Assalamualaikum..
selamat malam semua.. bila malam-malam macam ni kan..dengan hujan lebat lagi..sedap tu buat peta dekat bantal..hihi.. ni dah kenapa dengan tajuk ni.. haaa bukan tengah sedih tapi nak cerita pengalaman..
kawan menangis sukar dicari
tu memang betul.. kawan ketawa ramai la.. bila kita senyum gembira, mesti ramai yang nak dekat dengan kita kan..tapi bila kita sedih, susah dan sakit, kita boleh kira berapa orang kawan yang datang dekat kita,tanya kita kenapa sedih, susah dan sakit.. sebaliknya yang terjadi, bila kita susah kawan-kawan semua lari.. bila minta tolong,lambat je respon.. kita sendiri boleh rasa.. tapi hanya berkata-kata dalam hati sahaja..tak diutarakan depan kawan tu..nanti ada pulak yang bertumbuk kan..oopss.. anis bukan nak kata sesiapa..ni cuma pandangan anis..
jadi, kita memang susah nak ada "best friend forever" tu.. kawan yang baik, dia sentiasa ada dengan kita , sentiasa tanya kita kenapa sedih..hulurkan bantuan semampunya bila kita memerlukan pertolongan.. kadang-kadang kita tak sangka kawan yang kita tak anggap "best friend" tu la kawan terbaik kita.. jadi, kita kena pandai pilih kawan..kita boleh kawan dengan semua orang, tapi yang akan betul-betul ada dengan kita nanti boleh dikira dengan jari.. renung-renungkanlah.. sebab pengalaman sendiri.. kalau terasa pun, senyap sahaja..paling kuat pun, menangis sensorang kan..hihi..