Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Online website templates

Followers

Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

Tuesday, 20 January 2015

pELuAnG KeDuA.....PrEgNaNt DaN BeRsAliN


Assalamualaikum...

Lama betul aku menyepi...niat di hati memang nak apdet blog tapi tahap kesihatan masa pregnant tak mengizinkan...

Syukur Alhamdulillah....aku telah selamat melahirkan baby boy secara cezer pada 3 okt 2014 jam 11.05 pagi di hospital putrajaya. Tahun lepas, mac 2013 kami telah diuji oleh Allah apabila cahaya mata yang dinanti selama 9 tahun telah kembali kepada penciptaNya....dan kami sempat merasa selama 8 hari bergelar Abi dan Umi. 

Namun, rezeki kami...aku telah disahkan pregnant lagi setelah 10 bulan kemudian dan oktober 2014 aku telah selamat melahirkan anugerah yang Allah kurniakan buat kami. Percayalah..janji Allah itu pasti. 

Kepada sahabat-sahabat yang masih berusaha ber TTC...aku doakan semoga korang semua kuat dan tak mudah putus asa. Sentiasalah mohon kepadaNya...sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat hambaNya. 

Ok, aku nak kongsi skit pengalaman pregnant anak kedua ni...sungguh mencabar berbanding yang lepas. kalau dulu memang aku mabuk tapi mabuk kali ni lagi teruk....aku MC selama 2 bulan dan sebanyak 3 kali aku keluar masuk wad. entah berapa puluh botol masuk air...aku pun tak tau. yang peliknya....kat hospital aku sihat dan boleh makan, tapi bila balik rumah...badan lemah sangat sebab tak lalu nak makan. haihhh baby suka duduk hospital agaknya...

Dalam keadaan mabuk tu jugak...aku kena check up banyak tempat sebab baby yang lepas ada kes. mula-mula memang la kena buat buku merah kat klinik kesihatan, pastu kena check up tiap bulan dengan doktor hazim kat hospital putrajaya....dah macam doktor peribadi doktor hazim ni...dia rawat aku dari tahun 2011 sampai 2014...2 orang anak aku dia yang sambut...terima kasih doktor hazim...hanya Allah saja yang dapat balas budi baik doktor.

Kandungan 12 minggu aku kena pegi HKL untuk buat ujian darah NIFTY...sample darah aku dibawa ke hong kong dan telah menjalani ujian saringan untuk tau tahap kesihatan janin. kandungan 20 minggu, kena buat detail scan pulak dengan doktor baskaran kat unit MFM HKL.

37 minggu 4 hari pregnant yang agak mencabar....tapi Alhamdulillah aku mudah bersalin dan tak sakit...Eh...memangla kan...cezer tak sakit sebab bius. keadaan kali ni beza sebab lepas besalin baby diletakkan atas badan ibu walaupun masih di bilik OT. dan kata-kata doktor hazim yang aku tak boleh lupa " Rohaiza...ok??? keluar-keluar dapat ustaz " alhamdulillah....irfan lahir je...doktor yang sambut terus doakan dia menjadi seorang ustaz...Amin.

Syukur...lepas selesai semuanya...aku sihat dan tak ada kesan bius pun. aku tak muntah, tak gatal-gatal muka dan tak pening. Allah saje yang tau betapa gembiranya hati ni bila dapat menatap wajah irfan....memang betul orang cakap...hilang semua sakit bila tengok muka baby. 

Assalamualaikum....nama saya IRFAN, berat saya 2.56 kg aje :D
Sekarang irfan dah 3 bulan 17 hari, dah banyak akal...macam-macam ragam yang buat kami selalu ketawa...semoga dengan kehadiran irfan akan menyerikan lagi rumah tangga kami. Umi dan abi doakan irfan jadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

irfan dah pandai selfie
Okla, rasanya dah cukup panjang karangan aku ni...kalau ikutkan banyak lagi cite aku nak kongsi...tapi tangan dah mula lenguh menaip hahahahaha


Saturday, 12 October 2013

GaNjArAn IbU BaPa ApAbiLa AnAkNya MeNiNggAL SeBeLuM AkiL BaLiGh

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak apdet blog 
yang semakin terbiar ni...
Sebab??? hmmm rasanya takde cite 
yang menarik nak dikongsi.
Lagipun, start keje lepas cuti bepantang...
keje banyak sangat, busy..
setiap hujung minggu kene jaga kursus.
Hambikkk kau...tula, dulu cuti lame sangat 
sampai 4 bulan...

Alhamdulillah aku semakin kuat semangat sekarang 
dengan sokongan keluarga dan kawan2..
Teringat sorang ustaz ni pesan...jangan sedih, 
sebab irdina tu saham kat akhirat...
Tak semua orang di pilih untuk 
dapat anugerah yang bernilai tu...
 jom baca ni....

 “Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. 

Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung 
api Neraka Jahannam itu. 

Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. 

Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. 

Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. 

Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu
 terjatuh ke dalam neraka. 

Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. 

Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada
 di dalam neraka itu”.

“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”

Pada hari itu mereka berjumpa 
dalam keadaan gembira.
(Ad-Dahr: 11) 

Umi n abi buatkan batu nisan baru untuk Irdina

Pusara Irdina

Damailah Dikau Di Sana Wahai Irdina
Dirimu pergi tanpa secalit dosa
Sesungguhnya dikau antara penghuni 

Syurga Firdausi
Dirimu pergi penuh sempurna, 

penuh ketenangan dan keindahan
Dirimu pergi meninggalkan seribu satu 

kenangan buat umi dan abi...

Thursday, 18 April 2013

cHeCk Up LaSt 2013


17/4/2013 tarikh app yg dr bagi masa discaj ari tu. Aku pun dah habis  pantang...hari ni hari ke 47. Macam biasa kitorang gerak pagi dari umah, sampai sana lebih kurang pukul 9.30 pagi. Saje kitorang gerak lambat sikit pastu sempat sarapan mcd lagi...sebab aku fikir datang cepat @ lambat sama je tengah hari baru selesai. 

Sampai je hospital memang ramai sangat orang lebih2 lagi kat klinik O&G. Aku dapat no giliran, selesai timbang berat badan dengan check tekanan darah pukul 10.45 pagi. Lebih kurang pukul 11.50 pagi tiba giliran aku jumpa dr hazim. Dr check luka cezer pastu scan. Alhamdulillah luka ok, rahim dah kecut dan normal. 
T.kasih dr hazim yang merawat aku daripada sebelum peknen sampai bersalin. kalau bukan patient dr hazim no giliran aku 500...letih nak tunggu lama walaupun masa ni ade 10 orang dr yang bertugas.
Pesanan dr, lepas ni hati2 sebab tak lama lagi mungkin period dan menandakan waktu subur. Jadi, kitorang kena rancang sekurang2nya setahun. Itu waktu yang paling singkat dia bagi untuk aku peknen balik. Yang kelakarnya...aku tanya luka dalam lambat baik ye dr sebab semua orang cakap macam tu. Dr pesan lain kali jangan dengar cakap orang, dengar cakap dr je. Kalau luka luar baik maknanya dalam pun baikla sebab luka dalam lagi cepat baik :D

Tahun depan kalau nak teruskan rawatan dr mintak call untuk app dan buat masa ni aku kena rehat dulu. Yang penting usaha dan doa moga ade rezeki lagi lepas ni....kuatkan semangat, tak nak sedih2 sebab nanti irdina pun sedih tengok umi dia asyik nangis je. Yang pasti irdina bahagia di sana dan setia menanti umi dan abi. Al-fatihah untukmu sayang....

Sunday, 31 March 2013

Redha Dengan KetentuanNya


Bidadari syurga kami...
Tempoh 37 minggu 4 hari usia kandungan yang berada di dalam perutku amat membahagiakan aku dan suami. Kami mengharapkan anak yang bakal lahir nanti sihat, sempurna dan solehah....serta dapat menceriakan lagi rumahtangga kami dengan gelak tawa, tangis seorang bayi. Namun, sebagai hambaNya kami redha walaupun bukan senang untuk menerima hakikat sebuah kehilangan orang yang tersayang. 

Tapi biarlah ada sikit memori tentangnya tercatat dalam diari kami suami isteri. Walaupun Allah pinjamkan IRDINA selama 8 hari tapi ianya amat bermakna buat kami yang telah lama menanti hampir 9 tahun. Aku bersyukur dapat merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriat kami...ianya pengalaman yang cukup indah dalam hidup aku. Sudah 3 minggu jenazah IRDINA selamat disemadikan dan sudah 29 hari aku berpantang. Terasa sunyi dan janggal berpantang tanpa baby di sisi. 

22/1/2013 - Check up 32 minggu dengan dr. hazim di hospital p.jaya. Dr scan, uri aku macam rendah. Tapi dr nakkan kepastian, dia suruh aku minum banyak2 sampai nak terkencing baru scan balik. Dan keputusannya...memang uri aku rendah (plasenta previa type 2). Dr panggil suami...bagi tau aku kena tahan wad sampai bersalin. Aku dengar macam nak pengsan...6 minggu kena duduk wad, cezer tunggu 38 minggu. Kalau ikutkan dr, hari ni jugak aku kena admit tapi aku merayu dengan dr...sebab tak bawa baju dan barang2 baby...keje kat opis pun kena settle kan jugak. Jadi, dr bagi masa untuk aku settle kan semua tu dan dia pesan kalau bleding terus pegi hospital yang berdekatan...jangan buat keje yang berat2, kena banyak rehat. 

27/1/2013 - Admit wad 2A katil 12, Dr terus check tekanan darah, ambil darah dan buat ctg. Sedih, sunyi, bosan...semua ada, tapi aku cuba kuatkan semangat. Selama 8 tahun kami tunggu...alhamdulillah aku mengandung, ini 6 minggu...takkan aku tak boleh sabarkan...jadi, aku cuba isi masa lapang kat hospital ni dengan macam2 aktiviti. Lama2 duduk sini aku dapat ramai kawan, yang senasib dengan aku ada 5 orang...jadi kitorang selalu tengok tv sama2, borak2, makan2. Yang paling best sekali kat sini, kitorang yang jadi penghuni tetap wad ni boleh oder makanan. Setiap minggu kitorang akan susun menu dan hantar pada  nurse untuk diorang masukkan dalam sistem. Pastu nurse kat sini dah jadi macam kawan, diorang mesra sangat...siap gelar aku ni penghulu sebab senior antara kawan2 kat sini. Ni antara menu special yang kitorang oder...sebenarnya banyak lagi, tapi tak sempat ambil gambar sebab dah lapar sangat...

Nasi goreng ayam

Nasi goreng cina + ayam

Mee goreng + ayam
13/2/2013 - Scan dengan dr hazim, aku sentiasa doa uri ni naik pastu boleh balik rumah. Rindu sangat dengan suami, family dan kawan2 opis. Setiap minggu aku menunggu kedatangan suami dengan makanan2 yang aku oder siap2...yelah, kat sini aku tak dibenarkan turun ke cafe kecuali ada orang tolak naik kerusi roda...tapi kalau aku teringin sangat nak makan apa2, terpaksa aku kirim kat kakak cleaner atau adik yang hantar makanan. Keputusan scan, uri masih kat bawah type 2, air ketuban banyak, baby kecik 1.6 kg kandungan 35 minggu dan baby songsang. Aku tanya dr, baby saya kecik tapi dia sihat tak? Dr cakap baby ok tapi kecik...lega sikit, mungkin baby ikut baka umi kot...sebab badan aku kecik je. Tapi masih ada masa untuk baby membesar, aku kena minum susu dan makan banyak2. Sepanjang mengandung, aku dengan baby ok je...sihat. Tapi duduk hospital ni macam2 masalah pulak...bila kandungan dah 8 bulan baru dr dapat detect macam2. Aku sentiasa berdoa semoga baby sihat dan sentiasa dilindungi Allah...

20/2/2013 - Scan semula tengok perkembangan baby, 1.9 kg 36 minggu dan keadaan uri, air ketuban dan kedudukan baby tetap sama macam scan yang lepas. Dr teruskan rawatan untuk buat grow chart, doppler dan minum air gula. Alhamdulillah aku takde kencing manis. 

25/2/2013 - Pagi2 nurse buat ctg, baby pulak sangat aktif masa ni. Bacaan graf ctg menunjukkan contraction tapi aku tak rasa sakit langsung. Nurse sentiasa check contraction ikut masa, tapi tak kerap sangat. Dr Huda, dr wad 2A pun check contraction, pastu dia terus oder ventilator untuk baby...dia takut aku bersalin awal. Dr huda ni bagus betul...dia setia check contraction sambil buat keje kat tepi katil aku. Pastu Dr hashlina, dr pakar wad 2A datang tanya keadaan aku dan terus scan detail lagi dengan dr hamidah. Aku susah hati sangat sebab suami tengah final exam sampai 27/2/2013. Aku doa dan usap2 perut pujuk baby... janganla bersalin awal, biarla suami aku selesai final examnya. Aku cuba rahsiakan kat suami apa yang berlaku hari ni tapi...tak boleh, suami call lepas habis exam...aku terus nangis, sedih...

27/2/2013 - Dr hamidah scan detail ukuran baby tapi dia tak sempat nak terangkan kat aku sebab dia ada kes lain. 

1/3/2013 - Suami datang bawak makanan, yela kan...nanti pantang tak boleh makan macam2. Tengah kitorang mencekik..nurse datang nak bawak aku pegi buat doppler dan result kena tunggu dr hazim.

