Assalamualaikum..
sejak akhir-akhir ni.. anis cepat sangat sensitif.. lagi-lagi kalau tengok sesuatu yang sedih, macam kanak-kanak kena dera la.. kucing kena pedajal orang la.. buat air mata mengalir laju je..haishh.. tak tahu la sebab apa.. dulu-dulu tak macam ni pon..adoii..nak tergelak jugak tengok diri sendiri..haha..
oke2.. mula-mula, anis nak mintak maaf ye tak blogwalking.. ni pun sebenarnya schedule entry..owner blog busy sikit.. maaf sangat-sangat ye.. anis bukan sengaja tak singgah blog korang.. harap tiada yang kecil hati ye.. syg semua rakan blogger.. ^__^
anis tertarik dengan cerita ni.. bukan kategori cerita jugak la tapi boleh kita renung-renungkan.. jom baca..
REZEKI DARI KUCING
Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Cuba kita fikirkan...ada tiga sebab yang boleh kita rungkaikan di sini...
1. Allah sedang beritahu, makanan kita hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
2. Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti atau bagi malah lebih baik. Ingatlah, setiap 1 kebaikan yang kita buat Allah akan balas dengan 10 kebaikan. Allah itu Maha Mampu bagi lebih dari itu.
3. Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingan ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya mampu minta dan makan.
Renungkan bersama okey~