Tuesday, February 24, 2009

Kau Menegur Aku ya Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Ya Allah, terima kasih ya Allah

Ketika menghadap juadah petang berjamaah dengan anak-anak, kephok lekor yang saya belikan sewaktu pulan
g dari pejabat, siap bersila dan dengan lafaz basmalah yang pendek, saya terus menyuakan khepok ke dalam mulut, tiba-tiba saya menangkap satu suara halus lalu di telinga, “Allahumabaariklana fima razaqtana wa qina azaabannar.”

Isteri yang sedang membancuh air jambu batu HPA, tersenyum. Saya terkesima seketika. Isteri tersenyum lagi, panjang dan kali ini matanya pula saya lihat tersenyum. Dan saya, faham makna senyumannya itu. Saya memandang-mandang isteri dan anak sulung dengan perasaan yang bercampur-campur. Ya Allah, anak sulungku menegurku, biarpun spontan tak diduga tetapi bersih dan tulus dirasakan. Tulusnya, sebagai kesan dari proses tarbiyyah yang diberikan selama ini, ya Allah, alhamdulillah. Tidak terdetik langsung rasa marah kerana ditegur olehnya ketika-ketika perut ini sangat lapar bahkan, hati ini bersyukur kepada-Mu ya Tuhan, anak sulungku terdidik begitu. Dan yang paling terkesan di hati ialah, barangkali itulah teguran dari-Mu ya Allah. Ya Allah, ya itu teguran dari-Mu, saya optimis. Itulah tarbiyyah-Mu penuh hikmah sangat seni. Terima kasih pada-Mu ya Allah, terima kasih pada-Mu hanya.

Teringat lagi sa
ya, ketika kami dalam perjalanan balik ke kampung isteri di Besut. Kereta saya, kereta lama. Aircondnya angin luar yang kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas. Tingkap cerminnya manual, ditutup pun kalau hujan basah juga, tak rapat. Kereta saya, kereta lama tetapi berpintu dua. Slow but sporty, enjinnya KE30, bodynya KE20.



Pern
ah jiran bertanya apa kerja saya, bila dijawab dia tak percaya, “Ya ke? Kalau begitu, tak logik bawa kereta ni, tukang sapu paling komang pun Kancil.”

Bukan saya tak boleh beli yang baru. Pernah juga dibawa berbincang dengan isteri, nak beli model itu dan ini. Tetapi entah mengapa, tak tergerak hati. Ah, tak tergerak lagi hati ini untuk sebuah kereta yang baru. Gerak saya, gerak Dia. Yang lama ini pada saya sudah cukup, meski sekali-sekala meragam juga dia, payah saya dibuatnya. Tapi payahnya, susahnya itulah membuatkan saya belajar, soal-soal rasa, soal-soal hati. Kepada isteri, saya berkata, “Bila rasa payah itulah, kita terdidik.”

Begitu, kami balik juga dengan keadaan gembira, nikmat-Mu kami syukuri sekeluarga. Anak-anak diajar berzikir, bertahlil dan bernasyid di dalam kereta, itulah radionya. Alhamdulillah, kereta tak ada masalah, lancar saja menuju ke destinasi. Selepas plaza tol yang tidak bertol lagi di Jambatan Sultan Mahmud, saya mengambil lane kiri, untuk nanti senang menyimpang ke kanan. Kereta pelbagai gaya bersesak-sesak menderu laju, kereta saya diasak-asak, kereta saya slow, but steady. Ketika kereta masih di jambatan, saya dan isteri memandang-mandang ke luar tingkap, wah kereta bermacam-macam, gaya dan warna. Isteri, sambil melihat sambil menunjuk, “Buya, tengok tu, Camry, cantik.” Seru isteri lagi, “Tu, Honda Buya.” Terbit rasa kagum di hati melihatkan design kereta pada zaman ini. Maklumlah, dia tahu kesukaan saya, suka sangat bab design-design ini kerana saya seorang designer, kecil-kecilan dari tadika hinggalah sekarang.

Sebaik saja hati ini mula terbit rasa kagum dan hebat itu, tiba-tiba, sebuah wagon lama lalu di sisi, slow and steady juga di sebelah kiri kereta, dan saya terpandang sticker di cermin belakangnya yang bertulis, “Dunia ini hanya pinjaman, Akhirat jualah yang kekal abadi.”

Ya Allah, astaghfirullahalazim. “Mi, tengok tu, Allah tegur kita,” tunjuk saya dengan isyarat mulut. Hati dan lidah saya beristighfar. Kami sama-sama beristighfar. Rasa bersalah mula menggamit hati. Terus teringat kepada-Mu ya Allah. Sungguh, Kau menegur aku ya Allah. Ah, tepat sungguh
, kena, tunai dan langsung. Demikianlah tarbiyyah dari-Mu ya Allah. Tidak aku persiakan, Insya-Allah. Dunia hanya pinjaman, Akhirat jualah yang kekal abadi, ungkapan yang mudah disebut, payah nak diterjemahkan di dalam kehidupan lebih-lebih lagi di zaman moden ini. Aku berterima kasih, kerana Engkau mengingatkan.

Justeru, teringat saya kepada satu kisah yang telah lama dan berulang-ulang kali dibaca di dalam buku Tazkirat-ul-Auliya kisah seorang wali yang bernama Malik Bin Dinar. Beliau adalah murid kepada Hassan Al-Basri dan tergolong sebagai seorang ahli hadis dan merawikan hadis daripada tokoh-tokoh seperti Anas Bin Malik dan Ibnu Sirin. Beliau juga adalah seorang penulis khat Al-Quran yang terkenal, meninggal dunia sekitar tahun 130H/748M.

Jom baca, mari kita ikuti kisahnya. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar sewaktu-waktu aku dan kawan-kawan membaca patah tulisan ini, kisah wali-Mu ini, Engkau kurniakan kami kefahaman dan rasa, ikatkan kami dengan tali kesabaran dan ibrahnya, biar kami ceduk sampai ke jantung, hati dan minda. Ya Allah, moga kami membacanya dengan hati yang putih, bersih dan mahu.



Selama 40 tahun Malik tinggal di kota Basrah dan selama itu pula dia tidak pernah memakan kurma yang segar. Apabila musim kurma tiba, dia berkata, “Wahai penduduk kota Basrah, lihatlah betapa perutku tidak menjadi kempis kerana tidak memakan kurma dan betapa perut kalian tidak kembung kerana setiap hari memakan buah kurma.”

Namun setelah 40 tahun lamanya, hatinya diserang kegelisahan. Berbagai usahanya untuk menghapuskan keinginannya memakan buah kurma segar telah dilakukan tetapi tidak berjaya. Akhirnya, setelah beberapa hari berlalu, keinginan tersebut kian menjadi-jadi walaupun tidak pernah dikabulkannya, dan Malik akhirnya tidak berdaya menolak desakan nafsu itu.

“Aku tidak mahu memakan buah kurma, lebih baik aku dibunuh atau mati.” Ia menyangkal keinginannya sendiri.

Malam itu terdengarlah suara yang berkata: “ Engkau harus memakan beberapa biji kurma. Bebaskan jasmanimu dari kongkongan.”

Mendengarkan suara ini jasmaninya yang merasa memperoleh kesempatan itu mulai menjerit-jerit.

“Jika engkau menginginkan buah kurma,” Malik menyentak, “berpuasalah terus-menerus selama satu minggu dan solatlah sepanjang malam, setelah itu barulah akan kuberikan buah kurma kepadamu.”

Ucapan ini membuat jasmaninya gembira. Dan setiap minggu penuh ia solat sepanjang malam dan berpuasa setiap hari. Setelah itu, ia pergi ke pasar, membeli beberapa buah kurma, kemudian pergi ke masjid untuk memakan buah-buah kurma tersebut di sana.

Tetapi dari beranda sebuah rumah, seorang budak berkata, “Ayah! seorang Yahudi membeli kurma dan hendak memakannya di dalam masjid.”

“Apa pula yang hendak dilakukan Yahudi itu di dalam masjid? Si ayah rasa marah dan bergegas untuk melihat siapakah Yahudi yang dimaksudkan anaknya itu. Tetapi apabila dilihatnya Malik, ia lantas berlutut.

“Apakah yang dicakapkan oleh anak itu?” Malik bertanya.

“Maafkan dia tuan guru,” si ayah memohon. “Dia masih kanak-kanak dan tidak mengerti. Di kawasan ini banyak orang-orang Yahudi. Kami selalu berpuasa dan anak-anak kami menyaksikan orang-orang Yahudi makan di siang hari. Oleh kerana itu mereka berpendapat bahawa setiap orang yang makan di siang hari adalah seorang Yahudi. Apa-apa yang telah diucapkannya, adalah kerana kebodohannya. Maafkanlah dia.”



Mendengar penjelasan tersebut Malik sangat menyesal. Ia menyedari bahawa anak itu telah didorong Allah untuk mengucapkan kata-kata itu.

“Ya Allah,” seru Malik. “sebiji kurma pun belum sempat kumakan dan Engkau memanggilku Yahudi melalui lidah seorang anak yang tidak berdosa. Seandainya kurma-kurma ini sempat aku makan, nescaya Engkau akan menyatakan diriku sebagai seorang kafir. Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah tidak akan memakan buah kurma itu selama-lamanya.”



Allah, demikianlah peringatan dari-Mu, ya Allah. Datangnya melalui pelbagai wadah dan variasi kaedah. Tepat kena teguran itu kepada hamba-Mu, yang ingat kepada-Mu. Teguran itu jika kena kepada yang tidak ingat kepada-Mu, pastilah akan percuma, sia-sia. Sungguh, sangat beruntung sangat bertuah sesiapa yang Allah mahu menegurnya, memberi peringatan kepada hamba-Nya, melalui pendidikan-Nya. Sebab yang menegurnya ialah Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Bayangkan jika seorang idola yang kita minati, yang kita puja dan puji setiap hari, yang gambarnya terpampang pada almari, yang kata dan gayanya kita ikuti, satu hari bertandang ke tempat kita dan kita terserempak pula dengan dia, dan secara tak sengaja, dia tiba-tiba menegur kita. Biarpun sekadar lambaian tangan, rasanya jiwa kita, hati kita pasti meronta-ronta gembira dan menjerit-jerit suka bahagia.

Begitulah juga sesiapa yang hatinya ingat akan Tuhannya. Jika tiap langkahnya, ingat Tuhannya, tiap pekerjaannya, ingat Tuhannya, pastilah hatinya teruja meronta-ronta bahagia bilamana Tuhannya yang menegurnya, Tuhannya yang mengingatkannya, bukan orang lain. Demikianlah Allah mendidik hamba-Nya. Diberi ingat melalui pelbagai cara, atas kitalah untuk menerimanya bagaimana.

Tegurlah aku sokmo
wahai Tuhanku!

Dari tarikan nafas,
@buyon

12 comments:

  1. salam ziarah..

    saya teringat satu ketika dahulu..ustazah bertnya, 'kalau kamu berjalan, adakah kamu meninggalkan solat?' saya jawab,'tengok keadaan'. lalu ustazh bertanya lagi,'adakah kamu berasa susah hati jika tak solat?' saya jawab,'sungguh terbeban rasanya, umpama ada sesuatu yang belum dilangsaikan'. dan ustazah kata,'itu bermakna, kamu masih dalam pegangan Islam'

    sampai sekarang, walau sekecil mana sekalipun teguran itu, samada secara langsung atau tidak, saya bersyukur.

    ReplyDelete
  2. Salam Iliana. Alhamdulillah, sangat menarik kisah itu. Dalam maknanya. Terus saya berkata, jika hati terasa bersalah, barangkali itulah teguran dari Allah, diketuknya hati kita, biar tersadar.

    ReplyDelete
  3. Salam silaturahim. Blog yang bagus.

    ReplyDelete
  4. salam

    saya suka baca entri ni..
    agak kelakar tapi penuh bermakna.

    teringat kembali kenangan lama.
    kwn saya ckp,
    kereta mcm tu dipanggil tenggiling.
    saya mmg suka ketawa.
    tp,bila fikir balik,
    lebih baik ada tenggiling dpd xde pape.

    ReplyDelete
  5. Salam Liza. Oo ada nama rupanya kereta fesyen begini ya. Lebih baiklah kereta dari motor, kalau hujan basah terus. Kata org Terengganu. mujo ada kete.

    ReplyDelete
  6. mujo ada kete gitu daripada beli kete baru yg berhutang .... kan kan :)

    ReplyDelete
  7. 1. Dari Abuyon

    "Teringat lagi saya, ketika kami dalam perjalanan balik ke kampung isteri di Besut. Kereta saya, kereta lama. Aircondnya angin luar yang kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas. Tingkap cerminnya manual, ditutup pun kalau hujan basah juga, tak rapat. Kereta saya, kereta lama tetapi berpintu dua. Slow but sporty, enjinnya KE30, bodynya KE20."

    Saya suka semangat KE20, tetapi belum dapat mencapai ke situ kerana kereta paling lama saya hanyalah Kancil 660 auto, walaupun pernah satu ketika (mula bekerja) dahulu memandu kereta berumur lebih 20 tahun, Fiat Coupe 600. Natural aircond itu yang sentiasa mengingatkan kepada Pencipta Alam, walaupun terkadang marah dengan Alam.

    2. Juga dari artikel sama.

    "Allah, demikianlah peringatan dari-Mu, ya Allah. Datangnya melalui pelbagai wadah dan variasi kaedah. Tepat kena teguran itu kepada hamba-Mu, yang ingat kepada-Mu. Teguran itu jika kena kepada yang tidak ingat kepada-Mu, pastilah akan percuma, sia-sia. Sungguh, sangat beruntung sangat bertuah sesiapa yang Allah mahu menegurnya, memberi peringatan kepada hamba-Nya, melalui pendidikan-Nya. Sebab yang menegurnya ialah Allah, Tuhan seru sekalian alam."

    Pencipta Alam ada Guru yang Terbaik, kerana segala ilmu adalah milikNya. Tidak dinafikan belajar dari guru Dunia itu sangat penting, terutama Ilmu Syariat dan Sunnah Allah. Akhirnya guru Dunia adalah wasilah bagi mendapat kefahaman dari Guru sebenar.

    Telah di tulis lama, tetapi belum di post.

    ReplyDelete
  8. 1. KE20 pemberian ayah mertua saya di waktu saya tidak punya apa-apa. Sebab itulah guna sampai sekarang. Selagi boleh pakai, saya pakai.

    Meski kadang-kadang meragam juga dia, macam yang saya tuliskan - bila rasa payah itulah kita terdidik. Dan apa yang saya tulis ini, bukan teori tetapi sudah mengalami.

    Natural aircond itu yang sentiasa mengingatkan kepada Pencipta Alam, walaupun terkadang marah dengan Alam - ada cerita pasal seorang suami beli tembikai pada isteri, cuba Pak Din check cerita ini, sama.

    2. Ya, kita belajar daripada sesiapa dan alam juga. Sebab itu hak Tuhan belaka.

    ReplyDelete
  9. Masyaallah abuyon.. kalam abuyon ni bukan kalam biasa. Menitis air mata setiap kali baca post2 di blog ni.

    Terima kasih abuyon keranamu hatiku selalu mengingati-Nya.

    Jazakallah

    ReplyDelete
  10. salam sahabatku Abu Uwais,

    Kalam biasa saja, tak ada
    apa-apa dari orang
    biasa-biasa pula

    Ke guane :)

    Meniti lidahku atas kalam
    Hamzah Fansauri,

    Hapuskan akal dan rasamu,
    Lenyapkan badan dan
    nyawamu"


    Sahabat, Allah saja
    hanya Dia

    ReplyDelete
  11. dalam sedar dan tidak, kalam pandai berkata2...lidah tak bertulang, baina sohih au kazib...hanya Allah yang mngetahui....Allah x prnah tidur...ketakwaan bukan pada kata2....ramadan mnyaksikan segala....rakib dan atid' tidak leka dengan catatannye...

    ReplyDelete
  12. salam haku,

    Katamu benar. Moga Allah merahmati, lebih-lebih lagi di bulan ini. Yup, Ramadhan menjadi saksi.

    ReplyDelete