Friday, May 29, 2009

salam,,

ari ni ari terakhir ku dimesir,,,,mmg letih giuler la arini,,kemas bermacam2 brg untuk dikemas,,dari yg luar hingga la yg kedalam,,,,,ape2 pun aku nak ucapkan terimakasih kat kawan2 yg byk membantu dalam menyiapkan segala persiapan balik aku ni,,,klu tak de korang mmg tak siapla aku punya brg untuk dibawa balik,,

terima kasih juga kepada mereka yg menjemput aku mkn petang tadi,,umh ali n umh amirudin,,thanks alot to u,,,mmg aku hargai giler,,,,

terima kasih juga kepada bilik transit brangan aku kat 402(umh zul..)

terima kasih juga kepada mereka yg balutkan kotak aku,,ust najah,,dolah,,mail,,zul,,madi,,dan hakim,,yg tak sebut tu aku minta maaf sgt2,,boleh bg komen tanda tak puas hati sebab tak sebut nama korang,,hehehe

terima kasih tidak terhingga kepada ahli bait kesayangan aku,,yg byk bersusah payah melayan karenah aku yg celupar ni,,,macam2 bende korang wat aku gembira,,korang byk mengajar aku erti cara hidup bersusah,,klu korang tak de,,aku ni sama je kot macam dulu,,hehe,,

apa yg paling best arini impian aku nak mkn ayam panggang buatan sendiri termakbul juga la,,aku mmg nak sgt mkn ayam tu,,,tapi tu la masa membatasi segala-gala nya,,thanks ahli bait,,,aku bangga dapat ahli bait macam korang,,kita satu kepala satu fikrah,,tapi lain amal,,hahaha,,

untuk akhir nya aku minta maaf ye,,mmg aku balik kembali kat mesir ni,,tapi ajal maut ditgn tuhan,,kita taidak menyangka kan,,oleh itu aku sungguh2 minta maaf,,aku harap korang maaf kan,,,

for the last im waiting for my last dinner,,,jgn jeles kepada mereka yg tak dapat mkn,,bukan tak nk jemput,,tapi kos tak cukup,,,tunggu la aku kirimkan duit,,lps tu aku suruh ahli bait aku masak n jemput mkn kat umh aku ni,,hehehe,,,

p/s: dalam kehidupan ni,,,setiap saat ape yg kita buat belum tentu org suka,,oleh itu setiasa la memaafkan kesalahan org lain,,,

Tuesday, May 26, 2009

Job Vacancy

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON : Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.


Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

p/s: Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.


calon pemilihan PAS 2009


salam,,,


aku baru bace ttg satu blog sorang ustaz ni ttg menemplak 2 org mufti yg mengatakan mogok lapar yg dijalan pakatan rakyat ni haram,,,aku pun menilai kembali apa yg dikatakan oleh org mufti tu betul ke tidak,,tapi biloe tgk balik surat khabar ttg mogok lapar tu mmg betul dorang mengatakan keharaman mogok lapar,,,aku kecewa banyak la kat 2 org mufti yg boleh aku katakan mufti umno yg sengal,,,,kenapa la mereka ni nak kuarkan hukum tanpa mengkaji kenapa pakatan wat camtu,,,alik2 terus hukum,,,itu bukan nama seorang mufti tapi diktator,,,dah tahu sape wat salah terus je hukum,,mmg tak patut,,hilang betul sikoh aku kat 2 org tu,,malu aku dapat mufti macam tu,,tak layak langsung,,,


aku bukan apa,,,klu betul la haram mogok lapar tu gtau la kenapa sebab nya,,,apa yg tak betul nya,,,ni tak,,,terus hukum haram,,mmg bodoh betul,,(nada geram),,,yg aku pelik nya hukum tu dikeluarkan untuk pakatan rakyat je,,untuk umno tak de hukum langsung,,,padahal umno la yg banyak masalah dalam parti,,,,kenapa ye 2 org mufti tu taknak bg hukum kepada 3 ekor lembu yg lompat parti tu,,,,kenapa ye 2 org mufti tu tak nak bg hukum kat sivakumar yg telah dikasari oleh pihak yg tertentu,,,mungkin sivakumar bukan org islam kot,,tapi islam tu mengajar erti keadilan,,sivakumar tu di pihak yg adil,,klu 2 org mufti tu letak hukum ttg keadilan mungkin dakwah 2 org mufti kat org bukan agama islam mesti menjadi,,,,tapi bila die wat camtu,,mungkin org bukan islam pun takut nak masuk islam sebab 2 org mufti tu tadi yg terlalu sgt nak hukum org,,,mmg tak patut,,,


