'Saya minta maaf kepada semua'

Bekas
Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sebelum memasuki kamar
mahkamah bagi kes rayuan di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman
hari ini. Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan
terhadapnya atas kesalahan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah
dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo memohon
maaf kepada seluruh rakyat Selangor susulan keputusan Mahkamah
Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan
menggunakan kedudukannya memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah
Alam, lapan tahun lepas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Khir Toyo ke penjara selama 12 bulan]
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya, hari ini.
"Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.
"Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong saya yang mungkin terpalit malu kerana kes ini.
"Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya," katanya.
Sementara itu, isteri beliau, Zahrah Kechik reda dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan 12 bulan penjara ke atas suaminya.
Lapor sebuah portal, Zahrah ketika ditemui berkata, beliau menerima keputusan itu serta menganggap ia sebagai ujian ALLAH untuk dia dan suami.
"Memang tidak dinafikan saya sedih dengan keputusan ini, namun saya reda dengan perkara ini.
"Saya harap suami saya juga reda dengan keputusan yang ditetapkan ini. Ini semua adalah ujian dari ALLAH untuk kami berdua," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment