bismillah

Saturday, August 4

OHh...IC..

MAI JENGUK PETA NI....
:)


Allah amat menyayangi wanita dilengkapkan syariat yg perlu dipatuhi demi keselamatan dan maruah wanita terpelihara...Kenapa?...pasti ada hikmah yang tersembunyi...
Nilai syurga memang mahal... bayangkan masa renorvation rumah terpaksa menghadap habuk habak....debu dubu berterbangan...bunyi bising....itu rumah di dunia.... apatah lagi jalan jalan dan liku liku memburu ke syurga..wallahua'lam..

APAM MUNGIL..


APAM MUNGIL...
sangat mudah membuatnya..
search mr google for d recipe.. :)

 lambut bak span...


jadikan setiap hari hidangan yang sebagai menu barakah terutama dalam Ramadhan kareem.... :).. bak kata chef Ammar El Ali.. bukan hanya santapan perut... moga2 memberi kekuatan untuk kita meningkatkan santapan 'rohani'..itu yang sebaiknya...

Thursday, July 26

HIDANGAN BAROKAH..

SEMUA DIPENUHI ZIKIR DAN DOA UNTUK HIDANGAN BAROKAH.. JOM PRACTICE! .. :)

Hidangan yang halal, berkat Insya Allah akan melembutkan hati kita dalam melakukan ibadah serta ringan hati untuk patuh syariat yang bukan hanya merangkumi solat, puasa, zakat tapi juga dalam kehidupan seharian spt memilih produk yang halal, cara berpakaian, penjagaan aurat, buku/majalah yang dibaca, saluran tv yang ditonton bak kata Prof Muhaya .. dan lain2..

Wednesday, July 25

OH MUHRIM KU....




BATAS AURAT: SIAPAKAH MUHRIM??

Sambil menggaru kepala, Zeti mengibas kembali...dan berfikir... "Selama ni memang selalu bersalam...kalau jumpa kat kampung pun dia datang aku tak pakai tudung pun... kalau pakai macam pelik je selama ni dia datang aku tak kisah pun tudung ...sedare sendiri.....    keluar rumah ke shopping complex ke mana mana ke aku memang pakai tudung...... tapi ustaz dah banyak kali cerita.... azam ramadhan ni kena ada perubahan....bukan aku tahu mati bila...dok tangguh tangguh nak tutup aurat yg sebetulnya...Ya Allah bantulah diriku dan mereka yang sepertiku"....

 mungkin ramai yang menghadapi situasi begini... Mai kita tengok kupasan Surah An Nuur..

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nuur ayat 31 sesungguhnya::

 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Oleh itu melalui ayat di atas jelas diterangkan siapakah yang tergolong dalam muhrim bg seorang wanita iaitu disenaraikan , bila muhrim maka aurat seperti berpakaian tutup aurat(tapi perlu sopan) dan tudung tidak ke atas muhrim muhrim ini:

1. suami
2. bapa
3. Bapa mertua
4. Anak kandung
5. Anak suami (anak tiri)
6. saudara lelaki (adik beradik lelaki)
7.Anak dari saudara lelaki atau saudara wanita (anak saudara/anak buah- maksudnya anak dari adik beradik)
8. hamba yang dimiliki (zaman skrang tiada lg.)
9. Pembantu (lelaki yg tdak mmpunyai keinginan thadap wnita iaitu lelaki yg lmah akal, bingung, lelaki kasim(alat sulit dpotong) dan yg tdak mmpunyai syawat pd wanita)
10. Anak-anak (atau kanak2 kecil yg belum mngerti tentang aurat wanita, ..iaitu anak yg tlalu kcil)
11.saudara lelaki susuan.
12.bapa saudara dari sebelah bapa mahupun ibu..


Kesilapan umum yg wanita selalu menyangkakan lelaki yg bkan muhrim sebagai muhrimnya kerana dgn sewenang-wenangnya mendedahkan aurat kepada mereka iaitu:
1. sepupu lelaki
2. suami kepada ibu saudara
3. abg ipar
5. adik ipar
6. sahabat mara atau saudara mara yang kenal dr kecil, sekampung , dan seangkatan ...

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Surah Al A'raaf; Ayat 26

 sumber blog nurmawaddahmahdiyah


 



Pinky cottage promo..



untuk tempahan sila lawati blog di bawah...click ya..terima kaish...

Saturday, July 21

NOW EVERYONE CAN FLY




Sunday, April 1

..HALAL CHEEZZZ..


As salam to all..

Cheese lab masih dalam proses upgrade so no stock for any cheez...
Insya Allah by next month  ...tungguuu ya... :)

Sunday, December 18

,,,Tercekik tulang..part 1


Berkunjung ke rumah seorang sahabat ibuku kami disantap dengan hidangan yang enak-enak...alhamdulillah...
dengan ikan kerapu kukus, tempoyak, sayuran yang menyegarkan...subhanallah sedapnya ,... Nazhan and muwaffaq pun nampak berselera tetapi tidak lama selepas itu mereka berebut sesuatu.....tiba-tiba...

Thursday, October 6

Erti Sahabat Sebenar

Oleh: Haslinda Lukman


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:
Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya (H.R Abu Daud).

Friday, September 9

Bukti bahawa penyakit lelah semput insya-Allah boleh sembuh

dari laman web emjay

Ipar saya ini menerima menantu seorang ustaz yang mengajar di Miri yang mengahwini anak sulungnya seorang doktor yang menuntut di Dublin Ireland. Doktor ini sedang melakukan housemanship juga di ireland.

Di dalam kesibukan melakukan pelbagai persediaan majlis pernikahannya, saya sempat bersembang sebentar dengan doktor muda ini. Perbualan kami ini berpunca kerana doktor ini melihat  kipas di dalam bilik yang  didiami  keluarga saya berputar dengan amat perlahan sekali .  Doktor muda ini berusaha memasang wire extension  di bilik kami  untuk memasang satu lagi kipas kerana menyangka kipas syiling dibilik saya telah rosak kerana tidak berputar laju.

Bertitik tolak dari sini, berlakulah perbualan antara kami. Saya bertanya kepada doktor ini mengapa perlu di pasang wire extension.

"Kipas syiling tu rosak, tak boleh pusing laju, ni nak pasang kipas satu lagi". Jelas doktor.
"Kipas syiling ni tidak rosak cuma saya yang perlahankan kelajuannya". Jawap saya.
"Ooooooo" jawab doktor malu kerana tidak bertanya lebih lanjut kepada saya sebelum memasang wire extension.
"Di rumah ni semua kipas terpasang laju", doktor memberikan penjelasan.

Daripada perbualan lanjut kami berdua, doktor menjelaskan lebih lanjut bahawa dia pernah mengalami penyakit lelah semput tetapi penyakit tersebut kini telah pulih secara sendiri. Penyakit ini di alami sejak kecil tetapi kini pulih dengan sendiri. Lalu saya bertanya "di Dublin sana, rumah engkau ada pasang kipas tak?"
"Rumah di sana sejuk jadi memang tiada kipas", jelas doktor
"Di Dublin sana engkau minum susu lembu tak?" soal saya menambah.
"Saya di sana memang minum susu segar hampir setiap hari" jawab doktor

Dari perbualan kami berdua ini sudah mencukupi untuk saya membuat rumusan. "Engkau dahulu kena penyakit lelah semput kerana tabiaat suka guna kipas paling laju. Ubatnya ialah mengelakkan kipas laju atau memperlahankan kelajuan kipas dan meminum susu. Engkau telah pulih dari penyakit ini kerana telah mengambil kedua-dua ubatnya".

Saya menambahkan ilmu ini lagi dengan menegur amalan doktor tidak membenarkan bayi meneruskan makanan formula bayi dari susu lembu kepada bayi yang bermasalah sukar bernafas lalu menukarkannya kepada makanan formula dari kacang soya. Amalan ini sebenarnya adalah hajat orang Yahudi yang tidak ingin melihat anak-anak kecil terus sihat. Kalau boleh di dunia ini hanya orang yahudi sahaja yang sihat dan bangsa lain lebih elok mati.

Amalan susu formula dari susu lembu akan terus mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan anak-anak secara semula jadi untuk membersihkan paru-paru dari segala bahan asing yang memasukinya seperti susu yang tersedak. Dengan menukar kepada susu formula kacang soya, sistem paru-paru dan pernafasan akan tidak mampu lagi untuk menolak keluar bahan asing seperti susu yang tersedak masuk ke paru-paru dan ini mengakibatkan kes yang lebih berat seperti jangkitan kuman dan peneumonia yang akan menyebakan kerap demam dan kesan negatif lainya.

Untuk para pembaca membaca keterangan lebih lanjut berkenaan masalah yang diakibatkan oleh kipas yang berputar laju ini, bacalah artikel lalu saya bertajuk Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/143.

Sebagaimana yang saya kerap sebutkan, bukan semua ilmu kedoktoran moden yang boleh diguna pakai. Ada di antara ilmu kedoktoran ini sebenarnya adalah perangkap untuk menjadikan umat manusia semakin lemah dan kerap sakit antaranya ialah:

1. Bila anak kecil demam panas dibawa ke hospital, anak ini akan dimandikan dengan air batu. Elakkan amalan ini kerana amalan ini menyelesaikan satu masalah tetapi menyebabkan timbul masalah lain iaitu masalah berkaitan saraf yang lebih serius.

2. Bila anak kena sakit kuning, doktor jemur bawah lampu kalimantang. Elakkan amalan ini dan gantikan dengan jemur awal pagi dan lewat petang di bawah matahari. Boleh ditambah dengan memandikan bayi dengan air ubat kampung tertentu. Anak yang pernah kena jemur bawah lampu kalimantang akan mengalami penyakit lain apabila besar.

3. Anak yang kerosakan hati akan akhirnya dilakukan pemindahan hati. Elakkan amalan ini. Penyakit ini mudah dirawat secara tradisional. Cuma kena elakkan memakan makanan rapu. Pemindahan hati hanya menyediakan kesembuhan sementara kerana hati yang baru dipindahkan ini juga  akhirnya akan rosak kerana punca masalah ini ialah makan makanan rapu.

Sekali lagi saya rumuskan di sini bahawa amalan hidup kita termasuk cara permakanan harian mempengaruhi tahap kesihatan kita. Namun apakah sebenarnya faktor penting yang mempengaruhi tabiaat hidup dan amalan permakanan? Jawapannya ialah amalan agama seseorang. Seseorang yang mengamalkan amalan agama yang kurang lurus akan insyaAllah Allah susun suka tabiaat dan makan makanan yang merusak tubuh badan dimana akhirnya orang ini menerima penyakit. Orang yang amalan agamanya lurus insyaAllah akan disusun Allah tabiat dan suka makan makanan yang baik-baik dan akibatnya tubuh badannya lebih sihat.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Monday, August 8

penuh dengan warna warni...

"KEK LAPIS ROLL"



JIKA GAMBAR KURANG JELAS, SILA CLICK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
MAKLUMAN- kek lapis ini tidak menggunakan butter yang tidak halal
 

Blog Template by YummyLolly.com