kecewa betul aku kat 2 org mufti tu,,,kecewa aku bukan disebabkan mufti tu kata pas jahat ke umno baik ke,,tapi malu mempunyai tokoh ugama yg terlalu nmpk zahir nya seorang yg mengamal politik,,sedang kan islam tidak membenarkan kepada mereka untuk bernaung di bawah politik,,,takut nnt bila politik menjadi tempat seorang pakar agama banyak bende kecelakaan yg boleh berlaku,,,takut nnt hukum yg dikeluarkan hanya untuk sebelah pihak,,sedang disebelah pihak lagi sentiasa disanjung dan dikata kan betul sedangkan apa yg betul salah disisi agama,,,klu ini terjadi dunia semakin dekat dgn kejahilan,,,aku berharap agar 2 org tu sentiasa berfikiran seorang ulamak yg berfikiran rasioanal,,,bukannya seperti seorang ulamak suk,tidak tahu asal usul tiba2 terus je menghukum,.islam tidak mengajar umatnya menghukum tapi mengkaji dahulu sebelum menghukum,...


p/s: keadilan akan sentiasa dibela walaupun kejahatan sentiasa berjalan,,,

Sunday, May 24, 2009



salam,,

alhamdulillah,,,selama beberapa hari yg lalu aku telah menduduki peperiksaan dan telah berakhir arini,,,,mungkin ada sesetengah pelajar bila abis je pekse akan terdengar perkataan merdeka!,,merdeka!,,merdeka!,,tak cukup dgn itu mercun dibakar sana sini bg meraikan peperangan pena yg telah tamat tempoh nya,,,memamg secara jujurnya aku pun sama ketika itu tergolong dalam meraikan hari kegemilangan seorang pelajar yg telah abis pekse nya,,,,mmg ketika itu gembira nya hanya kita sahaja yg tau,,,tapi itu zaman remaja aku dulu,,hanya keseronokan menemani hidup untuk mencapai kegembiraan yg luar biase,,hehehe

mmg aku seronok bila pekse dah abis,,,anything boleh aku wat lepas ni,,masa aku masih berbaki cuma 5 hari untuk aku melihat mesir kesayanganku ini,,tak sanggup aku lps kan mesir ini,kenangan nya mmg byk,,,aku tahu balik nya aku ni hanya untuk bercuti bukan untuk selama-lama nya,,tapi bila hati sudah berpaut dgn bumi anbia semakin sedih untuk dijauhi walaupun untuk seketika,,,aku redha kan jua hati ini untuk aku lpskan seketika bumi tandus ini,,mmg sedih sgt,,,kawan aku begitu pelik bila melihat aku tidak gembira bila mahu pulang ke malaysia,,sebenarnya aku gembira sgt bila dapat pulang ke malaysia,,tapi dalam mase yg sama aku sedih nak tinggalkan tempat belajar,kawan2,adik2,dan byk lagi la,,,aape2 pun balik aku ni pun ada misi nya sendiri,,nak tau ape,,just waiting my new entry bila aku kat malaysia nnt,,

berbalik pada pekse yg dah abis tu,,,,mmg hati gembira bila tamat exam,,tapi pernah kah kita berfikir bila time result nak kuar,,mesti kurang fikirkan kan sebab terlalu gembira dgn perkara 2 yg menyeronokan untuk dilakukan pada musim cuti ni,,,betul tak,,aku harap tak sgt la,,to my aku nak cakap sikit kat korang,,sebenarnya apa yg kita jawab kat exam tu belum tentu betul nya,,hebat camne pun jawapan belum tu mumtaz nya,,korang kene ingat hanya ALLAH yg dapat memberikan apa yg kita nak,,korang nak mumtaz tapi bile abis je exam doa ditinggalkan,,amalan semakin kurang,,sedekah jariah semakin merundum tidak seperti ketika exam,,,lps tak dapat mumtaz korang salahkan soalan la,jawapan la,doktor yg tanda la,macam2 la,,,cuba fikir balik kenapa? semua itu bebalik pada diri kita yg alpa dgn nikmat yg telah diberikan selepas pekse sampai lupa untuk meminta kepada NYA,,,,

oleh itu my fren jgn la merdeka awal ya,,,sentiasa la beramalan seprtimana kita beramalan ketika waktu exam,,,,insyaalah dgn rezki nya kita akan berjaya,,time tu la kita minta pada NYA agar apa yg kita nak dikabulkan,,,INSYAALAH,,,,,

P/S: yg masih pekse tu ketepikan ttg malaysia dulu,,fokus on ur exam first,,,,i know u can do it,,

Friday, May 22, 2009

salam,,,



mungkin ini sedikit teguran kepada kawan2 yg mempunyai sikap yg tidak baik kepada rakan- rakan nya,,aku tegur ni bukan untuk aku seorang tapi teguran bersama,,,



klu bleh lps ni tolong la kita jaga adab berkawan agar kawan2 tidak lari daripada anda,,anda patut bersyukur mempunyai kawan yg sanggup berkawan ngn anda bertahun lama nya,,,klu tidak ada mereka aku rase dunia ni tak bermakna wat korang,,,ibarat camtula,,tapi klu DORANG tak nak kawan pun ALLAH ADE,,,klu ade sape2 yg ade sakit kan hati kawan nya cepat2 la minta maaf,,,,aku takit nnt kawan yg korang wat salah tu hatinya keras,,cepat2 lembut kan hati die ye,,,



adab yg penting untuk aku tulis adalah adab ketika bercakap,,cakap semua org bleh cakap tapi cakap tu biarlah tak mengguriskan hati kita,,ni tak,,ni cakap macam sedap mulut die je,,cakap yg boleh minta pipi di tumbuk,,klu tampar tak best,,hehehe



ape2 pun aku tulis ni untuk kawan aku yg tgh nyirap ngn kawan die,,klu aku pun nyirap ngn kawan die tu,,,tapi nak wat camne kan,,kita ni tak leh jadi seorang yg keruhkan keadann,,klu bleh aku nak jadi seorang yg pendamai,,itu yg lebih baik,,,,



untuk kawan aku tu relax bro,,u must remember ALLAH always with u,,,n dont forget ur fren always u too,,,



p/s: kat kawan kawan aku pun nak minta maaf gak ye,,klu ade salah silap,,bese la aku ni manusia biasa(ayat yg tak pernah berubah,,tu jela,,,)hehehe

Tuesday, May 19, 2009


salam,,
niat mamat kat ats tu mmg mulia,,,aku puji gile la,,
tapi sebagai org yg ber agama islam mesti la tahu ciri2 macammana
untuk kita menghormati solat,,salah satunya dgn care berpakaian,
mestila pakaian tu sopan,,yg kat ats tu mmg sopan tapi tulisan menjadi masalh
bg mereka yg tgk,,lagi2 tulisan yg ditulis dibaju tu berupa carutan yg amat tidak manis like atas tu la f---,,hukum nya makruh kalau kita pakai pakaian yg mempunyai tulisan,
kerana apa? kerana menganggu kepada mereka yg sedang bersolat,,hilang tumpuan,,,
oleh itu klu nak bersolat tu biarlah pakai yg sopan sikit,,klu ade tulisan yg boleh menghilng kan tumpuan org untuk bersolat terbalikkan la baju anda,,klu tak de baju spare la,,klu ade lagi baik tukar,,kita ni nak hadap ALLAH,,mestila nak pakai yg cantik2,,bukan selekih kan,,,oleh itu marila bermuhasabah ye...

p/s: jumpa awek kemain cantik lagi,,sama la mcm yg perempuan kemain lawa lagi,,jumpa ALLAH pakai bju yg ALA kadar je,,mmg tak patut,,

Monday, May 18, 2009

LIFE IS LIKE A BOX OF COCONUTS

To love is like playing the piano. First, you must learn to play by the rules. Then, you must forget the rules and play from your heart.
As long as we have memories, yesterday remains, as long as we have hope, tomorrow awaits. As long as we have friendship, each day is never a waste.
There are some things that we never want to let go of. People we never want to leave behind, but keep in mind that letting go isn’t the end of the world. It’s the beginning of new life.
Sometimes, it is good to be ‘alone’, but that doesn’t make us lonely.It is not a matter of being present ‘with’ someone, it is a matter of being present ‘to’ someone. Many people will walk in and out of your life,
but leave footprints in your heart.The greatest regret in our lives are the risks we did not take. If you think something will make you happy, go for it. Remember that you pass this way only once!
Heartbreaks will last as long as you want and cut deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.
True love doesn’t have a happy ending. That’s because true love doesn’t have an ending. A heart truly in love never loses but always believes in the promise of love, no matter how long the time and how far the distance.
We are never given dreams without also being given the power to make them come true.
Learning how to be alone need not be lonely; it means you’re ready to be with someone else.
A casual friend will say, “Hi, hello!”A close friend adds, “How are you doing?”But a true friend further asks “What can I do to help?”
Lots of people will want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down.
God never closes a door without opening a window. He always gives us something better when He takes something away.
As I look back on my past, I remember the tears I cried, the jokes I laughed at, the things I missed and lost, but there’s one thing I’ll never regret, it’s the day you became my friend.
Love has its own time, season and own reasons! You can’t ask it to stay, you can only embrace it as it comes and be glad that for a moment in your life it was yours!
We have no rights to ask when sorrow comes, “why did this happen to me?”Unless we ask the same question for every moment of happiness that comes our way.
The recipe of friendship1 cup of sharing2 cups of caring1 cup of forgiveness and hugs of tendernessmix all these together… to make friends forever
just because someone doesn’t love you the way you want them to, doesn’t mean they don’t love you with all they have.
To discover new oceans, you should lose sight of shore. Happiness is like perfume, you can’t pour on others without getting drops on yourself.
In relationship, thanks god when you’re hurting or crying. There you are given the chance to measure the important of the relationship of the person and of yourself…then you grow.
Friends are like stars. You can’t always see them, but you know they are there. Have great hopes and dare to go all out for them. Have great dreams and dare to live them. Have tremendous expectations and believe in them.
p/s: nothing to say,,,just read n think about it,,bring ur fren to syurga,,,