2/3/2013 - Pukul 5.30 pagi aku bangun nak terkencing, dalam keadaan ngantuk masuk tandas...tiba2 aku tekejut nampak darah penuh kat mangkuk tandas. Aku terus keluar bagi tau dr....kelam kabut nurse semua suruh aku baring. Pastu diorang sentiasa pantau keadaan aku. Dua Tiga orang dr sentiasa datang pastu diorang terus call dr hazim untuk emegency cezer tengah hari ni sebab aku dah bleding, bahaya kalau plasenta previa dah bleding...memang terus kena cezer. Aku kena masuk air sebab dah mula kena puasa. Nurse buat ctg, memang ada contraction dan aku pun dapat rasakan baby asyik mengeras aje...tapi aku tak rasa sakit langsung. 

Pastu terus call suami, mak dan k.zura bagi tau aku dah nak bersalin. Memang kebetulan diorang semua nak datang sini untuk melawat aku, tak sangka baby ni nak keluar hari ni. Macam2 perasaan masa ni...takut campur gembira nak bersalin. Nurse suruh aku mandi siap2 untuk dibawa ke dewan bedah. Kalau ikut tarikh cezer aku 8/3/2013, lagi seminggu je lagi tapi dah bleding pulak...baby tak sabar nak keluar...

Lebih kurang pukul 1 tengah hari, nurse datang untuk bawa aku ke dewan bedah. Suami dan family semua bagi sokongan kat aku yang tengah tekejut lagi sebenarnya. Aku salam diorang mohon maaf dan mohon restu, airmata aku terus mengalir...tak tau kenapa tapi rasa macam sebak sangat...Sampai dewan bedah, aku menggigil kesejukan...nurse selimutkan dengan selimut haba, baru aku lega skit sampai tertido. Aku direhatkan kejap sebab dr hazim dalam perjalanan ke hospital. 

Dalam pukul 2 petang dr hazim sampai, aku terus dimasukkan dalam bilik bedah...seram sejuk tengok lampu2 kat atas, dengan peralatan bedah semua dah siap. Dr hazim sempat lagi senyum dan tanya keadaan aku, tanya suami dah sampai belum. Dr bius minta aku duduk lembutkan badan dan peluk bantal untuk dia masukkan ubat bius kat tulang belakang. 3 jarum yang aku dapat rasa dr cucuk tapi tak sakit sangat. Pastu dr suruh baring dan angkat kaki, aku tak boleh angkat kaki...berat sangat. Dr cakap ok puan, bius dah jalan...kita mulakan pembedahan sekarang. 

Mata aku tak pandang kat tempat lain, asyik tengok lampu kat atas sebab ada pantulan...boleh nampak perut aku diorang kerjakan. Dr bius sentiasa pantau aku dan diorang ajak bersembang, mungkin tak bagi aku tido tapi aku tak layan sangat sebab nak tengok baby keluar. Aku nampak satu persatu dr buat untuk keluarkan baby, darah banyak keluar...air ketuban teramatla banyak pastu keluarla IRDINA ke dunia pukul 2.14 petang...Alhamdulillah

Aku syukur sangat bila nampak kaki baby keluar dulu pastu dr pusing2 baby untuk keluarkan badan dan kepala sebab baby aku songsang. Rasa macam nak mengalir air mata bila nampak baby selamat dilahirkan...putih, bersih, comel sangat...masih terbayang muka IRDINA masa keluar dari perut aku. Aku sempat panggil dr, tanya baby saya tak nangis ke? Dr cakap nangis tapi suara dia kecik je. Tak lama lepas tu ada sorang dr atau nurse aku tak pasti...dia bagi tau...puan, baby puan kita terus hantar ke nicu ye sebab pernafasannya tak stabil. Aku jadi susah hati tapi tetap berdoa moga baby selamat. 

Selesai semuanya, aku terus dibawa ke bilik pemulihan...untuk kurangkan rasa menggigil kesejukan dan diorang pantau keadaan aku dengan check tekanan darah. Bila dah stabil, aku terus dibawa ke wad. Semua family dengan k.zura datang tengok aku...mula2 aku boleh sembang dengan diorang tapi lama2 aku ngantuk sangat, kesan ubat bius. 

3/3/2013 - Suami bawa aku ke nicu untuk tengok anak kami, semalam aku tengok dalam handphone suami je. Keadaan IRDINA stabil setakat ni cuma perlukan bantuan oksigen. 

