Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, April 02, 2009

senarai semak

Tengah bizi nengok2 website mak2 andam ni aku terbace yang ni. Bergune gakla tips ni. Harap tips ni bleh tolong aku and incik amad nanti. lets see all senarai semak ni.

Senarai Semak Pengantin Perempuan dan Lelaki

12 bulan hingga 6 bulan sebelum
  • Pilih tarikh dan waktu bernikah
  • Pilih lokasi dan waktu jamuan serta membuat tempahan
  • Memesan lokasi dan waktu upacara persandingan berlangsung
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengatur bajet
  • Pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda
  • Pilih juru andam
  • Pilih katering
  • Pilih jurufoto dan juru video
  • Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis
  • Pilih cincin pernikahan
  • Pilih muzik
  • Pilih kek pengantin
  • Pilih kad jemputan
  • Menghadiri kursus perkahwinan
Tips : Tempoh sebegini membolehkan anda membuat lebih byk survey untuk memilih apa yang memenuhi citarasa dan yg paling penting budget anda. Pilihlah tawaran yang terbaik dengan harga yg berpatutan

4 bulan sebelum
  • Menyediakan semua urusan persandingan (membayar deposit, pergi memilih dan menyedang pakaian serta tinjau lokasi majlis)
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis, gubahan hantaran, juru gambar, juru video, muzik)
  • Menghubungi Kadi atau imam dan Pejabat Agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Memesan buah tangan untuk tetamu
  • Merencana bulan madu
Tips : Sekiranya anda baru merancang majlis anda pada tahap/ tempoh ini, pertolongan kawan2 atau saudara mara yang baru melangsungkan perkahwinan mereka amatlah diperlukan. Cuba bertanya contact number khidmat perunding majlis, pengubah hantaran dan kedai2 pengantin. Percayalah info2 tersebut banyak membantu anda

2 bulan sebelum
  • Mula menyenaraikan nama dan alamat pada kad undangan
  • Buat perancangan majlis bersama pengacara majlis agar ia berlansung dalam suasana tenteram
  • Mengatur tempat tinggal bagi saudara mara dan rakan terdekat yg datang dr jauh
  • Merencana bulan madu
  • Mengatur sesi pengambaran di studio
  • Membeli hadiah untuk mereka yang terlibat dan org tua
  • Memilih cincin
Tips : Bantuan dr ahli keluarga adalah amat diperlukan pada ketika ini. Mintalah bantuan mereka bagi meringankan kerja2 anda

1 bulan sebelum
  • Mulai mengirim kad undangan
  • Pastikan cincin anda dalam ukuran yg betul
  • Pastikan barang2 untuk hantaran anda sudah dibeli
  • Memastikan semua urusan persandingan dan kelengkapan perkahwinan sudah selesai diaturkan
Tips : Selalulah berhubung dengan penata majlis anda agar mereka tidak lupa tugas mereka terhadap anda. Sesetengah penata majlis sgt2 sibuk terutama di musim kenduri kahwin. Built good relationship with them. Good relationship sgt2 membantu anda terutamanya pada hari majlis berlangsung

2 minggu sebelum
  • Berikan tarikh sesi pengambaran kepada juru gambar
  • Memilih muzik
  • Mengirim undangan
  • Mencuba cincin dan pastikan ukuranya
  • Bertenang
Tips : Pada tahap ini debaran makin terasa. Cuba bertenang dan berilah ruang pada diri anda. Apa kata keluarlah melepak bersama rakan2 anda. Lupakan seketika kesibukan anda dlm membuat persiapan

1 minggu sebelum
  • Menyelesaikan semua urusan kerja dipejabat sebelum bercuti
  • Hindarkan konflik. Tenangkan hati
  • Istirihat yg mencukupi
  • Kunjungi spa
Tips : Waktu terbaik utk mengunjungi spa. AWAS bg yg berkulit sensitif. Hindarkan kaedah pemutihan kulit kerana takut kulit anda akan mengelupas dan menimbulkan masalah pd hari berlangsung nanti. Banyakkan berselawat dan berdoa, mohon majlis berjalan lancar dan diberikan kesihatan yg baik. Saat ini konflik sering terjadi diantara pasangan. Minimumkan pertemuan anda. Disamping itu boleh membuatkan anda berasa rindu padanya dan tidak sabar menunggu hari bahagia

Hari Perkahwinan
  • Pastikan anda rehat dan makan dengan secukupnya
  • Mandi sebersihnya agar anda segar
  • Senyum selalu
Tips : Hari bahagia anda telah pun tiba! Ini lah saatnya. Pasti anda mahu kelihatan berseri-seri. Seeloknya berinailah sehari sebelum hari perkahwinan. Berinai pada malam perkahwinan membuatkan badan bertambah letih dan muka menjadi sembab keesokkanya. Walau mcm mana cantik pun anda mekap mata yg letih sukar disembunyikan. Serahkan semua kerja2 perkahwinan pada ahli keluarga dan org2 yg anda tugaskan. Anda hanya perlu fikir andalah RATU SEHARI pd hari bahagia anda

+elyina+
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino