Respon kepada artikel Akhi Umair dan komentar yang lain berkaitan Poligami.
Kisah al Faruq, ayah kepada Rabi'ah ar Ra'yu itu perlu diteliti lagi:
1) adakah kisahnya sahih?
2) sekiranya sahih, apakah syarah ulama muktabar tentangnya?
Kerana hakikatnya, Umar al Khattab menetapkan tempoh keluar berjihad bagi tentera Islam adalah tidak melebihi 4 bulan, kerana merisaukan hak isteri mereka terabai, setelah berbincang dengan anaknya Hafsah.
Begitu juga di Malaysia, meninggalkan isteri selama 4 bulan berturut turut tanpa nafkah zahir dan batin, secara automatik akan berlaku cerai taklik.
Nabi saw sahaja hampir hampir menceraikan isterinya Ummahatul Mukminin Saudah bt Zam'ah kerana tidak mampu untuk menunaikan haknya, sehinggalah Saudah redha haknya di ambil oleh isteri yang lain kerana dia lebih mementingkan akhiratnya.
Sekiranya kisah ini sahih sekalipun, kita tidak boleh mengambil kesimpulan berdasarkan kisah ini semata mata tanpa mempertimbangkan kisah kisah yang lain. Bagi ana, menetapkan tempoh 4 bulan adalah lebih adil dan lebih dekat dengan kefahaman Islam.
Begitu juga dengan kisah Imam al Banna yang pergi berdakwah meninggalkan anaknya yang kesakitan membawa kepada kematiannya. Sesungguhnya Rasulullah memberi izin kepada Saidina Utsman bin Affan untuk tidak keluar berjihad di Badar kerana ketika itu isterinya, puteri Rasulullah sedang sakit yang akhirnya membawa kepada kewafatannya.Ana tidak mengatakan Imam al Banna salah, cuma kisah Rasulullah memberi izin kepada Saidina Utsman itulah yang patut menjadi pedoman kita, kerana Rasulullah adalah sebaik baik pedoman.
Begitu juga dengan perang perang yang diikuti Rasulullah saw. Berapa sahaja sebenarnya peperangan yang disertai Rasulullah? Peperangan yang besar sahaja yang melibatkan sehingga berbulan bulan, yang lain hanyalah dalam tempoh yang singkat. Apatah lagi Rasulullah turut menggilirkan isteri isterinya setiap kali dalam peperangan.
Saidina Ali ra ketika mana ditanya tentang kehidupan berkeluarga Rasulullah, beliau berkata " Rasulullah membahagikannya kepada tiga masa, satu masa untuk keluarga, satu masa untuk ibadah, dan satu lagi untuk dirinya sendiri"
Rumah Rasulullah saw yang tidak terbakar dapurnya hanya menggambarkan sebuah kitaran kehidupan. Ada masanya rezeki kurang, ada masanya rezeki bertambah. Pengajaran yang perlu diambil ialah keredhaan mereka atas ketentuan yang diberikan Allah dan sifat Qana'ah yang ingin diajarkan Rasulullah. Salah sekiranya kita mengambil isu itu sebagai point pelepasan tanggungjawab kita mencari nafkah atas nama dakwah.
Abu Bakar ra pada hari keesokan selepas dilantik menjadi Khalifah, pergi ke pasar untuk berniaga. Sehingga ditegur oleh Umar ra, sekiranya Khalifah sibuk mencari nafkah, siapakah yang akan mengatur urusan umat? Abu Bakar menjawab, sekiranya aku mengatur urusan umat, siapa yang bertanggungjawab terhadap keluargaku sekiranya bukan aku? Akhirnya mereka sepakat untuk mengambil wang dari Baitul Mal dan permulaan dari situ, Khalifah dan tentera tentera Islam diberi gaji.Point ana ialah,apa yang difahami abu bakar ra ialah walaupun dia bertanggungjawab dalam urusan umat, itu tidak pernah menjadi sebab untuk dia mengabaikan tanggungjawab kepada keluarganya. Urusan sekiranya keluarga redha kita tidak dapat membawa nafkah yang mencukupi untuk mereka adalah satu isu lain, isunya ialah kita tidak pernah lepas dari tanggungjawab itu walaupun isteri atau anak anak kita redha.
Apa yang ana nak sampaikan disini, untuk berpoligami, Rasulullah telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam menggambarkan keadilan dalam Islam. Tidak pernah kerana urusan dakwah dan jihad, Rasulullah mengabaikan hak hak isteri isterinya.Jangan kerana kedangkalan ilmu kita, kita mengatakan Islam itu begitu dan begini sedangkan ia jauh dari apa yang diajar Rasulullah saw.
Fikrah Simplistik (refer saifulislam.com)
Ini adalah satu bentuk fikrah yang bagi ana merosakkan. Fikrah simplistik ialah satu bentuk pemikiran yang terlalu mudah sifirnya. Kahwinlah awal, insyaAllah bahagia. Jiwa tenang, study hebat, rezeki bertambah. Ekonomi dakwah pasti berjaya sebab diurus oleh orang yang dekat dengan Allah. Poligami pasti berjaya jika da'i yang melaksanakannya. Akhwat kena redha dan berlapang dada sekiranya suami nak berpoligami.Nak kahwin, yang penting iman. Yang lain tak penting.