4/3/2013 - Dr pakar kanak2 nak jumpa..sebelum masuk bilik dr, suami pesan kat aku...kite redha ye yang apa yang dr nak cakap pasal anak kita. Aku tenang je, tapi bila dr terangkan keadaan anak kami...air mata aku terus mengalir...Ya Allah, beratnya ujian yang engkau berikan padaku...berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menerimanya dengan sabar dan redha. Dr dan suami cuba tenangkan aku. Kesiannya anak umi, jantungnya bengkak dan berlubang, paru2 pun bermasalah...jadi dia tak boleh bernafas dengan baik. Hari ni dr bagi aku balik rumah tapi berat hati nak tinggalkan IRDINA sorang2 kt sini. Jadi kami buat keputusan nak pindahkan ke hospital t.intan, dekat sikit nak tengok hari2.

5/3/2013 - IRDINA dibawa naik ambulans ke IJN untuk check keadaan jantungnya. Pastu terus ke hospital t.intan, suami dah tunggu kat hospital untuk uruskan pendaftaran masuk ke nicu kanak2. Setiap kali kami datang sini, mesti nurse bagi kami riba IRDINA. Kami sempat nyusukan dia melalui tiub, nurse ajarkan cara yang betul. IRDINA manja sangat dengan abi dia, kalau aku riba dia nangis..pastu aku bagi kat abi, terus dia diam siap tetido lagi...alahai...memang anak manja abi. Jeles umi tauuu...

IRDINA dalam inkubator dengan bantuan oksigen
Pandai abi tidokan IRDINA
10/3/2013 - Pukul 12.10 tengah hari, aku dapat panggilan dari hospital...dr cakap pernafasan anak kami dah lemah. Pukul 1.30 petang kami sampai, tengok keadaan IRDINA memang lemah sangat...tak macam selalu kami datang...dia aktif. Nurse bedungkan dan bagi aku riba, bacaan jantung dia pun rendah tak macam selalu. Sedih sangat masa ni, aku sempat pesan IRDINA, tunggu umi dengan abi kat pintu syurga ye sayang...suami syahadahkan kat tepi telinga dia. Pukul 1.50 petang IRDINA menghembuskan nafasnya yang terakhir. Umi redha dengan pemergianmu sayang...

Kami bawa balik jenazah IRDINA dan itulah kali pertama kami sekeluarga satu kereta dan itulah kali terakhir. Jenazah diurus sendiri oleh suami dan ibu mertua, selesai dikapankan...semua orang cakap muka anak kami macam muka aku...comel IRDINA pakai telekong. 

Semoga kami suami isteri lebih tabah dengan ujianNya, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Bila aku fikirkan balik, ada hikmahnya aku kena admit wad selama sebulan lebih...Allah nak bagi aku peluang untuk luangkan masa dengan baby dalam perut, kalau kat rumah, kat tempat kerja...mesti aku sibuk dengan tugas2 seharian. Dekat hospital memang aku sentiasa belai baby dalam perut, sembang2 dan berkongsi segala2nya. Umi sayang sangat kat IRDINA tapi apakan daya...Allah lebih sayangkan sayang....umi redha sayang...umi yakin Allah telah mengaturkan yang terbaik buat kita... 

Sesungguhnya IRDINA adalah bidadari syurga umi dan abi yang setia menanti di sana...Al-Fatihah buatmu sayang...


Thursday, 31 January 2013

PrOpS PrEgNaNCy PhOto ShOOt Part 2

Hari ni baru hari ketiga kat hospital, dah rasa kebosanan yang amat sangat. Tapi syukur, aku ada bawak laptop dengan line intenet sendiri. Wi fi kat wad ni patient tak dibenarkan guna...mungkin diorang ada sebab kenapa tak boleh guna kot...

Seperti yang dijanjikan entry yang lepas aku nak kongsikan props pregnancy photo shoot yang seterusnya. Jom kita tengok gambar2 yang ada, sebenarnya banyak lagi gambarnya tapi aku tak sempat copy dari fotografer sebab dah kena masuk wad :'(

tq yana...dia la yang tolong buatkan props ni :D

gambar dengan scan baby 

Huhu fokus kat perut...ni semua kawan2 yang tolong posingkan

pinjam bear yana dengan kasut uni

haaaaa k.zura ni cooming soon, tahun depan dia pulak. hihihi
ni la, kengkawan yang spoting...sanggup balik lambat untuk jadi model props. Tq semua :D 
Rindu dengan kengkawan opis...makan sama2, borak2...hepi je. Kat sini bosan tapi nasib baik kitorang masih boleh wassap. Terhibur gak hati ni :P  

Tuesday, 29 January 2013

PrOpS PrEgNaNCy PhOto ShOOt Part 1


Bila dr suruh aku masuk wad sampai bersalin, aku pun terus wassap kengkawan opis. Sedih...mesti bosan kat wad tu nanti. Jadi, diorang yang prihatin dengan aku ni, rancang untuk buat props untuk aku dengan baby ni. Wahhhh aku memang berangan nak ambik gambar peknen untuk kenangan. Akhirnya tercapai jugak...terima kasih pada yana & mas yang bertungkus lumus buatkan aku props ni.

Untuk makluman korang, yana & mas ni memang ade buat mekap dengan fotografer. Kalau korang nak contact diorang boleh like page mekap2 kat facebook. Harga memang berpatutan :)

Okla, aku kongsikan hasil props dari diorang. Sebenarnya banyak lagi gambar macam2 aksi tapi fotografer tak sempat nak upload lagi. Kalau dah ade nanti, aku kongsikan kat sini ye...

InsyaAllah...Amin

Hehe kalau ikutkan scan dr...baby girl tapi wallahua'lam

Comel kan...kasut ni

Mak buyung....sorok perut :)
Ok...sambung entry part 2 yer...bye :D

Monday, 28 January 2013

PaKsA ReLa


Fikiran aku agak kacau sikit bila memikirkan kena masuk wad sampai bersalin. Tak dapat bayangkan betapa bosannya kat sana nanti. Dahla jauh dari family, lama pulak tu... Tapi aku stanby copy macam2 filem, cerekarama, drama korea kat ina. Tq ina...sekurang2nya dapat gak hilangkan kebosanan kat sana nanti. 
Banyak betul beg...macam nak pegi bercuti
Beg merah untuk bersalin nanti, beg tarik..baju, beg biru..bekalan makanan, pastu laptop peneman setia di kala kebosanan.. 

 Pukul 3.00 kitorang sampai hospital, terus ke kecemasan untuk daftar. Pastu terus ke wad 2A, daftar untuk dapatkan katil. Nurse tanya sakit ape..aku bagi tau uri kat bawah...tekejut nurse tu, dia cakap tak nampak perut. Kihkihkih nak aje aku jawab balik "kalau nak nampak perut nanti saya selak baju ye" :D 
Ini kedudukan katil aku, tepi tingkap...okla, selesa..

 Dalam pukul 5.30 suami pun dah nak balik, yela kan...jauh, nanti malam sangat dia sampai umah. Aku hantar sampai lif...hujung minggu nanti baru dia datang balik. Sayu hati bila nak berpisah...biasanya pisah kejap dalam 2 @ 3 hari je, tu pun sebab pegi kusus. Aku tak dapat menahan air mata....makin ditahan, makin laju pulak dia mengalir. Malu gak bila orang sekeliling tengok...mesti diorang heran kan. Aku memang tak boleh nak cover2, suami bagi kata2 semangat...tapi hati makin tersentuh...sedih :'(
Muka dalam kesedihan...
Menu makan malam...tak berapa selera, nasib baik aku bawak kicap dari umah....hehe  

 Tapi kat sini memang dr sentiasa pantau keadaan aku dengan baby. Mula2 dr amik darah, check tekanan darah pastu buat ctg untuk check jantung baby. Hari pertama je dalam 3 kali dr datang kat katil aku...tanya ada sakit tak, ada pendarahan tak, baby gerak ok tak... 

 Lagi 2 minggu dr nak scan tengok kedudukan uri. Haishhh lama betul...napela tak scan 2 hari lagi, mana tau uri dah ok kan...boleh balik awal. Harap2 ok lepas 2 minggu ni. Aku sentiasa doa mohon baby dengan uri ni berubah tempat yang sepatutnya. Amin...

Thursday, 24 January 2013

KeNe TaHaN WaD

22/1/2013 tarikh app aku dengan dr hazim kat hospital putrajaya. macam biasa, kitorang gerak dari rumah 5.30 pagi...yelah, jauhkan...perjalanan 2-3 jam. Pukul 8.00 kitorang dah sampai. Bagi aku dah cukup awal, maklumla nak dapat nombor giliran awal...boleh balik awal sikit kan...tapi, bila aku masuk je nak daftar...ya Allah....orang dah ramai. Hmmmm kena gerak awal lagila gamaknya ni.

Tapi app aku dengan dr hazim...dr pakar kat situ. jadi xde la lama sangat aku nak tunggu giliran. Kalau dengan dr biasa, lagi lambat. Aku dapat giliran nombor 2 untuk jumpa dr. Sementara tunggu dr masuk lebih kurang pukul 9.30, sempatla kitorang sarapan dulu.

Bila nama aku dipanggil, kitorang masuk sama2...dr pun mintak suami ade sekali untuk tengok perkembangan baby. Memang teruja sangat tengok baby makin membesar dalam rahim aku ni...syukur alhamdulillah berat baby baru 1.5 kg, dan usia kandungan aku sekarang 32 minggu. Dr kata normal cuma baby kecik sikit...dalam hati aku (ikut baka aku agaknya ni) hehe comel je kan....haha perasan.

Lepas tu dr check uri pulak....dia cakap rendahla uri you ni, baby pun songsang. Lepas ni you pegi minum dulu...bila rasa dah nak terkencing sangat masuk sini balik. Alamakkkkk...aku pun ikut jelah arahan dr hazim. Harap2 ok.
Bila pundi kencing dah penuh, aku pun masuk sekali lagi untuk scan. Dr panggil suami pastu dia bagi tau memang uri rendah dan aku kena tahan wad hari ni jugak sampai bersalin. Aku tekejut sangat bila dengar masuk wad....lama tu...6 minggu lagi. Dr bagi tarikh ceasar 8/3/2013. Aku kena bersalin ceasar sebab dr takut ada macam2 risiko.

Kitorang merayu supaya tak masuk wad hari ni sebab aku tak bawak ape2 barang. Beg persiapan bersalin adela kat bonet kereta. Lepas tu aku pun tak bersedia nak tinggalkan opis macam tu je. Yelakan....kena buat serah tugas sebelum cuti lama. So, dr mintak aku masuk wad hari ahad ni :'(
Entry kali ni aku xde amik gambar, jadi aku harap korang yang baca janganla bosan ye...cuma ni aku kongsikan gambar scan baby. 
hik hik macam muka abi dia. boolaatttt :D 
Semoga aku dengan baby sihat dan dipermudahkan segala urusan...amin




Wednesday, 5 September 2012

NaK UpDaTe TaPi....

Aduh...sedih betul kalau aku bukak blog sendiri. 
Asyik2 entry myviku excident, aku tengok pun jemu...
apalagi kalau orang lain yang tengok. 
Hmmmm myvi tu pun dah lama sihat, 
2 hari je kat bengkel. 
Okla, bebalik cite asal aku nape blog terbiar. 
Bak kata doktor ni penyakit buatan orang, 
memang susah nak hilangkan...nanti dia baik sendiri. Huhuhu tuan empunya blog mabuk...xde mood dan malas sangat nak buat semua keje termasukla update blog ni. Alhamdulillah...sekarang dah ok sikit cuma belum ada selera makan. Yang hairan bin ajaib nya pulak aku ni kalau makan kat kedai @ beraya umah orang selera la sikit...
lagi2 kalau ada kawan borak2. Kat umah??? 
Hmmm aku x selera makan. 
Aku mabuk sepanjang bulan puasa, ni la pengalaman pahit dan manis yang aku tunggu2 selama ni. 
Walaupun perit tapi aku tetap bersyukur sebab aku dapat menjalankan ibadah puasa. 
Niat dihati nak puasa penuh tapi apakan daya....
2 hari aku ponteng sebab dah x larat sangat. 
Pastu dalam masa yang sama aku ulang alik pegi klinik buat buku merah.
Gambar ehsan google, aku malas nak snap dan upload gambar sendiri.
kat buku merah aku pun dapat stiker hijau sebab berat badan aku x cukup :'(
Sepanjang bulan puasa perut aku x boleh terima makanan langsung....selera makan memang xde. 
Aku lalu minum air buah @ abc ngan makan buah. 
Tapi lepas buka semua makanan tu keluar balik. 
Kalau dah muntah, lagi xde selera makan. 
So, aku memang terbaring je....pastu aku tak sahur. 
Pernah cuba untuk sahur tapi keluar jugak. 
Aku tetap pegi keje tapi baring je....xde tenaga, 
otak pun malas nak pikir ape2. Alhamdulillah bos faham....kebetulan kat opis ni 
bulan puasa xde ape2 program. 
Tapi sepanjang mabuk ni yang paling best kat umah aku memang dilayan macam seorang puteri. Nak ape je mesti dapat. Pastu x payah buat semua keje umah. Semua urusan kain baju, pinggan mangkuk, 
masak memasak suami yang urus. 
Kalau macam ni, aku nak peknen tiap tahun lahhhh. hehehe


Monday, 16 July 2012

ScAn BaBy

Bangun pagi...kepala macam berat semacam. 
Suami bawak pegi klinik...dapat mc sehari, 
dr suruh rehat kat umah :)
Dah alang2 pegi klinik, terus scan....
Kalau ikut kiraan sendiri, aku dah masuk 7 minggu. Tapi ikut scan baru 4-5 minggu.
yang bulat besar tu rahim makin mengembang....yang bulat comel je tu...
kantung baby
Syukur alhamdulillah...dah nampak kantung :D
banyaknya ubat nak kena makan :(
dr bagi ubat pening, tahan muntah dan angin
 Pastu aku mintak ubat sapu kat perut sebab dah mula gatal2...kadang2 tak tahan, garu tak ingat..hehe

krim elovera
harap2 lepas ni lega sikit :)
Dr nasihat jangan makan benda pedas dan masam. huhu sedih...tak boleh la nak makan 
tom yam lepas ni :(
Pastu elakkan minum nescefe, kopi, teh & 
air bergas....
hmmmm baik dr !!!!
Balik klinik aku call hospital putrajaya....dr hazim yang rawat aku nak jumpa untuk buat follow up 
2 minggu lagi. 
Tarikh app ngan dr hazim 1/8/2012, 
harap2 semuanya ok :D


Friday, 13 July 2012

Alhamdulillah..PrEgNaNt

Syukur ya Allah....atas kurniaanMu 

Hari ni CD 48, tak pernah cik p lewat macam ni. Aku nak kongsi pengalaman aku yang asyik berteka teki selama 2 minggu ni. Tapi sori yer....gambar2 kat sini semua tak jelas, maklumla....kamera hdset yang murah jer. ;'(


2/7/2012 (CD 37)
Pukul 4 pagi aku terjaga sebab nak terkucil, dah alang2 bangun....aku pun terus buat upt. Tapi mata ngantuk sangat, aku terus sambung tido....tak tengok pun result upt tu. Pukul 6.30 pagi aku bangun....dah siap mandi baru teringat result upt tadi, mula2 aku tengok 1 line je, bila aku tengok sekali lagi 
2 line tapi kabur. 
Dalam hati, betul ke ni??? + ve ???? 
Aku kejut suami bagi tau upt + ve tapi macam nampak tak nampak. Dia cakap nape check awal2...tunggu dulu. Aku pun terdiam la :(
+ve ke ni ???? sangat blur...
3/7/2012 (CD 38)
Aku tak puas hati dengan result semalam. Pagi ni check lagi....result sama still 2 line tapi kabur. 
Lagi macam tak nampak kan????
Aku pun gigih cari maklumat kat encik google...nape line jadi blur??? Rupa2nya hormon hcg aku rendah lagi....Balik keje, aku nekad nak beli upt digital clearblue. 
Beli kat guardian, harga rm 26.90, upt ni lebih sensitif dengan hormon hcg...dia boleh detect awal kehamilan

4/7/2012 (CD 39)
Arghhhhhh lupa pulak nak bawak balik upt digital tu. Aku tak nak kena marah ngan suami, jadi upt tu aku sorok kat umah kitorang. Malam tu kitorang balik umah mertua. Kelam kabut mengemas punya pasal, aku lupa nak amik upt tu :(

5/7/2012 (CD 40)
Pagi2 aku dah bangun, tak sabar nak tengok result upt. Menggeletar tangan buat upt...tapi pakai digital ni best...mula2 keluar lip lap2 pastu keluar "pregnant"....aku macam tak percaya. Lepas 3 minit, keluar "2-3" maknanya 4-5 minggu pregnant. Alhamdulillah...Syukur Ya Allah...
Pregnant 2-3
yang tak bestnya upt ni lepas 24 jam, tulisan tu dah terpadam. haihhhh rugi tau beli mahal2, cuba la tulisan tu kekal....boleh buat kenangan kan???

Aku tunjuk kat suami, dia senyum je pastu pesan kat aku jaga elok2, susah nak dapat ni (sambil peluk cium aku) Hanya Allah yang tau betapa bahagianya aku di saat ini....Alhamdulillah

Balik keje kitorang pegi klinik, tunjuk result upt...dr terus scan tapi tak nampak apa2 lagi. Sedih sangat...tapi dr suruh datang minggu depan scan lagi. Pastikan sebelum tu minum air banyak2 sampai nak terkencing baru boleh scan.
 Dr bekalkan folic asid....
Aku cari maklumat kat encik google lagi, kalau baru2 lagi scan memang tak nampak. Pastu cycle aku bukan 28 hari, jadi waktu ovulasi aku lambat sikit.

13/7/2012 (CD 48)
Tergerak hati nak buat upt lagi, kot2 la hormon aku dah tinggi sikit. Lagipun aku tak ada tanda2 pregnant yang ketara cuma manja lebih sikit. hehehehe
Lepas maghrib buat upt dan hasilnya....
Alhamdulillah.....+ve
terus tunjuk kat suami....senyum lebar dia :D
Ya Allah....jauh lagi perjalanan ini....
Semoga kami sentiasa dilindungi dan dipelihara olehMu...Amin