Sunday, May 17, 2009







tiket balik,,,
30 mei
tolak dari sini 4.50 pagi
singgah mumbai
sampai malaysia 30 mei pukul 10.15 mlm
p/s: balik untuk bertemu keluarga,,,tapi hati sedih meninggalkan mesir,,tak tau kenapa?

Saturday, May 16, 2009


terkejut giler!!!!!
mahal yg melampau tahap menangis bila aku nak bayar,,,
masih terfikir sampai skg kenapa mahal sgt,,,,
muhasabah bersama mari lah kita berjimat,jgn asyik terlalu dgn menggunakan barang elektrik.lagi2 komputer,,,
mungkin kesilapan dari kita,jgn asyik menyalahkan ammu elektrik,,dorg tak salah,,kita yg salah,,

p/s: kalau tak gume brg elektrik tutuplah,,jgn duk pasang 24 jam,,,baru tersedar,,hehehe

Thursday, May 14, 2009

quran exam or hayati?
salam to my fren,,,hari ni aku nak bermuhasabah sedikit mengenai sesuatu yg amat penting untuk ambil tahu,,,aku bukan ape semenjak aku pekse kat azhar ni quran yg aku hafaz ni terlalu penting untuk exam sahaja sehingga lupa untukk aku hayati ape maksud yg tersirat dalam ape yg aku bace,,,,semenjak aku kat sini dah 3 tahun aku membawa gelaran iadah al-quran,,,,aku malu kat kawan2 coz dorg lulus tang aku gagal,,,aku pun mencari punca kenapa aku gagal madah quran ni,,,jawapan nya satu je,,even aku hafaz 30 juzuk sekali pun tapi tak dihayati sama je macam tak hafal,,,mungkin quran sendiri tak redha dgn ape yg kita hafal,,,,seperti bila ade kawan yg cuba amik kesempatan kat diri kita ,,,habis madu sepah pun dibuang,,,hafaz quran lps tu tinggal kan,,hafaz balik time pekse je,,,macam mana la QURAN nak redha dgn apa yg kita baca,,betul tak fren,,,bila difikirkan balik mmg patut pun aku gagal,,,,mmg kegagalan aku ni disebabkan diri aku sendiri kurang penghayatan dalam menghayati ayat2 quran,,,,
oleh itu aku menyeru kepada kawan2 yg amik jurusan agama or pun tidak kita cuba la lps ni untuk menghayati ayat2 quran agar ape yg kita baca or hafaz mendapat berkat dari quran itu sendiri,,,ayat2 ALLAH tidak boleh dibawa main,,,,klu bleh lps ni hafaz dan hayati makne nya,,jgn sekadar hafaz je,,,k,,

p/s: baru sedar dari kesilapan kenapa gagal sebelum ni,,, quran bukan untuk exam je,,,

Friday, May 8, 2009

contoh teladan yg baik perlu ditonjolkan melalui sikap tawadhuk,,,pangkat tidak menjamin seseorang itu mempunyai akhlak yg baik,,seperti yg kita lihat gambar diatas,,sikap begini yg perlu kita tonjolkan sebagai pemimpin,,tidak memandang sapa yg rendah mesti sesama taraf yg rendah dan sebaliknya,,,,

sebagai muslim yg sudah diajar dgn cara yg ditonjolkan oleh RASULULLAH apakah patut untuk kita bersikap angkuh,sombong,bonngkak terhadap manusia,,,,sama sekali tidak!!! kita dtg dari ALLAH DAN KITA PULANG KEPADA DIA JUA,,apakah pangkat dinilai dgn harta bende,,,sama sekali tidak!!! sebenarnya pangkat kita layak dihitung melallui IMAN sahaja,,,iman sahaja dapat menyelamatkan manusia dari sikap mazmumah,,

