Tuesday, June 25, 2013

Seminar Peradaban Islam : Cabaran & Realiti Dakwah Serantau

Pada 22 Jun 2013 (Sabtu) yang lalu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah telah mengadakan Seminar Peradaban Islam : Cabaran & Realiti Dakwah Serantau Sempena Muktamar Sanawi ABIM Sabah Kali ke-31 yang diadakan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Yayasan Sabah, Likas, Kota Kinabalu. Seminar ini anjuran ABIM Sabah kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan Sabah, Pejabat Mufti Sabah, Dewan Bahasa & Pustaka, JHEINS, JAKIM,YADIM & Dewan Dakwah Indonesia.

antara petikan ahli panel ialah "Kalau mahu jadi umat yang prihatin, haruslah menggerakkan kudrat yang telah dipinjamkan oleh Allah swt ini untuk kepentingan dakwah demi kebaikan umat Islam keseluruhannya. Bukannya menjadi manusia SIMATUPANG (Siang Malam Tunggu Panggilan." Kata-kata yang dituturkan oleh Bapak Syuhada Bahri Sahal, Pengerusi Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia nyata menarik perhatian di kalangan para hadirin Seminar Peradaban Islam: Cabaran & Realiti Dakwah Serantau.




Ucap Utama sempena dengan seminar tersebut telah disampaikan oleh Mufti Sabah, Sahihus Samahah Ustaz Hj. Bungsu Bin Hj. Jaafar. Ia diikuti dengan pengisian forum oleh Tuan Haji Ahmad Azam Ahmad Rahman, Pengerusi Future Global Network, YBhg Ustaz Syuhada Bahri Sahal, Pengerusi Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia & YBhg. Ustaz Abdul Kahar Abdul Rahman.

No comments: