Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia
SHAH ALAM - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini
mengadakan pertemuan bersama Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia
sepertimana yang dijadualkan bagi memberi penerangan mengenai Rang
Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang
kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 (Akta
355).
Dalam pertemuan itu, Abdul Hadi memberi penerangan terperinci mengenai perihal undang-undang tersebut.
Mengulangi pendirian yang sama, Abdul Hadi berkata Pindaan Akta 355
berkenaan hanya akan melibatkan orang Islam di negara ini, yang mana ia
tidak akan melibatkan golongan bukan Islam.
"Dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut undang-undang Islam di
Malaysia ini hanya untuk orang Islam sahaja, mahkamah syariah tidak
boleh menghukum penganut agama lain.
"Apa yang berlaku hari ini ialah orang Islam tidak boleh menjalankan
undang-undang mereka sendiri dalam perkara berkaitan jenayah...jadi
sekarang ini kita hanya mahu mengangkat kedudukan mahkamah syariah yang
mana tarafnya lebih rendah daripada mahkamah rendah, " katanya di
bangunan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia di sini hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dialog Persatuan Hokkien-Pas minggu depan]
Terdahulu pertemuan itu, diadakan susulan tindakan Persatuan Hokkien
Malaysia melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat
bagi menentang rang undang-undang persendirian tersebut.
Ujarnya lagi, oleh itu tiada sebab kenapa Pindaan Akta 355 ini perlu ditentang kerana ia hanya melibatkan orang Islam.
"Kita mendesak agar Ahli Parlimen seramai 125 orang menyokong cadangan
ini, bukan Islam terpulang, kami tiada masalah dengan bukan Islam, cuma
sekarang kami sedang bergelut dengan orang Islam sahaja, Pindaan Akta
355 tiada sebab bagi pihak lain untuk menentang kerana ia berkait dengan
orang Islam sahaja, Orang bukan Islam akan terpelihara kerana ia sudah
dijamin dalam Perlembagaan," katanya lagi.
1 orang berkata:
Ini baru betul.
Beri penerangan kat org ramai dulu.
Lepas tu dah faham baru mintak sokongan.
Penerangan tu kena menyeluruh kpd semua kaum, melayu, cina dan india.
Ini aku setuju sangat.
Ajk penerangan ruu 355 kenalah buat kerja. Jgn makan tidur aje....
Post a Comment