oleh itu kepada mereka yg bergelar pimpinan dari semua pihak agar bermuhasabah kembali agar kembali kepada hadaf utama dalam membentuk kepimpinan yg berkesan,,,kepimpinan yg berkesan dapat diterajui sekiranya hadaf dakwah dapat dijayakan dgn berkesan,,sepertimna pada zaman RASULULLAH menghantar duta2 ke pelusuk negara untuk menyebarkan fahaman islam kepada mereka yg masih tidak kenali,,jelas sekali kejayaan dapat dikecapi dgn melihat berapa byk negara sekarang ini bergelar negara islam,,,,semua itu bermula dgn kepimpinan yg berkesan yg ditonjolkan oleh RASULULLAH s.a.w

p/s: camne pula ngn safarah malaysia(kedutaan malaysia)? mereka ni duta seperti duta zaman RASULULLAH KE,,,,jawab sendiri ye!! hehehe


peperiksaan,,,


bila dgr jadual exam dah kuar semua terarah pada satu perkara,,tentang buku/kitab masih tidak terusik lagi,,,hakikat sebenarnya kite dah bace kitab tu,tapi kita tidak sedar yg kita sekadar bace tanpa ade penghayatan dalam kitab yg kita bace,,sebab tu bila jadual keluar kita merasakan seolah-olah buku byk tidak disentuh lagi,,,oleh itu start from now we must change our style to study,,,u know how? with tadabbur yakni bace dgn penuh penghayatan,,,senang klu pekse part tu kita tak hafal tapi kita faham mudah untuk kita olah ayat sendiri,,,


yg kedua ni lagi penting yg kat atas tadi,,yg ni tentang diri kita dgn ALLAH SANG MAHA PENCIPTA,,,,bg aku tak kisah la bila ade org cakap kita camni"alah time pekse ni baru la nak jadi baik,,nak jadi malaikat la konon" sebab org camni bodoh!!! sekurangnya-kurangnya kita ade gak usaha untuk mendekatkan diri kepada ALLAH,,,SEBAB waktu camni kita diduga dgn ujian yg belum tentu kita lulus or tidak,,,,that why kite perlu minta byk2 doa agar ALLAH mempermudahkan urusan kita dalam exam yg bakal kite tempuh,,,lagi satu byk2 kan la amalan agar dgn amalan kite tu tadi boleh untuk kite memperoleh kejayaan dunia akhirat,,,yg penting ibadat yg kita lakukan ini kerana ALLAH bukan sebab pekse,,,,kite perlu ingat result kita ni bukar kuar terus je,,,memakan masa lbh kurang 2 or 3 bulan,,oleh itu perlulah kita ini meneruskan amalan2 dan memperbykkan doa agar ALLAH MENETAPKAN YG TERBAIK DLM RESULT KITA...PERLU diingat seandainya amalan korang putus sebelum kuar result dan result yg diperoleh amat mendukacitakan jgn salahkan takdir,,sebab ALLAH sudah bg peluang untuk kite meminta kepadaNYA,,SEBAB ALLAH ADALAH MAHA PEMBERI REZKI,,,


TGH dalam musim imtihan ni jgn la byk saiko kawan2,,,"ko dah bace ke blum",,"apela ko ni tu pun tak tau",,,"ko cari la sendiri jawapan tu",,tu ayat menyeko,,,klu ade budak camni mmg akan aku sediakan lima cop kat pipi die,,,hahaha,,sebagai hambaNYA dan ILMU yg kita bace dariNYA JGNLA kedekut untuk membantu kwn2,,bukan semua kwn2 pandai macam si saiko tu,,oleh tu selagi kita mampu untuk tolong kawan kita tolong,,tak rugi pun,,,berkat dari bantu itu akan menatijahkan keputusan yg bagus,,,aku tgk kat mesir ni byk ustaz yg membantu adik2 dalam exam ni,,sanggup wat kelas untuk mereka,,,,sebab ape mereka berjaya doa dari adik2 nila,,,olh itu kwn2 marila sama2 kita membantu kwn untuk meningkatkan kefahaman yg lebih kepada mereka,,,


yg ni lagi penting dari no 2 tu,,,,iaitu saling maaf memaafan antara satu sama lain,,,bende ni korang hurai sendiri ye,,tak sempat nk hurai ade keje sikit,,,,


P/S: NAK LEBIH MOTIVASI TGK LASKAR PELANGI,,2 KALI AKU TGK TAPI PERASAAN MALAS TU MASIH ADE,,SEKEJAP RAJIN SEKEJAP MALAS,,,,CAMNE YE?





selamat hari ibu,,,kepada mereka yg sudah kehilangan ibu berdoalah semoga ALLAH menempat kan mereka ditempat yg dijanjikan syurga,,berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa mu,,,nescaya syurga sudah dibuka untyk mu,,,neraka tempat kamu bg mereka yg derhaka,,!!!

Wednesday, May 6, 2009




p/s: bila isu palestine senyap semuanya wat bodoh je,,,boikot barangan jalan lagi ke?










kepada pelajar mesir aku nk syorkan kat korang makan kat satu tempat ni yg diberi nama "tacobee" tempat tu mmg best,,,lagi best dari kfc,,,murah pun murah,,tak rugi pergi,,
tempat nya di kawasan depan saragmall,,,lagi satu dekat ngn teknologi mall,,klu tak tau gak tye je org arab,,dorg tau la,,,
jangan lupa try ya,,,!!!
p/s: dah 2 kali aku pergi,,maybe akan pergi lagi,,hehehe

ari ibu,,




salam




selama tiga tahun kat sini hanya kata-kata boleh kututurkan untuk melahirkan cinta ku terhadap ibu,,,sempena hari ibu ini,,,




aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kehadapan ibuku hasmah binti dahalan,,,,terima kasih diatas pengorbanan mu dalam menanggung perit jerih dalam membesarkan anakmu seramai 10 orang,,mmg kami mempnyai sikap yg berlainan tidak sama satu sama lain,,lagi2 diri ku ini yg terlalu teruk boleh ku katakan untuk mu mendidikku,,,maafkan diri ku ini ibu!!!!!




masih teringat ketika ku dimasih kecil ko selalu menyikat rambut ku sebelum berangkat ke sekolah,engkaulah yg selalu menggosakkan baju ku sehinggala ku sekolah menengah,,,masih ku ingat engkau selalu melayan karenah memilih ku ini,,,kau berikan makanan yg sedap2 untuk ku jamah,,engkau sanggup menyuruh abah untuk belikan lauk yg sedap untuk engkau hidangkan kepada ku,,masih ku teringat kau sanggup menjual kuih karipap demi menjaga duit senantiasa ada dipoket ku ini,,,terima kasih ibu!!! jasa engkau tidak dapat ku bayangkan setinggi mana gunung2 yg boleh dikirakan,tidak dapat ku kira seberapa banyak jasamu kalau di tandingi dengan air di lautan,,mungkin lebih dari gunung,,mungkin lebih dari air dilautan,,,memang jasamu tidak dapat dinilai dengan ape yg terdapat didunia ini,,,engkaulah yg terhebat diantara yg terhebat didunia ini,,aku bersyukur kerana ALLAH menjadikan engkau sebagai ibuku,,,,,,




terima kasih ibu!!!!




p/s: untuk akak aku dan akak ipar aku jua selamat hari ibu,,,dan juga kepada mereka yg bergelar ibu aku ucapkan selamat hari ibu,,,syurga menanti mu,,amin ya rabb

Tuesday, May 5, 2009






p/s: mati!!!! bersediakah kita?

salam,

semalam adalah hari aku tersedar dari lamunan pabila tersentap dengan sebuah cerita mengenai kehidupan,,,mana tidak nya cerita yg ku lihat mengajar ku erti sebuah kesabaran n juga pengorbanan,,

laskar pelangi adalah satu cerita yg boleh membuka semua mata manusia agar sedar siapa diri kita sebenarnya,,,kadang2 kita tidak mengerti erti kesusahan,,tapi cerita ini akan memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa bersyukur dengan apa yg ade,,

belum tentu yg miskin itu bodoh,belum tentu yg kaya itu pandai,,apa yg perlu dlm kehidupan adalah kesungguhan dan kegigihan,,

satu kalimat yg begitu menakjubkan bg memotivasikan diri ku ini,,kata2 pak harfan "biar hidup sentiasa memberi,tapi jgn sesekali meminta-minta"

hidup perlu sentiasa memandang kehadapan,jgn sesekali toleh kebelakang..jdkan yg belakang itu pembakar semangat agar terus maju kehadapan,,

p/s: jgn mengharapkan kemiskinan kerana ia senang membawa kekufuran,jgn megharapkan kesenangan kerana ia membawa,,,,,?

Monday, May 4, 2009

resepi ikan masak asam pedas,,,

Bahan-Bahan:

1 kati ikan pari,2 senduk cili boh,10 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih,½ inci halia,10 sen daun kesum

1 sudu besar asam jawa (ambil airnya),5 cawan air,1 senduk minyak untuk menumisGaram,

serbuk perasa dan gula secukupnya

Cara:

Ikan pari dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling hingga lumat. Panaskan minyak di dalam periuk setelah itu tumiskan cili boh hingga garing setelah itu masukkan bahan yang telah digiling bila telah naik baunya masukkan air asam jawa kemudian masukkan pula air yang lima cawan tadi.Masaklah sehingga pekat kuahnya baru masukkan ikan dan tambahkan garam, gula serta serbuk perasa secukupnya akhir sekali masukkan daun kesum. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

p/s: nak sedap pakai ikan mahal,,takda duit ikan buti(talapia) dah cukup,,tapi aku x mkn ikan buti tu,,camne ye,,hehehe

salam,,,

profesional or ulamak?

heboh di malaysia ttg isu siapa kah yg paling layak untuk menerajui kepimpinan PAS,,,mungkin ini adalah isu baru dalam sejarah PAS dalam meletakkan siapa yg berkaliber dalam memegang tunggak parti tersebut,,,

pendapat aku sendiri tidak kisah lah siapa yg patut memegang jawatan PRESIDEN diantara golongan PROFESIONAL OR DARI KALANGAN ULAMAK,,bagi aku kedua-dua nya boleh,,yg penting profesioanal tu tahu ttg selok belok agama n ulamak pula tahu selok belok ttg kepimpinan,,maksud nya sama je atas title ulamak profesioanal,,,

cuba la klu kite letak PRESIDEN PAS datuk najib BOLEH AKU KATAKAN PROFESIONAL LA,,,camnelah parti tukan,,,macam turki dulu kot,,semua bende nak sekular,,,quran dan sunnah di tolak tepi,,tak boleh dijadikan sebagai panduan,,,lagi satu nak ke kita berPRESIDEN KAN yg mempunyai akhlak yg kotor,,,yg mempunyai masalah pribadi,,takut untuk membersihkan nama sendiri,,,korang nak ke,,?

cuba kita letakkan calon PRESIDEN DATOK ABDUL HADI AWANG,,,,klu die aku suka untuk menyatakan seorang ulama profesional,,semua bende die tahu,,selok belok kepimpinan,,selok belok agama,,,semua die tahu,,,,die la yg boleh aku kata sebagai PIMPINAN PARTI,,,mempunyai pakej yg lengkap dalam pentadbiran,,,tidak mempunyai masalah ttg peribadi,,,tidak mempunyai masalah dalam pengurusan dan sebagainya,,,

oleh itu tidak timbullah siapa yg layak dalam memegang tongak parti samaada golongan profesioanal or golongan ulamak,,,sebabnya aku lebih suka ber PRESIDENKAN ULAMAK PROFESINAL,,,HAHAHAH,,


aku nak bawak korang ke zaman NABI MUHAMMAD S.A.W,,,cuba korang ingat nabi sendiri telah mengetuai kepimpinan islam ketika itu,,,kite lihat sahaja beliau dlm memimpin ISLAM,,perfect segala-galanya,,,bila org tye masalah ttg hukum,,die lah yg akan menjawab permasalahan rakyat,,,segala-galanya dirujuk kepada NABI MUHAMMAD S.A.W,,,ITULA CONTOJ YG PERLU KITE IKUT DIZAMAN SEKARANG INI...cuma NABI telah berpesan pada kite ttg jawatan ni,,haha nk tau ape,,bace ni,,

"Sesiapa yang meminta jawatan dan dia berusaha untuk meraih jawatan, maka jawatan akan diwakilkan kepadanya (tanpa ada bantuan daripada Allah Taala). Sedangkan sesiapa yang tidak meminta jawatan dan dia tidak pula berusaha untuk meraih jawatan (tetapi manusia mengamanahkan kepadanya untuk menjadi kepimpinan), maka Allah akan mengutuskan malaikat untuk membenarkannya (mengilhamkan keputusan yang paling terbaik buatnya).

(riwayat Abu Daud)

jgn minta jawatan ye,,sebab tu klu kite tgk dalam kepimpinan UMNO,,,SEMUA TUNGGANG TERBALIK SEBAB APE,,SEBAB TIDAK ADE BANTUAN DARI ALLAH DALAM MENSTABILKAN POLITIK MEREKA,,SEBAB MEREKA NI NAK KAN JAWATAN SEMATA-mata,,satu je yg aku takut klu bende ni terjadi kat PAS SENDIRI,,amat bahaya,,klu umno sendiri mempunyai pergolakkan yg dasyat,,ini kan pula parti yg memperjuagan kan agama,,mungkin lagi teruk dari umno,,,macam dosa org agama ngn org yg biasa,,ibarat org biasa klu laku kan dosa dpt satu,,klu org agama lakukan dosa tambah lagi satu,,bermaksud 2,,nauzibillah minzalik,,,harap2 pas tak camtu,,,amin,,,

p/s: tak kisahla sapa yg dudk kerusi presiden,,yg penting die seorang yg arif ttg agama,,,