Sesungguhnya Allah mengatur dunia ini dengan Syariatullah dan Sunnatullah.Perbahasan tentang iman, mujahadah, dakwah dan lain lain itu semua menjurus kepada Syariatullah. Tetapi bagaimana dengan Sunnatullah? Untuk pernikahan yang berjaya, Allah mewajibkan para suami untuk mencari nafkah untuk isterinya, memberi pendidikan dan fasiliti yang terbaik untuk keluarganya. Rumah haruslah luas untuk perkembangan minda anak anak,sekiranya boleh, janganlah dibiarkan isteri bekerja mencari nafkah, kerana itu tanggungjawab suami.
Tanggungjawab suami kepada isteri anak anak bukanlah sekadar untuk menjadikan mereka beriman semata mata, seperti wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub kepada anak anaknya:
"Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. : "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".(Al Baqarah 2:132)
Tetapi tanggungjawab suami turutlah menyediakan simpanan yang cukup sebelum meninggal dunia:
"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah . Akan tetapi jika mereka pindah , maka tidak ada dosa bagimu membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."(Al Baqarah 2:240)
Nasihat ana kepada akhowat, sekiranya datang seorang ikhwah meminangmu dengan fikrah simplistik seperti di atas, tolaklah mereka kerana mereka belum bersedia. Jangankan untuk berpoligami, untuk bernikah yang pertama sahaja belum bersedia.
Poligami
Ibnu Qudamah al Maqdisi dalam satu teks khutbah nikah beliau berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah saw dan para sahabat baginda tidak akan mempersibukkan diri dengan urusan ini (nikah, poligami) melainkan ianya afdhal"
Memang poligami adalah sebuah solusi bagi lambakan akhowat dan lambakan wanita di dunia. Ana rasa kita semua setuju perkara ini, termasuklah akhowat.Tanpa prejudis.
Tetapi sebelum menceritakan keperluan akhowat untuk menerima hakikat ini, perlu bagi ikhwah untuk mempersiapkan diri dengan erti yang sesungguhnya. Bagi yang belum bernikah, nikahlah dahulu. Rasai kehidupan berumahtangga. Ana yakin antum akan keluar dari dunia idealistik antum. Yang dah berumahtangga, cuba besarkan anak anak dahulu, dah cukup ilmu rumahtangga, barulah fikir untuk poligami, mampu atau tidak. Mampu mestilah dari sudut kemampuan untuk mentarbiyah dan juga kemampuan untuk mencari nafkah dan juga kemampuan untuk berlaku adil. Tidak semua orang mampu, sebagaimana Abu Dzar tidak mampu berhadapan dengan jawatan.
p/s: zaujah ana sangat mendokong poligami. Tanpa diminta, dia sudah mencari carikan calon madunya. Tetapi, atas survey yang dibuat, akhowat rata rata bersetuju dengan poligami, cuma tidak mahu menjadi isteri kedua dan seterusnya.Hmm...ana sendiri? ana belum mampu dan belum bersedia. Wallahua'lam.
4 comments:
mudah-mudahan perkongsian yg dicurahkan mampu mencerahkan lagi kefahaman ikhwah akhwat dalam berdakwah.
jadi, apa yg ana faham dari tulisan antum, bukanlah antum menolak idea umair, cumanya mencorakkan idea beliau supaya lebih terarah dan tidak simplistik gitu.
insyaallah, ana dalam perencanaan memahami hikmah berkeluarga. insyaallah, kalau diizinkanNya, maka berpoligamilah kita berdua.
yup, hakikat pemuda,ghirah yang tidak terkawal akan menjerumuskan diri ke arah fikrah simplistik. Makanya murabbi/naqib, pendakwah harus berhati hati di dalam menerangkan sesuatu isu, apatah lagi yang membacanya adalah pemuda.
ini semua adalah pengalaman dari diri sendiri yang tidak mahu pemuda lain mengikutinya.
keseluruhan artikel umair ana nilai sebagai artikel orang yang belum mengenal dunia sebenarnya. Masih dalam dunia idealistik beliau. InsyaAllah dia akan faham apabila menikah nanti.
Sama juga dengan buku "Pemilik Cintaku Sesudah Allah dan Rasul". Bagi yang sudah lama bernikah, baca buku itu hanya mampu tersenyum sumbing. Ana yakin, setelah 1-2 tahun bernikah, pasti yang akan ditulisnya ialah Bagaimana Mengatasi Konflik R/Tangga.
Antum mahu melihat fikrah realistik tentang rumahtangga, saifulislam adalah jawapannya.
wallahua'lam.
insyaallah, masukan tersebut cukup baik utk dihadam bagi kehidupan dalam rumahtangga Muslim dan Dai.
ana nampak beberapa isu yg ustaz hasrizal utarakan kadangkala menyanggah fikrah yg dah selama ini difikirkan mudah bagi sesetengah kelompok.
Mgkin beliau(us hasrizal) benar atau salah. Ia masih berada dalam ruang perbahasan.
yup...terutama bab Nikah Muda..ust Hasrizal agak ketat dalam bab ini...sebab realiti yang berada di sekitar beliau,menikah dengan fikrah simplistik...
tetapi beliau ulangkali jelaskan, beliau bukan membantah, tetapi perkara itu perlu diurus secara matang...
antum kalau baca buku Bercinta Sampai Syurga, memang buku tu untuk Baitud Duat..dan kes yang beliau sajikan adalah kes benar bukan rekaan..
Post a Comment