Pages

Showing posts with label kebunku. Show all posts
Showing posts with label kebunku. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Kebunku


Pokok Sabung Nyawa...ulaman yg ku tanam...nak makan boleh petik je..

Khasiatnya: mengurangkan kolestrol, menurunkan tekanan darah tinggi,
merawat kulit, sembelit, pembengkakan dan byk lagi kelebihan pokok ini.


 



Keladi tanaman hiasanku.

 
Lidah buaya / Aloe vera boleh melembutkan kulit dan mengubati luka serta kudis.
Isinya boleh dibuat  pelembap pipi.

   
Nama saintifik  Piper sarmentosum / Pokok Kadok           
Daunnya boleh dibuat ulam dan untuk masakan lemak.
Boleh merawat penyakit sembelit, malaria, cacing, lemah,  sakit dalam tulang, sakit gigi,
panau dan batuk -tumbuk daun dan sapu tempat tersebut..


 
Pokok Pandan..sesuai dimasukkan dlm masakan, kuih-muih, pewangi kereta, pewangi peti ais.

Saturday, January 29, 2011

Jom kenal dengan Bunga Telang




Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 alam maya...
Didoakan semua sihat2 sejahtera....

Hari ni Fie tak masak sekadar untuk berkongsi jenis pokok bunga Telang coz ada di antara kawan2 yang tak kenal...jadi kat sini Fie nak kenalkan lah...

pokok ni ambil kat rumah nenek masa balik kampung tahun lepas...sekejap je Fie tanam kat belakang rumah...dah berbunga....bunganya memang banyak betul...bolehlah digunakan untuk masakan seperti nasi kerabu (faberet suami), kuih-muih ( hari tu Fie buat first time kuih bunga Telang- kuih Talam yg tak berapa cantik tu....), jus minuman pun boleh tapi tak pernah buat lagi...mak saudara pernah buat...caranya...diblender bunga n tapis n lepas tu direbus bersama daun pandan n gula..simpan dlm peti ais..sedap katanya di minum....

Pokok ni hidup dengan menjalar macam kacang panjang...daunnya bulat2 kecil...memang senang hidup...letak je kat dlm pasu biji benih n ia hidup menjalar kat pagar...seronok masa memetik bunganya..
Pagi tadi Fie balik kampung dengan flight..tu tak masak hari ni...dapat cuti 1 minggu big boss bagi tau...tu yg best sgt dapat balik kampung...dapat lah makan masakan mama...