DAHULU Rasulullah SAW dan para Sahabatnya berjuang
Disajikan dengan lemparan batu dan debu
Hari ini selepas berjuang disaji dengan daging,
ayam dan nasi beriani
Mereka berjuang dihalau orang dan dibuang orang
Ada orang kita berjuang menghalau orang
Melempar orang, memenjarakan orang
Pejuang-pejuang dahulu disakiti
Pejuang-pejuang sekarang menyakiti orang
Pejuang-pejuang Islam dahulu berkorban
Harta-harta mereka diinfakkan
Pejuang-pejuang sekarang membuat harta
Bahkan menipu harta negara dan rakyat jelata
Pejuang-pejuang dahulu menutup aurat
Pejuang-pejuang sekarang mendedahkan aurat
Pejuang-pejuang sekarang menggalakkan membaca Al Quran
Kalau dahulu menggalakkan mengamalkan isinya
Pejuang-pejuang dahulu musafir dan mengembara
kerana berdakwah
Pejuang-pejuang sekarang musafir dan mengembara
Kerana ekonomi dan mencari makan
Pejuang-pejuang dahulu berukhwah
Pejuang-pejuang sekarang berpecah-belah dan berbalah
Tapi masing-masing mengaku konon memperjuangkan Islam
Atau mengaku memperjuangkan keadilan
Berapa lama lagi mereka ini mahu tipu orang?
Allah tidak akan membiarkan berlama-lama menipu orang
Lambat-laun Allah akan buka tembelang
Minda Guruku
Gambar Oleh NoorIslam.net
Bertemu Ahli Syurga?
-
Rasa sayu pagi ini, mendapat khabar Pemberi pinjam dari syurga telah
menghembuskan nafas terakhir.
Alkisahnya, waktu pergi haji hari tu, saya ada masa...
6 hari yang lalu
Semalam saya membaca kisah 2 pemuda membunuh Abu Jahal kat anak2 saya, nampak bersinar ghairah mereka, semangat juang memancar, saya gembira, tetapi bila saya renungi diri saya, saya rasa malu, di manakah perginya sifat juang dulu.....
BalasPadam