Sunday, May 3, 2009

salam,,

alhmdulillah selesai juga exam oral,,,tapi dalam selesainya hati ini sentiasa terdetik rase ketidakpuashatian,,mana tidak nya aku boleh jadi kabur bila doktor menyoal ayat quran dari tgh,,aku pun rase kecewa sedikit disitu,,tapi walau ape2 pun aku masih diberi oleh oleh doktor untuk aku mencuba ingat sedaya ayat yg disoal,,alhamdulillah dapat juga ingat ayat tu,,walaupun aku dikenakan satu soalan tapi macam tak best je,,,kawan aku yg sebelah aku begitu lancar apabila disoal,,tahniah bro,,,ape2 pun ini tidak mematahkan semangat aku untuk mencapai peperiksaan yg lebih baik dalam exam tahriri quran nnt,,aku akan wat yg terbaik,,insyaallah,,u can do it iwan!!!!

p/s: kecewa dgn diri tak mampu untuk lakukan yg terbaik,,tapi bile ingat ALLAH insyaallah semua will ok,,makesure aku akan luluskan madah QURAN,,AMIN,,,,

Friday, May 1, 2009

salam semua,,,

semasa aku mengulang quran aku terbace sopotong hadith dari RASULULLAH S.A.W,,,hadith nya pendeknya tapi mempunyai maksud yg mendalam,,,nak tahu ape hadith nya,,,haaaaaa..ni die,,

RASULULLAH S.A.W BERSABDA:

"SESIAPA YG SUKA BERTEMU DENGAN ALLAH MAKA ALLAH AKAN SUKA BERTEMU DENGAN NYA,DAN BARANG SESIAPA YG TIDAK SUKA UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH MAKA ALLAH BENCI UNTUK BERTEMU DENGAN NYA"

dari hadith yg saya keluar kan tadi marila kita sama2 untuk menilai tahap cinta kita ALLAH,,adakah kita cinta kita ini sekadar cinta monyet,,yg hanya melepaskan batuk ditangga,,adakah cinta kite ini sebetul-betul cinta yg ditonjolkan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W,,,,

kembali kepda kisah zaman lampau seperti mana ALLAH MURKA KEPADA KAUM-KAUM NABI YG TERDAHULU,dimana bencinya mereka untuk mengakui ALLAH ITU TUHAN YG ESA,,,DAN DARI SEBAB BENCI ITULAH ALLAH MURKA DENGAN MENGHANTAR SEKSAAN YG DASYAT KEPADA UMAT2 YG TEREDAHULU,,

adakah sudah cukup untuk kite mencintai ALLAH dengan melafazkan dibibir sahaja,,,aku sayang ALLAH,,aku cinta ALLAH,,tapi disebalik cinta itu adakah kite melakukan syariat yg disuruh untuk bersolat,berpuasa,menutup aurat,melakukan maksiat dan macam2 lagi,,adakah kite lakukan?

dikesempatan ini marila kita bersama-sama untuk menjadikan diri lebih baik dengan cinta sebenar-benar cinta,,,,cinta ALLAH bermaksud untuk cinta melakukan suruhan nya,,,cinta ALLAH bermaksud untuk kite cinta kepada kekasihNYA,,,JGN jadikan cinta manusia mengatasi CINTA ALLAH,,CINTA SEPERTI ITU BERRAKHIR DENGAN KECUNDANG,,SEDANG CINTA ALLAH KEKAL ABADI SELAMA-LAMA NYA,,,

P/S: JGN JADIKAN DIRI KITA DIBENCI ALLAH,,BILA SUDAH DIBENCI IBARAT KITA MENEMPAH SESUATU,,,,,BIAR KITA DICINTAI ALLAH KERANA SYURGA ITU SEDANG MENANTI,,,MUHASABAH BERSAMA PENULIS,KAU,AKU,,,



SUBUH:



Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.



Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.



ZOHOR:



Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.



Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



ASAR:



Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:



Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.



MAGHRIB:



Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:



Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.



ISYAK:



Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.



Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


sumber di http://tazkeerah.tripod.com/usrahcollection.html

p/s: org hanya tahu asal usul percintaan,tapi asal usul solat kite wak de je,,muhasabah kite bersama,,

Perihal 7 Ayat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.


p/s: selalu nya bende yg senang paling susah untuk dibuat,,muhasabah bersama..

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat