adalah lagi makanan2 Siam. Yelah kan, takkan dia nak jual dua jenis hidang je kan? Camna nak survive bayar duit sewa kedai nanti? Tak macam KFC. Itu lain kes.

I have always fall in love with local dishes speshly manis manisannya. I find it hard to resist la. Sebab tu la cK tegar nak rasa cendol restoran ni. Masuk je kedai, tengok dah siap frame sana sini paper cutting pasal restoren tu.

Pakcik ni dah berniaga lama secara kecil kecilan - pondok style la. Sekarang nih je dia berani nak buka restoren. He just want to settle down kot. Bila lagi nak jadi boss kan? Cendol dia sedap. cK siap topup pulut lagi. Mama nak try makan tapai aiskrim. Tapi terbatal niat bila mama tengok ada ABC. Tak semeriah ABC Sek 2 Shah Alam la kan..But ok la.


Yes, i love to jalan-jalan cari makan. Kalau korang ada tempat2 yang best untuk dibuat santap, sila roger ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...